Thursday, May 10

Nora's Baby

Semalam petang nora msg kasitau dia dah kuar hospital. so bleh la lawat dia n anaknya kat umah dia. nora bersalin kat hkl. jauh no nak lawat dia kat sana. so tunggu dia kuar hospital je la baru lawat. pas dapat msg tu terus decide nak gi lawat. kang lambat2 langsung tak lawat le jawabnya. lepas keje je terus le ke rumah dia. nasib baik saya la dah penah gi umah dia. so takder aa melilau carik umahnya.



Baby2.. cute kan. tengok dari tepi macam qisha masa baby dulu plak huhu.. nora kata nama belum register. so w/pun saya dah tau namanya tak mau aa reveal dulu. kasi aa mak bapak dia umumkan sendiri. lagipun kot2 kang ada perubahan plak kan. so kita tunggu je la pengumuman rasmi dari ibu ayah baby ni.



Saya suka kaki dia. tecik n lembut je. pastu jari2 kaki dia panjang2. tu nanti beso mesti kaki panjang huhu.. untuk nora selamat berpantang. jaga diri lok2. untuk baby semoga jadik anak yang baik dan membanggakan ibu dan ayahnya amin..


p/s : bos nora datang lawat dia kat spital.. suprise tak? hahaha..



Wednesday, May 2

Doktor Umum

2 minggu lepas masa baca paper ternampak iklan pasal pre order untuk buku doktor umum memoir tun dr mahathir ni. ini buku yang sama dengan doktor in the house tu tapi dah diterjemah ke bahasa melayu. dah lama teringin nak baca buku doctor in the house tu tapi sebab dalam BI terus jadik maleh huhu..

So bila nampak iklan yang buku ni dah diterjemah ke BM cepat2 gi kat pc then bukak website mphonline. nasib baik saya memang ada akaun kat mphonline so tak yah nak register2 semua lagi. klik2 je terus bayar. kalau beli online masa pre order dapat 15% diskaun kalau tak silap. so agak murah la dari harga asal. dia cakap buku akan mula dapat lepas 30hb 4. 30hb saya cuti so tadi naik opis nampak buku tu kat meja. gembira2.

Best tak? belum abeh baca la. baru baca sampai muka surat 6. setakat ni menarik la. nanti dah abeh kita review ek. tu pun kalo rajin n dapat abehkan la hahaha.. yelah dekat 1000 muka surat tu. bukan novel plak tu. kalau novel 500 m/s 1 malam bleh abehkan. ni ilmiah ni. risau tak terabeh je huhu.. tah bila bleh abehkan hehe.. harap2 bleh la abehkan nanti. oklah nak mula membaca daaa..