Monday, October 19

Kepentingan

Hidup sebenarnya satu perjuangan. Bak kata pepatah yang kalah jadi abu yang menang jadik arang. Perjuangan adalah satu perkara yang indah dalam hidup jika berani menghadapinya. Berjuang maksudnyer berusaha. Berjuang maksudnya tidak mengaku kalah. Dalam hidup ni sebenarnya jika mahukan sesuatu mahu atau tidak kita terpaksa berjuang. Perjuangan untuk mendapat kemenangan atau sebaliknya. Bila kita menang kita gembira. Tetapi bila kita kalah kadang2 kita salahkan pihak yang menang. Itu lumrah hidup.

Bagi saya jika kita telah berjuang (berusaha) tetapi kita tetap kalah itu juga adalah satu kemenangan. Yang penting kita telah berjuang. Kalah atau menang itu bukan persoalannya. Tapi dalam asyik berjuang kita kadang2 lupa satu persoalan penting. Bahawa kemenangan pada pihak sendiri adalah kekalahan dan kekecewaaan pada pihak yang satu lagi. Apabila kita terlalu pikirkan kepentingan sendiri (kemenangan) kita sebenarnya telah abaikan kepentingan pihak yang lagi satu yang kadang2 sebenarnya telah menganiaya mereka. sedar ke korang?

Kita sepatutnya redha dengan ketentuan tuhan. Kemenangan atau kekalahan dalam hidup adalah lumrah kehidupan. Kemanisan hidup akan dapat dirasai apabila kita dapat merasa kedua2 situasi tersebut. Semua eleman kena balance. Barulah nikmat hidup dapat dirasakan sepenuhnya. Dengan hanya merasa nikmat kemenangan semata akan membuatkan timbul rasa angkuh dan bongkak dalam hati. Manakala hanya merasa kekalahan semata pula akan membuatkan diri rasa serba kekurangan dan tidak berguna langsung.

Bagi yang merasa nikmat kemenangan harus diingat hidup umpama roda. Tidak selamanya kita berada di atas. Sampai satu masa kita akan berada di bawah. Bersyukurlah dengan nikmat kemenangan yang Allah kurniakan kepada kita selama ini. Allah maha adil. Kita juga kena percaya dengan konsep balasan. Setiap yang berlaku dalam hidup ini akan dibalas tak kira balasan baik atau buruk. Rasa bersyukur dan redha dengan ketentuan tuhan (setelah berjuang) akan membuatkan kita menerima dengan seadanya ketentuan yang telah tersurat.

p/s : ini baru betoi2 dari hati saya.. :)

2 comments:

izman said...

setuju. yg penting berusaha. kemenangan adalah suatu bonus.

crisda79 said...

betoi.. betoi.. betoi.. ;)

Lilypie Next Birthday Ticker