Saturday, February 6

Lawatan Sambil Belajar

Pagi tadi dalam kul 8.30 am dengan tidak disangka2 kitaorg (saya, dee, jalil ngan kawan jalil, fakri kot nama dia) telah merayap2 ke kl untuk mencari taman rama2. buat apa kat sana? tgk rama2 la. buat apa lagi. rasa macam buat lawatan sekolah plak. dah aa dalam tu ramai foreigner je. org tempatan tak sampai 10 org pun termasuk kitaorg. biasa aa kitaorg jakun lebih. hahaha.. kita layan gambar..

Me and jalil kat pintu masuk butterfly park KL.

Tak baper banyak rama2 kat situ. masalahnya bunga pun tak banyak. kalau saya jadik rama2 pun cam tak best je nak duk situ ;p

Ni antara rama2 yang cantek. susah nak jumpa rama2 kat area bawah. banyak yang terbang tinggi2. lagak cam ramai2 tengah berusaha nak koyakkan jaring untuk bebas je huhuhu..

Rama2 ni cantek. ingat dia buat apa la. tetiba dee cakap "dia tengah mengawan la.." ooo.. cam tu eh rama2 tengah menawan. manaku tau ;p

Cubaan menangkap rama2. tapi tak berjaya coz rama2 kat situ liar sangat huhu..

Jenis2 rama2 kat malaysia.

Saya dan adikku dee.

Cantek gak tempat ni. ada banyak ikan oren tu. apa nama tah. tenang je rasa bila tengok dia berenang.

Ok itu sajalah lawatan kitaorg ke taman rama2. lepas ni kita pi terjah taman burung plak. pastu ingat nak buat lawatan pi muzium ngan zoo negara plak. giler lawatan sekolah betoi hehe.. tapi betoi. sepanjang idupku ini tak penah pi zoo negara tau. zoo jb je penah pi. ada sapa2 volunteer mau bawak saya jalan2 pi zoo ngan muzium tak? hehehe..
Lilypie Next Birthday Ticker