Monday, November 5

Hari minggu yang bz

bermula malam jumaat saya pi merayap2 ngan bob n jalil ke danau kota dan downtown. sampai umah je dah kul 1.30. solat isyak terus je tido. ngantuk giler2. dah la dua malam sebelum tu saya tido awal. menguapnya sampai berjalan2 pun bleh nguap. tak dapat apa pun. ingat nak carik lampu tidur tapi tak der plak.

esoknyer bangun kul 9. awal jugak kan. duk bermalas-malasan kat depan tv. sedar2 dah kul 11.00. mandi siap2 pastu pi merayap lagi. kali ni destinasinya ke shah alam plak. bergebang2 ngan seorang teman sampai tak ingat malam. sedar2 dah kul 10. kelam kabut balik coz agak takut gak lalu kat tol putrajaya tu sebab agak gelap. sampai umah dah kul 10.30.

yang peliknya malam tu tak ngantuk. lepas mandi, saya basuh baju. dah 2 minggu saya tak basuh baju. minggu lepas saya tak de kat umah coz ada meeting kat luar. so baju makin bertambah. 3 kali saya basuh baju malam tu. banyak giler. dah macam orang beranak 10. membasuh sambil tengok tv. sedar2 dah kul 2 pagi. tu siap sidai semua tu.

pagi ahad kul 9.00 dah jaga. pikir2 nak buat apa. ok apa2 pun kena makan dulu. so saya masak sarapan. siap2 makan je dah kul 10.30. saya keluarkan kain yang saya sidai dalam umah malam tadi. kasi kena matahari sket. pastu saya kemas bilik. buang segala macam benda yang menyelerakkan bilik saya. surat2 n bil2 yang lama2 tu semua buang. barang2 tak pakai abeh saya buang. sayang sebenarnyer tapi makin lama makin sempit bilik saya coz penuh ngan barang2 yang tak der maknanya tu. susun balik rak2, buang sawang2, mop lantai, sapu sampah, lap rak, cuci langsir, selimut, cadar, sarung bantal n gosok baju.

sedar2 dah kul 3.30 ptg. lapo plak tu. mandi2 n solat pastu masak plak. siap masak kul 4 lebih. terus je makan. siap makan tengok tv tapi mata tutup. hehe.. daripada tido duduk baik tido atas katil. saya tido sedar2 dah 6.30. tu pun mata tak bleh bukak. rasa nak sambung je lagi. malam tadi rilek la pulak. saya tengok CSI dari kul 9 sampai kul 12. sempoi la. tepat kul 12 saya tido. selamat malam..~

No comments:

Lilypie Next Birthday Ticker