Wednesday, June 22

Buahan Tempatan

Balik dari kenduri hajar saya ngan adik singgah di pasar malam benta. bukan nak carik makanan pun. nak cari buah2 je. buat kudap2 kata org.

Ini buah salak. ada yang tak kenal? yer hosmate saya org penang hanya kenal buah salak jeruk. bila saya tunjuk buah salak fresh ni dia teruja betoi hahaha.. siap tanya rupa pokok salak rupa mana hehe.. korang kenal? tak kenal sila google yer hehe..

Ini isinya. sedap! manis! lemak! berkrim dan dijamin disukai ramai. mau2? sila carik di pasar2 malam berdekatan. carik yang masih bertangkai dan besar2 baru syiok!

Ini plak nangka madu. ini kalau tak kenal jangan ngaku org mesia ok huhu.. dah lama ngidam. nasib baik gi lipis. lalu bentong banyak org jual nangka madu ni. beli 3 polistren. 2 setengah polistren saya makan. setengah polistren je adik makan. tak per. dia duk dekat ngan bentong. senang mau beli bila2. nak2? carik kat bentong or kat mana2 lah. dah ramai pun org jual nangka madu ni. yang ini pun sedap! manis! tapi potong sebab isi nipis. kalau tebal lagi masyukkkk.. huhu..


2 comments:

Cheritera Kami said...

aku mkn salak cicah ngan garam..oitttt..kecur air liur dah ni...

crisda79 said...

tak kan salak manis ko cicah garam. apa rasanya? tak pelik?

Lilypie Next Birthday Ticker