Thursday, May 26

Air Takde

Alhamdulilah lepas 2 hari takder air di kuantan arini air menjelma semula. ALHAMDULILAH.. syukur.. tulah dugaan namanya. tuhan baru uji sikit je, 2 hari takder air masing2 mengelupur bagai nak rak. oleh itu bersyukur lah dengan apa yang kita ada. tak kira lah dalam dugaan warga kuantan ni or apa2 lah yang berkaitan dengan diri masing2. memang manusia ni tak penah yang cukup. nak lebih sokmo bak kata org pahang. nak lebih kena usaha. tak dapat bersyukur lah dengan apa yang ada. mungkin ganjaran lepas tu lagi besar. sapa tau kan :)

Lepas 2 hari, pagi tadi keluar umah paip kat meter air dah berair. kecik n agak kotor tapi kat atas tak sampai lagi airnya. so tengahari balik. nak jenguk air. alhamdulilah ada. dan2 simpan air. beringat terus hehe.. pastu terus mandi. bestnya mandi air paip dengan sewenang2nya. masuk opis balik tengahari tadi segar rasa badan.

2 hari mandi air mineral memang memeritkan sungguh la. tak penah2 saya mandi air mineral. bila ingat rasa nak gelak pun ada. bukan lah tak penah rasa takder air sebelum ni. selalu.. tapi kali ni memang tak simpan stok air. memang mandi main tutup bukak paip je. nama nak menyimpan stok air takder. oleh itu kerana beringat pasni. simpan2 lah stok air sikit2. kalau takder air takder aa gelabah puyuh masing2 hahaha..




Giveaway Beijing

Giler lama dah citer ni. ni baru entrynya nak keluar. org maleh memang macam ni yer kawan2. 14 mac aritu cik dieda buat giveaway sempena dia gi beijing. oleh kerana syarat2nya senang je dengan tinggalkan email kat kotak komen so saya join. kalau nak suh buat entry bagai saya maleh hehe..

Then 25 mac tu result giveaway tu dah dapat. tah naper jumaat 25hb tu saya bz no. tak sempat nak jalan2 kat blog. so terlepas tengok result. ptg tu plak saya balik kampung tak bawak laptop. so langsung terputus dengan dunia maya. isnin baru saya bukak blog n jeng jeng jeng.. saya adalah pemenang utama giveaway tu. wah first time masuk contest terus menang adiah utama huhu..

2 minggu lepas tu saya dah dapat adiahnya. ini lah adiah nya. TQ dieda. sayang ko hehe.. lain kali buat lagi eh giveaway senang2 cam ni. bleh aku masuk lagi hehe.. tapi still tak keluar lagi dari sampul. masih dalam bonet kete. duk asyik lupa nak keluarkan. so dengan itu tak sempat nak pakai pun lagi baju HRC tu. nanti dah pakai saya buat entry lagi eh. TQVM!


Wednesday, May 25

P. Ramlee Satu Indiepretasi

Minggu lepas saya tak balik kampung untuk kali ketiga dalam masa 7 bulan ada kat kuantan ni. baru 3 kali berhari minggu kat kuantan. kalau tak tu manjang balik kampung. gigih betoi hehe.. oleh kerana tak balik kampung kena aa jalan2 menjelajah soping kompleks kat area kuantan ni. tujuan sebenar carik barang adik pesan. tujuan2 lain window soping je. memula gi kuantan parade. konon2 nak carik kamera tapi takder yang berkenan.

SO pi ECM plak. naper tak gi megamall? sebab dah gi jumaat tu. takder gak yang berkenan. jalan2 kat ECM lalu depan kedai CD. tetiba macam terdengar suatu yang menarik. terus laju kaki melangkah dalam kedai. lama saya berdiri tegak dalam kedai tu. dah aa takder org. bila tersedar perasan adik sales tengah pandang saya hehehe.. terus "dik lagu yang pasang ni CD dia kat mana?" terus adik tu ambek CD nya. saya belek2 bila jumpa yang suka terus "nak la yang ni.." hehe.. sangat senang saya membeli kan ;p


Inilah CD yang beli cam beli ikan kat pasar tu. belek 10 saat terus decide beli. sebenarnya lama dah carik CD lagu ni. sejak dari selalu dengar lagu2 p. ramlee yang di modenkan n dinyanyikan oleh penyanyi2 indie ni kat era. sebelum ni astro cakap takkan di buat CD. boleh download je. so kecewa. tetiba dengar aritu kat era cakap akan release dalam akhir april 2011 CD nya. tu yang carik tu. akhirnya jumpa. saya paling suka lagu nyanyian Yuna gelora jiwa. Nera AF9 pun penah nyanyi lagu tu kat konsert. tak caya cuba dengar. best!

Sepanjang hayat saya tak penah beli CD lagu. ni first time beli. beli pirate penah sekali. tapi pakai sekali je dah rosak. pastu terus tak penah beli dah. DVD or VCD movie selalu la beli. CD lagu tak penah beli. so ni kira pecah rekod gak la. saya pun tak pasti bila nak dengar sebab saya prefer dengar radio dari CD hehe.. oo maybe time takder line radio bleh dengar kot hehe..



Friday, May 20

NKTM

Jap lagi mau tengok Nur Kasih The Movie ni. tayangan kul 10.10pm ni nanti. tengok sama niza n anak2 nya. tah naper tetiba excited mau tengok citer ni. padahal bukan tengok pun masa series dia dulu. org cakap best kan. kena la tengok setakat mana bestnya. tah2 org cakap je best tapi saya tengok tak best ke kan. tapi citer khabir bhatia mana yang tak best. betoi tak? saya suka Sepi sangat2. from kabir jugak. so maybe betoi citer ni best kot. so kita try layan huhu..

Tapi bila baca banyak2 review kat beberapa blog semua suggest bawak tisu. sebab citernya sedih amat. wah macam menakutkan plak. sedih sangat ke citernya? so saya kena bawak tisu ke tak ni? tak per. saya bawak shawl je. kalau sedih sangat nanti bleh lap2 ngan shawl je hehehe.. oklah mau siap2. jap lagi lagi mau nonton. eh! dah macam nak tengok citer indon plak huhu.. nanti rajin saya review eh. kalau maleh takder la ;p


Wednesday, May 11

Hujan Rahmat

Panas kan cuaca sekarang. bukan panas je tapi sangat panas. malam tido berpeluh2. melekat2 rambut dekat muka semua. sebab panas sangat saya pasang 2 kipas masa tido malam2. satu kipas siling satu lagi kipas meja hehe.. tapi selimut still pakai tapi cover kaki je la. kalau tak kang bangun pagi kaki krem. tu fenomena biasa untuk kaki saya. malam kalau tak cover esoknya bangun kompem krem. so untuk mengelakkan datang lambat ke opis kena la cover w/pun panas nya tuhan je tahu. tak per. api neraka lagi panas huhu.. apa kaitan? ;p

Tapi malam tadi guruh dan petir sabung menyabung. kalau dah ada guruh n petir haruslah tanda2 nak ujan kan. lepas tengok csi semalam saya tido. masa tu tak ujan lagi. bila terjaga tengah malam ujan lebat giler. siap pakej ngan guruh bagai. bagus2. tapi panas tetap sama. yelah kan. cuaca panas melampau. ujan lebat mana pun susah nak sejuk dalam masa yang singkat.

Pagi tadi bangun ujan lagi kat luar. nak gi keje pun ujan lagi. tapi tak lebat dah. setakat nak redah bleh lagi la. seperti biasa kalau ujan mesti jem depan jalan masuk ke opis. tak paham betoi la. awat kalau ujan mesti jem eh? sekarang? tah. tak pasti. bilik saya bukan tepi tingkap. nak bangun jenguk kat luar maleh. tapi nampaknya still gelap. maybe rintik2 kot. harap2 panas melampau ni cepat2 pergi n hujan rahmat terus menyimbah bumi ;p




Sunday, May 1

Tak Tau

Bosan aa plak duk kat umah ni. tak tau nak buat apa. ain pun takder nak sakat2. kalau ada bleh gak buat sakat2 huhu.. mak bz menjahit. katanya bulan 5 last jahit. bulan 6 dah tak nak ambek tempahan dah. yelah tu huhu.. bukan mak jenis sian ngan org ke? nanti org rayu2 sket terus cair. pastu ambek gak tempahan huhu..

Arini ari pekerja. as a pekerja saya kena cuti arini. tapi kalau cuti duk je tak buat apa bosan aa plak. nak tengok tv takder citer best. keje umah semua dah beres. mungkin kena tido kot pasni. qada' tido2 yang terganggu 3 minggu kebelakangan ni. dalam 3 minggu ni malam tadi baru rasa nikmat tido sebenar sebab bila bangun pagi rasa fresh je. tak der pun ngantuk. pas solat subuh bleh masak sarapan bagai. tu baru tido yang berkualiti sebab bila bangun tak rasa dah ngantuk.

Esok cuti lagi sehari. tapi esok ada tetamu nak mai. so esok mungkin bz sket la. harap2 masih dapat tido berkualiti malam esok sebab pagi2 lusa pukul 5 pagi nak kena bangun dah. nak kena bertolak ke putrajaya. ada mini lab plak kat sana pagi sampai petang. bertolak balik ke kuantan malam n rabu pagi gerak plak ke cameron highlands sampai khamis petang. jumaat kena paksa diri masuk opis sebab claim tak siap. mungkin masuk untuk siapkan claim pastu terus gerak ke kampung kot sebab letih. malam khamis tu tah pukul baper sampai agaknya.

Harap2 minggu depan takder keluar lagi. kasi aa cuti sebulan dari keluar. pastu nak keluar lagi sebulan pun ok hehe.. oklah saya mau jadik mandur kat belakang jap. 'abang mozek' sudah memulakan keje. lepas tu mau baca novel2 yang dihangkut dari pesta buku jumaat aritu. gigih saya ngan fiza gi pesta buku. nasib baik jalan tak jem. dapat aa 4 5 rembatan. oklah tu. tahun depan serbu lagi :)