Wednesday, September 21

Raya Kelab PTGP

Tahun ni saya raya kat kuantan. maksudnya dah dekat setahun saya kat kuantan ni. bila nak panggil saya balik ni? huhuhu.. sambutan raya kelab PTGP tahun dia dibuat pada 9 sept yang lalu bersamaan 11 syawal 1432 hijrah. tahun ni buat sambutan raya sama dengan hari keluarga katanya. so berbondong2 la kita ke sambutan tersebut dengan keluarga.

Majlis buat malam jumaat 9/9 tu. tak nak buat hari sabtu sebab takut ramai yang tak bleh join. maklum org sekarang rajin buat open house ni. kang sepi plak majlis sambutan raya kelab PTGP ni. so decide buat malam. majlis mula kul 8.30 malam. saya ajak 'keluarga' saya kat kuantan ni join sama. yelah saya mana der keluarga lagi. so 'keluarga' rumah sewa tu kira keluarga gak la kan huhu..

Dalam pukul 8 hujan renyai turun. alamak macam mana ni. majlis open air. basah la. kami redah je kat opis. sampai opis masuk je dalam burrrr.. ujan lebat turun hahaha.. selamat semuanya. nasib baik makanan sempat di selamatkan. kalau tak lapo lah jawabnya. bila kata bleh makan je semua serbu. sekelip mata semua abeh maklum suruh makan dah dekat pukul 9 malam. masing2 dah lapo tahap gaban huhu..

Dalam pada tu ada acara kasi duit raya kat bebudak. pengarah ngan isteri dia kasi. pastu patutnya ada acara karaoke tapi selamat. apa nak dikaraokenya ujan. pentas pun basah. band boy pun takder mood nak main dah hehehe.. semua pun makan dalam lobi opis je. last acara cabutan bertuah. sebenarnya semua pun bertuah sebab semua dapat. beza dapat adiah kecik or besar je. sebab ramai sangat saya dah mengantuk giler. dah aa ujan lebat. sejuk. akhirnya cabutan no 87 kena nama saya. dapat hamper cam kat atas ni. dapat je terus cabut balik. ngantuk gilos huhuhu..




Tuesday, September 20

Monyet & Mee Udang

Jumaat minggu lepas kan cuti hari malaysia. so my family plan nak ke tapah untuk satu kenduri kawen. kendurinya ari sabtu tapi kami gerak ari jumaat. plan nak tidur kat kampung ayah kat sg besar then pagi2 baru gerak ke tapah gi kenduri kawen. so jumaat pagi saya mak ngan ayah gerak ke kl. pick up adik kat stesen lrt gombak pastu terus ikut selayang pastu masuk LATAR. dah kena tol LATAR time tu. keluar masuk 3 tol sebelum keluar kat susur terakhir kena RM6. tapi tak per. jalan clear bagus huhu..

Dah lalu kuala selangor kan harus makan mee udang. gambar mee udang takder. tapi mee udang dia sedap wlaupun ada rasa yang kurang. manis kot kurang huhu.. udang super banyak w/pun kecik2. saya makan semua kecuali kulit udang je huhu..

Sebelum jumpa kedai mee udang kami berenti kat bukit melawati. tak naik atas pun. kat bawah je melawat monyet huhu.. dulu2 masa kecik2 kalau balik sg besar suka singgah kat bukit melawati ni. main2 ngan monyet pastu baru teruskan perjalanan. kali ni kami singgah jap je. ambek2 gambar pastu teruskan perjalanan.
Ramai orang kasi monyet makan. monyet2 kat sini makan kacang buncis tau. ada yang yang kasi kacang panjang pun dia makan jugak. ayah saya kasi buah berangan dia buang. sudahla monyet tak pandai makan kacang dah hahaha..

Bila tengok org pegang kacang panjang dia terus kerumun. tak kasi dia rampas je. bagus punya monyet. huhu.. tu adik saya kasi dia makan kacang panjang. tamak plak tu. kiri kanan nak pegang kacang. kadang2 tak abeh lagi org hulur ambek jugak hehehe..

Yang ini ibu monyet. dukung anak dia. kagum tengok ibu monyet ni melompat2 tapi anak dia tak jatuh pun. lekat je kat perut dia cam gam hehe..


Akhir sekali terima lah senyum monyet untuk semua hehehe.. cute kan saya? ;p



Monday, September 5

Point

Selamat hari raya semua! baru arini nak menjenguk blog. eh dah jenguk banyak kali tapi maleh mau apdet huhu..

1. First sekali saya telah selamat kembali ke opis lepas cuti seminggu malam tadi. sampai dalam pukul 8 malam. dan yang penting tak jem hahaha.. berlagak! mentang2 balik kuantan je ;p.

2. Masa benti isi minyak kat RnR gambang dapat minum air free hehe.. ni lah coffee break bersama petronas tu. saya tak teringat pun pasal coffee break ni. ingat dah takder sebab tak nampak pun iklan dia kat tv tahun ni. ke saya tak pasan? rupanya ada lagi hehe.. kata coffee break tapi dia tak kasi kopi pun. dia kasi air tropicana twister. pun ok jugak. saya ambek perasa blackcurrant. tak penah rasa perisa tu lagi. selalu minum oren je. n sodap. yummy!

3. Dah masuk puasa ketiga arini yey! gigih kan saya puasa masa kat kampung. masa kat kampung aa kena puasa sebab makanan sedap2. oleh keran makanan sedap automatik makan banyak. makan banyak natijahnya apa? ye gemuk kawan2. so marilah kita berpuasa beramai2 untuk mengelakkan dari makan dengan banyaknya. at least dapat gak pahala sunat syawal. pasni bleh raya lagi :)

4. Dan akhir sekali sekali tahniah pada my friend Nora yang telah mengandung sekali lagi. pesan saya jaga diri baik2 dan jangan lasak2 sangat. moga nora selamat segala2nya sehingga ke saat melahirkan nanti. amin..


Selamat hari raya aidilfitri. maaf zahir & batin dari,