Tuesday, December 27

Sally Bertunang

Sabtu lepas my school fren sally bertunang. akhirnya sampai gak jodoh minah ni hehe.. cakap cam mak2 plak kan ;p. dari 2 minggu sebelum tu dia dah call saya suh datang kenduri bertunang dia. saya agak pelik la naper dia beriyer2 ajak saya. yelah sejak2 kuar sekolah dah tak baper nak rapat ngan dia ni. jumpa balik pun baru 2 ke 3 tahun sebelum ni masa kenduri one of our school fren. kebetulan saya datang n dia datang n kami bertegur sapa n pas2 no kontek masing2. memang lepas sekolah kami betoi2 lost kontek. padahal zaman2 menengah rendah (form 1-3) dulu tu la kawan susah senang saya huhu.. bila dah masuk form 4 kami terpisah kelas. dia pandai harus kelas awal2. saya kurang pandai kelas ujung2 la. start dari situ kami agak renggang. sampai abeh sekolah. dia masuk UiTM saya plak U di selatan tanah air.

Apa pun kamu sangat cantek sabtu aritu. betoi! dan rupanya dalam ramai2 kawan2 yang dia ajak saya sorang je datang. merasa takder geng nak bergosip huhu.. nasib baik 'si petunang' tak tinggalkan saya. mana2 pegi heret saya huhu..

Paling mahal hiasan kat kepala ni. cantek la. ke sekarang memang hiasan batu2 cam ni? tak penah tengok org pakai camni lagi kat kepala. memang stylo lah!

Cincin disarungkan oleh bakal kakak iparnya. bakal mak mertua kat sebelah tengok je. mungkin kasi peluang kat bakal kakak ipar plak kot huhu..

Saya n sally. selamat bertunang. moga kekal bahagia hingga berumah tangga dan seterusnya ke syurga amin..


Friday, December 16

Kabus Sejuk

Dari minggu lepas ari asyik hujan je. biasala dah akhir2 tahun ni kan. musim tengkujuh lah tu. banjir pun dah banyak tempat naik air. yang kelakar nya org duk sebut2 kuantan banjir. tapi saya blur2. eh ye ke kuantan banjir? tak tau pun ;p sebab sekarang maleh no mau tengok berita. baca paper online je. dah nama online tu baca pun pilih2 kolum je la. paling wajib hiburan hehehe..

Gambar 2 minit lepas. tingkap kat bilik saya ni. saya tak pasan pun siap berkabus bagai sampai camni sekali. selalu tak penah camtu rasanya. eh ke saya tak pasan huhu.. my staf tadi masuk bilik nak antar keje tetiba diorg petik,

"huish! siap kabus2 lagi tu. dah macam kat kameren helen dah ni"

Automatik saya pandang belakang. a'ah la. patut la sejuk melampau 2 3 hari ni. gigil2 duduk dalam opis sendiri. siap berkabus bagai ha. mana tak sejuk. kat luar plak ujan. lagi la macam kutub utara dah ni. bilik saya ni kalo panas terik pun sejuk melampau. cuba bayangkan kalo ujan lebat. pasni bleh aa ngaku beruang kutub tu adik beradik hahaha..




Tuesday, December 13

Makan Kat Mok Naa

Sabtu lepas boring2 kat umah tak tau nak buat apa sajer ajak nadia kuar pusing2 kuantan. memula gi ambank bayar hutang. pastu terus ke tanjung lumpur. hajat mau carik bepang beras. dah lama ngidam. masa dalam perjalanan balik nadia ajak singgah kedai mok naa. selalu dengar citer pasal mok naa ni. tapi tak penah gi pun. so aritu try.

Kedai ni jual macam2 kueh. seafood goreng tepung macam ikan, sotong, udang, bebola goreng. nasik dagang, laksam semualah masakan org timur.

Saya ambek kerepok lekor dengan udang goreng tepung. terselit 1 bebola udang rasanya.

Nadia plak ambek laksam ngan sotong sumbat ni. saya pun tak penah makan sotong sumbat ni. nadia ambek seko nak rasa katanya. kuah dia rasa manis2 lemak pastu dalam sotong tu dia buh pulut.

Saya gak ambek sata. lama tak makan sata. tapi tak best sangat cam yang saya makan kat terengganu. tapi bleh la. ada rasa sata gak. tak baper nak sedap pun licin gak hoho.. lepas licin kami balik dengan perut yang punuh!


p/s : gambar kedai mok naa kredit to google


Saturday, December 10

5 Sekawan ke Penang V

Lepas turun dari bukit bendera kami naik bas semula ke komtar. sampai komtar ingat mau gi ke rumah p. ramlee tapi macam dah tak sempat sebab bob n k. reen naik bas kul 9 malam. pastu kami ingat mau jalan2 kat pesta pulau pinang dekat area stesen bas tu. so decide gi makan je. aritu dah majuk tak dapat makan nasik kandar line clear kan. kali ni gagahkan kaki gak menapak ke sana.

Masing2 terkejut dengan nasik dan ayam yang besar hahaha.. saya awal2 dah mintak nasik separuh je. tau dah mesti tak abeh. dah aa ayam kasi bahagian dada. lagi lah fail nak abehkan. lagipun kenyang lagi makan beger kat bukit bendera.

Tengok besarkan ayam dia. rasanya dia belah 4 je ayam tu. giler beso. eh tengok nasik kandar ni tetiba je perut lapo plak hahaha..

K. reen n fahmi gigih mengabehkan nasik. tapi k. reen tak abeh pun. fahmi licin hehe.. memang betoi2 lapo lah tu :)

Pas makan kami naik bas ke stesen bas ekspress kat sg nibung. bas penuh sesak. saya duk kat betoi2 tepi pintu. masa abang bas nak tutup pintu nyaris beg nak terkepit. dah a beg berat. 3 4 kali bas benti just turunkan org. nak naik tak celuih dah. kami kat depan tersepit.

Sampai stesen bas kami carik tempat simpan beg. signboard ada tapi bila tanya hampeh takder rupanya. org2 kat situ cakap kat mana beli tiket kat situ simpan beg. so kami ambek kesempatan letak beg2 kami sekali w/pun k. reen ngan bob je yang beli tiket huhu..

Pastu masuk pesta pulau pinang. sekali masuk rm3. kanak2 rm1 kot tak baper pasan. pesta ni abeh 1/1 tahun depan. so sapa2 nak gi sempat lagi. ala2 cam jom heboh gak la. kebetulan ari kitaorg masuk tu hari perasmian. ada aa TYT datang rasmi. kami tak tengok pun. tak larat nak jalan dah hehe..

Ada 1 tempat dalam pesta ni ada lampu2 yang cam i-city tu. cantek. saya kan tak penah gi i-city. bila tengok kira gi i-city gak la. kami tak jalan mana pun. bob carik tempat masage kaki. tapi takder plak dalam tu. end up kami duduk2 je dalam tu sampai 8.30 malam sambil tengok2 org lalu.

8.30 malam camtu kami keluar. ambek beg carik bas k. reen n bob kul 9 diorg gerak. tinggal saya ju n fahmi. fahmi balik naik bas kul 12 sebab kalo balik awal takder sapa nak ambek katanya. lepas bas k. reen n bob gerak kami berpisah. saya n ju ambek teksi ke epot. sampai sana solat semua naik flight sampai 12.15 tgh malam. ambek teksi lagi sekali beratur berlingkar2 adoi.. kul 1.30 cam tu sampai putrajaya. ambek kete terus ke shah alam. cuci2 muka bum! tido. penat nyer lah. esok bangun tak bleh jalan. kaki sakit!

Berakhirlah kembara 5 sekawan ke penang. syabas team 5 sekawan! moga2 pasni dapat buat kembara lagi.











Friday, December 9

5 Sekawan ke Penang IV

Pas bersonok kat museum toy kami terus gi komtar. mau carik loker untuk simpan beg sebab pastu mau naik ke bukit bendera. tak larat aa nak memikul beg yang maha berat tu. macam sebelumnya bob n fahmi naik bas tapi beg diorg kitaorg bawakkan naik kete my friend. so diorg bawak badan je la naik bas.

My friend antar kami sampai kat komtar. k. reen ngan ju pusing2 carik tempat sewa loker. nasib baik jumpa. pas masuk2 kan beg salam2 my friend kami mula tunggu bas untuk ke bukit bendera. bas no berapa? ye bas no 204. sampai bebila ingat hahaha.. kali ni tak tunggu lama. dalam 10 minit bas sampai.

Sampai kat kaunter tiket kat bukit bendera mak ai ramainya org. berlingkar2 barisan orang nak beli tiket. lastnya saya ngan ju je beratur. lagi 3 org tunggu kat pintu masuk. sib baik aa barisan tu jalan laju aa gak. syabas staff penang hill. good job w/pun ada 2 kaunter je. 3 org lagi tu kasi i/c je kat kitaorg sebab masa nak beli tiket nak tengok i/c. takder kena bayar mahai huhu.. cam la cam konsep masuk aquaria klcc tu :). tiket naik ke bukit bendera ni rm8 dengan kad pengenalan. kalo student 1/2 price. kanak2 plak tak pasan baper. kalo takder i/c rm30 huhu..

Tak tau nak panggil train ke nak panggil kereta kabel. org duk sebut kereta kabel kan? saya duk bayangkan kereta kabel cam kat langkawi tu. tapi bila sampai situ eh2 awat rupa kereta kabel ni cam train je hehehe.. tak kisah la. janji sampai atas.

Masing2 teruja nak naik train. kami bernasib baik sebab di barisan depan. so bila dia bukak pintu masing2 meluru ke pintu paling ujung. senang nak tengok pemandangan. kalo duk tengah2 payah aa nak nampak kan sebab train penuh org.

Tu dia. agak scary la. saya duk bayangkan kalo la train tu tak dapat di kawal n tetiba meluncur turun memang mati la hahaha..

Semua khusyuk tengok pemandangan dan memberi komen2 hahaha.. ambek gambar pun yer. tak pandang dah org kiri kanan huhu..

Yah2.. mendaki bukit bendera. dah sampai ataskan mestilah nak tengok pun sampai ke atas sekali kan. tak larat pun kasi larat jugak.

Dah daki bukit daki plak tangga. kena 2 3 hari camni mau kurus hahaha..

Nampak seluruh penang dari sini. jambatan pun nampak. cantek!.

Saya sempat solat kat surau atas tu. sejuk je. tak yah pakai kipas pun ok. lepas lepak2 sambil makan beger kami turun bawah semula. nak turun pun beratur melingkar2 jugak. tapi yang bagusnya barisannya kalo jalan laju. lagi sekali good job staff penang hill :)










5 Sekawan ke Penang III

Hari kedua plannya nak gi breakfast kat taman herba ke apa tah. fahmi yang suggest. tah naper tetiba tak jadik n semua setuju plak tu hehe.. yelah dah namanya jalan2 gamble kan. lastnya masih sarap kat tempat yang sama. sampai 3 4 kali makan kat kedai area hotel tu. tah2 ada yang pasan asyik la muka kitaorg makan kat situ hahaha.. eh pahal plak. kami bayar apa. suka ati aa nak makan 8 kali sehari pun kat tempat yang sama kan ;p.

Saya makan roti pisang. tak penah2 makan roti pisang. tetiba try sedap la plak huhu.. yang lain pun makan roti jugak. ada roti sardin, ada roti tampal. roti kosong pun ada huhu.. tapi fahmi makan nasik campur huhu.. pas dah settle sarapan kami menapak ke bus stop. tetiba one of my friend kat penang cakap mau jumpa. oleh kerana dia bawak kereta je so tak muat 5 org. so lelaki naik bas n kami pompuan2 naik kete my friend.

Tujuannya adalah ke museum toy kat area tg bungah. dalam 10 minit dari hotel kitaorg. masuk bayar rm10 sorang. kat depan pintu masuk ninja turtle dah sambut kitaorg hahaha..

Macam2 karektor kartun ada dalam ni. ada yang besar pada manusia pun. antaranya shrek ni. cute je dia berdiri dengan anak2 dia bergayutan kat badan dia hehe..

Karektor kartun kesukaan saya. poo si kungfu panda hehe.. nampak je terus jerit2 panggil ju sebab nak bergambar ngan poo ;p

Haa.. ni mengimbau kenangan zaman2 study dulu. si chucky yang kejam. serius masa memula tengok citer ni saya tengok patung pun takut. takut dia idup cam chucky hahaha.. si chucky ni kan ada banyak series. series yang lain2 dah tak baper nak takut. yang first tu memang menakutkan huhu..

Jangan pukul saya bang.. hahaha.. yang ni saya tak tau karektor kartun apa. ada yang tau?

Banyak lagi karektor2 kartun yang fames2 dalam ni. tapi cam maleh je nak aplot semua huhu.. kalau nak tengok gi la usha kat fb saya ek. tapi masuk dalam ni memang teruja la. lelagi peminat kartun cam saya ni. tapi puss in boots tak der dalam ni. kalau tak harus saya berposing sakan ngan dia ;p

Untuk gambar kat atas tu kredit to ijan my penang friend. ni lah satu2 nya gambar kami berlima. sib baik ada ijan. bleh tolong ambekkan gambar kami berlima sekawan. tq ijan :) nak suh org ambekkan kami 'segan' ;p


Thursday, December 8

5 Sekawan ke Penang II

Lepas siap beli tiket balik kami pun konon2 tunggu la bas nak ke batu feringgi. memula tunggu kat area bus stesen tu. pastu ada plak yang cakap bas patutnya tunggu kat seberang jalan. kami pun gigih la melintas. tunggu dekat 15 minit bas tak lalu2. pakcik2 teksi dah 'menggoda' kami suh naik teksi. sib baik ada pakcik teksi baik. dia cakap nak naik bas pi feringgi kena naik bas kat dalam stesen. bas yang lalu kat situ tak pi feringgi. tq pakcik. sib baik pakcik cakap. kalau tak sampai ke sudah kami tak sampai feringgi.

Sampai feringgi kami tak tau nak turun mana hahaha.. so bantai je turun kat tempat cam ramai je org turun ;p. so dengan itu berjalan la 5 sekawan mencarik hotel2 bajet. mau carik yang murah tapi dekat ngan pantai bleh? tapi berjalan di pantai nyer tak sampai 2 minit pun. gedik lebih nak duk kat pantai huhu..

Kami duk kat E.T bajet hotel camtu kot namanya. lupa. gambar hotel pun lupa nak ambek huhu.. murah tak murah la. tapi dah kongsi2 tu murah gak la. kami pompuan duk bilik rm120 so bahagi 3 jadik rm40 sorang la. yang laki duk bilik rm100. bahagi 2 jadik rm50 la sorang. oklah kan. semalam je pun. pas mandi tuko baju semua terus berbondong2 carik lunch.

Makan kat restoren dekat ngan hotel je. diorg je makan. saya tak sebab kenyang makan nasik lemak n roti bakar kat stesen bas. tapi silap la tak makan. malam tu flat giler. yelah selalu tak makan tak banyak guna tenaga so badan ok je. ini menapak sampai macam pusing satu bandar. memang flat abeh la.

Eh2 kata nak kenalkan dgn fahmikan? kat gambar atas tu pun ada dia. tu fahmi kawan baik bob zaman sekolah. masa memula plan nak buat kembara ni bob request nak bawak 'muhrim' hehehe.. so kami tunaikan request dia tu. lagipun takder masalah pun. kami kan team giler2. bleh je nak masuk ngan sapa2 pun hehe..

Perjalanan kami sepanjang dekat penang adalah 'disponser' oleh rapid penang hahaha.. takder maknanya sponser. kami jalan2 dalam penang naik bas je. memang advanture betoi la. lagi2 time org ramai tu. nyaris2 tersepit ngan pintu pun penah. tapi bukan badan la. beg je hahaha..

Tu kami naik bas ke komtar. konon2 petang tu mau ke bukit bendera la. another bob request hehe.. so bila sampai kami tunggu aa bas no 204 hahaha.. sampai bebila ingat no bas gi bukit bendera sebab dekat sejam kami tunggu bas tu tak datang2. elok kami kuar je dari bus stand tu berbondong2 bas no 204 masuk. hampeh betoi la hehehe.. dah aa masa google bukit bendera tutup kul 6 ptg. kul 5 kami kat komtar lagi. lastnya cancel gi bukit bendera. kami gi chowrasta market my request hehe.. nak carik buku2 je kat sana. so menapak kami kat sana. dah aa main agak2 je. sib baik jumpa huhu..

Balik chowrasta lalu kat nasik kandar line clear. sebab baru pas makan so ingat mau makan pasemboq kat padang kota la. tapi rehat dulu kat tengah town. kak reen pakai gps untuk carik jalan ke padang kota. lepas ilangkan lelah kami teruskan menapak ke padang kota. sempat tu singgah kat kedai coklat. siap buat tour n coklat testing lagi haha.. gambar takder. dia tak kasi kami ambek gambar dalam tu. kudukut!

Menapak2 sampai dah gelap. sampai padang kota jalan tutup. ada racing petronas apa jadah tah. gerai2 kat situ pun ala2 suram. uwaaaa.. tak dapat makan pasemboq padang kota. so decide mau makan nasik kandar line clear. nak menapak masing2 dah layu. suh teksi anto dia tak mau katanya dekat sangat. apa la. bukan tak bayar. pelik betoi teksi2 kat situ. lastnya majuk. naik bas balik hotel huhu..

Sampai sana makan kat tempat yang sama jugak. berborak sakan lepas perut masing2 kenyang. sedo2 dekat kul 12 tgh malam. sempat jalan2 kat night market area feringgi tu. tak beli apa pun. just beli fridge magnet. pastu balik hotel tido.







5 Sekawan ke Penang

Dah lama rancang n beberapa kali tukar2 tarikh akhirnya kami memulakan kembara ke penang pada 2/12 aritu. pasukan kami ada kak reen, ju, bob, fahmi n saya. 5 orang semuanya. lepas opis jumaat 2/12 tu saya bergegas ke putrajaya umah ina. tersangkut plak dalam jem kat MRR2. hati dah berdebar2 sebab takut tak sempat sampai ke KL sentral. dah aa tiket keretapi kat saya semuanya. nasib baik jem teruk sampai ampang je. teruk tak teruk sejam gak saya tersepit dalam tu. rasa nak kuar dari kete n lari je ke putrajaya huhu..

Bajet2 kalau tak jem 3 jam dah sampai putrajaya. patutnya pukul 8 saya dah sampai la sebab bertolak kul 5. tapi pukul 8.45 mlm camtu baru sampai putrajaya. masuk umah mandi solat semua. nasib baik sempat doa supaya perjalanan selamat dan dipermudahkan. kul 9.15mlm cam tu baru gi erl. sampai kl sentral dah kul 10. tak makan lagi. makan plak dulu. abeh2 makan terus meluru ke keretapi.

Perjalanan kami kali ni sajer ambek keretapi sebab konon2 mau tido n advanture la konon. kata backpackers ;p. naik pukul 11 malam sampai 6.30 pagi kat butterworth. alhamdulilah sempat naik keretapi. masing2 teruja naik keretapi. saya first time naik ketapi yang ada katil. bob plak first time naik keretapi. lagi la teruja mamat tu. dah dekat 30 tahun idup baru first time naik keretapi hehehe..

Kak reen n ju pun teruja. masing2 kecoh sampai org lain semua dah tido kami tak tido2 lagi hahaha.. eh gambar fahmi dalam keretapi takder plak. lagipun masa tu tak baper kenal dia lagi. kat entry lain saya kenalkan fahmi ngan korang ek :)

Yey! dah sampai butterworth. tepat 6.30 pagi sampai. sonok2. masing2 teruja ambek gambar depan sign butterworth tu hahaha.. mesti org pelik tgk kitaorg yang teruja ni.

Lepas solat subuh n gi toilet kat stesen keretapi kami mulakan perjalanan ke stesen feri plak. kena aa menyeberangkan. kata nak jalan2 area pulau.

Masa dalam keretapi masing2 duk berbincang pasal tiket feri. ada yang kata rm7 8 ringgit semua. bila sampai stesen feri rupanya tiket harga RM 1.20 je. alahai murahnya. tapi perjalanan kejap je la. tak sampai 10 minit kot. tapi sonok. saya dah 2 3 kali naik feri. kali ni ngan geng 5 sekawan plak :)

Sampai seberang kami terus mulakan perjalanan mencari breakfast. jalan tanpa arah tujuan. ikut kata hati katanya hahaha.. lama gak kami berjalan. siap tanya polis arah jalan bagai. macam pelancong betoi plak rasanya hahaha.. akhirnya jumpa satu medan selera area stesen star cruise. tapi hampeh. semua tanya takder. so makan je la apa yang ada.

Lepas makan kami jalan kaki carik stesen bas plak. mau ke stesen bas ekspress sebab kak reen, bob n fahmi takder tiket balik lagi. menapak lagi sampai stesen bas. lepas tanya2 bas mana nak gi sg nibung kami bondong2 naik. sampai sana carik tiket n sambung breakfast yang terbantut tadi. lepas tu terus kami mulakan pengembaraan mencarik hotel plak. namanya percutian bajet haruslah hotel bajet dicarik. tapi tempat nak tinggal tak agak2. kat batu feringgi hahaha..

eh nanti sambung. penat naip ;p