Tuesday, March 31

Sabar Menunggu

Arini saya kena pi melaka. keje la. kalau ngular saya pun maleh. jauh tu. dah aa drive sorang2. dah budjet baik sampai kul 2 or 1 ++ dekat kul 2. tetiba kul 12.50 dah sampai melaka plak. adeh2 lagi sejam setengah nak nunggu ni. janji ngan pegawai tu kul 2.30 ptg. lastnya parking kat masjid n online dalam kete. sib baik semalam dah cas bateri siap2. sonok sejak jadik orang agak berteknologi ni. kat mana2 bleh online sambil membuang masa. huhu.. berlagak di situ..

Cupcakes Yang Cute

Dah lama saya teringin nak makan cupcakes yang cantik2 tu. tetiba teringat ada majlis perpisahan untuk iryd. so saya decide nak adiahkan dia cupcakes yang cantik dan cute2 yang selalu saya tengok dalam blog kawan2 blogger. oleh kerana masa dah suntuk n order kena buat sekurang2nya seminggu sebelum majlis kebanyakkan pembikin kek dah tak nak ambek order sebab full.

Masa kat kampung aritu terbaca kat blog vp pasal kak pnut kasi adiah birthday kat nisa cupcakes. terus saya bukak blog kak pnut. tengok2 kak pnut duk kat area umah saya je. so saya try aa msg kak pnut. cuba nasib. mana aa taukan. w/pun saya tau majlis tu 4 hari je lagi. konfem dia tak nak ambek order dah. tapi dia cakap dia bleh ambek order lagi. memang rezeki ko iryd hehe.. nak makan cupcakes kak pnut.

Lepas isi borang order n describe nak deko kek cam ner kek siap ari ahad. so isnin tengahari saya pecut ke rumah kak pnut untuk ambek kek. Ini lah kotak kek tu. isinya? jeng..jeng..jeng.. teruja.. teruja..haha..

Cute kan. teruja betoi bila tengok kek yang cute tu depan mata. dalam hati cakap mesti iryd suka giler bila dapat kek ni.



Malam tu bawak pi bagan lalang punya aa sorok dari iryd. sampai suh dia pegi bagan lalang ngan kak saadiah sebab tak nak dia tau saya bawak kek untuk dia. kek ni sebenarnya lepas hajat sebab tak dapat datang majlis yang diorang buat kat alamanda aritu. alaa.. sebab saya kena pegi ke rembau semata2 nak kena isi minyak tu la. sebab tu saya tak sempat nak datang majlis dia. so untuk cover balik, cewah.. cover aa konon.. saya kasi iryd cupcakes yang comel ni kat dia. nak tau cerita masa kek dibuka depan iryd? kat entry lain saya citer ek. choww..

Monday, March 30

Terlebih Sudah..!!

Ambek ko!! lajunya guwe updated kan. tetiba dah 6 entry sekali masuk. dah terlebih 1 entry plak (tak termasuk entry ni). patutnya 1 entry 1 hari (w/pun 1 hari buat 5 entry). campur entry ni dah 31 entry. arini baru 30hb. alamak!! terlebih sudah.. hehe..

Pokok2 Kesayangan






Semua ni pokok2 kesayangan mak ngan ayah saya. wah jaga cam jaga anak ni. mentang2 aa beranda diaorg dah cantik kan. harus aa tambah2 cantik dengan pokok2. ni tak lama lagi harus jadik utan beranda tu nanti. huhu..tiap kali balik kampung bertambah2 pokok2 nya. tu belum dalam umah lagi tu. jangan tanya guwe nama pokok2 ni. guwe tak tau. haha..

Menyokong Kempen Earth Hour

Korang tutup lampu tak sabtu aritu? saya dan adik telah berjaya memaksa mak ngan ayah saya untuk bergelap selama 1 jam bagi menyokong kempen ni.

Apa itu Earth Hour ni sebenarnya?

Earth Hour ni adalah acara antarabangsa tahunan yang diilhamkan oleh WWF (World Wildlife Foundation) yang meminta keluarga dan syarikat-syarikat untuk memadamkan lampu-lampu dan alat-alat elektrik mereka yang tidak perlu untuk sejam untuk menimbulkan kesedaran mengenai perubahan iklim dunia iaitu pemanasan global. kat mesia ianya dibuat pada 28 mac 2009 antara 8.30 malam hingga 9.30 malam.

TV3 ada buat siaran langsung dari perkarangan sri pentas. dengan kiraan 10 9 8 7 6 .. saya, adik ngan ayah dah sedia kat tepi suis lampu. bila 2 1.. kitaorg ramai2 tutup lampu. hehe.. syiok2..


syiok gak sekali sekala duk dalam gelap w/pun elektrik ada sebenarnya. ala.. tak der aa gelap sangat sebenarnya. lampu2 jalan semua tak bertutup pun. so cahayanya masuk gak dalam umah. saya intai2 gak umah sebelah2, sedih.. tak der yang padam lampu pun. oklah tak moh komen. hak masing2 kan. umah saya tu kalau kitaorg tak der sure mak ngan ayah pun tak tutup lampu gak.

My Laptop Cooler

Wah tajuk dalam bahasa inggeris ni. tapi isi tetap melayu. yelah kitakan org melayu. haha.. padahal tak reti ni nak nulis dalam BI. huhu.. saya beli kat temerloh masa jalan2 kat temerloh sabtu aritu. tapi kaler puteh je. tak der kaler pink. lampu dia kaler biru. ala.. kira boleh aa ni. jangan panas sangat je. maklum aa laptop ni duk terbukak lebih 8 jam sehari.

Ini aa benda alah coolernya. cute je kan. hehe..


Tengah digunakan masa online kat kampung aritu. kalau tutup lampu nampak biru je bawah dia. cantik plak saya tengok.

Kunci Bilik Rosak

Sampai umah ayah ngadu2 kunci bilik rosak coz dia korek2 sebab terkunci dari dalam. pastu dilonggar2 kan dia dah tak reti nak bukak bagai. akhirnya terbiar je kat pintu tu. saya tolong2 aa tengok cam ner nak bukak tapi still tak bleh bukak gak. sedang memikir2 cara nak bukak tetiba ayah dapat bukak plak. huhu.. tak sempat nak pikir tau. hebat gak ayah saya ni. aritu tak bleh bukak coz tak der aura saya kot. haha..

Ni aa benda alah kunci tu. dah namanya tak reti kan. padahal senang je nak bukak sebenarnya. saya tak tengok ayah bukak cam ner coz konon2 tengah memikir nak bukak cam ner tetiba ayah cakap dah terbukak.

Berlubang dah pintu tu sebab dah tak der kunci. mak dah risau2 pintu bilik tu tak bleh kunci. dah aa pintu tu asal kena angin je tertutup sendiri. kuat plak tu bunyinya. nak kena sendal plak baru aa dia diam. ni dah tak der kunci berdentum2 aa jawabnya. mak dah bising2 kat ayah suh beli kunci bilik tu gak.

Esoknya ayah pi beli lah yang baru. gambarnya lupa plak nak snap. yang baru tu kaler gold. cantik lagi. alaa.. kunci bilik saya je kaler silver. nak gak kaler gold. huhu..

Bersiar2 dan Melawat2

Ari jumaat aritu saya ambek cuti. konon2 nak teman adik pi interview kat temerloh. tapi terlambat plak sampai coz terlambat bangun. haha.. dengan jem nya lagi. yelah org nak pi keje. saya plak sibuk2 nak balik kg. so kena aa harung jem sket kat MRR2 tu. sampai temerloh kul 9.50 pagi. adik interview kul 10 pagi. so tak dapat aa nak teman. pick up mak ngan ayah bawak pi beli kain. mak cakap nak berjalan ni kena aa beli baju baru sket. berjalan? hehe.. kitaorg nak pi melancong satu family mei ni. lambat lagi korang. nanti saya citer kisah melancong tu lain kali k.

Tengah jalan2 di bandar temerloh yang langsung saya tak familiar tu adik call cakap dah siap interview. wah sangat kejap. kata adik dia sorang je interview. patut aa kejap je. pick up adik bawak pi makan. masa tu dah kul 11.15 pagi. mak ngan ayah makan nasik. saya diet. so tak makan tapi kitaorg bantai minum abc.

Agak menarik aa abc nya. harga? err.. tak tau aa.. ayah banjer. hehe.. dah tua2 pun ayah banjer lagi.

Pukul 12 antar adik kat kete dia coz dia nak balik jantut n jumpa kawan dia. saya bawak mak ngan ayah lalu ikut jengka coz ayah nak singgah umah adik dia n mak nak singgah umah kakak dia. adeh2 saya jadik driver. singgah umah pak cik n mak cik ni carik nasik je. haha.. pas makan2 balik umah. dalam kul 4.30 ptg cam tu sampai umah. saya terus tido sampai kul 6.30 ptg. penat n sangat mengantuk.

Tayar Kete Cik Amani Pecah

Hailo.. hailo.. lamanya tak updated blog. bukan tak moh updated tapi saya balik kampung. maklum aa kampung ceruk utan nu.. line broadband saya agak teruk. nak updated terus jadik maleh sebab nak kena tunggu lama kalau nak publish gambar. so dengan sendirinya jadik maleh nak updated blog gitu. So kita updated laju2 ye kawan2. kalau dah maleh nak taip nanti saya buh gambar je aa. korang paham2 sendiri je aa ek.

Khamis malam aritu saya ck amani ngan cyn pi berpoya2 sambil makan2 kat kfc (eh kfc boikot ke ek?). lama dah tak makan kfc. lepas2 gaji ni sajer aa makan mengikut selera tekak (eh lepas gaji je ke?). balik dari alamanda cik amani isi minyak pastu balik. dalam perjalanan balik tayar kete cik amani pecah. nasib baik sedar. terus benti kat tepi jalan. lagi 2 minit je nak sampai umah sebenarnya. tapi sebab takyt rim rosak kitaorg benti aa gak. turun2 je tengok tayar dah flat abeh.


Tengok aa dah pecah tayarnya. takut tengok. sib baik tak laju n tayar belakang. kalau depan n laju sure bleh accident. alhamdulilah..

So mintak tolong lan tukarkan tayarnya. sebelum lan datang ada 2 org pakcik tu konon2 nak tolong. pastu cam tak reti or maleh diorang terus je belah. apa la. kalau tak reti lain kali jangan nak tukar terer. haha.. tak pasal2 tersound pakcik2 tu.



Adoi tetiba termaleh plak nak bercerita. senang citer tayar siap ditukar dan kitaorg selamat sampai ke rumah dengan jayanya (w/pun 2 minit je dari tempat kejadian). so terima kasih aa diucapkan untuk lan (w/pun tolong tengok je haha..) n kawannya sebab tolong tukarkan tayar kete cik amani.

Tuesday, March 24

Meluahkan Rasa

Tadi petang pas opis pi opis research jap. nak pi makan laksa ngan nora n jalil. pas solat semua kitaorg pi makan kat gerai tepi uniten tu. macam biasa makan laksa la. jalil tak moh makan laksa coz resdung. so dia makan mee kari je. saya ngan nora makan laksa. saya cam biasa aa mana cukup semangkuk kalau makan laksa kat situ. saya makan separuh mangkuk lagi. separuh lagi kasi jalil. may be kakak tu dah buh dadah kot dalam laksa tu. sebab tu ketagih haha.. tak baiknya kan.. haha..

Balik tu pas tengok spa Q n solat maghrib pi mydin sat. beli barang2 keperluan harian. padahal gaji esok ni. gigih gak beli arini coz maleh nak berebut esok. esok konfem ramai giler org. maklum aa gaji. putrajaya ni baper kerat je org tak keje gov. majoriti gov. so semua aa gaji serentak. time tu aa semua nak serbu shopping kompleks. so untuk keselamatan diri saya suka soping sehari sebelum gaji. tah naper. dah biasa gitu. rimas aa ramai2 ni.

Time bayar saya asing2 kan barang2 untuk bayar. yang kering ngan yang kering semua. sabun2 sama sabun2. tetiba nora cakap,

Nora : rajinnya asingkan barang2 tu
Saya : aku penah keje cashier. aku tau cam ner org keje cashier keje.

Tetiba adik cashier tu mencelah

cashier : akak penah keje sini?
saya : eh tak, akak penah keje klcc dulu. akak tau keje cashier ni cam ner. akak penah jadik cashier 2 bulan. penat! paling penat kena berdiri la.
cashier : tu aa kak, orang yang penah jadik cashier je tau cam ner kan
saya : a'ah akak jadik cashier 2 bulan pun rasa nak pengsan dah. orang tak bleh salahkan cashier kalau dia tak senyum. coz jadik cashier penat!
cashier : tu lah kak, kadang2 customer ni tak paham kan. banyak je komennya. lagilah kat sini keje pagi sampai malam.
saya : takder shift ke?
cashier : mana ada kak, sini masuk 8.30 balik kul 10.00 malam.
saya : eh naper cam tu, lagi aa penat, akak dulu masuk pagi kul 3 dah balik pun penat. ni lagi aa masuk pagi balik mlm.
cashier : sini tak cukup orang la kak.

Panjang plak kitaorg borak. sib baik adik tu borak sambil wat keje. so orang tak bleh marah. laju je tangan dia scan n packing barang sama ngan mulut dia bercakap. Haa.. sapa nak wat part time kat mydin putrajaya bleh aa datang. mesti banyak kosong. tapi kalau nak jadik cashier kena tahan mental ngan fizikal la. mental sebab kena marah ngan bos or paling tak customer. fizikal berdiri aa. selagi ada customer nak bayar selagi tu aa ko tak bleh duduk. bleh cramp kaki. tangan pun kena laju gak packing ngan scan. kalau lambat kang kena marah. penat giler. kalau duit shot or ilang dalam simpanan cashier gak bertanggungjawab. cukup bulan potong gaji. korang rasa tak tension ke? dah aa penat keje. alih2 cukup bulan gaji kena tolak. huu.. sedey2

So kawan2 kadang2 kita kena consider gak kalau cashier tu agak lambat wat keje. may be dia memang budak baru. or dia dah penat giler. bayangkan kalau masuk kul 8.30 abeh keje kul 10 malam. dengan keje mostly kena berdiri, penat woo.. tak der maknanya dia nak lambat2 buat keje. sebab kalau cepat siap, cepat abeh customer dia bleh rilek. bleh duk kat kusi lepas berdiri dengan lamanya. teremo plak kan. cam kata adik cashier tu tadi, orang yang penah keje cashier je paham cam ner jadik cashier yang sebenarnya.

Menunaikan Hajat

Pagi tadi masa nak pi keje cuaca sangat mendung. macam nak malam pun ada. takut tengok langit. dulu kecik2 mak selalu cakap kalau ari gelap nak ujan cam tu langit nak runtuh. menakutkan kan hehe.. tu zaman budak2. la ni dah tua bangka tak kan aa takut lagi kan. oleh kerana ujan n kat cafe bawah makanan tak berapa ado kitaorg decide pi makan kat food court presint 9. makan nasik lemak ayam berempah.

Ni aa nasik tu. agak mahai la. but untuk nasik n ayam sepeha kira normal la kat area sini.

Guwe abeh makan dulu makan maa.. licin..!! lu rasa wa lapo ke memang nasik tu sedap? hehe.. sebenarnya nak kata sedap sangat tu tak der aa. bleh aa. nasik dia agak keras. tapi oleh kerana lapo akibat tak makan malam tadi suap gak la kan. haha.. dah2 jangan komen banyak2. rezeki tu. alhamdulilah..:)

Kelaparan

Sebu rasa perut. nak masak tak der apa kat umah. tinggal ikan bilis ngan beras n bawang je. sangat sedih kan. dah lama saya tak masak waktu malam. so dah lama gak aa saya tak beli barang2 dapur. tak masak kan. wat per beli. kang layu n buruk cam tu je. tapi malam ni langsung tak der nak makan apa kat umah. melepek2 ngan cyn coz perut agak sebu sebab kosong. nak kata lapo tak der plak bunyi2. tapi sebu sebab rasa perut kosong.

So kitaorg decide nak makan mc D. eh kena boikot ek. tak per aa. darurat kan. kira bleh aa. so oleh kerana maleh nak kuar so kita tepon delivery. lepas ambek butiran semua tetiba dia cakap "kat tempat cik tinggal tak der delivery service cik, maaf yer" adeh! terkojut perut den. haha.. tapi cam tau dah. coz sebelum tu jalil dah cakap kat alamanda tak der delivery. ok jangan putus asa. kita try pizza hut plak. eee.. anak sapa aa maleh sangat ni.. pizza pun sama. kat alamanda tak der delivery. huk huk.. sian tak kitaorg. akhirnya masing2 makan biskut cicah neskepe je. sedih nyer. rasa cam orang mesken plak. sib baik biskut jacob tu mahal. haha..

Monday, March 23

Tergoda

Minggu lepas (tak ingat ari apa) ada sorang adik suh tolong promote kan kain lace dari indonesia kat bebudak opis. harga agak murah aa nak banding kat mesia ni. so saya promote aa kat kawan2 saya. promote pakai email je pun. sebenarnya saje gatai tangan antar. tetiba ada plak yang berminat. so tadi petang dia mai aa opis bawak kain. yelah nak beli kena aa tengok kainnya dulu kan. wah sangat menarik. kalau sapa2 nak kawen ke tunang ke, nak pi function ke bleh aa beli. murah pun murah. sorry aa terlupa nak ambek gambar tadi. kalau tak bleh promote kat sini kan. may be lain kali ek kawan2.

Ada gak yang terjual. yang tengok ramai. tapi masing2 cakap tarak wang. tak per. kang kalau ada yang termimpi2 bleh aa call balik. wa no hal. bleh panggil balik adik tu datang opis. dia pun tolong mak su dia jualkan. nak dijadikkan citer wa pun terbeli maa..


Cantik kan kain2 ni. saya tak tau nak pakai pi mana sebenarnya. ingat nak pakai raya la. tapi tu aa nak kena lining tu yang tak tahan tu. sapa nak tolong buatkan baju saya ni. huk huk.. mak sure tak moh jahit coz kena lining. sapa nak tolong jahitkan?

Menonton Realiti TV

Abeh citer ari jumaat kita citer pasal ari sabtu plak. ramai kawan2 yang tahu sabtu aritu gue ke konsert akademi fantasia. wah tak pasal2 kan. sajer lah kan. namanya tak der keje katanya. nak gak rasa kemeriahan konsert yang dikata2 tu kan. wah memang meriah. menjerit2 dalam dewan. sangat sonok n fun.

Kita layan gambar plak ek. penat dah nak naip panjang2.

Memula sampai. jalil suh parking kat parking A. rupanya jauh ko parking A tu ngan dewan. tapi tak per. eksesais. haha..

Aktiviti mengambil tiket. oleh sebab saya yang booking tiket so saya kena ambek. sebab dia perlukan credit card ngan IC saya. tapi bebudak ni kat belakang sangat bersemangat. cam tak sabo2. tengok aa cyn tu. haha..

Tara.. dapat 6 tiket. untuk saya, cyn, nora, jalil, cik amani ngan yut. teruja2 huhu..

Bukti kami pergi ke konsert af. masa masuk dia kasi kitaorg seorang satu sekotak brand inner shine. penaja lah katakan. tapi pompuan je dapat. sorry jalil hehe..

Excited2. masa ni tak penuh lagi orang. so tak malu nak bergambar gambaran. lagipun bila dah mula konsert memang tak bleh ambek gambar. dilarang sama sekali ye kawan2.

Tu aa stagenya. nampak banyak kerusi kosong kan depan kitaorg. dah kul 8.30 cam tu dia suh semua yang kat belakang penuhkan kerusi depan. berebut2 semua nak duk depan. sapa masuk lewat memang duk belakang aa w/pun tiketnya di depan. nasib lorr.. org suh masuk sebelum 8.20 lorr.. masuk lewat duk belakang ek. haha..

Ni masa dah akhir konsert. lepas AC cakap "kita berjumpa lagi minggu depan dengan 13 pelajar akademi fantasia" masa tu semua org dah bangun2 ambek gambar. kitaorg pun apa lagi. bangun aa ambek2 gambar segala..

Time penyingkiran. adila tengah salam ngan kawan2 dia. babai adila..

Wah sangat seronok. cyn ajak pi lagi minggu ni. katanya minggu ni baru lepas gaji. so agak kaya. bleh aa pi lagi. wa no hal. pi tetiap minggu pun wa on je. haha..

Saat Mendebarkan

Banyak benda nak updated sebenarnya. tapi sindrom m.a.l.a.s melanda sejak sabtu aritu. so kita updated laju2 ek. memula kita citer pasal saya ke melaka (20/3) jumaat aritu. kali ni tak menyiasat tapi hantar kertas siasatan. wah macam grand kan. haha.. tak moh aa citer pasal keje kan. kita citer pasal saya hampir2 tersadai kat highway masa balik dari melaka aritu. menakutkan. korang penah minyak abeh tengah jalan? saya penah. tapi masa tu bukan saya aa yang drive. tapi my lil sis. kelako pun ada. panic? tak kot sebab ada minyak spare dalam kete. haha.. malu ye aa kot coz semua org tengok haha..

Kejadian tu nyaris berulang lagi masa saya balik dari melaka aritu. kononnya kuar tol air keroh nak benti restoran jejantas air keroh solat then baru isi minyak. memang masa kuar tol minyak dah merah dah. siap solat semua pi aa isi minyak. beratur nak bayar minyak tetiba antie tu cakap "92 je ada, 97 semua dah abeh" huh! apa antie ni cakap ni. "merah je tinggal dik, hijau dah abeh" sambung antie tu. oo haha.. tapi alamak! lagu mana ni? minyak dah merah.

Saya masuk balik dalam kete. duk tenangkan ati. biasanya kalau merah ni dalam sejam bleh tahan lagi. masalahnya dah lama merah ni. kalau terbenti tengah jalan abeh aa saya. cara terbaik jangan pakai aircond. adoi seksanya lalu highway tak pakai aircond. tetiba nampak signboard cakap pertol pump 8km. haa.. ada harapan. masuk2 je RnR tu petrol pump tu dah tutup plak. may be under construction. adoi.. cam ner ni weh. risau betoi saya.

Tak bleh jadik ni. terbenti tengah2 highway ni haru. akhirnya saya decide kuar mana2 persimpangan terdekat. paling dekat adalah tol pedas linggi. nak tak nak terpaksa gak kuar untuk carik stesen minyak. tak tau nak tanya kat sapa coz saya pakai TnG. sure tak der orang jaga kan. nak nasib baik ada kakak tol duk kat kaunter TnG tu. saya tanya "kak mana stesen minyak terdekat?" kakak tu jawab "kiri rembau yer dik". saya pun dengan tawakal ikut direction kakak tu. jauh ooo.. apa kakak ni, saya tanya yang dekat. tapi jauh gak. sib baik kete tak termati.

Akhirnya saya dapat isi minyak. Full RM60 ok. selalu kete saya full RM55 je. sure tank dah kosong giler. sampai RM60 bleh masuk tu. balik tu baru aa rasa lega coz dah bleh pasang aircond. haha.. bleh.. patutnya lega sebab kete tak mati tengah jalan. kat kesempatan ni gak nak say sorry to iryd n jalil. sebab kete saya hampir kehabisan minyak saya sampai putrajaya kul 8.30 malam. so tak dapat hadir ke majlis korang. very2 sorry..huk huk..
bersuka sukaan selepas mengisi minyak di rombau.. tak pasal2 den ke rombau ni ha.. haha..

Thursday, March 19

Ngantuk Tuk


Arini tak tau naper saya sangat mengantuk kat opis. may be sebab saya tido agak lewat semalam. konon2 nak tengok citer jurang bahaya. ala.. yang jefri zain tu. syiok gak sekali2 tengok. citer tu mula dah lewat. kul 12.30 mula. saya memula nak tutup tv dah. tapi bila tengok ada citer tu terus tak jadik. tertengok gak aa sampai kul 1.30. pastu cepat2 ingatkan diri yang esoknya keje. kang tak bangun plak. pastu cepat2 tutup tv n masuk tido. good night..

Tag By Elcy

Bukak blog elcy, nampak dia jawab tag. dalam tag tu cakap kena tag 6 orang yang lain. saya tau dah mesti saya kena. siap tulis I Love U^^ lagi. haha.. tau aa saya rajin buat tag. terus sayang kat saya ek elcy. oklah2 saya sayang awak jugak la cam tu..haha..

Tag's instruction:

Go to your photos folder in your computer. Go to the 6th folder of photos. Go to the 6th picture in that folder. Put the picture on your blog and a description of it. Invite six friends to join the challenge. Link them in your blog and let them know they have been challenged.

Ni lah dia gambarnya. terkena plak ngan gambar ni kan. gambar ni gambar saya bersama2 ngan bos gacos n his wife serta bebudak gacos. dari kiri jalil, saya, nora, dr azim, dr azim's wife n iryd. gambar ni masa kitaorg pi lawatan skim strata kat Batam, indonesia. gambar ini telah diedit oleh en. jalil salah seorang budak gacos. cantik tak? haha..

Nak kena tag 6 orang kan. tapi saya nak tag 2 orang je. cyn ngan dee. tak bleh? eh suka ati saya lah. haha..TQ

Putrajaya International Hot Air Ballon

Arini (19/3) sampai 22/3 ni ada putrajaya international hot air ballon. saya nak pi.. wah macam best kan. masuk free yer kawan2. mula kul 7am sampai 7pm je. malam tadek. dia buat kat car park mellinium monumen kat presint 2. dari apa yang saya baca ianya dibuat sempena meraikan sambutan hari wilayah persekutuan. ada 25 balloonists dari 20 negara ambek bahagian seperti perancis, jerman, Jepun, Belgium, Thailand, New Zealand, korea selatan, filipina, United States and Indonesia. first time ni nak try. ada berani? beranii..!!! sapa nak ikut?

Wednesday, March 18

BMI - Indeks Jisim Tubuh

Saya jumpa ni dalam kosmo online. kategori berat badan wanita berketinggian 154cm. saya lah tu kan. ooOOooO.. rupanya berat 60kg kira normal lagi. bleh aa saya makan banyak2 lagi pas ni. lambat lagi nak 60 kg. haha.. yelah tu. kang dah sampai 60kg pueh plak nak diet kasi turun balik berat tu. untuk keselamatan belajar aa berdiet dari sekarang. kang gemuk tak cantik! haha.. macam aa kurus sekarang ni cantik sangat kan..

Monday, March 16

Kunci Kenangan

Tengok kunci ni tetiba teringat kunci bilik saya time study2 dulu. 5 tahun saya pegang kunci cam tu. rindu plak nak pegang keychain bulat tu haha..

Gelagat Mimi Sharina & Jay Chou

Satu malam saya ni nak solat. mimi sharina ngan jay chou duk la sibuk2 main kejar2 dalam bilik saya. 2 makhluk tu suka sangat main dalam bakul kain kotor saya. oleh sebab saya nak solat n dah pakai kain semayang maleh nak kuarkan diorang. so saya jerit je,

"mak long nak solat, kalau korang kacau mak long solat mak long cekik korang..!!" jerit saya. pas saya cakap cam tu saya terus je solat.

Dua beradik yang terkedu dengar saya menjerit. huhu..

Lepas beri salam saya tengok dua2 makhluk tu duk diam sambil tengok saya duk atas sejadah. diorang tak kacau saya pun. duk ralit tengok saya solat agaknya. dengar kata jugak budak2 ni rupanya. menakutkan kot jeritan saya. haha..

Majlis Kawen Ima

Seperti dicerita pada entry lepas yang saya telah ditugaskan menghantar mak ke umah pak tua. sepupu saya kawen. tak larat nak citer panjang2. korang tengok gambar je lah ek..


Ni aa gambar2 sekitar pemotongan dan penyembelihan bermacam2 jenis makanan yang akan dikendurikan seperti ayam, bawang, lada, kunyit dan lain2 haha.. saya tak der idea all..



Ni masa malam berinai. sebab dah tak der orang sangat, mak ngan wan terpaksa jadik tukang buh inai kat tangan n kaki pengantin. inai tu saya ngan mak yang tumbuk tau. tengok tu berkerumun masing2 buh inai kat kaki ngan tangan pengantin. masa tu dah kul 12 lebih. masing2 dah penat giler.

Oleh kerana saya yang menumbuk inai tu so saya harus aa rasmikan dulu kan. kata mak tanda pi kenduri kawen. Inainya tak baper nak merah. mak kata inai yang ada buah memang kurang merah.

Selamat pengantin baru ima n hubby. maaf aa saya tak tau nama hubby dia sapa. nak tanya pun tak tertanya. yelah saya org dapur. ni gambar ni saya ambek pun dah abeh majlis pun. tengok aa pengantin dah salin baju dah. udah laki bini pakai baju kaler lain. bantai aa kan. janji ada muka pengantin.