Tuesday, October 28

Bila Rasaku Ini Rasamu

Dah macam tajuk lagu plak kan. tak tau? lagu kerispatih tak silap saya. tetiba arini rasa nak bercerita pasal rasa yang saya nak kongsi ngan sapa2 aa yang baca blog ni. rasa yang saya rasa ni adalah berkenaan usaha dan doa. kita semua tahu, Allah telah berjanji jika umatnya berusaha dan berdoa dengan betul dan sungguh2 dia akan makbulkan doa tersebut. tapi macam mana kalau kita doa tapi Allah kata dia bukan perkara yang terbaik untuk kita? Allah nak bagi perkara yang terbaik dari itu untuk kita. tapi oleh kerana kita dah doa n Allah kata kalau doa dia makbulkan then dia makbulkan. apa kita akan rasa? adakah kita akan menyesal?

Sebagai manusia kita ni sangat lemah untuk mentafsir maksud Allah. bagi kita kalau Allah makbulkan doa kita maksudnya Allah sayangkan kita dan kalau Allah tak makbulkan doa kita maksudnya Allah tak sayangkan kita. Mungkin pemohonan itu tidak membawa kebaikan jika dimustajabkan. Allah Maha Mengetahui. Seperti hasrat kita ingin mengahwini seseorang yang kita suka, lalu kita berdoa agar Allah menjadikan dia pasangan kita. Allah lebih mengetahui jika itu tidak baik untuk kita lalu Allah memilih untuk kita pasangan yang lain. tak dimakbulkan bukan bermaksud Allah tak sayang. kena ingat tu.

Tak der siapa tahu maksud Allah sebenarnya kan. Saya pernah terbaca satu artikel yang menceritakan tentang 2 orang raja. seorang raja yang baik dan seorang yang sangat jahat. kedua2 nya jatuh sakit yang sama dan tok bomoh dia cakap kena makan ubat sekian2. raja yang jahat sihat semula tetapi raja yang baik tidak mahu sihat dan akhirnya meninggal dunia. mengapa jadi seperti itu? Allah tidak sayangkan raja yang baik tetapi lebih sayangkan raja yang jahat? tidak. sebenarnya Allah buat begitu semata2 untuk kifarah. Allah ambek nikmat kesihatan raja baik bagi membayar kifarah dosa2 yang dilakukannya bagi menghapuskan dosa raja baik dan membolehkan dia terus ke syurga. Allah sembuhkan penyakit raja jahat untuk membayar kifarah kebaikan yang pernah raja jahat lakukan. oleh itu yang tinggal hanya kejahatan dan apabila dia mati dia akan terus di hantar ke neraka. adilkan. segala perbuatan, kecik atau besar Allah balas dengan setimpal.

Saya selalu terpikir. sebenarnya apa yang terjadi pada diri dalam kehidupan harian kita ini ujian atau petunjuk atau kifarah. kalau ianya petunjuk alangkah beruntungnya kita. tetapi kalau ianya ujian tetapi kita menganggapnya sebagai petunjuk alangkah ruginya kita kan. cam mana nak buat ek? mungkin pandang dari sudut positif kita akan nampak jawapannya kot. yelah.. asyik2 pandang semua benda negatif. so akan nampak semua buruk aa kan. sekali2 pandang positif lah pulak. tapi kalau positif sangat pun bahaya gak. so agak2 lah ek. ada otak masing2 Allah kasi. kena aa guna kan. kang dia tarik balik susah plak.

Kita ni yakin ke dengan semua keputusan kita? yakin yang ianya betul? memang lah orang cakap kalau tak cuba kita tak tau kan. at least kalau tak berjaya kita dah cuba kan. tapi kalau dah nampak tanda2 yang mencurigakan perlu ke kita cuba? kadang2 apabila kita mengalaminya sendiri kita tak nampak kesilapannya. tapi yang nampak adalah orang2 sekeliling. kadang2 pendapat org pun kita kena ambek kira jugak. macam buat novel. kena ada pembaca pruff untuk betulkan kesilapan2 kita. kalau tak sure grammar ngan ayat berterabur punya. hehe..

Saya ni memang susah nak caya ngan orang apatah lagi orang tu pernah buat saya kurang percaya padanya. dan selalunya naluri saya betul. saya sangat bersyukur sebab petanda2 tersebut telah banyak kali menyelamatkan saya. itulah sebenarnya hikmah yang paling besar yang kita susah nak nampak kalau kita pandang dari sudut negatif. bak kata saya pada jalil "saya hidup ni kalau boleh nak makan nasik bukan nak makan pasir". kalau kita sendiri boleh hidup makan nasik buat apa nak sua kepala bila orang nak kasi makan pasir plak kan. paham? tak paham? tah la, aku pun tak baper nak paham..haha..

.:: Apa aku merepek ni weii..!! ::.

No comments:

Lilypie Next Birthday Ticker