Friday, September 28

nak wish tapi esok plak bezdaynyer.. anyway HAPPY BEZDAY!!

ada org tu bezday dia esok..
tapi saya nak wish dulu la ari ni..
coz esok saya tak der depan pc..
sebab esok saya cuti..
balik kampung..huhu..
kepada ijam..
kira akak wish awal aa ni ek ijam..
wish je lah..adiah tak der..
tanyer d baper pokainya akak la ni..huhu..
epy bezday ke 23..
semoga panjang umur..
dimurahkan rezeki..
semoga cepat2 kawen..huhu..
tanyer sket..dah dapat ke 'org' tu..hihi..

Ciko..oooo..




Huhu..ngeri betoi la gambar tangan saya tu kan. tu tangan saya tau..ciko kucing yang menumpang teduh. cewahh.. menumpang teduh konon.. kucing yang tumpang umah saya telah gigit saya semalam. tah apa anginnyer. tetiba je nak gigit saya. sakit oo.. selalu saya pegang2 dia tak marah pun. semalam dia gigit saya. nak marah lebih2 tak sampai ati plak. kang dia majuk. maklumlah kucing tumpang huhu..nanti kang abang saya tak der kawan plak. sory la gambar tak baper nak clear. maklum lah pakai kamera enpon murah je. so sila lah hayati dan bersimpati ngan saya ok. sekian adanya..

Wednesday, September 26

Kemeriahan dan Kesuraman

Selepas 6 malam saya tak berterawih (biasa la org pompuan kan) saya pegi ke surau untuk berterawih semalam. banyak bezanya. kelakar pun ada. biasalah orang melayu. nampak sangat hangat2 tahi ayam. masa awal2 puasa dulu saya dan jemaah wanita lain terpaksa solat di bawah khemah dan di dalam kelas mengaji di belakang surau. penuh sepenuh2 nya. sejuk hati tengok keadaan itu. di dalam surau dipenuhi dengan jemaah lelaki yang juga penuh sampai ke luar. tapi malam tadi tempat solat bahagian perempuan di dalam telah dibuka semula. so saya solat di dalam surau semalam. dan jemaah lelaki tak penuh pun. yang kelakarnya tempat solat di dalam kelas mengaji telah ditutup. hanya lampu hadapannya dibuka untuk kanak2 bersolat dan bermain. saya yang memang masuk ke surau ikut pintu belakang mula2 pelik. dalam hati berdetik "tak solat ke malam ni?" kerana lampu ditutup. rupanya jemaah wanita telah diletakkan semula ke tempat asalnya. patutlah lampu bilik mengaji tutup. malam ke 14 ramadan hanya tinggal separuh jemaah sahaja yang masih mengekalkan keadaan itu. saya mengaku saya pun jarang2 ke terawih tahun2 lepas. tah apa azamnya tahun ini agak rajin. so saya dapat lihat sendiri fenomena kemeriahan dan kesuraman terawih bila ianya sampai ke hujung bulan.

Tuesday, September 25

Orang Yang Mencintai Kamu..

1] Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.

2] Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.

3] Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.

4] Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.

5] Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti selalmat pagi, selamat hari minggu, selamat tidur walaupun kamu tidak membalas SMS-nya. Jika kamu menyambut hari ulang tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.

6] Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya.

7] Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya.

8] Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga.

9] Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.

10] Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan menanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS good luck untuk memberi semangat kepada kamu.

11] Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.

12] Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.

13] Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.

14] Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawapengaruh buruk kepada kamu.

15] Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.

16] Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMD. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.

17] Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan takakan melakukannya lagi.

18] Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan mengajarimu dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!

19] Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu.

20] Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupunhal itu membunuh hatinya.

21] Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.

Pernah adakah orang yang berbuat seperti di atas kepada kamu? Jika ada, jangan pernah mensia-siakan orang tersebut kamu akan menyesal melakukannya! ]

Friday, September 21

Muahhhhs..!!

Thursday, September 20

BLOG AKU DAH MAJU..

huhu..jalil tu jeles aa tu sebab blog aku dah maju. aku tujukan lagu ni untuk jalil..

kampung ku sudah berjaya
ada jentera ada kereta proton saga
sawah padi menguning
majulah kampungku
walau dekat walaupun beribu batu
engkau tetap kampungku

selamat surf jalil..huhu..harap2 ko jumpa cara nak kasi blog ko jadik maju cam blog aku..

Anuar Zain - Lelaki Ini

huhu..harap2 anuar zain nyanyi lagu ni untuk aku..

Apa Rasa?

apa rasa bila kekasih lama tiba2 telepon balik?
apa rasa bila dapat tahu yg hidup anda selama ni huru hara selepas kekasih lama mengaku yg dia pernah sumpah anda dulu?
apa rasa bila kekasih lama telepon di saat anda sedang menyiapkan barang2 utk perkahwinan anda?
apa rasa bila kekasih lama cuba nak menasihati anda?
apa rasa bila kekasih lama cari alasan utk telepon anda?
apa rasa bila tiba2 kekasih lama baru sedar kebaikan anda?
apa rasa bila kekasih lama mengaku yang selama ini alasan untuk putus dengan anda dulu cuma rekaan? sebenarnya memang dia dah ada yang lain.


Tuesday, September 18

Entry Lepas Geram!

Saya cukup angin masa pi solat terawih semalam. anak sapa aa yang kurang ajar semalam. main kejar2 depan jemaah sikit lagi nak sepak kepala saya. rasa cam nak hulur kayu je kasi dia jatuh tersembam. macam mana nak khusyuk solat cam tu. mak nyer mana budak tu. tegur aa sket. tak der maknanya ko solat tapi anak ko kacau orang lain solat. cam mana la mak budak tu ajar anak dia. orang kata budak2 memang cam tu. memang la. tu aa tugas mak bapak untuk ajar anak2. tak der maknanyer mak bapak kalau tak bleh nak ajar anak2. kalau sekali dua tak per. ini banyak kali. dah aa main lari2 keluar masuk surau tak pakai kasut. pastu pijak2 sejadah orang tengah jemaah. wah! kalau nak ikutkan angin rasa cam nak menjerit jerk. bising tu tak yah cakap la. memang tetiap malam. agaknyer mak bapak diorang ni pekak kot. dah dengar malam semalam budak2 bising. malam ni sebelum mula solat tegur aa awal2. kalau bukan anak sendiri pun yang bising apa salahnyer tegur. budak2 ni kalau sorang2 tak jadik. kalau dah berkumpul ramai2 memang aa jadik. siap jerit2. main kereta lumba. main kejar2. anak sapa aa tu. geram betoi aku..

Friday, September 14

Kali Pertama (first time)

Macam tajuk lagu pulak tajuk blog saya hari ni. terngiang2 melodi lagu tu tapi siapa nyanyi saya tak ingat. semalam hari pertama puasa. ada 2 perkara saya buat first time semalam. best jugak buat benda first time yang rasa seronok ni kan.

1. sepanjang 28 tahun saya berpuasa semalam adalah kali pertama saya berbuka puasa di luar pada hari pertama puasa. biasanya hari pertama saya akan berbuka di rumah. kalau tapau pun mesti makan di rumah. semalam saya buka puasa kat hotel ngan bos saya dan budak2 opis. best aa makan kat situ tapi tak larat nak makan semua. memang berbaloi aa bayar RM89.90. tapi saya makan rasanya berjumlah RM40.00 je. tak perlah. bos banjer. hehe..

2. semalam juga saya first time makan aiskrim goreng. sedap la. lepas ni boleh lah makan selalu. saya marah bila ada antara kawan2 yang tak habis makan aiskrim tu semalam. sedap pun tak abeh? rugi2. rasa cam nak ambek lagi je. kat mana ada jual ek? nak pi beli ni. hehe..


Thursday, September 13

1 Ramadan 1428

Hari ini hari pertama kita semua berpuasa. akhirnya dia datang lagi. dan kita semua sempat menempuhnya sekali lagi, alhamdulilah. semalam saya berterawih di surau yang hanya terletak di hadapan rumah saya. pergi semasa azan isyak sedang berkumandang bersama rakan serumah. banyak perkara yang saya tidak berapa senang terjadi semalam.

1. Jemaah perempuan bercampur dengan jemaah kanak2.
Saya tak pasti samada ibu kanak2 ini tahu atau tidak yang jemaah kanak2 tidak boleh bercampur dengan jemaah dewasa. jika berjemaah di bahagian tepi sekali tak pe la. ini berjemaah di tengah2 jemaah dewasa. ini akan memutuskan saf jemaah dewasa. rasa cam nak tegur tapi nanti org cakap saya terlebih pandai pula. walaupun untuk mengajar anak2 berjemaah tapi ibu bapa perlu tahu keperluan jemaah kanak2 ini. jemaah kanak2 tidak boleh bercampUr dengan jemaah dewasa.

2. Kanak-kanak yang tidak berjemaah berlari2 dihadapan jemaah yang sedang bersolat.
Yang ini memang tiap2 tahun terjadi. bagaimana ye hendak mengelakkannya. saya paham jemaah wanita pergi bersolat hendak meninggalkan anak2 kecil di rumah agak bahaya. tetapi mungkin boleh difikirkan cara yang lebih baik agar anak2 ini tak mengganggu jemaah sedang bersolat.

3. Kanak-kanak bising di luar surau sehingga menganggu jemaah yang sedang bersolat.
Ini juga sama dengan kejadian di atas. memang tiap2 tahun dan di mana2 pun selalu terjadi. mungkin ibu bapa boleh memberi amaran kepada anak2 ini supaya jangan membuat bising ketika jemaah sedang bersolat. juga ceritakan tentang dosa mengganggu orang sedang bersolat. mungkin anak2 ini akan lebih paham.

4. Susunan saf jemaah wanita agak pelik.
Kami (saya dan rakan serumah) datang agak lewat semalam. jemaah wanita telah dipindahkan ke kelas di belakang surau daripada dalam surau sebelum ini. ahli2 masjid sudah menjangka yang masjid pasti penuh dengan jemaah malam semalam. maklumlah malam pertama puasa. apabila saya tiba saya tak lihat apa2 yang pelik. tetapi apabila sudah bangun untuk berjemaah saya lihat barisan jemaah di hadapan saya hanya ada 4 orang berbanding barisan jemaah saya lebih 10 orang. hendak masuk ke hadapan sudah tidak boleh kerana tiada lagi ruang kosong di situ. rasanya arah kiblat sudah lari arahnya. ini kerana barisan saya dan hadapan makin mengecil di hujung. sebab itu saya tidak boleh masuk di saf hadapan. saya tidak tahu salah siapa. diharap malam ini kejadian seperti ini tidak terjadi lagi.

nampak sangat saya tidak khusyuk berjemaah semalam. ye saya mengaku kerana terlalu banyak benda yang tidak senang di hati saya. paling kelakar ada jemaah pengsan di hadapan saya. kakak di sebelah saya menjerit tapi meneruskan solat selepas itu. saya dalam dilema. hendak tolong atau tidak. akhirnya saya meneruskan solat saya. sudah macam2 di kepala entah ok atau tidak solat saya semalam, biarlah Allah tentukan.

SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN AL-MUBARAK SEMUA..

Wednesday, September 12

Salah ke aku..?

Salah ke aku memberi harapan..
Sedangkan aku belum buat keputusan..

Salah ke aku marah kat dia..
Sedangkan aku tak der hak tu..

Salah ke aku suruh dia percaya pada aku..
Sedangkan aku sendiri tak caya pada dia..
Salah ke aku suruh dia sayang dan rindu aku..
Sedangkan aku tak pernah rasa semua tu..
Salah ke aku bila dia sanggup ambek cuti jumpa aku..
Sedangkan aku tak pernah hargai pun..

dia cakap dia sayang dan rindu kat aku
dia cakap selalu tercari2 kalau aku hilang
dia cakap dia cemburu kalau aku berbual dengan org lain

aku selalu marah dia
aku selalu mengamuk tak tentu pasal bila dia cerita pasal pompuan lain
aku selalu cakap dia tak caya pada aku

adoiii! macam mana deh..

lalu di terowong SMART sambil makan mc d

first time aku lalu kat terowong SMART. teruja giler. tak sangka bob nak bawak aku lalu terowong SMART malam tu. Hari tu kitaorg pergi The Legend Hotel KL (10/9/07). esoknya ada seminar kat situ. kitaorg bertolak kul 8 dari umah. patutnya kul 7.45 tapi aku mintak extend ngan bob coz aku nak tengok manjalara dulu. haha..sahara dah mati kena tembak ngan karim semalam. ari ni last episod. jangan lupa tengok. opss.. lari tajuk plak. kitaorg pi KL lalu sg besi. singgah mc d drive thru kat situ. aku beli bubur ayam mc d. terus je makan. pastu bob lalu terowong SMART. so jadik la aku lalu di terowong SMART sambil makan mc d. aku tak pernah lalu terowong tu sebelum ni. aku dah cakap yang aku nak lalu terowong tu ngan org yang pernah lalu. akhirnya termakbul doa aku. lepas ni bleh aa masuk selalu. tapi mahal la. sehala 2 ringgit. tak senang aku nak makan coz nak menghayati keadaan dalam terowong tu. hehe..

Monday, September 10

alhamdulilah..

selepas 8 hari emak dirawat di hospital semalam pukul 4 petang emak saya dibenarkan keluar dari hospital oleh doktor. 5 hari juga saya berkampung di hospital. best juga duduk di hospital, itu kalau tidak sakit la. kalau sakit sure tak best kan. yang tak bestnya susah nak tido je. kena tido atas kerusi. 5 hari jugak saya cuti. 2 hari tido di rumah wan abeh kaki ngan tangan saya kena gigit nyamuk. tak per lah berulang dari rumah sendiri w/pun jauh. at least saya bleh tidur pakai kelambu. tak berkesan ubat nyamuk yang dipasang. lain kali jangan nak ngada2 tidur dengan ubat nyamuk saja. wajib pasang kelambu.

hari ni selepas 5 hari cuti saya rasa cam semangat plak nak kerja. tapi dari kul 1 tadi saya dah tinggal sorang. budak2 ni dah berangkat ke Legend Hotel untuk persiapan seminar esok. saya pegi ngan bob petang ni. may be lepas maghrib kot. esok tak der kat opis lagi. kira berjalan2 lah kan. sunyi plak duk sorang2 ni. eh lupa nak citer. 'dia' tanyer khabar saya. cam tak caya plak. tapi kena caya. haha..

Tuesday, September 4

Selamat Hari Jadi Edon

Hari Ini 4 September 2007 hari jadi kawan baik saya Zuraida ke 28 tahun. SELAMAT HARI JADI EDON. Semoga panjang umur, murah rezeki dan dilimpahkan kebahagian selalu. kawan baik saya ini sudah berkahwin dan mempunyai 3 orang cahaya mata. umi kepada Aisyah, Muhammad dan Abu Bakar. nampaknya hari raya nantilah baru saya bersua semula dengan kawan saya ini. oklah hanya singgah sebentar, saya sangat sibuk sekarang. Daaa..~