Friday, July 13

Ringtones

Saya baru lepas meeting..actually bukan meeting la..ianya sebuah presentation..kononnya presentation untuk expert group pewujudan pakar strata..apa itu strata? tak payah la saya bercerita tentang itu..saya maleh hendak menerangkannya..tiada cerita menarik hari ini..dan saya tiada bahan untuk bercerita tetapi tidak tahu kenapa saya menulis di sini..

saya hendak berkongsi sesuatu tentang ringtones telefon saya..tajuknya Clap To This nyanyian Too Phat..ada sentimental value lagu ini..saya mula mendengarnya daripada kaset adik saya semasa dia masih belajar lagi..adik saya cukup meminati kumpulan rap ini..banyak juga lagu-lagu dari kumpulan ini yang agak menarik bagi saya..saya cukup sukakan lagu Alhamdulilah..bagi saya lagu itu unik..melodinya juga sedap didengar..saya bukanlah ahli muzik yang pandai menilai lagu2..cuma menilai dari pendengaran telinga sahaja.. yang menarik saya tak pernah tau apa maksud lagu ini kerana saya tidak pernah mengkaji liriknya sebelum ini..(lirik lagu ini saya baru jumpa hari ini) saya suka kerana melodinya..




paling menarik saya tidak pernah bertukar ringtones saya ini walaupun sudah 3 kali saya bertukar telefon..bermula dengan monofonik ke polifonik (betul ke ejaan saya ini) ke truetones sedaya upaya saya mencari lagu ini untuk dijadikan ringtones saya..oleh itu lagu ini sudah sebati dengan kehidupan saya..jika terdengar lagu ini di radio pun saya masih tercari2 telefon saya kerana menyangka telefon saya berbunyi..di mana-mana sahaja..jika terdengar lagu ini saya jadi kelam kabut mencari telefon saya..

lagu ini juga mengingatkan saya kepada seseorang..seorang sahabat baik (sahabat lagi ke sekarang?) dia cukup sukakan lagu ini..jika saya keluar dengannya lagu ini mesti diputarkan di dalam keretanya..cukup kerap..tetapi sehingga hari ini saya masih tidak faham dan tidak hafal langsung lagu ini..hanya melodinya sahaja yang 'menghantui' saya..bercerita tentang 'sahabat baik' saya ini dia telah 'meninggalkan' saya..untuk selamanya atau sementara tidak saya ketahui..kerana sampai hari ini saya tidak lagi berjumpa dengannya..jika dia pulang hanya panggilan telefon sahaja penghubung kami..lebih 10 kali membuat janji temu tetapi masih tidak berkesempatan berjumpa..akhirnya saya putus asa..biarlah takdir sahaja mempertemukan kami semula..ye saya rindukan dia..saya rindukan ketawanya..ketawa dia buat saya ceria..betul..kalau anda mendengar dia ketawa anda juga turut berasa ceria..dia ketawa dengan bersungguh-sungguh..

apabila telefon saya berbunyi ianya mengingatkan saya bahawa ada yang masih ingatkan saya kerana menalifon saya dan juga mengingatkan saya kepadanya. apalah khabar dia sekarang..ingatkah lagi dia kepada saya yang jauh ini..

No comments:

Lilypie Next Birthday Ticker