Tuesday, July 10

At 28 Years Old..

persoalan pertama pagi ini..apa ertinya kalau lelaki tu cakap sayang dan rindu pada kita berkali2? ada seorang kawan yang beri pendapat yang lelaki tu memang suka dengan kita..ada pulak yang beri pendapat hanya sebagai kawan..mulutnya memang dah sebati dengan perkataan sayang dan rindu..sebab semua orang boleh sebut perkataan sayang dan rindu tu..betul jugak..sebab saya sendiri selalu mengungkapkan perkataan tu pada ramai orang..even yang baru saya kenal.

apa nak cerita hari ni? oleh kerana tajuk blog saya ni ALL IN MY HEART so rasanya perlu saya ceritakan sedikit apa ada di dalam hati saya sekarang..malam tadi saya susah nak tido..saya sendiri tak tau kenapa..mungkin semalam agak panas..ramai yang tak tau saya cukup takut dengan kipas siling yang berpusing ligat..saya takut ianya jatuh di kepala saya..lawak kan..mana mungkin ianya boleh jatuh dengan begitu senang..tapi masa saya study di johor dulu pernah kejadian ini berlaku pada rakan sekelas saya..nasib baik la tidak terjadi apa2 padanya..kecut perut saya mendengarnya..lepas kejadian itu saya jadik semakin takut dengan kipas siling..saya sanggup tidur berpanas dari memutarkan kipas dengan lajunya..akibatnya saya susah nak bangun pagi tadi..jam sudah 3 kali berbunyi tapi saya masih di atas katil..nasib baik saya memang cepat bersiap (akibat tidak boleh memakai lipstick, maskara dan eye shadow) maka pagi tadi saya still orang yang pertama keluar dari umah untuk ke office..

bila difikir-fikirkan balik sebenarnya banyak benda pelik ada pada diri saya ini selain takut kepada kipas siling saya juga tidak makan biskut dan roti serta beberapa makanan ringan lain termasuklah meggi..itulah masalah terbesar saya jika duduk di asrama. orang lain boleh menyimpan bertin2 biskut serta berkotak2 meegi di dalam asramanya tetapi saya tidak boleh berbuat bergitu kerana saya tidak makan semua makanan2 tersebut. oleh itu jika kawan2 saya datang ke bilik saya..saya tidak boleh menghidangkan apa2 kepada kawan2 saya itu..hanya boleh hidangkan air kosong sahaja..

kalau dari dalam lubuk hati terlalu banyak benda yang saya hendak ceritakan..tapi banyak hati yang saya nak kena jaga..mungkin sampai masa yang sesuai nanti saya akan ceritakan sedikit demi sedikit..ramai yang pelik terlalu lama saya hidup keseorangan..5 tahun..tak sunyi ke? setakat hari ini hidup saya ok2 sahaja..kadang2 tu rasa sunyi jugak..tapi mungkin belum sampai masanya saya membuka hati saya..belum sampai seru kata org..tapi dua tiga bulan ini saya mula mendoakan jodoh saya..kenapa? entah la..mungkin juga sudah sampai seru atau mungkin saya rasa sudah sampai waktunya saya memikirkan berkenaan jodoh kerana umur yang sudah semakin meningkat..ibu saya berkahwin semasa dia berumur 27 tahun..tapi saya sudah berumur 28 tahun 6 bulan..lagi 6 bulan saya akan berumur 29 tahun..ya Tuhan..sudah hendak berumur 29 tahun saya..tapi bos saya katakan kepada saya yang dia berkahwin umur 30 tahun..so saya masih ada masa kurang 2 tahun untuk berkahwin andai hendak sama dengan bos saya..

terlalu banyak kebaikan datang kepada saya akhir2 ini..mungkin sebab doa saya atau kebetulan..dahulu lepas solat cepat2 hendak bangun sampai tak ingat hendak memohon sesuatu..sekarang saya hanya mengadu kepadaNya..susah nak mengharapkan kepada manusia..hanya mampu memberi pendapat..bukan mempertikaikan keupayaan kawan2 yang selama ini bersusah senang dengan saya tapi memberikan fakta yang lebih tepat..jangan salah faham..of course kawan2 la semangat saya selain family..khasnya untuk 3 kawan baik dan rapat saya..Ina, Mala dan Eda..Sayang U All..saya akan bercerita berkenaan kawan2 saya itu suatu masa nanti..pada saya diorang bertiga cukup unik..dioranglah kawan sejati saya..berkenaan cinta lama? cukup la..sudah terlalu lama..saya hanya doakan dia bahagia..

1 comment:

Mala said...

Hmm... Aku ada experience psl kipas tu. Bila nampak kipas ceiling je mst ingat kat ko Jah.Ko cepat2lah kahwin, ada teman yg sudi mdgr cerita ko.Tp aku cadang pun aku sendiri ontah bilo la plak. Biar Allah swt yg menentukan. Kito ni berusaho jo.

Lilypie Next Birthday Ticker