Tuesday, July 20

Opah & Atok

Saya tak penah rasa ada atuk. atuk belah ayah meninggal masa saya belum lahir. atuk belah mak? hmm.. ada kot time tu tapi sebab dah cerai ngan opah so tak penah jumpa jugak. eh maybe penah jumpa tapi time haluih2 kot. tak ingat sangat. opah (nenek belah mak) plak meninggal masa saya darjah 1. tok (nenek belah ayah) masa saya darjah 2 kot. yang saya ingat nenek ngan opah meninggal dekat2 je masanya.

Oleh kerana diorg meninggal masa saya kecik tak banyak kenangan saya dengan diorang. ayah ngan mak kawen daerah sebelah2 w/pun negeri lain2. perjalanan antara kampung tak sampai sejam pun. so kalau balik kampung ayah antar mak balik kampung dia pas minum2 kopi dia balik kampung dia plak. selalunya saya akan ikut ayah. jarang saya ikut mak. so tinggal aa mak kat kampung dia ngan adik2 then saya akan ikut ayah balik kampung ayah. mungkin sebab tu saya agak rapat ngan tok.

Kalau balik kampung ayah org pertama saya carik adalah tok. saya mesti salam then cium tangan dia dulu baru salam org lain. tok time tu dah tak larat. just duduk je. kalau nak bangun kena pimpim. dia selalu duduk depan pintu tengok pemandangan luar. kalau dia nampak saya sampai dari jauh saya nampak dia senyum. saya terus lari2 kat dia then salam dia. kalau nak balik plak lepas saya salam dia mesti cium dedua pipi saya. arghh.. mau nangis..;p

Lepas tu saya dengar tok meninggal. tapi time tu kecik lagi. tak rasa apa pun. masa tok meninggal ayah balik sorang sebab nak balik ramai2 tadek duit. so saya tak sempat jumpa tok buat kali terakhir. apa pun tok tetap dalam ingatan saya w/pun kenangan sama2 tok sikit sangat dalam otak saya :) alfatihah untuk arwah tok saya.

Sama dengan tok opah pun tak banyak kenangan sangat dalam otak saya. tapi sebab opah selalu datang umah saya or umah mak cik kat jengka so saya selalu jumpa opah. opah kuat. masih gagah berjalan jenguk anak2. opah jugak sempat jaga cucu dia (sepupu saya) dalam pantang masa cucu dia lahirkan cicit pertama dia. tapi opah garang. tu yang turun kat mak saya tu. diorg ni memang keturunan garang2 kot hehe..

Opah macam saya, macam mak dan adik2 saya. kami jarang sakit. pun keturunan kot :). seingat saya tak penah tengok opah jatuh sakit sehingga satu masa opah sakit teruk. kami sefamily balik kampung. memang opah sakit teruk. dia terbaring je. tak larat mau makan pun. semua adik beradik mak balik tengok opah. satu hari opah nampak semakin sihat. dia mintak mau pegi behrang umah pak tua saya (anak dia yang sulung).

So cucu2 dia bawak dia ke sana. kami berkumpul ramai2 kat behrang. opah nampak macam dah sihat. suatu malam masa makan malam opah tersedak. lepas tu keadaan kelam kabut. saya tak tau apa yang jadik lepas tu sebab mak suh kami dan cucu2 opah yang lain tido. esok pagi2 saya tengok opah terbaring semula. tak sedar seperti sebelumnya. pak cik2 ambek keputusan bawak opah balik ke rumah dia.

Saya tak ingat apa yang jadik lepas tu. esoknya saya bangun pagi saya tengok opah dah kena selimut 1 badan. tak lama pastu saya nampak cu saya balik nangis2 sambil peluk opah. pastu saya nampak dia ngaji kat sebelah opah. mak cakap opah dah meninggal. saya tengok opah dimandikan. pastu di kapankan. tapi tak pi kubur. mak jugak cakap opah memang nak meninggal kat rumah dia. mau kebumi jugak dia kampung dia. dan hajat dia termakbul. al fatihah untuk arwah opah saya.

No comments:

Lilypie Next Birthday Ticker