Tuesday, April 26

Status

1. Mau tido. tapi terkenangkan blog belum apdet so apdet dulu. tapi nak apdet apa tah huhu..

2. Malam ni tido putrajaya. baru semalam dapat tido kat bilik sendiri sejak 6 hari lepas. lepas ni tengah mei plak baru jenguk katil. rindu nya mau santai2 sambil baca novel n men games..

3. Akan ada di putrajaya sampai sabtu kot sebab ikut jadual jumaat ptg ada perbincangan lagi. dah aa korum mesyuarat tak ramai. kalau tak, bleh ngular sekali sekala huhu..

4. 3 minggu lepas dapat adiah dari seorang blogger. dapat adiah baju tapi jangan kata pakai. keluar dari sampul pun belum. bznya saya.. ;p

5. Tekak rasa mau minum coconut shake lagi. fiza jom g Rasa lagi huhu..

6. Menunggu ganjaran yang tak masuk2. cepat la masuk. mau beli kamera ni ;p

7. Berat dah naik lagi sekilo. alamak! kena diet ni ;p

Cukup la kot. mata dah kena tongkat ngan mancis dah ni. giler ngantuk + penat. esok2 sambung lagi lah. tata..




Monday, April 18

Tak Lekat

Ye saya bz. harap maklum. minggu lepas seminggu kat behrang kursus. sonok gak kadang2 lari dari opis tu. w/pun bercinta mengira anak2 tangga instun wa pasrah sebab dapat lari dari opis sekali sekala huhu.. gi behrang best. kursus mula 8.30 pagi. 4.30 ptg settle. malam bleh bersenang2 sambil tgk dairi af hehe.. kursus kali ni plak banyak time free. itu yang sampai terlajak ke bidor kami pergi mencari durian. semerbak bau durian 1 bilik. sampai baju2 semua bau durian tak ilang huhu..

Arini tadi masuk opis. tapi meeting pagi petang. meeting pagi ok lagi. meeting petang kepala dah tepu. dengan dengar org menjerit2 'mempertahankan hak' masing2 lagi jem otak. bak kata teman sebelah kita dengar je la. tapi kalau nak buat tak dengar pun bleh huhu..

Esok akan berkelana lagi sampai jumaat. ada 2 kerja yang nak dibuat. menghadiri meeting n lawatan kerja. esok kembali meninggalkan tilam empuk ku ini. tapi kalau dah selalu sangat keluar ni bila agak2 nya nak buat keje di opis huhu.. badan pun penat sebab teroleng2 dalam kete. dengar2 minggu depan pun perlu keluar lagi. minggu depan satu lagi dah tentu. wah ni belum pegi dah penat ni huhu..




Friday, April 1

Diet & Pemakanan

Sejak kak pnut rajin citer pasal diet ni saya pun telah bermotivasi. tapi bukan untuk diet la. mesti org kata ek ele.. dah kuruih pun nak diet hehe.. bukan diet. tak baper sesuai perkataan tu dengan saya. ini jaga pemakanan namanya. sekarang dah rajin kaji apa saya makan tiap2 ari. yelah dah makin berumur ni metabolisma makin rendah. makan sikit pun berat bleh naik dengan cepat. pastu nak turun payah plak tu.

Sekarang pun rajin naik turun tangga. nak naik opis naik tangga. balik pun turun tangga. lift tu dah macam tak wujud je. yelah w/pun tingkat 3 je at least gerak aa sket anggota badan ni kan. laju sket jantung berdegup. kalau tak duk terperuk je dalam opis depan pc. pergi balik naik lift. kaki gerak 9 10 langkah ke lift pastu 9 10 langkah lagi ke kete. tak sihat betoi :) ikut yang saya baca kita patutnya berjalanan 1000 langkah sehari tau. so macam mana?

Kat blog kak pnut dia ada citer pasal atkins diet. sebenarnya saya dah lama baca pasal atkins diet tu. tapi tak penah terpikir nak praktik pun. saya mula kenal atkins diet dalam dalam salah satu novel tulisan hlovate. tapi masa tu saya tau atkins diet tu adalah sebuah skate. ye skate board tu. pelik kan. saya pun tak paham macam mana si atkins tu apply diet ngan skate. nanti la bebila kalau rajin saya carik info tu.

Dari pembaca saya (sebelum baca kat blog kat pnut) atkins diet tu adalah diet protien. tiap2 hari makan protien dengan banyak. protien tu lauk la kan. termasuk la susu, soya, kekacang n macam lagi la. atkins diet tu syor kan kita makan banyak protien. eh pada saya makan lauk lagi sedap. ayam goreng, ikan bakar, giler tak sedap. tapi dah namanya kita perut melayu kan. nasik harus makan. bleh aa makan kaborhidrat tapi sket la. tu la atkins yang saya baca. sekarang kak pnut dah compile kan apa itu atkins diet. ada kat blog dia. sapa2 nak cuba bleh aa pegi blog dia n study. dia siap kasi contoh lagi. ada kiraan. apa bleh n tak bleh makan. senang nak paham. pada saya untuk org kuat makan atkins diet ni sesuai la. makan protien je. lain2 jangan makan lelagi karbohidrat.

Aritu saya timbang dari saya demam aritu dah naik 4 kilo. kejap je. saya sihat dari demam 10 syawal. arini baru 27 rabiulakhir. 6 bulan berat dah naik balik. w/pun 4 kilo tapi naik la tu. dia kalau dah naik tak der harapan nak turun nya. kecuali kalau jaga makan. selalu bersenam. sikit2 pun oklah tu. janji badan gerak. jangan duduk n baring je. cam org sakit payah bak kata mak saya.

Jangan aa makan lewat2 malam. makan sebelum pukul 7 malam. lagi2 untuk yang tido awal tu. ini makan2 je terus tido pastu gaduh gemuk iskk.. iskk.. balik keje tu makan la. beli kalau maleh or masak. pas masak mandi semua terus makan je. ingat kawan2 kita ni makin berumur. makin berumur metabolisme makin rendah. makan kena jaga. bersenam pun perlu. gerak2 or lompat2 sket kasi badan bergerak. tau je lah kalau dah berumur ni penyakit senang no nak singgah. tak banyak sikit. so jagalah pemakanan dan kesihatan anda huhu.. mungkin ini la masanya untuk kita praktik kan pembelajaran matematik time sekolah dulu dengan buat kiraan untuk zat makanan. jangan gelak ini serius! ;p





p/s : dah tukar jadik pakar pemakanan plak arini ;p