Sunday, September 13

Pasport Baru Lebih Murah

BUKIT KAYU HITAM: Kerajaan akan memperkenalkan pasport antarabangsa baru yang lebih murah bermula 1 Oktober ini selepas mengambil kira kes kebanyakan rakyat yang hanya memerlukan dokumen itu untuk satu perjalanan.

Pada masa ini rakyat hanya mempunyai dua pilihan kategori pasport antarabangsa iaitu RM300 untuk 32 muka surat dan RM600 (64 muka surat) yang mana tempoh sah laku untuk kedua-duanya adalah lima tahun.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan memperkenalkan Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) Alternatif berkonsepkan kos lebih rendah dan mampu milik dengan kadar RM100 untuk tempoh sah laku dua tahun.

Menurutnya, PMA Alternatif itu akan menjadi pilihan tambahan kepada kategori pasport antarabangsa sedia ada.

“KDN mendapat maklum balas rakyat bahawa kadar sekarang dirasakan tinggi kepada mereka yang hanya mahu menggunakan pasport untuk satu tujuan khusus (one-off) atau kadar penggunaan tidak kerap.

“Ada banyak kes warga negara hanya memerlukan pasport untuk sekali kegunaan seperti ibu bapa yang ingin menghantar anak melanjutkan pelajaran ke luar negara, mengerjakan umrah atau lawatan sambil belajar ke luar negara,” katanya ketika berucap pada majlis berbuka puasa di Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (ICQ), di sini, petang semalam.

Beliau berkata, kewujudan konsep penerbangan tambang murah juga membolehkan ramai warga negara memilih untuk bercuti ke luar negara dan kos RM300 untuk memiliki PMA membebankan mereka daripada aspek kewangan.

Menurutnya, penggunaan kategori Pasport Berkumpulan pula bukan alternatif terbaik kerana kadangkala boleh menimbulkan kesulitan tertentu dan tidak boleh digunakan dalam semua keadaan.

Sehubungan itu, KDN akan memperkenalkan PMA Alternatif mampu milik dengan kos hanya RM100 untuk tempoh sah laku dua tahun.

“Keputusan ini adalah lanjutan kepada keistimewaan PMA Alternatif yang ditawarkan kepada jemaah haji untuk memenuhi peraturan baru yang diperkenalkan Kerajaan Arab Saudi yang mewajibkan semua jemaah menggunakan pasport antarabangsa.

“Keistimewaan pengeluaran PMA lebih murah dengan tempoh sah laku singkat yang diberi kepada jemaah haji ini diperluaskan kepada seluruh rakyat malaysia.

“Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) akan mengeluarkan PMA Alternatif ini bermula 1 Oktober 2009,” katanya.

Hishamuddin berkata, inisiatif yang diumumkan itu sebahagian daripada strategi dan pendekatan diambil KDN dalam melaksanakan Konsep 1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

Oleh ZAINUDDIN ZAIN - Harian Metro.

Nota Tangan Kanan : Bleh aa gedik2 ke bandung ngan family lepas ni. huhu..

3 comments:

Iryd and Pitt's little diary said...

wah..betul ke?..boleh la angkut satu family iryd dtg jepun..hahaha

crisda79 said...

betoi la. angkut la diorg.. bleh bawak jalan2.. :)

elcynthia 엘신티아 said...

hmmm kalau gitu tangguh dulu la nak buat passport. cadang nak gi Korea next year (nak jumpa bintang filem artis drama korea aku.. hahahaha)

Lilypie Next Birthday Ticker