Thursday, July 12

My 'Abang'


mesti semua orang tertanya-tanya siapa 'abang' yang saya maksudkan..apa kena mengena gambar kucing tu dengan 'abang' yang disebut-sebut. 'abang' is my cute cat. 'abang' adalah kucing belaan saya bersama 3 orang housemate di sebuah rumah sewa di sebuah negeri yang berdekatan dengan pusat pentadbiran kerajaan sekarang (Kajang-Putrajaya) iaitu rumah sewa saya bersama 3 orang housemate. haha..agak berbelit-belit bahasa saya itu..saya hanya penulis amatur..harap dapat maafkan saya jika tulisan saya buat anda semua agak pening..

mesti ramai yang pelik mengapa ada 2 ekor 'abang' di gambar tersebut..inilah yang saya nak ceritakan..di sebelah 'abang' adalah 'adik' (abang di sebelah kiri) tetapi adik telah hilang dari rumah pada hari raya cina lalu..saya cukup sedih dengan kehilangan 'adik' kerana 'adik' lebih cute dari 'abang'..haha..i'm sorry 'abang'. orang yang paling sedih dengan kehilangan 'abang' adalah 'mama'nya. dia ceritakan kepada saya seminggu lepas kehilangan 'adik' dia masih termimpi-mimpikan 'adik'. masih terasa 'adik' mengejutkannya untuk bangun solat subuh dan ke tempat kerja.. seperti kehilangan anak pula housemate saya sorang itu. saya katakan padanya itu baru hilang seekor 'adik' belum seorang anak..dia hanya ketawa..tapi apa yang dialami oleh 'mama' 'adik' juga saya rasakan..'adik' adalah seekor kucing yang cukup manja dan agak pandai 'mengambil hati'..'adik' juga berani..mudah mesra dengan orang yang baru dikenalinya tetapi kedua2 'abang' dan 'adik' cukup 'malu ' dengan lelaki..('abang' dan 'adik' sudah terlupa jantina agaknya kerana kedua2nya juga 'lelaki')

'auntie' amat marah dengan orang yang 'menculik' 'adik' dari jagaan kami..ini kerana semasa kehilangan 'adik' hanya 'auntie' seorang yang ada di rumah kerana saya dan 'mama' pulang ke kampung semasa cuti raya cina tersebut. siapa auntie? tadi saya sudah kenalkan siapa 'mama'..sekarang giliran 'auntie' pula..'auntie' adalah seorang lagi housemate saya..abang 'memanggilnya' auntie. siapa pula saya? saya adalah 'mak long'..saya suka orang memanggil saya mak long..ini mungkin kerana saya anak sulung..oleh itu saya lebih senang 'abang' 'memanggil' saya mak long..agak seronok kerana sudah mempunyai 'anak saudara' walaupun hanya seekor 'abang'.

habis satu taman 'mama' pusing untuk menjejaki 'adik'. tapi bayang 'adik' pun tidak kelihatan. ke mana 'adik' hilang? siapa lah yang agak b*d*h 'menculik' 'adik' itu..rasanya orang itu tidak pernah membela kucing sebelum ini. bagi orang yang biasa membela kucing mesti kenal dan tahu 'adik' adalah kucing belaan. mungkin kerana sifat 'adik' yang mudah mesra dengan orang membuatkan orang sukakannya dan dia 'diculik'.

'abang' ditatang bagai minyak yang penuh selepas kehilangan 'adik'..'mama' cukup takut dengan satu lagi kehilangan. 'abang' tidak boleh keluar rumah jika tiada apa-apa urusan di luar. 'mama' betul2 memantau pergerakan 'abang'. stress juga 'abang' waktu itu rasanya. semua benda yang hendak dibuat perlu 'dilaporkan' kepada 'mama'. tiap-tiap malam 'abang' hanya perlu duduk di rumah. no more 'merayap2' di tengah-tengah malam lagi. kalau saya jadi 'abang' mesti saya agak giler. lepas 5 bulan 'adik' hilang keadaan back to normal. 'abang' sudah boleh 'merayap2' di waktu malam seperti selalu. tapi 'mama', 'auntie' dan saya akan pastikan 'abang' perlu pulang sebelum kami bertiga masuk tidur. jika di panggil dari pintu abang tidak datang saya biasanya akan keluar ke jalan untuk memanggil 'abang' pulang. biasanya jika saya membuka pagar rumah sudah kelihatan dari jauh 'abang' berlari2 pulang dan terus melompat ke dukungan saya..manja betul..

gelagat abang di atas katil saya


satu perangai 'abang' yang paling disukainya adalah minta dukung apabila salah seorang dari kami baru lepas mandi..mungkin waktu itu kami wangi agaknya..kadang2 saya sudah lewat ke pejabat tapi 'abang' masih tidak mahu turun dari dukungan. penat 'memujuk' tetapi 'abang' buat tidak tahu sahaja. kadang2 saya terpaksa memaksanya turun untuk cepat2 bersiap untuk ke pejabat.

'abang' mempunyai ramai kawan dan dia suka membawa kawan-kawannya datang 'bertandang' ke rumah kami. pening kepala saya melihat berbagai2 jenis kawan 'abang' datang ke rumah. 'abang' juga amat 'murah hati'. kadang2 apabila kami memberikannya makanan 'abang' hanya memakannya separuh dan separuh lagi dijamunya untuk kawan2 nya itu. mungkin kerana 'abang' kesian melihat kawan2nya yang kebanyakannya kucing2 terbiar dan tidak seberuntung dirinya yang mempunyai tuan yang amat penyayang ini. 'abang' juga seekor kucing yang penakut..lagi2 dengan 'uncle' dan si putih. 'uncle' dan si putih adalah antara kucing2 yang agak besar terdapat di kawasan rumah kami. jika keduanya berada di dalam lingkungan rumah kami 'abang' tidak berani langsung untuk keluar rumah. hanya 'memerap' di dalam umah sehingga keduanya hilang dari pandangannya.

'abang' suka tidur di atas tempat yang empuk2..contoh yang paling senang adalah katil2 kami. paling biasa dengan 'mama'nya lah tetapi jika 'mama' tiada di rumah, katil saya lah menjadi mangsanya. yang paling menarik 'abang' tidak boleh tidur jika panas..jika 'abang' tidur di atas katil saya..saya perlu membuka tingkap ataupun membuka kipas..jika tidak 'abang' akan turun ke bawah untuk tidur di atas simen. saya kesiankannya jika tidur di atas simen oleh itu jika 'abang' sudah tidur dan saya mahu keluar sebentar saya perlu membuka kipas untuk membuatkannya selesa. memang bilik saya agak panas sedikit..tetapi katil saya tetap 'abang' suka. abang yang saya kenal juga kuat merajuk..pernah saya marahkannya kerana tidak mahu tidur di atas bantal yang saya sediakan untuknya (abang biasanya tidur di atas bantal di belakang saya waktu saya tidur) dia terus berlari keluar dan tidur di atas kerusi sofa! puas juga saya memujuknya..dia hanya buat tak tau dan terus menutup mata..(tidurlah kononnya).

itulah 'abang' yang sangat kami sayangi..macam2 perangai yang dibuatnya jika ada yang tidak kena dengannya. terlupa pula saya..'abang' sangat suka dengan ikan goreng..'abang' cukup pantang kalau lihat kami menggoreng ikan. 'abang' akan mengekori kami ke mana kami pergi sehinggalah 'abang' mendapat ikan tersebut. kadang2 'abang' sudah makan 2 kali tetapi jika ada ikan goreng dia masih bising hendakkannya. kami selalu mengejeknya perut buncit dan bakal meletup jika hendakkan ikan walaupun sudah makan 2 kali..'abang'..'abang'..

sekarang sudah 5 bulan 'adik' hilang. kadang2 masih teringat keletah 'adik' yang manja itu. 'mama' masih membanding2 'abang' dengan 'adik'. kami doakan 'adik' bahagia dengan hidupnya sekarang. dan kami doakan tuan baru adik menyayanginya seperti kami menyayanginya suatu masa dahulu.

1 comment:

syntheare said...

Adik memang dr dulu jd perhatian semua org...kesian abg. Aku rasa aku sorang je dulu yg sayang abg...hehe...sebenarnya aku ngan abg yang plan 'hilangkan' adik. Aku tak nak buat tapi abg paksa aku.....kerna sayang, aku turutkan je plan abg. Sori la kpd mama n mak long....abg ckp dgn aku, dia cuma nakkan perhatian. Bak cite Detektif Conan, adik memang patut dibunuh opss....di 'hilangkan' sbb dia telah dapat semua yg aku inginkan (kata2 abg)...

Lilypie Next Birthday Ticker