Thursday, May 27

APC

Alhamdulilah bak kata shahir tahun ni rezeki saya. setelah nak masuk 4 tahun berkerja rezeki itu sampai. terima kasih pada yang terlibat. nak cakap banyak2 pun tak reti. kang kasi ucapan cam menang anugerah AIM kang cam tak kena plak kan huhu..

Gambar pakai tepon cap ayam. tak baper nak nampak. tapi layan je la.

Kami bertiga cyn adie ngan saya. cyn cakap kitaorg kena ambek gambar sebab pasni tah ada rezeki lagi nak dapat ke tak huhu..




p/s : untuk ju tahniah! tak sangka kita 'cemerlang' bersama2 hihihi..

Wednesday, May 26

Sebis Kete

Pagi tadi pi sebis kete kat perodua. first time bawak kete baru pi perodua bangi. masa first sebis aritu bantai kat putrajaya punya je sebab maleh nak pi jauh2. sekarang ni rajin pi jauh sebab rasa sebis kat putrajaya agak mahai. sampai parking kete, ambek buku sebis then masuk. saya tunjukkan buku sebis saya kat budak kat konter tu then..

budak perodua : kete baru ke kak?

saya : tak der aa baru sangat (dalam hati duk pikir cam ner aa ngan tengok buku sebis je mamat ni bleh tau kete saya kete baru)

budak perodua : kete lama mana kak?

saya : ada.. eh kenal ke?

budak perodua : kenal la. akak kan selalu datang sini..

Hahaha.. sakit perut saya gelak. ingatkan budak tu ada power ke apa bleh tau dari tgk buku je kete customer baru ke lama. rupanya dia cam saya. sebelum ni dalam 3 tahun gak saya ulang alik ke situ sebab sebis kete adik. tak sangka budak tu kenal saya. terharu akak dik huhu..

Friday, May 21

Anak Kama

Pagi khamis kul 4.30 pagi strata dapat sorang lagi baby baru. anak pada pn KPP kami pn kama. lahir kat hospital putrajaya. baby girl berat masa lahir 3.8kg. lahir normal. gigih betoi ibu dia kan. hehe.. so rehat ari khamis tu kami warga strata berbondong2 pi jenguk baby baru kat hospital.

Jangan tertipu ngan selimut baby tu. baby tu girl yer hehehe..

Dalam dukungan aunty cyn. cute kan. saya tgk cam muka ayah dia. tapi ada yang kata cam muka ibu dia. mana2 pun sama. dah memang anak ibu ngan ayah dia kan haruslah muka ibu ngan ayah dia huhu..

Jacob's Walk of Life


Borak2 ngan wawa. dia ajak saya gi Jacob's Walk of Life ni. tahun lepas wawa dah gi ngan kemal. tahun ni dia nak ajak kawan2 dia plak. saya ok je kalau ada geng. kalau sorang2 maleh jugak. jalan je pun kan. bleh tgk keindahan hutan frim tu. saya cakap ngan wawa kalau dia pregnant pun bleh join jugak coz jalan je. tak tau aa plak kalau kemal tak kasi kan or dia punya morning sickness teruk tu payah aa sket huhu..

Aritu ina, wawa ngan y pi redah hutan frim langsung tak ajak saya. saya penah aa gi sana tapi masa tu pi interview. gigih naik komuter ni gi sana. turun stesen mana tah lupa pastu naik teksi masuk dalam. sib baik tak dapat. kalau dapat pueh plak pikir mau gi keje cam ner kan. tak sangka plak frim tu betoi2 utan huhu..

Bukak sini ada maklumat2 tentang aktiviti ni. sapa2 mau join jugak dialu2 kan

Tarikh : 25 July 2010 (Ahad)
Tempat : FRIM, Kepong
Masa : registration dari kul 6.00 am - 7.30 am

Jom aa korang. kot2 bleh jumpa fafau ngan FBI ke kan. diorg kan duta jacob ni huhu..

Thursday, May 20

Surat Itu..

Surat jemputan untuk ari selasa ni dah sampai. mata meliar je baca. yang tak bestnya tulis ada lampiran tapi dapat kertas sehelai je. mana plak cicir nya lampiran surat ni? tak per aa maleh mau pikir. org suh pegi kan. kita pegi je la. untung2 dapat makan free hehehe.. tapi selasa ni 25hb dah gaji. apa barang makan free kan hahaha.. berlagak giler. berlagak hari pertama gaji je. masuk ari kedua muka kusut masai balik huhu..

Minggu depan keje 4 hari je. isnin pi melaka. selasa ada majlis makan2 free. rabu pi sebis kete. so khamis je la keje sungguh2 sebab jumaat cuti wesak. jumaat bleh balik kampung. dah 3 minggu tak balik ni. cam org benggong je duk umah sabtu ahad kat sini tanpa buat apa2. balik kampung bleh gak carik gaduh ngan ain huhu..

Tuesday, May 18

Selamat Hari Guru

Saya tak ucap selamat hari guru pun tahun ni kan. bukan. bukan tak kenang jasa cikgu tapi bila tgk org dah ramai ucap hari guru kat blog2 diorg saya jadik maleh plak nak memblog pasal hari guru ni. kira saya tumpang ucapan korang2 je lah bleh gitu? hehe..

Terlalu ramai guru yang perlu saya ucapkan terima kasih. kang tak muat plak nak tulih kat sini. tapi masing2 pun ada cikgu favourite masa sekolah kan. eh tapi tak bermakna nama cikgu2 yang saya tak tulih tu tak faberet. semua cikgu pun faberet saya tapi nak tulis semua tak mampu rasanya. kang lastnya saya just buat ucapan umum. ye akhir nanti saya buat ucapan umum yer :)

Saya mula kenal alam sekolah masa umur 6 tahun. sekolah tadika kat felda saya. tadika apa eh nama dia? lupa plak. nanti saya pusing2 kampung saya tgk balik nama tadika tu. tadika tu wujud lagi tau sampai arini. bangunan, pagar, padang, buaian, pokok dan kedudukan masih sama. masa tadika kitaorg di bahagikan 2 kelas. baper org semua saya lupa sama dengan kelupaan saya pada nama cikgu yang ajar saya masa kat tadika. maaf cikgu saya lupa nama cikgu. kang balik kg saya tanya mak saya nama cikgu tu eh :)

Pastu saya masuk sekolah rendah kat SKSR sampai darjah 6. sekolah depan umah je. 5 tahun di kelas kenanga masuk darjah 6 saya masuk kelas anggerik. konon2 kelas bebudak pandai la. tapi bila masuk kelas tu terus jadik kurang pandai hahaha.. nama cikgu2 yang saya ingat apa yer.. cikgu norizan (guru kelas darjah 1), cikgu normala (guru kelas darjah 5 kot), teacher wendy (cikgu BI darjah 5 kot), sir tiong giong hock (guru kelas darjah 3), cikgu hawari (guru kelas darjah 4), cikgu faridah (guru kelas darjah 2), cikgu badrul (cikgu muzik), cikgu salahudin (guru kelas darjah 6). tu je otak ni bleh ingat.

Petang masa sekolah rendah saya sekolah agama. sekolah agama jauh sket dari umah. so kalau ayah tak antar mak antar. kalau tak jalan kaki huhu.. ala bebudak balik jalan kaki pedehal. selamba je. yang ni saya ingat kot sebab ustaz2 ngan ustazah2 nyer majoriti org2 felda saya je. ustaz zakaria, ustaz hakim, ustaz hamis, allahyarham ustazah ramlah (alfatihah), ustaz misran, allahyarham ustaz mat (alfatihah). lagi sapa eh? lupo sudeh :)

Masuk sekolah menengah. form 1 - 3 saya sekolah kat SMKT. duk asrama. gatai mau duk asrama lah konon pastu baru tingkatan 2 dah tak tahan. nak tuko.. nak tuko.. huhu.. mak pujuk abehkan PMR then bleh tuko. so saya sabo aa 3 tahun kat situ. cikgu yang saya ingat cikgu zarina (cikgu sains form 1-3), cikgu normala (guru kelas form 1), ustaz zainuddin, cikgu maiden (cik math), puan norsiah (cikgu BM) err.. adeh2.. ada yang terbayang2 kat otak tapi nama tak ingat plak.

Lepas PMR terus gedik2 nak tuko sekolah. so ayah tukokan kat SMPP. so form 4 & 5 saya kat SMPP sampai SPM. dalam 10 minit dari umah saya. pi naik bas. 10 minit tu perjalanan. tapi sebab naik bas dia pusing 1 kampung kul 6.45 am dah kena kuar aa tunggu bas. cikgu yang saya ingat cikgu sirajuddin (cikgu sejarah), cikgu rohani (cikgu math), cikgu zahari (cikgu BM), cikgu Knee (cikgu sastera), cikgu rohayah (cikgu ERT cum guru kelas form 5), ustazah umi kalthom, cikgu heidzer (cikgu sains), cikgu zainab (cikgu BM), cikgu zainuren (pengetua cum cikgu math), cikgu wan hasby laili (guru kelas form 4 cum cikgu BI), cikgu rohani (cikgu BM & sastera), cikgu najib (cikgu seni). hehe.. banyak kan ingat. sebab ni paling latest. sebab tu banyak yang ingat.

Pas SPM saya masuk UTM buat intergrasi PBW tapi kandas takat diploma je hehe.. at least wa ada diploma kan. lecturer2 yang saya ingat sapa eh? En. Azlan (PA saya), pn azina (lect studio A sem 1 thn 1), dr mansur (RT masjid tanah), ayah syed (lect urban design), en. md don, ayak.. lupa maa.. sebab saya tak baper rapat sangat ngan lect masa dip. sama gak ngan masa sekolah rupa terbayang2 tapi nama lupa :(

2002 saya masuk UTM balik. sambung degree plak. kali ni antara student2 tua lah kat course tu. yelah org dah lama abeh belajo saya baru nak sambung huhu.. ada plak junior saya yang dah jadik senior saya dalam course tu. kelako plak rasa hehe.. oklah antara guru2 saya kat sini orang first haruslah my PA en. kamaruzzaman, eh lupa nak kasitau PA tu penasihat akademik tau. bukan personal assistant huhu.. pastu allahyarham dr asiah (al-fatihah), cik ruby, pn salfarina, en halim, cik kathy, en razani, pn maimunah, dr ismail omar, PM megat, prof rusdi, prof dato' dr nik mohd zain, err.. tu je ingat. hehe..

Kepada semua guru2 yang telah membentuk saya jadik insan seperti sekarang terima kasih banyak2 saya ucapkan. budi kalian memang tak kan dapat saya balas. terima kasih sebab didik saya dari manusia yang tak tau apa2 sehingga sekarang. terima kasih banyak2 :) tak lupa gak ucapan terima kasih pada guru2 yang secara tak langsung mendidik saya selain ilmu akademik terutama pada mak ngan ayah saya. juga pada cikgu memandu saya abg err.. lupa nama. terima kasih. w/pun 3 kali ambek exam baru lulus jasa abg tetap saya kenang sebab sanggup sabar ajar saya sampai 3 kali hahaha..


BUAT SEMUA GURU2 SELAMAT HARI GURU.
SEMOGA SEMAKIN TABAH MENDIDIK ANAK BANGSA!

Monday, May 17

Hujung Minggu

Weekend ari tu penuh. suka2. ada aa gerak2 badan sket kan. ni duk melepek je depan tv or pc. tak sihat langsung! patut la gemuk hehe.. ari sabtu sehari suntuk melepak ngan qisya kat umah dia kat puchong. lama tak lawat qisya. sambil tu borak2 ngan mummy dia. qisya dah beso! badan ngan kepala dah keras. dah 3 bulan kan. tapi still kecik lagi. ikut mummy dia kot. kecik je hehe..

Qisya rambut tegak. hehe.. pelik gak cam ner rambut dia bleh jadik trojan cam tu. selalu rambut kalau panjang makin jatuh kan. ni makin tegak plak huhu..

Duk sehari suntuk kat puchong saya dapat tgk mummy qisya mandikan qisya. kasi susu, tidokan sambil dancing2 hehe.. jaga qisya jap sementara mummy dia bersihkan umah. hahaha.. tu pun sebab saya dengan tak sengaja terjagakan qisya dari tido. so kena lah jaga sementara mummy dia siapkan keje. kalau tak keje ngadap dia je lah. langsung tak jadik keje huhu.. telinga lintah betoi. suara terkuat sket je terus jaga. padahal saya kasi salam je huhu..

Agak2 cam muka sapa? huhu..

Balik dalam kul 6 pm. qisya sama mummy dia balik umah mak tok qisya kat kl. saya balik umah la. korang pi jom heboh? saya tak hehehe..

Ari ahad plak keje kemas umah. saya kan maleh sket. kemas umah setahun sekali kot. kalau tak tu main ala kadar je. semalam tah naper roh rajin datang. saya kemas umah mop semua 1 umah. terbongkok2 wat keje. rasa cam cinderela dah. sakit2 pinggang. sedo2 dah kul 3 ptg. benti lah. 2 bilik lagi tak larat dah nak kemas. simpan minggu depan plak lah. kang minggu depan tadek keje plak. tu pun kalo rajin la. kalau tak tunggu taun depan aa plak kot hehehe..

Friday, May 14

Kek Untuk Ain

Ingat lagi tak entry ni? citer dah berkurun gak ni. maleh no mau apdet kat sini. tak tau naper. malam ni masukkan jugak. kalau tak memang sampai ke sudah la tak kan masuk citer ni. ni citer kek ain. last saya balik aritu ain mintak saya belikan kek. tu pun sebab saya tunjukkan dia gambar cuppies kat laptop saya. nak balik dia pesan weii hahaha.. so ni saya belikan la untuk dia.

kek macam biasa dari kak pnut.

Kali ni saya order kek perisa coklat plak.

Ain tak sabar nak makan kek huhu..

Ini ain punyer..

dah comot. org nak ambek gambar. dia sibuk nak makan hehehe..

Ni hari lain. tgk tu beriyer2 dia makan hehe..

Haa.. kau sampai terkangkang2 hahaha..

Oklah tu je. taip blog ngan gambar ngan caption je. senang beno apdet sekarang kan hehe.. janji apdet kan. dari ala2 org ilang passwd je ;p

Wednesday, May 12

Cramp

Sekarang ni musim hujan eh. putrajaya ni asal petang je hujan. kadang2 tengahari pun dah mula mendung2 then hujan. so kita assume sekarang musim ujan je la. eh tapi bukan musim hujan akhir tahun ke selalu? oh lupa dunia akhir zaman sekarang. musim hujan akhir tahun dah tak bleh nak pakai kot kan. ye kot. rambutan pun berbuah tak ikut musim dah sekarang. mak cakap dedulu musim buah last sekali musim buah hutan errr.. maksud saya langsat, rambai, duku, dokong, duku langsat dan sewaktu dengannya. tapi sekarang kadang2 saya tengok buah rambai langsat semua tu masak sama je dengan buah rambutan. huhu.. buah2 pun tak dah reti nak bajet masak ikut musim sekarang hehehe..

Oleh kerana sekarang musim ujan malam sejuk. so automatik umah saya yang ala2 banyak dosa tu pun sejuk je memalam. so sekarang tido bleh aa pakai selimut. wah sangat syiok bila dapat tido pakai selimut huhu.. tapi bila sejuk ni masalah lain plak timbul. kaki saya akan kejang bila bangun pagi. adeh2.. ni pun tengah sakit gak ni. so sekarang kena bangun awal sket la sebab dalam 5 - 10 minit tu kena stay atas katil kasi kaki ilang kejang then baru bleh bangun.

Camner nak buat eh? nak tido tak bukak kipas kang lemas plak lam bilik tu. pakai stokin? masalahnya betis yang kejang bukan kaki. buh minyak panas? alaa.. kena mandi dulu plak kalau nak solat subuh. saya selalu solat dulu baru mandi. bangun pun dah lewat. lagi mau mandi dulu baru nak solat subuh. kang jadik subuh gajah plak tak der maknanya. hmm.. cam ner eh?

Tuesday, May 11

Arghh..!



Ye saya memang nak marah. bleh tak tolong jangan paksa saya.
saya dah tak sesuai dengan program2 cam tu sekarang.
memang aa tuntut ilmu hingga ke negara china.
tapi dengan umur saya yang cam ni hati mau bersosial sudah hilang lah.
lagi2 pegi tempat yang langsung saya tak penah gi n berdepan dengan org yang saya tak kenal! Majuk aa kalau nak majuk.
ye saya degil. makin pujuk makin banyak alasan.
eh. suka ati saya la. saya kan dah besar.
saya rasa saya dah pandai dan boleh wat keputusan sendiri kan?

MENTELA'AH (Baca : Baca)

Memang sejak kecik saya sangat suka membaca. kasi aa bahan bacaan apa sekali pun. semua saya baca. paling best membaca time tengah makan. kadang2 tu nasik dah abeh tapi tak bangun2 basuh tangan. sampai aa tangan kering sebab ralit membaca. giler betoi. tabiat tu masih saya buat sampai sekarang hehe.. tapi buku2 berbahasa selain melayu saya maleh mau baca. yelah saya bukan pandai sangat english pun. baca 1 ayat nak kena pahamkan dulu pastu baru alih ayat lain. w/pun pahamkan tu ambek masa 5 saat tetap ambek masa. lambat! haha..

Rasa tak sedap ati kalau masuk kedai buku tapi tak beli 1 pun buku. paling2 pun 1 majalah wajib beli. sebab tu kalau time kekurangan duit saya memang elak dari masuk kedai buku. kang kalau tak beli rasa bersalah pada diri sendiri. hari tu masa pesta buku saya pi 2 kali. first pi ngan cik dee. masa tu belum gaji tapi pulun gak 3 buah buku. pi kali kedua ngan cik kim plak. dah gaji ngeee.. pulun lagi 9 buah buku. hahaha.. banyak kan. sampai tak terbaca2.

Ahad aritu lepas basuh n sidai baju kemas2 rumah. maklum umah orang banyak novel, bersepah2 je novel2 kat umah tu. so kutip2 semua then susun kat rak dalam bilik. mak oii.. dah jadik 2 lapis novel dah. sampai dah tak muat rak. itu pun ada beberapa yang saya dah bawak balik kampung. bukan niat nak tinggal sebenarnya. bawak balik nak baca. bila dah abeh ada plak org2 yang sambung baca. pastu tertinggal. kalau saya jumpa kat dalam bilik ke laci ke mana2 kat kampung saya cilok bawak balik sini balik huhu.. tu yang tinggi melangit tu..

Aktiviti membeli novel2 ni baru je bermula semula. dulu masa study2 mana nak ada duit mau pulun beli novel. sekarang ni dah ada duit sendiri aktiviti yang tak baper nak berfaedah ni menjadi balik. payah nak benti huhu..

Sunday, May 9

Selamat Hari Ibu Mak..!!


Arini 9 Mei 2010. hari ibu bagi tahun 2010 yang disambut pada ahad minggu kedua bulan mei. saya penah dengar kuliah yang mengatakan hari ibu ni sambutan orang2 bukan islam. tapi ustaz cakap hari yang disambut untuk kebaikan tak salah umat islam turut meraikan nya. so dengan itu saya dengan ini ingin mengucapkan SELAMAT HARI IBU untuk ibu yang melahir, membesar dan mendidik saya selama 31 tahun saya wujud kat dunia ni iaitu PN ZAINAB BINTI UNTAK. Semoga hidup mak sentiasa diberkati, di panjangkan umur dalam keimanan dan dimurahkan rezeki yang halal selamanya. Saya sayang mak selamanya :))