Friday, October 31

Open House @ My House

Akhirnya selesai. puas hati! akhirnya saya n cyn dapat mengadakan jamuan untuk kawan2 kat umah semalam. penat tapi sangat sonok. hampir kesemua jemputan menghadirkan diri. terima kasih kawan2 sebab sudi datang ke jamuan kitaorg yang tak seberapa ni. tak banyak sangat pun makanan semalam.




Inilah antara hidangan semalam. saya buat laksa, spegetti, agar2, rendang ayam n rebus nasik impit je. sate n lemang beli. sajer mencabar diri untuk masak semua tu. boleh je sebenarnya. rupa2nya saya maleh sebelum ni sebab malam tadi saya bleh memasak dengan jayanya. tak sempat ambek gambar masa tengah masak coz bz beno. rasa tak cukup tangan. huhu..

Jemputan patutnya mula lepas maghrib atau kul 8.00pm tapi pukul 6.30 cam tu tetamu dah start datang. maaf lah tak bleh makan lagi. coz makanan tak sedia sepenuhnya lagi. masing2 maleh nak balik umah. dari opis terus terjah je ke umah kitaorg.


Ini adalah antara tetamu yang datang seawal 6.30 pm iaitu aca, ira, kama ngan cik jie. TQ cik jie sebab sempat gak datang gak w/pun kelam kabut kejar flight.


Pastu diikuti dengan iryd n jalil dalam kul 7.30pm. jalil datang lambat bawak lemang aku. huhu..

Lepas2 tu dalam 8.00pm++ ramai yang datang. ada gak yang call sebab tak jumpa umah. sebenarnya majoriti bebudak opis tau umah kitaorg kat mana sebab ada yang dah penah pegi.

Adi n wife
Faizal, Zairi n kawan diorang (sorry tak tau nama)
Wawa, Ina n Tina
Azri n Kama
Hajar n Nuar
Lan
Nora n Friends
Hairul n Wife
Cik Amani & Hajar

Dan yang paling lambat mai dodi ngan arif. datang ngan baju sukan plak tu. baru balik main futsal katanya. datang 2 orang je. mem2 nya tak bawak.

Ini lah ajer tetamu jemputan kitaorg. tak ramai pun. majoriti bebudak opis je semua. ada yang datang sorang n ada gak yang datang ngan pasangan n kawan2. oleh kerana saya 'mak pengantin' semalam tak banyak gambar saya pun semalam. duk bz ke hulu ke hilir melayan tetamu lah katakan. nasib baik tak der yang salam 'berisi' ngan saya. kalau ada memang saya mak pengantin aa semalam haha..








Ini antara suasana kemeriahan yang 'tercipta' semalam. semua nampak cam selera je makan. bila tanya sedap ke tak semua cakap sedap. tah2 nak ambek ati saya je kot. haha.. jalil sorang je jujur komen pasal masakan saya. katanya spegetti saya kena masak lama sket lagi n kasi empuk sket lagi n kuah laksa kurang masin bila dah makan ngan laksanya. tapi overall sedap katanya. bleh bukak kedai katanya huhu.. dah macam chef lak lagaknya mamat ni. tapi tak per. saya terima. may be tak penah masak banyak2 sebelum ni kot. pastu kelam kabut plak. ada aa terkurang sket sana sini. maaf kan lah hamba ye.


Malam tadi dalam kul 11.00pm pas semua orang balik saya ngan cyn bertungkus lumus mengemas. basuh pinggan mangkuk, kuali periuk semua. betulkan balik kedudukan meja. lap n sapu sampah semua. buang sampah semua dalam kul 12.00 settle. umah kemas balik cam tak der apa2 berlaku je. rehat2 jap 12.30am mandi. pas mandi terus tido. penat oo.. bak kata cyn, tahun depan kalau nak buat open house lagi kena ambek cuti aa nampaknya.

Kepada semua jemputan TQ la sebab korang rajin nak melayan saya yang tengah giler memasak ni. haha.. lain kali kalau saya buat jamuan jangan serik nak mai lagi ek.

No comments:

Lilypie Next Birthday Ticker