Friday, April 2

Pergi Tak Kembali

Akhirnya dia pergi jugak setelah bertarung hebat dengan virus2 denggi. pergi jugak penceria pagi saya. dia telah kembali ke rahmatullah kira-kira jam 12.30 tengah malam tadi. yang menariknya dia pergi pada hari jumaat. penghulu segala hari. lepas ni saya tak kan dengar lagi suara arwah di radio. bagi saya dia pelawak yang genius. selalu terpikir di mana dia dapat idea2 spontan untuk buat sawancara ngan drama sebabak masa pagi di era. itu maknanya otak dia pantas seperti kilat. cepat tangkap dengan keadaan sekeliling.

Seriusly saya bukanlah tamak. mahukan arwah terus menceriakan pagi saya sampai bila2. doa saya seminggu ni harap2 dia sihat sahaja. saya tak kenal pun arwah. just kenal dalam radio je. dan sebelum ni saya tak penah pun minat arwah. tapi sejak dia digandingkan dengan aznil di pagi di era, saya jadik minat dengan arwah. jadi bila dengar dia jatuh sakit n kritikal di hospital rasa sangat sedih. rasa dia sangat dekat dengan saya. may be sebab hari2 saya dengar suara dia di radio.

Terngiang2 ayat yang dia cakap masa final raja lawak baru2 ni kat alex. katanya "jika saya tiada lagi di era, awak akan ganti tempat saya" masa tu semua org sorak dan tepuk tangan sampai afdlin pun cakap kalau din berenti dia nak mintak keje kat era. rupanya itu petanda yang dia memang nak tinggalkan kita semua.

Allah lebih menyayangi Allahyarham Meor Ahmad Fuad Meor Badri a.k.a Din Beramboi. Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan di sisi orang-orang yang dikasihi Allah di sana. Abg Din, kami peminatmu pasti akan merindui kamu. Al-Fatihah...

1 comment:

Mel said...

Ya. satu kehilangan besar.

selalunya orang-orang yang disayangi begini akan pergi dulu. wallahuaklam

alfatihah utk arwah

Lilypie Next Birthday Ticker