Monday, February 28

Makan Bunga

Citer dah lama ni. sebab maleh nak apdet blog so tak terciter2. ni baru rajin apdet baru citer lah hehe.. korang kenal tak bunga ni? bunga ni bleh makan tau. saya dapat ni dari umah org kawen. ni namanya bunga halwa betik. sedap gilos la habaq hang. tapi untuk orang2 yang suka manis la. sebab rasa dia manis giler. rasa cam makan gula campur betik muda. tapi betiknya dah tak rasa. yang rasa gula je. betiknya rasa fizikal je.

Dulu masa saya kecik2 mak selalu buat. dah beso2 ni tak penah plak tengok dia buat. masa dia bawak balik bunga ni dia siap cakap dia bleh buat lagi cantek pada tu. tapi mak saya memang kreatif pun. dia pandai melukis. so kalau dia buat halwa ni lagi cantek dan kalerful. dulu2 pantang nampak betik muda. rajin je dia buat halwa bunga ni. sekarang dah maleh kot. sebab tu tak penah dah dia buat :)















Thursday, February 24

Gaji

As usual wah cakap omputeh hehehe.. biasa la arini gaji. so hormon rajin telah membuak2 kerana hati gembira. dengan itu saya telah menulig blog arini hehe.. bebudak kat luar ni lagi gembira. kuar sarap kul 11 belum balik. giler lama sarap. makan 8 kali kot huhu.. pastu tadi nak pi solat kul 2.00 ptg pun semua ilang lagi. tinggal sorang je. giler kan penangan gaji ni. bleh buat orang gembira terlebih hehe.. dah nak gerak gi meeting saya nampak semua balik bawak kehepsi. wah belanja sakan. ingatlah masa depan staff2 ku ;p

Saya bulan ni gaji macam rasa banyak plak w/pun tiap2 bulan sama je sebenarnya hehe.. agaknya bulan ni berkat sket kot. sebab tu rasa banyak hehe.. nampak sangat gaji kurang berkat. kurang ok bukan tak ;p oleh kerana rasa banyak harus dibelanjakan. mau beli apa eh?

Nak citer pasal si kucing bertuah. ni si bertuah tido dalam tudung saji. elok plak tu bergilir berdua ekor tu. jap2 kang si puteh masuk. jap2 si bobot ni lagi ambek giliran. ada sehari tu saya tengok dedua masuk sekali. terbengkok je berdua dalam tudung saji hehe.. terbantut hasrat nak angkat balik tudung saji tu. asalnya dulu tudung saji tu terjatuh dari atas meja. pastu lama tak berangkat. sekali nak angkat nampak permandangan ni plak huhu.. ni kang kalau dah angkat tak dapat dah tengok si bobot sama putih tido dalam tu ;p




Tuesday, February 22

Lamakan?

Giler lama tak apdet blog kan. rasa nak benti berblog je rasanya. takder citer mau citer. maleh mau menaip pun ye jugak. bukan kat sini je sepi. kat semua tempat pun sepi jugak. kat fb sekarang bz main games sudah datang kembali. so gigih la menyiasat (tak abeh2 menyiasat). mentang2 keje menyiasat hehe.. tengah giler main games csi tu. best gak la. sekarang dah level 10 sket lagi nak masuk level 11. sekali main akan naik 1 level. gigih kan ;p

Semalam baru pulang ke pangkal jalan dari berkelana selama seminggu. masuk opis tadi ada yang tegur lama tak nampak muka hehe.. ada jugak yang pasan muka saya kat opis ni kan. perjalanan bermula masa cuti maulud nabi tu. tengah ari berangkat ke kuala terengganu. ari rabu (16hb) bermeeting zon sama strata. ari khamis pagi baru balik. sorry adie. tak sempat singgah dungun sebab msg tak sampai. lain kali call la. baru msg sampai dengan cepat hehe..

18hb plak berkelana dekat sket. area kuantan je. kali ni berbengkel plak satu semenanjung. jumpa balik kawan2 susah senang masa di HQ. sangat seronok berbengkel sebab bos sporting. ada je masa dia lepaskan kitaorg berehat. so itulah masa untuk berborak sakan sambil bersoping. untuk diorg la. saya org sini tak yah sakan sangat pun. so just jadik tourist guide je. tu pun ala2 nak tersesat hehehe..

Semalam 21hb lepas bermeeting baru balik ke pangkal jalan. terus tido terbongkang sebab masa kat hotel sakan bersoping n berborak sampai tak ingat2 dunia. malam first je balik dari berborak dah pukul 1 pagi. aje giler. to pn alya TQ la sebab kasi kitaorg rasa duit key in selangor tu n kete jadik pengangkutan rasmi kami ke mana2 kami berjalan. kete baru haruslah kena buli hehehe..





Wednesday, February 9

JSP

dealing with the past;
living the present;
fighting for the future
.






.:rooftoprant:hlovate:.



Tuesday, February 8

Ain

Suatu petang dalam kete on the way balik umah dari antar kakak atun naik bas. memula sajer main tanya2 ngan ain. dia dah sekolah kan. bila nampak lembu banyak kat tepi2 jalan kakak tanya ain,

kakak : lembu makan apa ain?

ain : lembu makan rumput..

kakak : kucing makan apa ain?

ain : kucing makan ikan

kakak : cik mi (kucing ayah) makan apa ain?

ain : cik mi makan nasik

hehehe..

pastu ayah benti kat tepi jalan sebab mau carik pisang berangan. masuk dalam kete ayah sibuk makan pisang then kakak tanya lagi,

kakak : ayah makan apa ain

ain : ayah makan pisang!

kakak : macam apa ain..

ain : macam beruk


hahahaha.. betoi la ain dah pandai ;p






Monday, February 7

Mentarang & Mee Udang Banjir

Tak abeh lagi citer pasal balik kampung aritu. masa dalam perjalanan balik kampung kami nampak ada org jual mentarang. apa mentarang tu? entah saya pun tak tau. adik cakap sejenis siput. ye kot. saya jangan kata tengok, nama mentarang tu pun baru tu la dengar huhu.. tapi nampak cam ramai je org singgah makan kat gerai yang bertulis mentarang bakar. so kami bercita2 nak singgah n try.

Balik dari kenduri terus ke parit 10 kampung ayah. konon2 pas mandi nak kuar balik makan mentarang. tapi nan ado. tido pulak peginya. sedar2 dah kul 5. hujan plak tu. satu benda pun dah tadek. jangan kata mentarang, org jual2 mempelam kat tepi jalan tu pun dah bungkus sebab hujan.

Esok sebelum balik still bercita2 nak makan mentarang. duk asyik la sebut je. untuk tak kempunan kitaorg singgah gak kat satu gerai mentarang bakar. penuh. nak duk pun tak bleh. dah aa hujan renyai2. beli mentarang pakai timbang. 500g rm5 hengget. makan dalam kete.


Inilah mentarang. korang penah tengok? saya first time. yang ni belum masak n agak kecik kata adik si penjual mentarang. katanya ada masa2 tu diorg dapat yang beso2 botol mineral water tu. giler beso. nak makan pun takut kalau beso sangat camtu hehe..

Kami makan yang dibakar. sedap gak la. rasa kepah kerang lala camtu la. namanya pun siput kan. rasa pun ala2 camtu jugak la huhu.. tapi yang kami makan tu agak masin. tak sure dia memang masin or diorg rebus pastu terlebih garam huhu.. makan panas2 syok gak. dah sejuk kurang sedap :)

Dalam perjalanan balik pas makan mentarang mata meliar tengok kiri kanan jalan. tetiba ternampak plak signboard mee udang banjir. adik cakap ni macam yang penah masuk dalam jalan2 cari makan. so nak rasa terpaksa u turn. makan plak mee udang banjir. masa first sampai tengok udang beratur dalam pinggan huhu.. tapi kuah cam cair je. pastu rasa. not bad la.

Mee udang banjir. ada yang terliur? kami order 2 pinggan je. kongsi 3 org. udang ada 5 6 ekor beso2 sepinggan. ngan ina yang tak makan udang, pueh kami 2 beradik makan udang huhu.. jangan tanya alamat kedai ni sebab saya tak tau. kitaorg main singgah je. pastu tak belek2 signboard pun. so tak tau kat mana. yang pasti dia tepi jalan masa kami on the way balik ke kl huhu..




Ikan Sawah

Lama nya baru nak apdet kan. maleh sebenarnya huhu.. w/pun kat kampung maxis dan 'biru' tapi still maleh. masa kat kampung ayah (sg besar) aritu kami dapat rasa cam mana tangkap ikan pakai jaring. saya lupa plak nama benda alah ni. ada mak cakap aritu.

Ini kira aktiviti kaum pesawah padi la bila tunggu padi masak. mak cik saya cakap kalau lepas ujan lagi sonok sebab ikan makin banyak bermain2 dalam sawah n tali air. dengan rasa teruja kami berbondong2 gi ikut makcik tangkap ikan. bangun pepagi terus gi tangkap ikan. bukan saya tangkap la. makcik saya yang tangkap. kami menyibuk2 sambil tangkap gambar je hehe..

Tengok terujanya kami tengok mak cik saya perangkap ikan. yang makcik saya pegang tu lah yang digunakan untuk tangkap ikan.


Ikan2 yang kami dapat2. ada puyu, ada sepat. ada anak haruan n macam2 lagi lah. saya bukan kenal sangat ikan2 ni semua huhu..


Dapat makan sepat, puyu ngan haruan fresh yang digoreng sangat lah best. makan plak panas2. krup2 seko2 masuk dalam mulut. nikmat!






Wednesday, February 2

Kuantan - Lipis - Raub - Bangi - Sg Besar - Jerantut

Panjang betoi perjalanan saya minggu lepas. penat giler. mula 27hb pepagi kami (saya ngan my so lan) bertolak ke lipis. masuk tol gambang kuar temerloh. pastu ikut jalan lama ke lipis. lalu jerantut terus ke lipis. tujuan seperti biasa pi menyiasat :)

Siap siasat tempat siasatan kami tuju pejabat kerajaan plak. abeh siasatan kat situ dan dapat dokumen2 yang diperlukan lan bawak jalan2 pusing lipis. teruk betoi kan saya ni. lipis pun tak kenal padahal dah berpuluh tahun duk pahang huhu.. rupanya ada 14 bangunan warisan kat lipis. semuanya nostalgia dolu2.

Ni istana hinggap tuanku sultan

zoo lipis. katanya ada 2 ekor buaya kat sini. datang dari melaka. kami tak masuk. ambek gambar signboard je huhu..

Ni umah bekas SS pahang tahun 1920. korang tau sapa SS pahang time tu? ye Tun Razak ayah Najib. kat sini la Najib PM kita lahir. umah ni dah jadik muzium.

Mesti ramai yang tau sekolah ni. ye ni sekolah dato siti. sekolah clifford lipis.

Ni plak bangunan pejabat daerah dan tanah lipis. cantek kan. cuba tengok tahun dia tu. giler lama kan :)


Lepas jalan2 pusing lipis kami pi jenguk umah hajar kat kechau. kebetulan dia cuti n ada kat umah. so lawat la dia. n kebetulan lan ngan hajar 1 sekolah n 1 poli. kebetulan jugak wife lan org kechau 1 jugak. kebetulan jugak wife lan kawan baik hajar kat kampung. pastu kebetulan plak lan duk 1 umah ngan kawan2 baik hajar kat poli dulu. banyak betoi kebetulan. dan kebetulan paling buatkan saya terkejut.. eh hajar tak kasi citer. korang tunggu je la dari mulut dia sendiri eh. tu pun kalau dia nak citer la hehehe..

Pas antar lan balik umah mak dia saya terus ke raub umah cik kim. sampai dekat kul 9 malam. yelah gi umah hajar dah kul 5.30 ptg. ikutkan tak larat dah. tapi dah cakap nak mai kan. tak sedap plak kalau tak jadik datang. so gigih jugak datang kechau. sampai umah cik kim mandi2 solat semua makan pastu tido.

Esoknya 28hb gerak pi bangi plak sebab 29hb nak gi kenduri kawen my pren kat sg besar. sampai dah kul 5.30 ptg. ambek dee kat opis gi makan terus shot ke jusco. sian org takder kete. duit kepok2 sebab tak soping hahaha.. so saya bawak dia gi soping. eh tapi memang soping betoi2 minah tu sampai 3 helai baju dia beli huhu..

29hb dalam kul 9 pagi gerak pi putrajaya ambek ina kat umah dia. ina, saya ngan wawa si pengantin pompuan classmate masa belajo dulu. dengan tiga2 tak tau jalan kami bantai je. tup2 dah sampai sungai panjang huhu.. kul 12.00 tengahari kami dah tercongok kat umah pengantin. salam2 pengantin terus makan. pas tu kami melangut tunggu pengantin lelaki datang. bila pengantin sampai, klik2 ambek gambar terus balik. penat seh.

Wawa in white

Kami menyibuk belakang pengantin huhu..

Dari taman berkat kami gerak ke parit 10. kampung ayah. sajer jenguk makcik2 kat sana. sampai sana padi dah nak menguning. sonok nya la tengok padi masak. ada aktiviti menarik kami buat kat sana. yang tu nanti lain kali saya citer eh. kang semua nak buh dalam ni panjang plak entry ni.

30hb tengahari kami pulang ke pangkal jalan. sampai umah dalam pukul 6.00 ptg. memula ingat nak kemas barang tapi dah melayan internet semua pun lupa. lastnya tido je. esok lepas antar dee pi opis saya balik ke jerantut. sampai umah kul 1.00 ptg. kul 3 saya kuar plak ngan ayah pi bando. tak reti penat betoi kan huhu..