Pastu kitaorg main permainan traffic jam. permainan ni uji kemahiran membuat keputusan kita. Seorang ketua kena susun anak buah dia supaya anak buah belah kiri pi kanan dan anak buah belah kanan pi kiri. silap susun je sure jam. sebab ada 1 petak kosong je untuk anak2 buah bergerak. so kita kena aa bekerjasama. pagi ari ketiga ni aktiviti banyak kena pikir je. tak der yang guna tenaga sangat.Pas minum pagi. kitaorg nak buat satu lagi aktiviti outdoor yang mencabar iaitu abselling. abselling ni ada 3 jenis. lupa aa korang namanya. yang penting kitaorg buat cara australian. selalu org buat abselling kat bangunan tapi kitaorg kena buat kat lereng bukit. sangat mencabar ok. tapi syoik! hehe..
Bila tiba tang saya turun bukit tu ujan mula turun. kelam kabut saya turun. bebudak bomba kat bawah tu dah menjerit2 suh saya cepat coz ujan dah turun. gabra akak tau. hehe..Abeh aktiviti abselling kitaorg makan tengahari. petang tu kitaorg mula buat aktiviti dinasour egg. diberi 4 utas tali n sebijik bola tenis. masukkan bola tenis dalam mangkuk guna tali tu je. tak bleh pegang. cam senang kan. tapi kalau tutup mata korang rasa senang ke?
memula kita test dulu bukak mata. susah ok. korang bayangkan lah kalau tutup mata.
Bola tenis tu liar betoi lah. asyik jatuh je. ponek otak den ni dengar arahan. dapat ke masuk? yang ado. haha..Petang tu dalam kul 5.00pm ada compass marching. yang ni serius penat. berlari2 kat dalam pangsun tu macam org giler carik petunjuk. naik bukit turun bukit. ada 20 petunjuk tak silap saya. badan makin sakit jadiknya. petunjuk tu kena carik pakai kompas. kena tengok arah ikut petunjuk yang diberikan.
En. Azmi tengah kasi penerangan cam ner nak guna kompas. belajar all. kang tak pasal2 tak nampak arah kang. jangan tak caya kitaorg dapat no. 2 tau. ada gak group yang tak dapat abehkan sebab tak jumpa arah. salah tengok kot. cuba tengok betoi2. hehe.. belagak2..Malam tu ada BBQ. so kitaorg punya makan malam dipanjangkan untuk membolehkan kami menikmati BBQ tu. malam tu ada persembahan kumpulan. majlis dibuat ala2 AF aa kononnya. cik yusop jadik AC Yusof. ada juri2 profesional lagi. en. rosdi jadik hattan, feuziah jadik ning baizura n mimi jadik kak ogy. haha.. syoik2. tukang komen yer2 ni jadik juri profesional.
Kumpulan dua plak berlakon dan menari. real ni berlakun nya. cam yo2 jerk. tapi best aa.. berlakon suasana nak sambut raya. tah mana diorang curik kawah tu tah la. haha..
Kumpulan 3 plak..eh kumpulan saya aa tu. kitaorg berlakon gak. berlakon pasal bicara pusaka tapi lawak punya la. barang2 yang direbutkan adalah rantai lori tu ngan pendayung sampan. kelakar giler aa. ira plak buat pelat perak. riuh dewan ni. dah macam fauziah nawi plak saya rasa si ira tu.
Akhir sekali kumpulan 4. diorang buat dikir barat. beriyer2 ni si zul mengetuk tong air untuk jadikkan muzik. kreatif aa korang ni. masuk plak bunyinya dengan lagu tu. hehe..
Pemarkahan guna 50% juri profesional n 50% juri awam. markah diberitahu esok sebab malam tu tak sempat nak kira. akhir sekali ucapan dari pengetua AF en. nazri ms. en. nazri ms ucap tahniah kat peserta sebab sporting n kreatif. terima kasih en. nazri ms..!! hehe..
bersambung..
No comments:
Post a Comment