Saturday, March 31

Earth Hour 2012

Saya sedang sokong earth hour 2012 ni. tepat pukul 8.30 malam tadi semua lampu tutup. laptop pun pakai bateri je ni. ada setengah jam lagi kempen ni berlangsung. tiap2 tahun saya sokong aktiviti ni. tahun lepas saya sambut kat kampung. mak ngan ayah terpaksa la sokong gak sebab anak2 gigih menyokong. sonok gak duduk dalam gelap sekali sekala huhu..

Tahun ni sambut kat umah baru. kata baru pindah kan. on laptop sambil dengar JoHaRa akustik era. layan lagu2 akustik sempena sokong earth hour gak la ni. tapi yang tak bestnya nyamuk plak menghurung saya ni. sibuk la nyamuk ni. orang nak sambut earth hour dia sibuk carik mangsa plak. mesti dia teruja tengok cahaya kat laptop saya ni. sibuk semua terbang hurung kat sini. yang jadik mangsa saya le. abeh dah kaki tangan gatal2 ni. oklah nak carik minyak mau sapu kaki tangan. selamat menyokong earth hour bagi yang tutup lampu!




Monday, March 26

Selamat Siang Putrajaya

Assalamulaikum..

Pekabo semua.. (hala mic kat odien sambil tangan kiri kat telinga) hahaha.. lama kan tak apdet blog. saya bz le. dedulu duk kat hq takder aa bz. la ni dah bz plak. baru nak gembira2 duk hq tak bz cam dedulu tapi hampeh hehehe.. arini dedua bos takder. cuti. so agak senggang sket la. keje dah buat tapi bos takder tangguh esok la nak bawak ngadap bos huhu..

Citer pun takder apa. citer semua 'manis2' je. yang masam2 kelat semua belum ada lagi. seperti yang semua tau sekarang tengah kecoh isu penyelarasan gaji bagi penjawat awam. so tiap2 ari ada je sorang dua menimbulkan isu. pastu kang ada yang lain tambah2 nasik plak. so macam2 versi la saya dengar. sebab maleh nak masuk campur kita tunggu je la gaji masuk kang. kalau ada alhamdulilah. takder kalu redho je la hahaha..

Saya sebenarnya lebih teruja tunggu claim pindah yang tak masuk2 ni. macam2 plan nak buat ngan duit yang ciput tu. itulah org kata, duitnya belum dapat tapi sebenarnya dah abeh dah hahaha.. tah2 kang dapat saya simpan je. saya kan kudukut. semua plan nak beli semua pun tak jadik bila duit dah ada kat tangan. last2 'peram' je dalam ASB.

Saya dah 2 minggu tak baper sihat. udara kat putrajaya ni tak nak bekerjasama ngan saya dah kot. minggu first syabas sihat walafiat. masuk minggu kedua mata mula pedih2. dah sudah. nak sakit mata lah tu. setahun lebih saya kat pahang mata clear je. tak penah sakit mata pun. duk masuk putrajaya balik dan2 dia mai semula. akhir minggu kedua dia keluar nanah bagai kat mata. takut aih.

Mata baru nak baik manja2 dia buat bengkak tonsil plak. tau dah kalau bengkak tonsil samada nak demam or nak batuk. n yes hencek batuk datang menyerang. batuk sampai sakit2 dada. sampai arini tak baik2 ni. masalahnya nak jumpa doktor maleh. so tanggung je la. anggap je la penyakit ni menghapuskan dosa ;p


Wednesday, March 14

Hari Terakhir Kat Kuantan

Dah masuk minggu kedua di putrajaya. dah masuk seminggu saya kerja kat opis baru yang lama huhu.. tak sempat2 nak nulih sebab sekarang sibuk main game je. bukak je laptop men games. kat opis plak ada keje nak buat. so blog agak terabai la. arini baru terbukak ati nak menulih semula. tapi nak tulis apa pun tak tau haha..

Oklah citer pasal saya pindah la. saya last kat umah kuantan 3hb 3 aritu. bangun pagi hujan turun mencurah2 bagai menangisi pemergian saya huhu.. ayat buku sangat ;p sebab saya baik sket aritu lepas subuh saya tak tido dah padahal.. haha.. bukan sebab saya baik. saya tak tido sebab saya kemas barang. mula angkat2 barang ke bawah semua. sapu2 bilik. clearkan semua. dalam pukul 9 baru ujan mula benti. so mula angkat barang masuk kete.

Lepas settle2 semua housemate ajak breakfast. breakfast kali terakhir sama2 katanya. so ke TAJ kami makan. nak makan nasik kerabu kemira tapi tak tau kat mana. paling best lepas order roti canai nampak plak gerai kemira. perut penuh pun ambek gak nasik kerabu. makan kali terakhir kononnya. pas makan balik umah salam2 housemate saya gerak le ke kampung dengan kereta yang berat huhu..


Tapi petang sebelum tu bebudak opis raikan saya dengan sikit jamuan. makan nasik tomato kot. tak tau la. saya mana kenal nasik2 ni. nasik lemak je saya tau. banyak sangat nama nasik tapi saya tengok sama je. so kita anggap je la nasik tomato huhu.. tapi saya beli kek untuk jamu semua. sajer la buat kali terakhir. tu pun terkejar2 membelinya. sib baik semua sempat makan :)


Dekat pukul 6 baru gerak dari opis. kali terakhirkan. sajer le lepak2 lama sket kat opis. menikmati bilik yang super sejuk tu. nyaris takder salji je huhu..dah turun dah punch kad kali terakhir tetiba amril panggil suh ambek gambo. so mari kita berlakon2 sambil ambek gambo dekat mesin punch kad haha..

Alamak tak reti nak buat penutup. oklah sekian terima kasih hahaha..