Wednesday, July 18

Ringkasnya..

Hari ini saya tiada idea untuk menulis. so saya ringkas kan sahaja beberapa perkara yang bakal terjadi di dalam hidup saya dalam dua tiga hari ini.

1. Saya dapat almari baru semalam. almari lama saya sudah mahu roboh benar. terpaksa la saya membeli almari baru. almari baru saya berwarna krim. agak cantik la. hehe.. dan agak besar. terfikir juga bila mahu berpindah nanti bagaimana lah agaknya saya mahu mengangkatnya. kena angkat menggunakan lorilah nampaknya. kerana saya juga mempunyai sebuah katil kayu. bila agaknya saya akan berpindah? apabila berkahwin nanti agaknya. bila saya akan berkahwin? yang ini jawapannya entah la..

2. Saya akan pergi ke Johor Bharu hari Jumaat ini. exited? tak der dah kot coz baru pergi 1hb aritu untuk menghantar adik menyambung pengajiannya. bos saya janji nak bawa kami semua ke Kukup. yang ini saya exited coz tak pernah pergi. kita tunggu dan lihat samada bos saya tepati janjinya atau tidak..

3. 26hb 7 ini birthday bos saya ke 49 dan pada tarikh itu juga kami menganjurkan sebuah seminar di The Legend Hotel, Kuala Lumpur. bos saya menyambut birthdaynya dengan memberi ceramah..

4. Lagi sebulan handphone kesayangan saya akan berumur setahun. saya membelinya pada 23 Ogos 2006 lalu. kuat betul ingatan saya kan. saya mengingatinya kerana waktu itu semua orang cuti untuk menghadiri ujian untuk pegawai tadbir. saya juga dapat tetapi tidak pergi. hanya bercuti untuk berpoya2. kalau tidak saya akan tinggal seorang di office. berjalan2 bersama adik dan her best friend ijam. siapa yang pilih? tentulah saya. saya susah hendak menerima pilihan orang lain.

5. Pagi tadi Ju ada call. bertanyakan saya dan bob samada pergi atau tidak mesyuarat Kumpulan Pengurus Muda Jumaat ini. maaf la Ju. saya dan bob akan bertolak ke jb jumaat ini. kami tak dapat pergi ke mesyuarat itu. Kumpulan Pengurus Muda itu adalah kumpulan pegawai gred 41 dan 44 Jabatan saya.

6. Saya mahu pulang ke kampung 28hb ini. sedih kerana tidak dapat balik petang 27hb itu lagi kerana saya akan pulang seorang kali ini. adik saya sudah di jb. tidak ada kawan lagi jika mahu pulang selepas office. Emak saya bising jika saya balik seorang diri di waktu malam. untuk mengelakkan dia bising baiklah saya pulang pagi keesokan harinya.

No comments:

Lilypie Next Birthday Ticker