Wednesday, November 30

Pengaruh TV

Terpengaruh dengan iklan kat tv la ni. tak pasal2 termimpi2 ngan aiskrim magnum ni. nampak dalam tv model pompuan tu makan macam menyelerakan betoi huhu.. oleh itu tiap kali singgah kedai sibuk la membelek peti aiskrim. payah gak nak jumpa aiskrim ni ek. punya lah lamanya cari, tengahari tadi baru jumpa.

Jumpa kat kedai runcit baru kat area umah sewa. apa lagi terus sambar. mau gak rasa ye ke sedap sangat aiskrim ni huhu.. ambek yang almond punya. nampak tadi ada coklat ngan classic. so kita try almond dulu. kang kalo sedap melampau baru kita try yang lain plak ;p

Rasa? cam rasa aiskrim la. masalah saya memang camni. kalo org tu kata benda tu sedap sesangat saya membayangkan sangatlah sedapnya masyaAllah tak terkata. sebab tu bila rasa aiskrim ni hmmm.. boleh la. cam rasa aiskrim lain gak hahaha.. tak sesedap yang saya bayangkan tahap mega punya sedap tu hehe.. sama je ngan benda lain pun. contoh movie semua org cakap best giler tahap gaban so saya membayangkan giler best la. tapi bila tengok alamek tak sampai saya punya giler best tu. potong! ;p

Kayu aiskrim dia cantek kan. siap ada ukiran2 lagi. bleh buat collection ni. siapa2 nak mula kumpul kayu aiskrim bolehlah mulakan dengan kayu aiskrim magnum ni. unik!



Friday, November 25

Ulat Naufal

Masa tau saya akan lawat naufal aritu tak teringat pun nak kasi apa2 kat dia. sampai la ina ingatkan kena kasi adiah kat naufal (w/pun ina cakap gurau2 je) saya terus rasa patut kasi something kat naufal. terus sms niza tanya apa adiah yang patut saya kasi kat baby umur 3m++. kena aa tanya orang. saya mana penah beli barang2 baby ni. pastu niza suggest saya gi manjaku kat area ECM. esoknya terus berkejar ke manjaku. sib baik deret kedai tu tak banyak lagi kedai bukak (bangunan baru) so parking sangat senang. depan2 kedai saya parking huhu..

Taraaa.. siap balut lagi. ada nama plak tu hehehe.. takder keje. sajer gunting2 paper buat nama naufal. apa dalamnya?

Ni la dalamnya. mainan ulat kalerful. tak tau la ok ke tak. main bantai beli je. takder sales yang berkeliaran nak tanya. so main agak2 je la. belek2 terus bayar n bungkus terus.

Naufal dengan ulat kalerful. gambar cilok dari fb mama naufal. wawa cakap dia suka ngan ulat tu. ralit main. ulat tu ada bunyi. tu yang dia ralit tu kot. semoga cepat besar ye naufal! lain kali aunty datang jenguk naufal lagi..



Thursday, November 24

Makan n Makan Lagi

Isnin pagi tetiba dapat call dari HQ mintak saya hadir meeting kat HQ esoknya. alamak malehnya nak gi. baru je balik dari putrajaya dah nak kena gi balik. tak ilang penat lagi. lelagi bila dapat surat baca n tak dapat nak kaitkan meeting tu ngan saya lagi la maleh nak gi. tapi nama dah tertonggok kat dalam surat so nak tak nak kena gi. kang kata tak menurut perintah plak kan huhu..

Selasa dalam kul 9.00 pagi saya gerak dari kuantan ke putrajaya. sampai dalam kul 1.00 ptg. terus pi makan ngan adik. kami makan kat little white cafe bangi. cantek kedai ni sebab dia kaler putih. deko kat dalam pun cantek.

Orang gatal ni lah namanya. tak baper suka makan ikan tapi sebab semua org cakap salmon sedap so try makan salmon. ye saya memang tak suka makan ikan n tak sedap pun salmon ni kat tekak saya huhu.. lain kali makan ayam ngan daging je la. ikan mahal macam mana pun tetap la tak sedap di tekak ku :) tapi saya puji platting sangat cantek huhu.. berangan jadik juri mastercep ;p

Starternya saya dapat sup labu ni. makan ngan roti. yang ni best. sebab rasa yang kuat. ikan tu saya rasa tawar sebab tu yang buat makin tak bleh diterima tekak kot. saya ni kuat masin sket. kalo masak ala2 garamnya memang saya cakap tak sedap huhu.. biar masin jangan tawar bleh? huhu..


My sis ambek sandwish. daging dia sedap. lembut je. pasni bleh aa try makan sandwish ni plak.


Saya tertarik dengan frame ni. bebetoi atas kepala saya. cantek. padahal dia lukis gambar sayur2 ngan buah2 je pun. lukis pun macam main2 je. tapi bila dah frame n susun cantek2 terus jadik wow! yang paling mahal ayat yang atas tu. mesti tu kata2 keramat untuk diri tuan punya kedai. chayok!

Lepas makan kucar kacir bawak kete ke opis. lewat 5 minit. sib baik masa masuk bilik meeting pengerusi baru kasi salam. selamat. n paling selamat ada 2 3 org lagi yang lagi lewat dari saya huhu.. abeh meeting pi berjimba ngan bebudak PPK strata kat alamanda. tapi borak semata sebab masing2 perut dah kenyang. minum pun tidak. baguskan huhu.. topik hangat pasal malaysia menang 'ibu' pingat kat sea games hahaha.. tak abeh2 ;p

Masing2 pulang ke pangkuan jalan dalam pukul 7 mlm camtu. masing2 kejar anak kat umah. lan plak kejo balik ke jb sebab PPK HQ nak mai lawat diorg esoknya. so tinggal saya sorang kat alamanda. my sis datang kami makan plak kat johnnys. ikutkan dah tak bleh masuk tapi sebab makan steamboat gigih gak sumbat. giler kenyang la. asyik makan je keje. pastu balik timbang naik 500g arghh..




Monday, November 21

Hujung Minggu Lepas

1. Sabtu lepas gi kenduri tunang why one of my junior kat utm. tak kenal pun sebelum ni coz dia masuk saya dah kuar. tapi biasa la kawan2 sana sini akhirnya kenal jugak. so dia ajak makan kenduri saya gi la. kenduri kat umah mak why kat PD. makan gulai lemak daging salai sedap giler la. meletup!


2. Jumpa naufal kat kenduri why. naufal ni anak wawa. wawa ni kenal coz dia member sekolah ina. kami kan suka kongsi kawan2. so kawan mu kawan ku jua huhu.. pastu ahad kami berbondong2 ke umah wawa sebab dia mau belanja kfc. tq wa.. lain kali aku datang ko belanja mcd plak k ;p


3. Masa kat umah why plan nak tgk wayang kat jusco balakong. lama tak gi jusco so alang2 nak tgk wayang harus ke jusco jugak. tapi bila nak book full plak. try alamanda pun full. alaa.. sedih. pujuk hati kita berwayang di rumah je. balik dari PD singgah jumpa abby kat seremban. kata nak gi jusco harus ke jusco seremban 2. makan2. gelak2 terus terplan nak tgk wayang. pegi2 wah ada banyak kosong. 3D lagi. so beli 5 tiket. kami tgk puss in boots. best giler! tak caya gi tgk :)


4. Pas antar naja naik bas ahad tu kami window soping kat alamanda. masuk semua kedai. sib baik tak buat meni ngan pedi je. punya la takder keje. tu kat atas tu takder keje gak namanya. try glasses. abeh semua glasses kami try. sib baik ina beli. berbaloi aa try kan ;p


5. Lagi 2 bulan my birthday. kena mula pikir nak beli adiah apa untuk diri sendiri taun depan. any idea?




Wednesday, November 16

Smartphone

Sekarang semua org bercerita pasal smartphone kan. bebudak study kat U pun dah pakai smart phone sekarang. tu sebab PTPTN cepat abeh hahaha.. jangan nak temberang. saya pun dulu penah study n dapat PTPTN jugak. so saya tau perasaannya bila awal sem macam mana. pastu bila dah abeh belajo mulalah bercinta nak membayonya balik. padan muka. dulu masa dapat duit lupa diri. dah lupa duit tu kena bayo balik. duk ingat nak enjoy je. ni dah keje padan muko sorang2 huhu..

Eh bukan nak citer pasal smart phone ke tadi. jauh lak melencong huhu.. yelah macam2 smartphone kuar sekarang. kuar yang baru tup2 3 4 bulan pastu kuar yang baru lagi. yang lebih canggih. lebih nipis. lebih smart. wah tak terkejo yop. 3 4 bulan sekalikah kena tukar phone? bengkrap mak nok. lain aa kalau mak kaya tahap tido ataih duit. jangan kata 3 4 bulan sekali. sehari 8 kali tukar phone pun ok hehehe..

Ini mak mesken nak. bukan la mesken tahap melarat tu. bleh la nak idup. nak mewah2 tu idok la. setakat nak pakai samsung galaxy SII mak mampu lagi la hahaha.. nak jugak ;p. tapi masalahnya langsung tak teringin nak beli tepon mahai2 ni. pada saya beli tepon mahai2 membazir bleh? ni pada saya la sebab saya pakai tepon untuk alarm, ambek gambo, sms, mms ngan call je. lain2 tak pun. so apakah kerelevenan (wah perkataan apakah ini?) untuk saya pakai smartphone?

Satu lagi alasan paling kukuh, tepon mak ni nak bunyi seminggu sekali pun payah. ye tak tipu. sebab tu kalo tepon bunyi mak excited lebih sket hahaha.. maklum la jarang2 bunyi ;p. oleh itu tak perlulah nak bersmartphone harga ribu2 tu sebab tahap kebunyiannya tetap sama. pakai smartphone harga ribu2 tepon mak tetap bunyi seminggu sekali je. tak perlu lah nak bazir duit. baiklah duit tu dibawak bersoping kasut dan handbeg. at least tiap2 hari guna n org dapat tengok. beli enpon ribu2 dia duk dalam hangbeg je. org tak nampak hahaha.. dasar riak ;p

Satu lagi saya takut addicted. yelah smartphone ni ada macam2 benda. saya ni dah aa cepat lupa diri macam awal sem dapat duit PTPTN jugak hahaha.. bila dah lupa diri tu tau2 jelah kan. oleh itu untuk elakkan lupa diri sendiri baiklah berwaspada dari awal. jangan beli smartphone. beli kasut ngan handbeg banyak2 takper hehehe.. eh itu bukan addicted jugak ke? addicted kasut ngan handbag takper. harga tak sampai ribu2 lagi. lain aa kalo beli kasut ngan handbag 8 jenis sehari. yang tu tokei balak pun bleh bengrap ;p



Tuesday, November 15

Ira's Birthday

Ini ira kawan saya.
Hari ni 15/11 hari jadik ira.
Selamat ari jadi ira.
Saya doakan ira jadik ibu mithali untuk mica dan;
isteri solehah untuk kerul.
Semoga panjang umur, murah rezeki dan bahagia selalu :)

Amin.


Doa ikhlas dari,



p/s : rindu mau makan2 kat secret recipe ngan ko bila tgk gambar ni :)

Monday, November 14

Blog Togel

Hahaha.. apa2 gelak dulu.
togel dah blog ku.
abeh semua benda yang pelik2 saya buang.
menyemak mata je.
pastu dah lama sangat benda alah semua2 tu ada dalam blog.
so kita kasi buang semua.
tinggal gambar sendiri je.
tu pun nyaris2 nak buang gak tadi.
sib baik tu yang last.
terus tetiba tak sampai ati nak buang hehe..
kang esok2 kalo rajin masukkan gambar lain plak.
kot kalo maleh kita kasi buang lagi semua2 tu.
tinggal isi je bleh?
so here is blog togel.



Senyum

Payah sangat ke nak senyum? senyum tu sedekah yang paling mudah tau. apa lah salahnya koyak kan sikit mulut tu n senyum. dapat pahala plak tu. tak paham ngan org2 yang payah nak senyum ni. kadang2 saya ni beriyer2 tengok muka org tu konon2 mintak dia senyum kat saya sebab saya beriyer2 senyum kat dia. tetiba dia pandang kita n kata "apa?" gaya nak gaduh. huh! tah apa2 lah. senyum tu bleh jadik jambatan silaturrahim tau. dengan senyum la perkenalan bleh bermula. ingat berkawan biar beribu :)

Senyum tanda mesra
senyum tanda sayang
senyumlah sedekah yang paling mudah
senyum diwaktu susah tanda ketabahan
senyum itu tanda keimanan

raihan_-_senyum


Sunday, November 13

Hujung Minggu Boring

Dah abeh 2 hari kat umah. 2 hari yang betoi2 melepek kat umah. layan tv. layan internet, layan brick games hehehe.. eh tapi semalam saya kuar jugak sejam. dalam gerimis renyai hujan gigih kuar ke HTAA nak lawat org sakit n saya jumpa mak saya kat sana :) mak datang ngan kawan2 dia lawat ustaz saya. dia warded kat HTAA. tak tau dah baper ari. semua org bz mengadap ustaz n baca yasin n quran. so tak kan la saya nak sibuk2 berborak kan. semalam nampak ustaz dah tenat sangat. saya doakan yang terbaik untuk ustaz saya tu.

Sue tanya naper tak balik kampung? eh2 mentang2 saya selalu balik. bila ada kat umah sewa ramai plak yang prihatin hahaha.. baru balik la sayang. baru je masuk keje rabu lepas, tak kan jumaat nak balik semula. tapi ni dah abeh 2 hari rasa boring plak. kalau saya balik pun tak per kan aritu hehe.. duk umah w/pun sama boring ngan kat umah sewa tapi kat umah bleh makan best2. mak masak haruslah best w/pun dia buat sayur masak air je kan :)

Minggu depan ni tak bleh nak balik. nak gi kenduri tunang kat kl. nampak gayanya balik awal muharam je la. tak per. cuti 3 hari time tu. haa.. mau lawat naufal jugak masa gi kl nanti. naufal tunggu aunty!! ;p






Ustaz yang saya ziarah semalam sudah menghembuskan nafasnya yang terakhir kira2 pukul 3 petang tadi. innalilah.. al-fatihah..


Thursday, November 3

Setia

Orang yang suka kita di depan mata

tapi

Org yang kita suka nun jauh di hujung dunia











agak2 bleh ke kita setia?

Kucing

Arini semangat nak apdet blog berkobar2 tapi takder citer. so mehlah kita mengarut2 kat sini je. eh aku tak tiru ko tau cyn ;p aku tau ko je suka mengaruts2 kat blog ni hahaha.. ala sekali2 aku mengarut apa salahnya. lagipun ni bukan blog ilmiah pun. lagi satu ni blog saya. suka ati saya la kan huhuhu..

Ok ini mimi. cute kan kucing saya sekarang. makin anggun dan ayu gitu hahaha.. maklum la dah jadik mak kucing w/pun takder anak. kira cam mak kucing berhias gak la huhu.. peberet tempat tido dia adalah celah2 kaki org n berbantal kan anggota badan manusia. tu dia tengah tido berbantalkan peha saya.

Ini plak si gemuks. kucing kat umah sewa kat kontan. tapi nadia n sue panggil dia yaya. so nama penuh dia yaya gemuks la huhu.. dia ni takut2 berani je ngan saya. semalam tah apa anginnya nak dia tido dekat2 ngan saya. siap mengigau2 lagi. dia ni kucing terbuang. bila dia mai umah kami kasi makan semua terus lekat kat umah kami. pepagi kul 7 dah tunggu depan sliding door nak masuk makan. petang balik keje bila dengar bunyi kete dia dah stand by depan sliding nak masuk makan jugak huhu.. oleh itu korang paham la kan naper dia gemuk kan sebab dia kuat giler makan. dah aa makan milih. nak makan yang rangup2 je. biskut yang dah lama boo layan. ngada! nasib aku nak kasi ko makan tau gemuks! kalau tak kebulur la ko ;p

Err.. yang ni bukan kucing ek. ni hosmate2 kesayangan hamba. dari kiri cepat jalan tu sue. tengah nadia n kanan tu ofcos la yours truly ;p muka terkejut sebab tak reti nak snap gambar pakai enpon canggih nadia hahaha..





Wednesday, November 2

Masterchef Malaysia

Dah 2 minggu masterchef malaysia bersiaran. hohoho.. dah macam ayat berita ;p. setakat arini tak penah miss lagi. gigih kan saya. tiap2 ari sabtu sampai rabu kul 9 malam tercongok depan tv menantikan masterchef. masa duk umah minggu first tu mak pun tergoda gak. dengan dia2 sekali tengok 'cerita orang masak' ;p

Ye dia memang tak best cam US or aussie punya tapi bleh la dari takder. saya kan mengutamakan barangan buatan n jenama malaysia. kenalah sapot kan sikit2 pun huhu.. juri2 pun tak kejam cam US punya. lemah lembut je semua. ada la sekali2 tinggi suara. oklah kata nak elemen drama kan. haruslah kena pandai berlakon sket. suka chef riz. suka beramah mesra dengan peserta. pastu tak nampak sangat cam cakap ikut skrip. cakap pun kadang2 terlepas aku kau je. barulah drama! hahaha..

Peserta2 pun tak nampak lagi yang sangat2 mengkagumkan. maybe dah lama2 kang baru nampak kot. sekarang semua ambek jalan selamat je dulu. junior masterchef aussie paling mengkagumkan la. kecik2 dah terer masak bebudak tu. junior masterchef tu top 100 pun dah terer gilo. mana bebudak tu belajo entah. umur 8 9 tahun dah terer camtu. mula masak masa umur 6 bulan kah? ;p





p/s : rancangan realiti malaysia 'wajib' ada elemen nangis2 kan? termasuk masterchef malaysia :)