Thursday, January 24

Tragedi di Hari Jadi - Berderau Darah Aku..

21hb 1 08 - 2.45 ptg

Dalam perjalanan balik dari hospital temerloh. mak tengah tido kat seat belakang. di hadapan saya ada sebuah lori kecil. agak laju juga.

Saya lihat di dalamnya ada barang2 peralatan rumah. ada bata, kayu n besi. kepala terus teringat kat rumah baru saya. oleh kerana lori tersebut laju saya mengikutnya agak jarak.

tengah saya best2 membelok di jalan untuk masuk ke kawasan perumahan saya. tetiba bata di dalam lori tersebut jatuh bertaburan ke jalan. banyak sangat. hampir separuh yang jatuh menutup hampir keseluruhan jalan. berderau darah saya. nasib baik saya tak ikut lori tersebut dalam jarak dekat. jika tidak bata tersebut mesti jatuh atas kereta saya.

mata saya automatik tengok cermin belakang. saya lebih risaukan kenderaan di belakang saya. takut ada kereta yang kena bata itu atau tak perasan terlanggar bata2 yang bertaburan di atas jalan. sungguh bahaya. lori tersebut pulak tanpa beri signal berenti tetiba berenti mengejut. nasib baik saya tak panik. saya elak n teruskan perjalanan.

tak dapat bayangkan kereta saya kemik kena bata. bukan kete saya plak tu. nasib baik mak tengah tido n tak sedar perkara tu. kalau tak sure dia bising. moral ceritanya jarakkan kenderaan anda dengan kenderaan depan. sebab kalau apa2 jadik kita sempat mengelak.

No comments:

Lilypie Next Birthday Ticker