Saturday, April 25

MAJLIS SANDING @ EN. JAS HOUSE

Akhirnya selamat sudah acara persandingan di belah pihak lelaki cik amani eh apa plak cik, pn sudah sekarang. oklah pn amani n en jasrizal. terbalik? ala.. apa da hal. tu kelainan namanya. buat umah lelaki dulu baru belah pompuan. janji meraikan pengantin dan mewar2kan kepada semua bahawa pn amani dan en jasrizal dah kawen. tak kisah aa kenduri belah mana dulu pun. arini pn amani pakai baju kaler gold lebih kurang. sangat cantik ok. teringat murni yang berkali2 puji pn amani cakap sangat cantik masa pn amani sanding tadi. hehe..

Kita orang sampai dalam pukul 1.00 ptg. memula ingat nak berarak ngan pengantin tapi sebab jem giler2 kat mrr2 so kitaorg terus je ke umah pengantin kat keramat. takut tak sempat nak pi kemensah tempat pengantin bertandang. sempat makan2 dulu. siap2 makan je pengantin pun sampai. pn amani duk carik2 saya plak. tak sempat minum tau. haha.. air dia sangat biru. biru mata gue. air tu rasa air laici je. tok sah aa korang bayang kan rasa yang pelik2.

Pengantin sampai. berkelip2 mata saya tengok baju pn amani. sangat bersinar you..

Bunga ni sangat cantik. kena je ngan pn amani.

Pengantin berarak dengan paluan kompang. tengok aa bunga manggar dia tu. lain dari yang lain.

Semapt senyum pada kitaorg sebelum naik ke pelamin. baru aa manis en. jas. jangan aa masam sangat. hari ni hari gembira awak tau..

Meja makan pengantin.

Bergerak dengan penuh tertib ke pelamin.


Pelamin untuk pasangan pengantin.


Acara menepung tawar. ramai sebenarnya termasuk ayah dan ibu en. jas serta kakak n adik pn amani. jalil duk suh saya pegi, pn amani pun duk jeling2 suh merenjis. maaf la guwe pemalu orangnyer.. haha..


Pengantin bersanding. huhu.. dah tak tau nak buh caption apa. korang tgk je aa gambar ek..

Ramai kan tetamunya.. meriah!

Pengantin mengaminkan doa sebelum makan. udang panjat2 kat depan pengantin tu agak mabeles. huhu..

Nampak tak yang hujung tudung biru tu? saya lah tu. haha.. tak pasal2 kena makan semeja dengan pengantin. padahal dah melantak sebelum tu lagi. mak cik en. jas yer2 suh saya duk makan. "makan main2 je" katanya. sebagai 'mak pengantin' saya duk je lah. haha..

Kek pengantin. saya tak sempat ambek gambar pengantin potong kek. tak larat nak tunggu dah. panas gilak. peluh dah macam mandi dah rasanya. balik2 dari kenduri je jalil pening kepala. haha.. manja!

Selamat pengantin baru pn amani n en jasrizal. moga bahagia hingga ke syurga. saya pasan bebudak unit kitaorg sorang pun tak der. mana korang ek? nuar bos ko kawen aa.. tak datang ke? abeh aa kena laser pasni. haha..

p/s : minggu depan ada majlis lagi. kali ni meraikan family belah pn. amani plak. sapa yang dijemput tu ringan2 kan lah kaki datang. pesanan dari 'mak pengantin' hehe..

2 comments:

syntheare said...

baju kak cuyek cantik macam baju iryd gak...wah...wah...wah...mak pengantin bila plak nak jadik pengantin?

p/s : nanti konfem tema ko kaler pink kan? hahahaaa.....abeh la laki ko kak ija...kecuali dia seorang lelaki yg yakin dengan kelelakiannya dan tidak takut untuk mencuba...ngeh..ngeh..ngehh..

elcynthia 엘신티아 said...

cantiknya air biru tu... rasa laici? aku ingat mula2 pepsi blue ^^

Lilypie Next Birthday Ticker