Wednesday, September 26

Kemeriahan dan Kesuraman

Selepas 6 malam saya tak berterawih (biasa la org pompuan kan) saya pegi ke surau untuk berterawih semalam. banyak bezanya. kelakar pun ada. biasalah orang melayu. nampak sangat hangat2 tahi ayam. masa awal2 puasa dulu saya dan jemaah wanita lain terpaksa solat di bawah khemah dan di dalam kelas mengaji di belakang surau. penuh sepenuh2 nya. sejuk hati tengok keadaan itu. di dalam surau dipenuhi dengan jemaah lelaki yang juga penuh sampai ke luar. tapi malam tadi tempat solat bahagian perempuan di dalam telah dibuka semula. so saya solat di dalam surau semalam. dan jemaah lelaki tak penuh pun. yang kelakarnya tempat solat di dalam kelas mengaji telah ditutup. hanya lampu hadapannya dibuka untuk kanak2 bersolat dan bermain. saya yang memang masuk ke surau ikut pintu belakang mula2 pelik. dalam hati berdetik "tak solat ke malam ni?" kerana lampu ditutup. rupanya jemaah wanita telah diletakkan semula ke tempat asalnya. patutlah lampu bilik mengaji tutup. malam ke 14 ramadan hanya tinggal separuh jemaah sahaja yang masih mengekalkan keadaan itu. saya mengaku saya pun jarang2 ke terawih tahun2 lepas. tah apa azamnya tahun ini agak rajin. so saya dapat lihat sendiri fenomena kemeriahan dan kesuraman terawih bila ianya sampai ke hujung bulan.

1 comment:

siskinny said...

oit..oit
gaji ekk ari nih
bleh la blanja
wuwuwuwuwuuwu..
beli kamera ke
heheh

Lilypie Next Birthday Ticker