Friday, October 31

Open House @ My House

Akhirnya selesai. puas hati! akhirnya saya n cyn dapat mengadakan jamuan untuk kawan2 kat umah semalam. penat tapi sangat sonok. hampir kesemua jemputan menghadirkan diri. terima kasih kawan2 sebab sudi datang ke jamuan kitaorg yang tak seberapa ni. tak banyak sangat pun makanan semalam.




Inilah antara hidangan semalam. saya buat laksa, spegetti, agar2, rendang ayam n rebus nasik impit je. sate n lemang beli. sajer mencabar diri untuk masak semua tu. boleh je sebenarnya. rupa2nya saya maleh sebelum ni sebab malam tadi saya bleh memasak dengan jayanya. tak sempat ambek gambar masa tengah masak coz bz beno. rasa tak cukup tangan. huhu..

Jemputan patutnya mula lepas maghrib atau kul 8.00pm tapi pukul 6.30 cam tu tetamu dah start datang. maaf lah tak bleh makan lagi. coz makanan tak sedia sepenuhnya lagi. masing2 maleh nak balik umah. dari opis terus terjah je ke umah kitaorg.


Ini adalah antara tetamu yang datang seawal 6.30 pm iaitu aca, ira, kama ngan cik jie. TQ cik jie sebab sempat gak datang gak w/pun kelam kabut kejar flight.


Pastu diikuti dengan iryd n jalil dalam kul 7.30pm. jalil datang lambat bawak lemang aku. huhu..

Lepas2 tu dalam 8.00pm++ ramai yang datang. ada gak yang call sebab tak jumpa umah. sebenarnya majoriti bebudak opis tau umah kitaorg kat mana sebab ada yang dah penah pegi.

Adi n wife
Faizal, Zairi n kawan diorang (sorry tak tau nama)
Wawa, Ina n Tina
Azri n Kama
Hajar n Nuar
Lan
Nora n Friends
Hairul n Wife
Cik Amani & Hajar

Dan yang paling lambat mai dodi ngan arif. datang ngan baju sukan plak tu. baru balik main futsal katanya. datang 2 orang je. mem2 nya tak bawak.

Ini lah ajer tetamu jemputan kitaorg. tak ramai pun. majoriti bebudak opis je semua. ada yang datang sorang n ada gak yang datang ngan pasangan n kawan2. oleh kerana saya 'mak pengantin' semalam tak banyak gambar saya pun semalam. duk bz ke hulu ke hilir melayan tetamu lah katakan. nasib baik tak der yang salam 'berisi' ngan saya. kalau ada memang saya mak pengantin aa semalam haha..








Ini antara suasana kemeriahan yang 'tercipta' semalam. semua nampak cam selera je makan. bila tanya sedap ke tak semua cakap sedap. tah2 nak ambek ati saya je kot. haha.. jalil sorang je jujur komen pasal masakan saya. katanya spegetti saya kena masak lama sket lagi n kasi empuk sket lagi n kuah laksa kurang masin bila dah makan ngan laksanya. tapi overall sedap katanya. bleh bukak kedai katanya huhu.. dah macam chef lak lagaknya mamat ni. tapi tak per. saya terima. may be tak penah masak banyak2 sebelum ni kot. pastu kelam kabut plak. ada aa terkurang sket sana sini. maaf kan lah hamba ye.


Malam tadi dalam kul 11.00pm pas semua orang balik saya ngan cyn bertungkus lumus mengemas. basuh pinggan mangkuk, kuali periuk semua. betulkan balik kedudukan meja. lap n sapu sampah semua. buang sampah semua dalam kul 12.00 settle. umah kemas balik cam tak der apa2 berlaku je. rehat2 jap 12.30am mandi. pas mandi terus tido. penat oo.. bak kata cyn, tahun depan kalau nak buat open house lagi kena ambek cuti aa nampaknya.

Kepada semua jemputan TQ la sebab korang rajin nak melayan saya yang tengah giler memasak ni. haha.. lain kali kalau saya buat jamuan jangan serik nak mai lagi ek.

Thursday, October 30

Inilah Harinya..

Harinya dah sampai. mampu ke saya ni?

Wednesday, October 29

Tetiba..

Jumpa gambar ikan ni kat akhbar metro online. cantik aa ikan2 ni. nama dia ikan gapi atau nama saintifiknya Poecilia reticulata. huhu.. saya cilok dari artikel tu la. kalau dia salah tulis saya pun salah a tu. tetiba rasa nak bela ikan plak. bila nak kaya ni.. nak beli aquarium ni!

Menolak Yang Terbaik

Tuhan berikan sesuatu kepada kita. kita rasakan ianya bukan yang terbaik untuk kita. lalu kita abaikan. tetapi sebenarnya itulah yang terbaik pada kita. kita selalu salahkan Tuhan coz tak makbulkan doa kita tapi sebenarnya Tuhan telah makbulkan tetapi kita membuat keputusan mengikut hati sendiri. tidak mohon petunjuk dari Tuhan. akhirnya kita menyesal.

Satu artikel yang saya baca menceritakan berkenaan seorang hamba allah yang taat terlibat dengan banjir. banjir besar tau. air dah naik sampai paras dada. hamba allah berdoa agar dia selamat dan mohon perlindungan dari Tuhan. tiba2 datang sebuah bot untuk menyelamatkannya. katanya "pergilah korang bantu org lain, jangan risaukan aku, tuhan sentiasa bersama aku," kata hamba Allah dengan yakin. air makin naik dan akhirnya sampai ke bumbung rumah. hamba Allah masih berdoa kepada tuhan agar dia selamat dari banjir tersebut. bot yang sama masih datang untuk menyelamatkannya. seperti tadi dia menolak kerana percaya tuhan akan menyelamatkannya. Banjir semakin mengganas. hamba allah semakin tenggelam. ketika itu dia mula marahkan tuhan kerana tidak menyelamatkan nya. tiba2 terdengar suara menyatakan "aku dah antar 2 kali penyelamat kat ko, naper ko tolak? so pandai2 aa ko nak selamatkan diri pasni".

Moralnya doa yang kita mohon tak semestinya di makbulkan sebijik2 cam yang kita mintak. Tuhan makbulkan doa dgn pelbagai cara. kadang2 dia datang dengan cara yang kita langsung tak jangka. sebagai manusia yang dibekalkan akal pikiran kita diminta berfikir sebaik2nya. tak semestinya apa yang kita tak nak tu tak baik pada kita dan tak semestinya apa yang kita suka tu terbaik untuk kita. Tuhan cukup tau apa yang terbaik untuk umatnya dan tuhan juga tau kemampuan dan kelemahan umatnya. Tuhan tak kan kasi kita ujian kalau kita tak mampu harunginya. anggaplah ujian2 tersebut sebagai tanda Tuhan sayangkan kita.

.: aku rasa cam nak jadik penulis plak pas ni..huhu :.

Raya @ Strata

Saya tak tau naper saya maleh no nak masukkan citer ni semalam. duk pegi mengarut2 plak kan semalam. tak per aa kan. at least saya masukkan gak citer ni. semalam seksyen saya buat jamuan raya. dengarnya jamuan tu termasuk perpisahan ngan bos lama, meraikan bos baru, meraikan birthday en. bos baru, azri, nurul & hajar serta of coz aa jamuan raya. ni kira 4 majlis dalam 1 aa ni. bagus aa. save budjet sket. tapi bos lama ngan bos baru tak nampak batang idung pun. hajar plak cuti lagi so jadik aa majlis semalam jamuan raya ngan sambut birthday azri & nurul je.

Ini aa kek untuk birthday boy ngan girl semalam. siap ada nama lagi tu. sedap keknya. saya rasa sesudu je. kata tak makan kek kan. rasa sket kira ok aa tu. tak aa kempunan plak nanti kan. tak bleh masuk aa. geli2 tekak ni kalau makan banyak2. haha..


Tu dia birthday boy n girl tengah bersungguh2 meniup lilin. tak yah tiup kuat2 pun. tak sempat tiup dah padam. haha.. angin kuat sangat kat luar tu.




Ini antara hidangan jamuan semalam. macam biasa aa hidangan2 wajib jamuan ari raya aa. rendang, lemang, sate n nasik impit serta kuih raya. tapi semalam ada soto n bihun sup serta nasik tomato kot (saya ni selalu konfius nama nasik2 ni). saya yang simpan perut ni kononnya nak makan banyak la. yang ado. makan sket je dah tak bleh masuk.



Yang bleh masuk banyak sate je. saya kan antu sate. 10 cucuk bleh abeh sekali hadap je. tapi kalau selalu2 bosan gak. maklum aa bulan2 raya ni kan. pi mana2 pun ada sate.



Dan aktiviti wajib cam biasa aa kan. bergambar gambaran. tak pueh2 bergambar betoi aa. arini last syawal. tapi esok lusa still ada jamuan raya lagi. org ajak makan kita kena pegi. rezeki jangan ditolak kan. huhu..

Tuesday, October 28

Bila Rasaku Ini Rasamu

Dah macam tajuk lagu plak kan. tak tau? lagu kerispatih tak silap saya. tetiba arini rasa nak bercerita pasal rasa yang saya nak kongsi ngan sapa2 aa yang baca blog ni. rasa yang saya rasa ni adalah berkenaan usaha dan doa. kita semua tahu, Allah telah berjanji jika umatnya berusaha dan berdoa dengan betul dan sungguh2 dia akan makbulkan doa tersebut. tapi macam mana kalau kita doa tapi Allah kata dia bukan perkara yang terbaik untuk kita? Allah nak bagi perkara yang terbaik dari itu untuk kita. tapi oleh kerana kita dah doa n Allah kata kalau doa dia makbulkan then dia makbulkan. apa kita akan rasa? adakah kita akan menyesal?

Sebagai manusia kita ni sangat lemah untuk mentafsir maksud Allah. bagi kita kalau Allah makbulkan doa kita maksudnya Allah sayangkan kita dan kalau Allah tak makbulkan doa kita maksudnya Allah tak sayangkan kita. Mungkin pemohonan itu tidak membawa kebaikan jika dimustajabkan. Allah Maha Mengetahui. Seperti hasrat kita ingin mengahwini seseorang yang kita suka, lalu kita berdoa agar Allah menjadikan dia pasangan kita. Allah lebih mengetahui jika itu tidak baik untuk kita lalu Allah memilih untuk kita pasangan yang lain. tak dimakbulkan bukan bermaksud Allah tak sayang. kena ingat tu.

Tak der siapa tahu maksud Allah sebenarnya kan. Saya pernah terbaca satu artikel yang menceritakan tentang 2 orang raja. seorang raja yang baik dan seorang yang sangat jahat. kedua2 nya jatuh sakit yang sama dan tok bomoh dia cakap kena makan ubat sekian2. raja yang jahat sihat semula tetapi raja yang baik tidak mahu sihat dan akhirnya meninggal dunia. mengapa jadi seperti itu? Allah tidak sayangkan raja yang baik tetapi lebih sayangkan raja yang jahat? tidak. sebenarnya Allah buat begitu semata2 untuk kifarah. Allah ambek nikmat kesihatan raja baik bagi membayar kifarah dosa2 yang dilakukannya bagi menghapuskan dosa raja baik dan membolehkan dia terus ke syurga. Allah sembuhkan penyakit raja jahat untuk membayar kifarah kebaikan yang pernah raja jahat lakukan. oleh itu yang tinggal hanya kejahatan dan apabila dia mati dia akan terus di hantar ke neraka. adilkan. segala perbuatan, kecik atau besar Allah balas dengan setimpal.

Saya selalu terpikir. sebenarnya apa yang terjadi pada diri dalam kehidupan harian kita ini ujian atau petunjuk atau kifarah. kalau ianya petunjuk alangkah beruntungnya kita. tetapi kalau ianya ujian tetapi kita menganggapnya sebagai petunjuk alangkah ruginya kita kan. cam mana nak buat ek? mungkin pandang dari sudut positif kita akan nampak jawapannya kot. yelah.. asyik2 pandang semua benda negatif. so akan nampak semua buruk aa kan. sekali2 pandang positif lah pulak. tapi kalau positif sangat pun bahaya gak. so agak2 lah ek. ada otak masing2 Allah kasi. kena aa guna kan. kang dia tarik balik susah plak.

Kita ni yakin ke dengan semua keputusan kita? yakin yang ianya betul? memang lah orang cakap kalau tak cuba kita tak tau kan. at least kalau tak berjaya kita dah cuba kan. tapi kalau dah nampak tanda2 yang mencurigakan perlu ke kita cuba? kadang2 apabila kita mengalaminya sendiri kita tak nampak kesilapannya. tapi yang nampak adalah orang2 sekeliling. kadang2 pendapat org pun kita kena ambek kira jugak. macam buat novel. kena ada pembaca pruff untuk betulkan kesilapan2 kita. kalau tak sure grammar ngan ayat berterabur punya. hehe..

Saya ni memang susah nak caya ngan orang apatah lagi orang tu pernah buat saya kurang percaya padanya. dan selalunya naluri saya betul. saya sangat bersyukur sebab petanda2 tersebut telah banyak kali menyelamatkan saya. itulah sebenarnya hikmah yang paling besar yang kita susah nak nampak kalau kita pandang dari sudut negatif. bak kata saya pada jalil "saya hidup ni kalau boleh nak makan nasik bukan nak makan pasir". kalau kita sendiri boleh hidup makan nasik buat apa nak sua kepala bila orang nak kasi makan pasir plak kan. paham? tak paham? tah la, aku pun tak baper nak paham..haha..

.:: Apa aku merepek ni weii..!! ::.

Breast Cancer Awareness Month

First time kena tagged by elcy. ini untuk Breast Cancer Awareness Month. saya support untuk emak saya. untuk yang belum tahu emak saya penghidap penyakit ini. tapi alhamdulilah emak sudah semakin sihat. rambut emak sudah tumbuh cantik!

kronologi penyakit emak.

1. 2 minggu sebelum ramadhan tahun 2007 mak dibedah di hospital temerloh.
2. lepas raya 2007 mak mula buat kimoterapi 6 kali sehingga bulan 4/08 di hospital temerloh.
3. akhir bulan 5/08 mak mula buat radioterapi 15 kali di HKL tamat pertengahan bulan 6/08.
4. selepas radioterapi mak kena makan ubat selama 5 tahun berterusan setiap hari.
5. setiap 3 bulan perlu berjumpa doktor untuk buat pemeriksaan.

14 syawal aritu seorang sahabat telah pergi ke rahmatullah akibat penyakit ini. al-fatihah untuk arwah. kata emak penyakit dia dah teruk sangat. may be dia segan nak pergi jumpa doktor. akibatnya dia terlantar di hospital. seperti kita ketahui penyakit ni adalah penyakit pembunuh utama sekarang. so jangan malu2 nak jumpa doktor kalau rasa ada perubahan dan sakit dibahagian tersebut. mencegah lebih baik dari mengubatkan.

nak kena tagged orang lain ek. sapa ek? may be
1. dee
2. iryd
3. cyn
4. cik amani
5. hajar

Saturday, October 25

Raya @ JKPTG

Sepanjang bulan syawal ni macam2 jamuan raya di adakan. menu nya sama je. mesti ada rendang, sate, lemang n nasik impit. jamuan kat raya JKPTG semalam ada nasik beriyani (err..betoi ke ek?) ke nasik tomato. tah la. saya fail bab2 nama nasik ni. bagi saya nasik2 tu semua rasa dia sama je.

Memula diadakan perhimpunan korporat jabatan. cam biasa aa ada ucapan2 n nyanyian koir. abeh semua tu baru ada makan. dalam surat cakap makan kul 11.00am. tapi kul 9.30am dah abeh majlis n disuruh makan. sian plak tengok kakak n abang2 katering tu kelam kabut menyusun makanan. belum siap dah diserbu.

Saya ngan cyn. haruslah bergambar gambaran dulu sebelum mengambil makanan. sorry aa lupa nak pakai baju raya coz tak ingat ada majlis ari raya semalam. tengok cik2 ngan puan2 kat belakang kitaorg tu. masing2 beratur nak ambek makanan. padahal makanan tak siap susun pun lagi pun time tu.

Ini je yang saya makan. ramai sangat org. pening kepala tengok. nak duduk pun tak cukup tempat. saya ada ambek sate tapi cyn lupa nak ambek gambar. so korang bayangkan je lah rupa sate tu ek. macam aa tak penah tengok sate kan. haha..

Sekian berakhirnya majlis jamuan hari raya JKPTG tahun 2008. ni gambar sonok pas makan dengan kenyangnya. susah tau nak ambek gambar ni. kena bongkok2. kalau tak, tak der aa nampak bangunan opis saya yang tersergam kat belakang tu. :p

Friday, October 24

Di Hari Terakhir Kieran

Sedihnya.. pasni dj peberet saya dah tak der kat era. tapi gandingan nana ngan adi pun ok. memula dulu memang aa rasa cam hampeh. susah betoi nak terima. nasib baik ada kieran je dulu. kalau tak sure saya dah tak dengar radio dah pepagi. arini ari terakhir kieran kat era. sedih betoi dengar kieran, adi n nana bermaaf-maafan dan ucapkan selamat tinggal pagi tadi sambil nangis2. tu pun tak dapat dengar abeh sebab ada jamuan hari raya. balik dah kul 10.30am. kieran dah tak der kat konti. dah ganti ngan pak nil dah.

For kieran good luck! memang susah nak buat perubahan. tapi kita kena cuba. kalau tak cuba langsung kita tak tau potensi diri kan. at least kalau cuba tapi gagal kita dah cuba. dah tahu dan bleh agak tahap kemampuan diri. lagipun sampai bila nak ada di kedudukan sekarang. saya juga kena berubah. terima gandingan nana dan adi tetiap pagi tanpa kieran. memula mesti rasa tak best. sebab dah lebih kurang 7 bulan telinga disumbat dengan suara adi, nana n kieran tiap2 pagi. tapi lama2 nanti sure ok. rezeki tuhan tu luas n banyak. Dia suruh kita usaha dan cari kalau nak yang terbaik. Lastly good luck untuk apa jua benda yang bakal kieran dilakukan pasni. u are the best bro!

Thursday, October 23

Surat Jemputan Yang Konfius

Pagi tadi saya datang opis awal coz giliran kena bukak pintu. so kul 7.00am dah gerak dari umah. kul 7.10am dah sampai office. settlekan bukak pintu. punch card n terus pi antar arni pi opis dia kat MECD.


Masuk office ada satu kad kat atas meja saya. aik! selalu kalau dapat kad cam ni, jemputan rasmi selalunya. pakai sampul rasmi jabatan lagi. pueh aa pikir jemputan apa plak lah ni. yer2 pakai sampul rasmi ni. saya dapat AKC ke? huhu.. tapi tak der dengar plak ada majlis AKC. haha..

Buat apa susah2 pikir. bukak je lah. dah namanya untuk saya kan. rupanya jemputan untuk perhimpunan korporat ngan jamuan hari raya jabatan. isk..iskk.. yo2 je aa diorang ni. selalu perhimpunan korporat pakai email je menjemputnya. ini sampai bersampul2 rasmi bagai. konfius jap saya. ingatkan jemputan makan semeja ngan PM ke apa ke. rupanya jamuan raya jabatan. yang buat saya musykil majlis tu dibuat di dewan kementerian belia & sukan. aiks? sejak bila saya tukar kementerian ni? konfius lagi den!

SaYA mAKiN KuRUs..!!

ARi nI aRi KhaMiS. sAYa pAKaI bAJU KeBAYa BaTiK. cIK aMANi TeGUr saYa mAKiN kUrUS. eK!! mAYbE gAk kOT. SeBaB SEmALaM sAYa tiMBaNG BeRaT BaDAn daH tURuN 3 - 4 KiLo. hMm..cIk AmANi KaTa SaYA KeNA mAKaN bANyAK LePas nI SeBAb DaH KuRuS. bErAT SaYa sUDaH DeKAt sAmA dENgAN bERaT nYeR. mASaLAh NyER sAYa TaK SeLerA MaKAn La nI. MaYBe SEbAB TeRBiASa PuAsA Kot. KeNA sLOw2 dULu. TaK LaMA LaGI MeSTi NaIK BaLiK. iNsYaLLaH.. sAMa2 aa KiTa BerDOa SeMoGa SaYa gEMuk BaLik. hUhU..

Beli Ikan Comel

Petang semalam pas opis hour pi jalan2 kat warta bangi ngan jalil. sajer lah kan takder keje namanya. balik pun tinggal sorang2 gak. cyn pi langkawi ada meeting. sampai warta hujan. tapi takder aa lebat sangat. redah je aa. jalil cakap dia nak beli ikan. nak pelihara katanya. so kitaorg pi kedai ikan yang ada kat tepi warta tu.


Sambil belek2 ikan kat kedai tu sempat lagi bergambar ngan ikan2 kat situ. banyak betoi ikan kat kedai2 tu. macam2 corak ngan kaler ada. tetiba rasa nak bela ikan plak. tengok2 harga akuarium. RM100++! mahainyer. tu belum campur benda2 lain cam batu, pokok dia, lampu n macam2 lagi aa termasuk makanan dia. kena tunggu kaya aa baru bleh beli cam ni. err.. bila nak kaya ni ek..huhu..

Besarkan ikan tu. mulut dia terkumat-kamit bila saya letak muka kat tepi akuarium tu. sian ikan tu kan. tak bebas. tapi nak wat cam ner kan. itulah nasib seekor ikan. tetiba plak emo kan. huhu.. pesan saya kalau beli binatang or haiwan tu jaga elok2. jangan dera, kena kasi makan secukupnya, jaga kesihatan dia n macam2 aa. cam kita jaga manusia gak. w/pun dia tak penah merungut (eh! mana kita tau dia tak merungutkan) dia pun makhluk tuhan gak. so kena aa jaga dia macam kita jaga manusia gak. Jalil beli 2 ekor ikan emas. terlupa nak ambek gambar ikan2 jalil tu. cute je warna oren+putih. ko kena jaga ikan2 tu elok2 tau. kalau tak jaga nanti dia masuk dalam mimpi ko, dia cekik ko. haha..