Wednesday, June 20

Random IV

1. Hari ni ada jamuan perpisahan untuk big boss. 25hb ni dia lapor diri kat tempat baru. dia pindah keluar terus dari jabatan n kementerian. perasaan? takder perasaan pun. lagipun dia dah lama kat sini n dia sendiri yang mintak pindah. dah dia kena pindah apa bleh buat kan. kita yang tinggal ni teruskan lah sisa2 perjuangan yang tak selesai2 ni huhu..

2. Patutnya minggu ni balik kampung. sebab minggu depan kononnya kena outstation. tapi outstation tu ditangguhkan plak sebab bigger boss pi obersea tak balik2 lagi. so budjet takder yang nak luluskan. cancel la balik minggu ni sebab plannya memang nak balik minggu depan. semalam tepon mak dia cakap rumah dah siap. terus teruja rasa nak balik kampung dan2 tu jugak. tapi mak kata takper la balik je minggu depan kalau tak bleh balik minggu ni. rumah tu bukan ada kaki pun nak lari2 hahaha.. pandai mak saya buat lawak ;p

3. Semalam tengok CSI. akhirnya watak cathrine ditamatkan. kononnya dalam citer tu dia ditawarkan keje ngan FBI. yelah dah 12 musim dia berlakon citer tu kan. maybe dah boring kot. so babai cathrine willows. harap2 ada buat kemunculan sebagai cameo bebila nanti. lepas ni CSI tinggal sara sidle n morgan je la sebagai bunga. takper. tinggal semua lelaki pun saya tetap tengok CSI :)

4. Hujung minggu ni sorang2 kat umah. housemate tak balik lagi dari melancung bersama family. apa nak buat ek sorang2. nak gi jalan2 dah pokai. maklum la isnin baru gaji hahaha.. oo maybe saya kena habiskan baca buku2 n novel2 yang banyak2 saya beli tapi belum buka2 lagi tu. ada 8 novel, 10 majalah n 1 buku yang tak keluar lagi dari plastik untuk saya baca. mak ai giler banyak. tu pun ada hati duk belek2 novel online lagi tu hihihi..

5.  Esok dah 1 syaaban korang. sebulan je lagi nak puasa. pastu raya yey! eh. ;p tahun ni raya kena ambek cuti lebih la nampaknya. tak nak balik time2 jem. fobia hahaha.. nasib baik la jugak cuti giler berlambak lagi. tah bila nak cuti tah la. takper la tak abeh kita claim je. dapat gak duit hehe..

Oklah tu je. maleh dah nak nulis. tata..

Tuesday, June 19

Rindu Kuantan

Ahad aritu keluar gi jumpa niza. kawan masa kat PTGP dulu. tapi dia pindah labuan sebelum saya pindah balik putrajaya. sembang2 dia citer one of my staf kat sana ada blog. so baca la blog dia. tetiba terus rasa rindu ngan kuantan hahaha.. tapi rindu kat makanan je la. rindu kat cendol, rojak n nasik kukus sebelah bank rakyat. rindu nak makan mee kuah ngan mee calong beserah, rindu nasik minyak tg api huhu.. saya rindu gak kat puding raja. memang tak dapat dah la nak makan kot. payah nak jumpa cik puding tu. kat jerantut pun tak penah jumpa. lagi la kat putrajaya kan.

Saya rindu gak kat almond london sedap kak syima. tah bila dapat makan lagi. ayam tempayan pasar malam IM1 pun best gak. waaa.. banyaknya makanan yang sedap2 kat kuantan. jangan dilupa mokna dengan ana bakar petai. rupanya ada jugak yang diingati kat kuantan. ingat takder kenangan duk kuantan dah sebab benda2 lain tak baper nak best la. haa.. saya rindu gak balik kampung tak jem. duk area KL semula sekarang ni jadik fobia bila jem. tengah laju2 tetiba kena break sebab jem hati mula berdebar2 hahaha.. tah apa2. dulu masa duk berulang dari KL ke putrajaya ok je tiap2 petang lalu sg besi tu. jem patah kaki lagi. kali ni takut plak. ngade!

Ngaku je la yang kuantan pun best sebenarnya huhuhu..

Tuesday, June 5

PANASH

Eh2 terajin plak nak apder blog hahaha.. nak citer pasal panas sekarang. giler panas la sekarang kan. ke saya je rasa? nak kata panas terik sangat tah la saya pun tak baper nak perasan. tapi rasa cam cuaca ok2 je. kadang2 pun ada time tengah malam ujan jugak. tapi panas tetap panas. tido malam berpeluh2. sampai bila bangun pagi rasa cam pesal panas sangat ni? kelenjar peluh aku prob ke apa ni. bangun pagi je baju basah semua hehe.. bangun pagi rambut lekat2 kat muka. horror betoi.

Tak tau mana lagi mau tido. nak tido dalam ekon tak tahan aa plak 24 hour berekon. kang cepat tua hahaha.. walaupun ;p. tido kat bilik sendiri memang tiap2 ari pun bangun pagi berpeluh2. malam tadi saya tak tahan buat keje giler pasang 2 kipas serentak. kipas siling pasang no 4. pastu pasang plak kipas meja no 3. tala betoi2 kat badan. pastu letak kepala sedar2.. jam bunyi! dah pukul 6. mak aii.. lena betoi tido. mungkin terlebih sejuk semalam hahaha.. so malam ni bleh buat lagi. ni kalau bil api datang jangan buat2 terkejut sudah hahaha..

Monday, June 4

M.A.L.A.S

Salam korang. dah masuk bulan jun pun kan. entry tak masuk2 jugak. saya maleh aa nak menaip sekarang ni. entry bulan 5 ada 2 je. teruk sungguh la. mungkin dah nak benti menulis kot. dah dekat 5 tahun saya menulis. dah jemu agaknya sebab tu entry makin lama makin kurang. entry bulan lepas adalah entry paling sikit dalam masa sebulan. oklah dah takder idea. kalau rajin yang tak tau tah bila saya menulis lagi ek. kalau tak korang baca je la entry ni banyak2 kali sampai hafal hehehe.. tata..