Thursday, September 3

Wanita Subur!

Ibu berusia 42 tahun hamil anak ke-19

LITTLE ROCK, Arkansas 2 Ogos - Nombor 19 benar-benar memeranjatkan Michelle Duggar. Ibu berusia 42 tahun yang sudah mempunyai 18 orang anak itu menyedari dia langsung tidak kehilangan berat badan, walaupun dia dan suaminya, Jim Bob sedang menjalani penggambaran siri realiti Weight Watchers, selain anak bongsunya yang berusia lapan bulan, Jordyn-Grace masih menyusu.

Sebelum ini, dia mengetahui kehamilannya menerusi perubahan dalam susu badan, justeru mengambil ujian kehamilan.

"Dan selepas melihatnya, saya terkejut apabila mendapati ia positif," kata Duggar semalam.

"Saya hanya melompat kegembiraan sambil berkata 'terima kasih tuhan'.

"Lihatlah, saya berusia 42 tahun, memikirkan hari-hari bersama bayi sebelum ini telah berakhir, namun tuhan telah mengurniakan saya dengan seorang lagi bayi," katanya.

Michelle dan Jim Bob Duggar menetap di Tontitown, Arkansas dan telah disiarkan bersama keluarga mereka di stesen televisyen TLC menerusi rancangan '18 Kids and Counting'.

Pengumuman mengenai kehamilan anak ke-19 itu dibuat ketika anak pertama mereka, Josh, yang berusia 21 tahun turut bakal bergelar bapa.

Berkahwin pada tahun lepas, Josh dan Anna Duggar sedang menanti kelahiran anak pertama mereka, seorang bayi perempuan yang dijangka lahir pada 18 Oktober.

Cucu itu yang bakal diberi nama Mackynzie oleh Josh dan Anna, akan berusia lima bulan lebih tua daripada bakal pakcik atau makciknya itu nanti yang dijangka lahir pada 18 Mac tahun depan.

Menurut Michelle Duggar, kesihatannya berada ditahap yang baik dan kandungannya turut mengalami perubahan yang sama seperti anak-anaknya yang lain termasuk turut mengalami mabuk kehamilan.

"Saya bersyukur diberikan kesihatan yang baik setakat ini dan saya hanya berseronok bermain dengan anak-anak saya setiap hari," katanya.

"Saya tidak sedikitpun menyesal, saya masih mempunyai banyak tenaga," katanya. - AP

Nota Tangan Kanan : amboi banyaknyer anak dia. cuba kita analisis, umur dia 42 tapi anak dah nak masuk 19 orang. yang sulung umur 21 tahun. maksudnya umur 20 dia kawen umur 21 dapat anak sulung. bleh dikatakan setiap tahun dia beranak kan. dia dah kawen 21 tahun. anak nak masuk 19 org. maksudnya dia ada 3 tahun je free. yang lain bz beranak. tah2 dia pun ada beranak setahun 2 orang kan. satu awal tahun pastu satu lagi akhir tahun. ni mesti kes abeh pantang ngandung ni. gagah betoi minah ni kan tetiap tahun beranak.

Rasanya orang2 sekarang jarang nak beranak ramai2 cam ni. selagi bleh rancang ramai yang rancangkan. orang dulu2 memang yer. lagi satu orang dulu2 mana nak jumpa pil perancang. nak rancang secara semulajadi mana pandai. sebab tu la diorang bleh beranak ramai. zaman dah berubah. ibu2 zaman sekarang kebanyakannya kerja. tak macam ibu2 dulu. suri rumah sepenuh masa je. anak2 jaga sendiri. takdernyer nak antar babysitter or nursery. sekarang kalau anak 19 orang n semua nak kena antar nursery abeh aa gaji bayar nursery je. hehe..

No comments:

Lilypie Next Birthday Ticker