Wednesday, December 31

SELAMAT TAHUN BARU

Kebabushhh..!! (macam bunyi bom plak huhu..) itu bunyi bunga api ok. bukan bunyi bom. Nampak tak bunga api tu all? wah meriah kan. warna warni gitu. hehe.. saya ucapkan selamat tahun baru 1430 hijrah dan selamat tahun baru 2009 masihi pada semua. semoga tahun baru ni memberi kehidupan baru dan lebih baik pada semua. aminn..

Tuesday, December 30

Beli Bunga

Tetiba jadik minah bunga kan. tak der aa. isnin aritu lepas antar adik naik bas balik johor singgah kat kedai bunga. mak kata nak beli lapik pasu. dia nak ganti lapik pasu bunga dia kat dalam umah. bila dah masuk kedai jual bunga ni kan banyak plak aa benda yang nak beli. mak plak beli baja. ayah plak beli bunga. eh tak tau aa bleh dikatakan bunga ke tak. nampak macam keladi pun ye. pastu dah beli bunga kena aa beli pasu kan. beli 1 RM 3.50 kata nyonya tu. beli 3 RM10. so saya suh aa beli 3. alang2 kan. kang nak kena beli gak lagi. mak ngan ayah tengah giler menanam bunga la ni.

Tengah diorang sibuk2 membelek bunga ngan pasu saya macam biasa snap pokok2 kat kedai tu. pelik betoi. cam ner dia tanam bunga kecik2 dah berbunga. saya tanam sampai nak mati tak bunga2 pun. hehe..

Saya terkagum tengok pokok periuk kera ni. cantiknya kan. bagus buat hiasan kat umah ni. tapi nak gantung kat mana plak ek. dalam bilik bleh? hehe..

Ayah beli pokok ni. tak tau nama dia apa tapi nampak macam jenis keladi aa. ada 3 kaler pink, merah ngan putih. oleh kerana saya suka merah saya telah memaksa ayah membeli kaler merah. haha..

Ayah tengah memindahkan pokok tu tadi dalam pasu yang baru beli. mak suh letak dalam umah. mak kata kang kalau besar dia nak letak belakang TV. apa plak mak, letak belakang TV mana nampak. tak bleh aa riak2 ngan org. huhu..


Kat sini aa mak letak bunga tu. macam pelik kan. biar aa. umah diorang bukan umah saya. kata diorang kat situ cantik makanya cantik aa tu. asal diorang gembira sudah.

Saturday, December 27

Meraikan Jiran

Macam kitaorg plak yang kenduri. meriah ko. kami meraikan pengantin en. pesal ngan pn. aini (eh betoi ke nama isteri dia ni ek?). pengantin laki ni anak jiran sebelah umah je. yelah kan dah namanya perantau jiran2 dah macam sedara sendiri. lagi2 en. pesal ni sebaya adik saya no. 2. satu sekolah sampai ting. 3 pun. dulu kecil2 teman sepermainan lagi. so kitaorg sama2 aa meraikan hari bahagia mamat ni.



Meriahkan. Ramai yang datang. biasa aa kenduri kat kampung. semua masih buat sendiri. konsep rewang kata org. makan je layan diri. kalau dulu2 makan pun org hidang. la ni tak der dah. maklum aa dah tua2. tak larat dah nak melayan macam memuda dulu.

Ni aa pengantinnya. namanya en. pesal. dia tengah dukung adik bongsunya si ain.

Sangat bz kan. ni depan umah saya. pengantin berarak dari umah saya. sampai je dari lipis rehat2 dulu kat umah saya sebelum pi umah pengantin. pengantin salin baju n siap bagai kat umah saya.

Pengantin laki tak sabo2 nak berarak. haha.. masa ni dah nak mula berarak tapi terbantut coz ada plak 2 kete rombongan diorang tersesat. tak jumpa umah. so kena aa tunggu sat. umah kitaorang yang senang ni pun tak jumpa. pelik2. huhu..

Oleh kerana dah nak kul 1.30 ptg diorang jalan gak dulu. lambat sangat nak tunggu orang2 sesat tu. ni aa pengantin nyer. en pesal ngan isterinya. panjang toi mamat ni. nampak kecik je bininya. eh mak! la.. mak saya jadik pengapit plak dah. haha..

Dah akhir sekali mesti aa jaja gambar sendiri kan. ni gambar kitaorg 3 beradik ngan kakak ngan adik en. pesal. bergambar dalam bilik pengantin. sambil2 tu tolong isikan bunga telur dalam paper beg. ramai plak yang jenguk bilik tu nak tengok pengantin. masing2 apa lagi ngaku lah pengantin. haha..

Wednesday, December 24

Western Food

Tah naper terasa nak makan wester food plak malam tu. balik keje je terus pecut pi carefour. capai ayam, kacang panggang ngan sosej terus je balik. perut dah lapo giler dah ni. dengan perut berbunyi2 tu saya masak dengan sabonya. dan terhasil lah..


Jangan terliur korang. tak sedap pun. haha..

Tuesday, December 23

'Ter'beli Lagi

Err.. baru baper ari aritu cakap tak moh beli beg baru kan. arini saya dah beli lagi. huhu.. naper aa giler ngan beg ni. alasannya beg baru tu tak sesuai bawak pi bersantai2. beg tu formal sangat. so saya beli aa beg jalan2 n bersantai. ala.. murah je pun. masalahnya ye ke tu. selama arini beg pi opis gak aa saya usung pi ke mana2 pun. nak kuar je capai.. nak kuar je capai. bila masa plak nak berpunggah2 ek.

Masalahnya beg ni cute. bila kakak tu promote lebih2 je kat saya terus je 'ter'beli. masalah sungguh lah. mudah termakan hasutan ni. haha..

Pegi Walimah

Banyaknya org kawen ujung2 tahun ni. tetiap ari minggu ada je org kawen. kadang2 tu sampai 2 kenduri satu ari. dah ajak kan kena pegi. wajib tu. kalau tak pi dah jatuh dosa plak kan. ari sabtu aritu pi kenduri khalid my senior kat kl ngan cik amani n her friend. umah pompuannya. umah lelakinya hujung minggu ni. dia kawen ngan anak ex KP kitaorg. tapi saya tak sempat ngan KP ni. saya masuk KP tu dah bersara dah. oleh kerana pi umah pompuan n masing2 tak kenal pengantin pompuannya n masa kitaorg mai pengantin pun tak sampai lagi. so just datang makan n salam2 ngan mak pak pengantin n balik. itu pun sampai umah dah kul 3.00 ptg.

Ahad plak pi kenduri tasha kat karak. pi ngan adik n wahid. kononnya nak pi awal. kata adik nak gak jumpa pengantin dalam bilik. tak der maknanya. kul 11.00 baru gerak. kalau tak jem sampai aa kul 12.00. ni ngan jem nyer lagi kul 1.00 ptg baru sampai. nasib nak baik pengantin blum bersanding. so sempat aa jumpa tasha dalam bilik pengantin. masa kitaorg sampai dia tengah makeup. lambatnya.. selalu pengantin pahang kul 12.30 - 1.00 tu dah sanding dah.



Sambil2 tengok dia makeup tu snap gak la bilik dia. cantik n sempoi. cute je ngan bunga berjuntai2 tu.

Dalam 1.30 ptg camtu tasha siap. pengantin lelaki dah tunggu kat luar masalahnya. nak tak nak kena kuar gak la. pengantin laki naik keta. tasha ni sanding kat dewan. dewan tu selang 2 3 bulan umah je dari umah dia. so diorang berarak dari depan umah tasha sampai aa dewan.

Oleh kerana ikut pengantin pompuan kuar tadi so tak pasal2 kitaorg berarak ngan pengantin sekali ke dewan. tak dapat nak ambek gambar depan coz kitaorg dah terkebelakang. maleh aa nak menyelit lebih2 kan.

Sampai depan dewan siap ada silat2 lagi tu. saya tengok aa 5 minit pastu masuk. nak makan. lapo2. hehe..


Teruk betoi gambar saya ni kan. ampun. ni lah gayanya ambek gambar pakai hp murah. nanti aa saya agak kaya saya beli aa kamera. susah nak pinjam2 kamera org ni. hehe.. anyway selamat pengantin baru aa kat tasha n pezal. teringat citer tasha masa diorng study2 dulu. tasha declare ngan pezal kat tepi divaider (betoi ke eja cam ni) mengadap unisel kat seksyen 7 s.alam. kelakar2. balik2 tu tasha jerit2 kat kitaorg cakap dia dah declare ngan pezal. citer lama. tak silap tahun 2002. semoga korang bahagia hingga ke syurga. amin..

Friday, December 19

Reward Untuk Diri Sendiri

Semalam dalam kul 8.00 pi alamanda. sajer aa nak menghabiskan duit. hajat sebenarnya just nak pi beli lip gloss ngan nak pi kuar duit. tapi bila dah masuk parkson saya terbeli plak hand bag. memang aa hajat nak beli hand bag bulan ni. tapi tak sangka plak bleh terbeli semalam. memula ingat tak nak beli, kononnya sabtu ni nak pi jalan2 sogo. banyak sket pilihan. bleh beli kat sana. tapi bila pikir keadaan sogo yang akan ramai org coz org dah gaji n tak larat nak beratur time bayar kalau beli kat situ saya beli gak aa.

Tantik tak? agak mahal la. tapi tak per. aritu saya ngadu ngan adik coz hand bag saya dah rosak adik kata,

"dah beli hand bag cap ayam, mana nak tahan lama,"

So kali ni saya beli beg bukan cap ayam n mahal. harap2 tahan lama aa. tadi ira tengok katanya cantik. dia tanya baper saya cakap mahal. saya cakap aa tak per lah. bleh pakai lama. kata ira,

"yelah ko, tak lama lagi ko mesti beli lagi hand bag baru"

haha.. betoi gak. rasa dah jemu kang saya mesti beli hand bag baru lagi. tak per aa. apa salahnya. ni kira reward untuk diri sendiri la. keje penat2 mesti kena gembirakan diri sendiri juga kan. kalau 6 bulan sekali tu kira ok la. jangan aa tetiap bulan nak kena tukar hand bag. tu dah membazir namanya kan.

Traffic Light Yang Cerdik

Dah beberapa minggu ni saya pasan kalau saya sampai je kat traffic light ni mesti dia kuning or hijau dari jauh n bila saya sampai dia dah merah. memula rasa nak marah tapi bila banyak kali kena rasa lawak plak. cam tau2 je saya nak sampai kat situ dan2 je dia merah or kuning. so sekarang bila saya nampak dia hijau dari jauh maleh nak pecut. slow je. biar lah org lain pecut sebab saya tau kalau sampai kat saya je dia sure kuning or merah. cerdik betoi aa traffic light ni. pandai nak main cak2 ngan saya. haha..

Cuci Kete

Rabu aritu teman ira pi cuci kete kat serdang. memula nak cuci kat putrajaya je. tapi tak jumpa plak car wash. tak jumpa kira tak tau lah kan car wash nya kat mana. haha..ketenya dah teruk sangat kotornya so kitaorg membuang masa aa kat serdang mencuci kete. jap je pun cucinya RM 10.00. agak mahal sebenarnya w/pun normal. sebab saya penah dengar ada tempat cuci RM 6 - 8 je sekali cuci luar ngan dalam.

Dia cuci pakai snow. saya suka tengok. rasa cam nak pi tolong gak sebab nak main buih sabun tu. hehe..

Sebenarnya sepanjang saya pakai kete ni saya tak penah antar kete cuci kat kedai. entah naper. saya suka cuci sendiri or langsung tak cuci. hehe.. nanti balik kg ayah sure tolong basuhkan. dia amat pantang tengok kete saya or adik kotor. cepat je dia ambek sabun pi cuci. sampai mak cakap itulah keje yang paling rajin dia penah buat. haha..

Wednesday, December 17

Apis Nyaris Jadik Giler

Feedback entry Untuk Apis. ari selasa 9hb saya dapat satu msg dari apis. katanya

"EIJA!! TERIMA KASIH BYK2...SAAAAAAAAAAAAAYANG KO!"

hehe.. sajer aa buat2 tanya kan. padahal dah tau adiah tu dah sampai kat tuan punyanya. sampai 2 3 msg dihantar semata2 nak ucap tq kat saya je. yelah saya dah pesan awal2 kat dalam adiah tu jangan cakap apa2. so apis tak abeh2 cakap tq je kat saya. tak terkata agaknya. haha..

"Terima kasih lg sekali! Arini aku btol epi."

memang dia giler aa aritu. dekat seminggu gak lah dia giler. padahal apa je yang saya kasi pada dia. benda2 simple je.

Khamis 10hb saya YM ngan apis. dia cakap dia pakai adiah yang saya kasi pada dia. saya tanya sapa lagi yang tau pasal adiah tu. jawabnya semua org dah tau. rasa cam nak citer je pada semua org yang dia dapat adiah. huhu.. excitednya mamat ni. pas ni tak moh kasi adiah dah aa. hehe..

Meeting Sambil Berparti

Tunggang terbalik entry saya ni ek. bantai lah kan. janji updated. isnin aritu ada meeting SKT seksyen ngan celebrate birthday 3 org iaitu timot, ira ngan abg awi. tapi timot jer sorang ada. yang 2 lagi cuti.

Inilah kek nya. sedap ooo.. saya aritu makan kek je. tak moh makan bihun sebab dah kenyang.

Klik! Klik! haha.. jangan jeles gambar saya paling jelas coz saya paling depan. ni gambar masa makan. masing2 tunduk je makan. saya je tengah menunggu kek sebab tak nak makan benda lain.

Huh! nampak sangat orang tak sabo kan. siap angkat2 pinggan lagi tu nak mintak kek kat birthday girl. yang tengah potong kek tu lah timot, birthday girl aritu.

Dapat Langsir Baru

Time rehat semalam pi kamdar kat putrajaya. sajer aa tengok langsir. nak tukar langsir kat bilik saya tu. dah uzur beno. rasanya sekali tarik je abeh aa rabak. dah nipis dah pun. so sempena tahun baru ni saya tuko aa langsir baru. beli kaler hijau apple. tantik! huhu..


Kat dalam gambar ni kaler dia jadik lain sket. may be pencahayaan dia tak bagus kot. maklum aa ambek gambar pakai hp murah je. nanti saya dah siap jahit n pasang saya tayang lagi kat sini ok. so tunggu..

Banjir Dalam Bangunan

Semalam saya balik lewat dari opis. sampai parking bawah tengok air dah penuh kat depan. nasib baik tempat parking kete saya tak kena. macam mana aa air tu bleh bertakung. masalahnya dalam bangunan dan kat basement plak tu. memang aa sekarang time ujan. tapi pelik sampai bawah tanah pun bleh banjir ni.

Pagi tadi sampai air makin naik. banyak aa parking yang kosong nampaknya coz air dah tutup semua tempat parking.

Maleh nak ambek gambar dekat2 tadi. ni pun snap masa tengah berjalan je. semalam masa balik air kat tempat saya snap ni tak der lagi. mesti air tu naik malam tadi. tah2 ptg kang abeh semua basement tu naik air. abeh aa kete..

Tuesday, December 16

Abeh Sudah

Akhirnya abeh gak saya menjelajah blog2 kawan2 dan musuh2. hehe.. lama tu tak jenguk blog kawan2. 2 minggu sebelum raya bz ke sana kemari campur plak ngan cuti raya seminggu. huh! lebih 3 minggu tak jenguk langsung. arini baru ada masa nak jenguk2. tapi ramai gak yang tak updated2. wei korang updated aa.. dah bersawang dah blog korang tu. hehe..

Jalang2 di Ganu

Adik balik sorang ke terengganu 12hb. saya ikut la. lagipun nak pi kenduri umah linda. pi time menyambut. masa kat n9 gatai tak nak pi. yang jauh ni plak gatai nak pi.

Selamat Datang Ke Terengganu


Sampai Kuala Terengganu dalam kul 5.30 petang. singgah solat jap kat masjid terapung. tak der aa cantik sangat masjid ni. may be sebab dah lama kot. cat dah ada yang tanggal2 dah.

Pi pasar malam untuk beli makan malam. nanti dah malam maleh dah nak kuar. saya makan bubur nasik. orang sana panggil nasik air. org utara panggil moi sup. sama je semua tu. rasa pun sama. Lepas berborak2 sambil menjeling2 TV. tido la.


Esoknya aktiviti utamanya adalah bersoping2. macam biasa tujuannya adalah kat pasar payang. kata nak carik kain sutera batik kan. mak oii.. syiok nya soping kat sana. murah dan banyak pilihan. kalau saya duk ganu maunya tetiap ari saya pakai baju batik sutera. tak yah tunggu ari khamis.

Cantik kan korang. rasa nak beli semua je. bila aa nak kaya ni..


Balik Pasar payang terus berkejar2an ke umah mak mertua linda. ada majlis menyambut menantu. tantik linda. berseri2.

Termenyibuk di dalam gambar linda n berry ngan opismate diorang. tak per. saya memang suka menyibuk2 ni. haha.. anyway selamat pengantin baru linda. semoga bahagia hingga ke syurga.

Beraya Dalam Ujan

Sebelum balik lepas jenguk mak kat hospital semalam mak pesan suh masak apa2 yang patut untuk raya 8hb tu. adeh ni yang maleh ni. mak tak der saya kena jadik 'mak pengantin' untuk buat semua persiapan untuk masak2 untuk hari raya.

Esok 7hb pagi2 dah bangun. ayah suh ikut dia pi kedai nak beli barang2 kelengkapan raya. adik nak buat soto ngan rendang n lemang. so pi aa kedai beli bahan2nya. lepas beli balik terus mula masak. ujan jangan cakap aa. tak benti2 dari saya jejak kaki ke jerantut 6hb tu. macam biasa aa. namanya musim tengkujuh kan.

Sebagai mak pengantin saya telah mengatur kerja2 kepada adik2 ku. adik ke? haha.. sorang je. sorang lagi tengah2 wat keje yang tak seberapa tu tepon umah bunyi. dari jauh dah dia jerit "Yeye..Mak dah boleh kuar..!!" padahal tepon tak angkat pun lagi. cam tau2 je. lepas tu dia terus siap2 mandi pastu kul 10.00 pg terus cabut pi hospital ambek mak sebab dr dah kasi mak kuar dari hospital.

w/pun hospital just 1/2 jam je tapi kul 3.00 ptg baru adik saya sampai umah ngan mak. nampak gayanya persiapan masakan raya tahun ni air tangan saya aa semua. hehe.. persiapan raya ke? atas kuali lagi masing2 dah mula cedok dalam pinggan.

Pagi raya konon2 pas subuh nak tido balik aa. tapi tetiba jadik 'mak pengantin' balik. sampai org dah balik solat raya saya tak mandi pun lagi. asal nak mandi je ada je keje nak kena buat. lagi satu kan ujan. sejuk woo nak mandi.


Pastu mandi pakai baju raya mak terus ajak pi umah mak cik kat jengka. dalam ujan kitaorg berempat gerak ke jengka. ayah tak ikut coz dia bz menyembelih korban.


Inilah wajah anak2 sedara sepupu saya. ada 13 orang semunya. rasa cam nak runtuh umah opahnya diorang buat. saya ni cepat pening kalau tengok bebudak reramai ni. mula aa nak balik je rasa. hehe.. dalam kul 12.30 tghari kitaorg gerak balik.

Masuk Hospital Lagi

Mula 4 Disember mak kena tahan kat hospital lagi. dia punya luka pembedahan bernanah. kata doktor ada jangkitan kuman. mak macam biasa tak nak kasitau sebab dia tau saya memang nak balik 6hb tu. kalau tak sure saya kelam kabut nak balik awall hehe..lepas kenduri iryd saya pecut ke hospital jerantut.


Mak oii jem nya tuhan je yang tau. jadiknya tak bleh aa nak pecut2 kan. slow je. nasib baik tak ngantuk. saya mula aa buat keja mengarut2. makan la. ambek gambar sendiri la. lap2 keta sket. sib baik jem dia tak berenti terus. jalan tapi sangat slow. penat kaki ni main cluth ngan gear.

Dah aa janji ngan ayah kul 5.00 ptg tapi kul 5.00 ptg saya tak sampai genting sempah pun lagi. kete semua jalan cam siput je. yang peliknya lepas genting sempah terus lancar. tah apa yang buat jadik jem saya pun tak tau. sampai simpang jantut tepat2 kul 6.30 ptg. singgah sat solat kat masjid jantut pastu terus pecut ke hospital.

Mak dah makin sihat. dah tak der rasa nak demam. dia nak mintak balik gak 7hb tu sebab 8hb kan raya haji. sedihnya kalau kena raya kat hospital kan. lepas beramas mesra ngan mak dalam kul 8.30 mlm saya balik.