Tuesday, May 27

Perkahwinan Sekufu

Sedang melepak2 sambil tunggu pengantin bersanding. tiba2 terkeluar cerita berkenaan perkahwinan sekufu. seorang teman menyatakan teman lelakinya sekarang hanya ada SPM sedangkan dia ada ijazah. saya katakan padanya saya harap jodoh saya sekurang2nya sama taraf pendidikannya dengan saya. tapi kalau sudah ditakdirkan jodoh saya terima. saya takut lambat laun perkara itu diungkit. lelaki tinggi egonya. kalau pun tidak dia memperkatakannya mungkin keluarga atau saudara mara ataupun teman2 rapatnya memperkatakannya. lambat laun akan keluar juga dari mulut empunya diri selepas diasak2.

ditanya pendapat saya tentang keadaannya itu. saya katakannya saya hanya boleh beri pendapat. pendapat saya semuanya terpulang pada empunya badan. kalau dia rasa dia boleh terima keadaan tersebut dan sanggup menghadapinya elok juga diteruskan. apa yang dia buat sudah terang2 berisiko. jika sanggup menghadapinya boleh diteruskan. yang nak hidup bersama adalah dia. pendapat orang lain hanya boleh dijadikan panduan.

tiba2 seorang teman menyampuk,

"sekufu bukan hanya pada harta tau, taraf pendidikan pun kira kufu juga" saya angguk mengiyakan.

****************
Sekufu didefinisikan oleh para ulama sebagai `al musawah wal muqarab' atau yang bermaksud persamaan atau hampir. yang dimaksudkan dengan persamaan atau hampir ini lebih ditekankan dalam Islam kepada pihak perempuan.

Sekufu bukan sahaja dilihat pada harta benda atau taraf pendidikan sahaja, malah ia boleh dilihat dari segi agama, iffah, keturunan, ketaqwaan kepada Allah s.w.t, akhlak dll.

Perkahwinan kufu' ialah perkahwinan di antara suami dan isteri yang mempunyai persamaan dari segi keadaan hidup. Ianya satu aliran hukum dalam perundangan Islam iaitu aliran al-Syafiyyah, memandang perbezaan taraf hidup sama ada dari segi kekayaan, ilmu, akhlak dan lain-lain mempunyai pengaruh dalam menentukan kehidupan rumahtangga, kerana realiti kehidupan seperti ini tidak boleh diperkecilkan.

Monday, May 26

Di Sebuah Pulau - Episod 1

Akan di updated di masa hadapan. tungguuuuuuuu..

Selamat Pengantin Baru IRA

Firman Allah S.W.T:

Maksudnya : Dan antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat bahawa Dia menciptakan untuk kamu ( wahai kaum lelaki ) isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya. Dan menjadikan antara kamu ( suami isteri ) perasaan kasih sayang dan belas kasihan.(Surah ar-Rum: Ayat 21)


Selamat pengantin baru untuk housemateku cik Muhaira dan pasangannya en. Khairul. semoga mahligai yang dibina kekal hingga ke syurga.

**khairul jaga ira baik2

Firman Alllah S.W.T
Maksudnya: …Dan bergaul mesra dengan mereka (isteri) secara baik. Jika kamu bencikan mereka (janganlah kamu terburu-buru menceraikan) kerana kemungkinan kamu bencikan sesuatu sedangkan Allah menyediakannya dengan kebaikan. (Surah an-Nisak : Ayat 19)

**ira jadiklah isteri yang taatkan suami

Firman Allah S.W.T
Maksudnya : ….Perempuan–perempuan solehah ialah taat dan memelihara kehormatan diri ketika suami dengan perlindungan Allah. (Surah an-Nisak : Ayat 34)

TAHNIAH STACY!

Tahniah!

Tahniah!

Tahniah!

Walaupun saya nak Riz menang tapi bila tengok persembahan konsert akhir stacy memang patut menang.

you go girl!

a star was born!

Friday, May 16

Selamat Hari Guru

Selamat Hari Guru untuk semua guru-guru di Malaysia terutama guru2 yang mengajar saya dari tahun 1985 hingga tamat belajar tahun 2004. sangat ramai cikgu2 yang mengajar saya antara yang saya ingat,

sekolah rendah :
cikgu norizan (guru kelas darjah 1), cikgu faridah, cikgu tiong giong hock (guru kelas darjah 3), cikgu salahudin, cikgu badrul, cikgu norlaila

sekolah menengah :
SMKT
cikgu zarina, cikgu normala, cikgu norhisyam, cikgu ameer hamzah, ustaz zainudin, cikgu maiden, pn. norsiah, cikgu haryati, cikgu suraya

SMPP
cikgu wan hasbi laily, cikgu rohayar, cikgu zainab, cikgu sirajudin, ustazah umi kalsom, cikgu heidzer, cikgu zainuren, cikgu rohani, cikgu knee, cikgu zahari

IPT
diploma
pn. azina, en. azlan, ayah syed, dr. mansor, dr. nazri

degree
en. man, cik ina, cik ruby, cik khaty, en. razani, dr. asiah, dr. ismail, en. halim

sangat kagum dengan seorang guru. dari seorang kanak2 yang tak tau apa2 bleh menjadi macam2 orang yang mengkagumkan serta membanggakan ibu bapa serta negara.

TERIMA KASIH CIKGU UNTUK SEGALANYA.

TERIMA KASIH MENGAJAR SAYA MENJADI SEORANG MANUSIA YANG AGAK BERGUNA..huhu..

MATF - Sedia Berangkat

Semalam pi tukaq duit kat pengurup wang. maklum lah nak pi bercuti ahad ni. hehe..duit apa? mana bleh tunjuk lagi. nanti korang tau la saya nak pi mana kan (w/pun satu dah opis tau ni still tak nak cakap gak kat sini). nanti balik saya kasitau la. kan dah janji nak kasitau pas balik bercuti aritu.

Fikiran dah bercuti dah ni. nak keje pun maleh dah ni. kaki dah gatai2 nak jalan ni. tapi terkilah gak wawa tak dapat join kitaorg. baru nak bersuka ria beramai2 tapi tak der rezeki. kita rancang time lain pulak ek wa. pas ko sihat. :) get well soon!

Wednesday, May 14

AKTIVITI REGULAR SAYA SEBELUM PI BREAKFAST PADA HARI BERKERJA

Lama dah tak menulih kat sini. menjenguk sangat selalu. bleh katakan tetiap ari jenguk. lawat blog kawan2 dari blog saya ni senang. tak yah nak carik2 add blog kawan2. saya ni ketagih internet la rasanya. tapi yang pelik kalau ari keje je. kalau ari tak keje tak teringat pun. w/pun cuti sampai seminggu. tak der plak kisah nak jenguk2.

Pertama bila sampai opis bukak pc. first sekali mesti tengok email jabatan coz email jabatan yang terbukak dulu coz setting. sambil2 tu bukak email personal. email yahoo yang paling glamer tu. sangat sayang dengan email tu. pastu mula lah menjelajah ke web2 wajib. mula2 pi jenguk2 paper online utusan, berita harian n kosmo. harian metro selalu saya masuk tengahari sket coz harian metro lambat sket updated. kalau bukak pagi2 sure berita semalam lagi yang kuar. sambil2 baca berita tu bukak sekali friendster.

pastu baru jelajah blog kawan2. ada aa beberapa blog regular spt. faisal, mrmanager, azzam, dieda, izman n etc tu memang tetiap pagi saya lawat. pastu baru bukak web2 hiburan spt. cari.com, jomstar, murai.com, gua.com n etc. settle baru pi breakfast kecuali ada keje urgent pagi tu. kira memang aktiviti wajib saya sebelum breakfast.

Friday, May 9

Jambatan cinta

"Bertemu di jambatan Nil adalah peluang bagi pasangan-pasangan bercinta Mesir yang belum cukup wang untuk berkahwin berada jauh daripada seliaan keluarga.

SEBAGAI kawasan tumpuan utama berdekatan bandar Kaherah, Mesir, jambatan Qasr el-Nil yang mengalir di bawahnya ialah sungai yang terkenal, Nil menjadi satu kawasan yang amat menarik untuk dikunjungi sebelum senja.

Dalam cuaca panas nyaman malam, jambatan itu adalah tempat untuk pasangan-pasangan bercinta di ibu kota sebuah negara Arab, di mana kemiskinan, kepadatan dan budaya konservatif sudah lama berakar di situ."
*sumber : Kosmo online

***********
Salah satu jambatan cinta di Putrajaya

Citer pasai jambatan cinta ni saya teringat kat tempat saya sekarang yang terdapat sangat banyak jambatan. sama seperti Mesir jambatan di Putrajaya ini juga terkenal sebagai tempat dating. lagi2 malam minggu. sangat ramai pasangan2 bercinta cintun melepak di boleh dikatakan kesemua jambatan2 cantik di sekeliling putrajaya ini.