Thursday, January 29

Setahun Sekali

Masa birthday saya aritu saya terpikir nak buat apa la yang bleh saya kenang sampai tahun depan. memula ingat nak memanjakan diri kat spa. wohooo.. cam best kan. tapi takut plak nak pi sorang. dah kebetulan ke shah alam saya ingat nak gunting rambut. dah panjang sangat rambut saya ni. rimas pun ada. yelah dah setahun lebih tak potong rambut. so saya masuk aa satu salun potong rambut kat shah alam tu. memang hajat nak potong rambut je memula. pastu orang salun tu duk hasut2 suh wat treatment ngan cuci sekali. dia cakap rambut saya rosak bagai. so saya buat la.

Syiok gak sekali2 memanjakan diri cam tu kan. lama gak la buat benda2 alah tu. nasib baik tak ngantuk. kalau tak dah lama saya tidur. saya duk sibuk membaca majalah yang ada kat kedai tu. saya kan hantu buku. pantang jumpa. orang lalu lalang pun dah tak nampak. siap buat tu cantik rambut saya. wangi plak tu. kagum betoi. cam rambut artis plak rasa. huhu..

Nak Kawenlah Katakan..

Sejak 2 menjak dilantik secara sesuka hati sebagai mak pengantin ni banyak aa persiapan pengantin saya tengok. tengok je tau nak buat tak reti. haha.. aritu tengok pengantin pilih kain hantaran. pastu tolong tengok n pilihkan gambar pre wedding nya. pastu tengok pengantin wat bunga. kasi idea wat kad kawen pengantin. tolong tengokkan baju untuk flower girl. semua pasal tengok la. nak buat tak der. saya kan tak reti.

Tapi ada satu saya rajin buat. tolong pengantin pintal dawai nak wat bunga pahar. senang je kalau yang tu. nak suh masukkan stokingnya kat dawai saya tak reti. pintai dawai reti aa.

Memula pintal dawai dekat apa2 benda yang bulat. carik aa apa2 benda yang bulat n nak besar mana bulatannya. saya guna botol racun serangga. kata pengantin nak buat daun yang besar cam ni. dah banyak saya buat ni. sebab tu nampak bersusun je kat bekas racun serangga tu.

bila dah siap tanggalkan dari bekas tu n ikat aa ngan apa2 bagi dia tak terabur. senang kan. kata pengantin saya mesin sebab laju sangat buat. senang laju aa buat. cuba susah. jangan kata nak cuba, tengok pun saya maleh. haha..

Wednesday, January 28

Kanak-Kanak Fruity Pop

Dalam perjalanan pi Ipoh aritu singgah aa sarapan kat RnR sg. buluh. pas makan masing2 beli mineral water. buat bekal dalam kete. tetiba ternampak fuity pop yang besar gabak tu. saya gedik2 aa nak beli. pastu cik amani pun beli gak. dalam kete duk sibuk bergambar ngan fruity pop tu je. bukan makan pun. bergambar je lebih.

Yey! dapat.. dah lama ngidam. huhu..

Sedapppp.. sapa nak?

Aksi kanak2 fruity pop..

Menyiasat Menara Condong

Maleh betoi nak updated blog sekarang ni. dulu masa internet prob banyak sangat citer. la ni citer banyak tapi maleh nak nulis plak dah. ni nak citer pasal kitaorg wat keje kat perak. ari khamis ngan jumaat (22-23/01) lepas saya pi ipoh ngan teluk intan. pi site katanya. memula pi ipoh dulu. terjah PTG Perak ngan JUPEM perak. buat carian. tido kat majestic ipoh. ala.. hotel yang atas stesen ketapi ipoh tu. hotel dia ok la. tapi akan dengar bunyi ketapi je lah. yang horrornya lif dia. menakutkan betoi. pintu lif kena tarik sendiri kalau nak bukak. tak der aa terbukak sendiri macam lif2 lain tu. nostalgik betoi kan.

ni lah hotel tu. hotel the majestic ipoh. kalau cakap hotel stesen ketapi mesti semua orang2 ipoh tau lah. (gambar dicilok dari sini)

Lepas tido semalam kat ipoh pepagi jumaat tu bertolak ke teluk intan. pi site ngan pi majlis perbandaran teluk intan. sesat barat mencari majlis perbandarannya. terceruk sangat bangunannya. dah aa setingkat je. sekali imbas sama cam umah2 kedai biasa je. pas pi majlis terus pi jumpa pengadu kat kedai dia. dia bawak kitaorang pi kawasan siasatan iaitu kompleks menara condong.

Gambar ni saya ambek dari kompleks menara condong. belakang tu aa menara condongnya. condong tak? hehe.. siap mengambil2 gambar (cik amani je berpanas mengambil gambar, saya jadik mandur je) kitaorg bertolak aa balik putrajaya.

Birthday Wishes

TQ pada semua yang wish birthday saya pada 21 jan aritu. dari cik amani hingga ke mala pagi tadi.eh ada sorang lupa nak wish la.. nanti dia.. nak kena ni. semoga apa yang didoakan untuk saya tempias kepada orang2 yang mendoakan tu gak. aminnn..

Monday, January 19

Kurang Ong Maa..

Sorry lah korang. bukan tak nak updated blog. tapi internet kat opis ni baru arini kebahnya. ada virus menyerang. so demam lah dia seminggu. mungkin dijangkiti chikunga agaknya. kurang bernasib baik aa beberapa hari sebelum birthday saya ni. dah la internet prob tetiba sabtu aritu memory card phone plak demam. diserang virus juga kata 'tabib' tu. ayoo.. ayoo.. abeh semua gambar2 dalam tu ilang sebab memory card tu nak kena format semula. nasib baik lah boleh katakan semua gambar tu dah transfer kecuali gambar makan2 ngan ina n wawa kat taman warisan khamis aritu tak sempat nak transfer. sayang gak. oleh kerana banyak sangat prob saya pun tak der mood nak buat updated blog ni. nanti saya dah ada mood saya updated lagi lah.

Gambar sekadar hiasan. tiada kaitan antara hidup dan mati.
huk huk..

Friday, January 9

Biru Tulisanku

Adeh2 kena tag lagi ngan elcy. kali ni pasal tulisan tangan plak. syarat2nya

Write :-
1. Your name/ identification name / username etc.

2. Write anything using either your left/ right hands

3. Most favorite alphabets

4. Less favorite alphabets.

5. "The quick brown fox jumps over the lazy dog"

6. Tag 6 more persons/ bloggers

So, here's my handwriting..

cik2 dan encik yang ditag tu rajin2 kan lah diri menjawab tag ni yer..TQ

Marilah Mari..

Saya pun tak tau naper aku rasa nak menderma kali ni. selalu tu teruk cam ner pun diorang saya buat tak tau je. ala2 tak der apa terjadik la. diorang punya hal, tak der kaitan ngan saya. huh! sumbung betoi kan. kang saya susah mesti tak der org nak tolong. huhu..tapi kali ni tetiba jadik baik plak rasa nak derma. korang meh aa sama2 ngan aku. derma sket untuk orang gaza ni. tak banyak sket. tak sket sure aa banyak kan haha.. saya pun kalau ikut tak der duit. tetiba check claim dah masuk. so derma lah sket kat diorang ni. bleh online je. senang. tak der orang tau pun korang derma baper. nak derma rm1.00 pun bleh. bak kata org hulur tangan kanan tangan kiri tak tau gitu. hehe..

Thursday, January 8

Kempen Boikot

Sebagai sokongan pada palestin saya masukkan kempen ni dalam blog saya. naper la israel ni jahat sangat ek. sudah2 lah tu. berperikemanusiaan lah sket. kalau israel kata org palestin tu jahat bukan semua kan. dan dah sah2 yang mati dan cedera tu org2 awam yang tak tau apa2. cuba kalau org buat kat diorg cam tu apa rasa? tak paham.. tak paham..

Nak Pi Bercuti

Sejak cyn citer pasal tiket airasia yang murah2 ni tetiba rasa nak pi bercuti plak. berkobar2 ni nak pi bercuti. setahun sekali harus aa pi bercuti-cutian kan. kalau kaya harus bercutian sebulan sekali tapi sebab tak kaya setahun sekali pun kira ok aa tu kan. tahun 2008 dah pi bali n pulau batam indon, tahun 2007 dah pi singapore n aussie, tahun ni nak pi mana plak ek? semua cam tak menarik. memula rasa cam nak pi kuching sebab kalau pi kuching saya bleh pi sorang coz ada member baik saya kat sana. dah siap2 tulis sms kat dia dalam phone cakap nak mai sana tapi cam maleh plak so sms tu tak send pun. haha..

Rasa nak pi langkawi pun ada. mak dah banyak kali cakap nak pi langkawi. ajak mak pun ok gak kan. tapi nak pi bercuti ni tak bleh pi time cuti umum. tak syiok jalan time semua org cuti ni. kang nampak kepala org je. rimas aa ramai2 org ni. nak pi kena pi time santai2 or time org baru je naik cuti. baru syiok. Tapi ada plak rasa nak pi bandung or jakarta. tapi tahun lepas dah pi 2 tempat kat indonesia.

Tadi cik amani ajak pi paris. cam menarik kan. tapi dia nak pi sebelum kawen. mana plak nak cekau duit dalam masa 2 3 bulan ni. dengan dia nak kawen n ngan saya yang tak der duit ni, tak bleh.. tak bleh.. ayoo.. susah nyer nak buat keputusan. bila MATTA Fair ek? bleh gak rancang2 bila nak pi bercuti.

MATTA INTERNATIONAL FAIR SELANGOR , UMRAH & MUSLIM TRAVEL 2009 (MASUM)
6 February 2009 until 8 February 2009
Organizer : MATTA Selangor Chapter
Venue : Dewan Raja Muda Musa, Kompleks Belia dan Kebudayaan Selangor, Section 7 Shah Alam, Selangor

Ina ada ajak pi umrah tahun depan. may be kalau pi MATTA fair yang ni bleh dapat promosi yang lebih baik kot. tapi mak ajak pi haji dulu. adeh2.. cam no tu? sian plak kat mak kalau dia pi haji sorang2. saya suh dia pi umrah dulu tak moh plak. katanya haji tu wajib. umrah tu sunat je. betoi gak kan. saya ni tak der aa terdesak nak pi tapi nak temankan mak je. mana2 lah kan yang sampai rezeki dulu. tapi bayaran haji dah naik adeh2..

MATTA FAIR MARCH 2009
13 March 2009 until 15 March 2009
Organizer : MATTA
Venue : Putra World Trade Centre (PWTC)

MATTA Fair bulan 3. mesti kalau nak jalan dalam bulan 5 or 6. kira ok aa tu kan. tengah2 tahun. tapi kalau pi MATTA Fair ni rambang mata plak. banyak sangat plak tempat2 menarik. macam nak pi semua plak rasanya. nak bercuti.. nak bercuti.. sapa nak ikut!

Wednesday, January 7

10 Muharam Hari Asyura

Hari ni 10 muharam 1430 hijrah. hari asyura. ada sesapa buat bubur asyura arini? pas2 aa kat saya sket. saya sebenarnya tak penah makan bubur asyura ni. mula kenalnya masa bersekolah menengah di KT dulu. teringat masa kat KT dulu setiap sambutan kitaorg raikan termasuk la 10 muharam ni. bila 10 muharam je kitaorg satu asrama laki n pompuan bergotong royong buat bubur asyura. saya tak baper suka sangat makannya. sket2 bleh aa. may be banyak sangat rempah2nya kot. muak kalau saya makan banyak2.

Di kalangan orang-orang Melayu, 10 Muharram disambut dengan jamuan bubur asyura. ikut sejarah bubur ini dibuat untuk mengingati hari Nabi Allah Nuh selamat mendarat setelah 40 hari mengharungi banjir besar yang melanda dunia pada masa tu. setelah mendarat maka diorang pun mengumpul segala apa bahan makanan yang ada di kapal untuk dimasakkan sekali gus. Maka dimasukkanlah tepung-tepung, kacang, jagung, badam, gula, garam, dan sebagainya dan terciptalah satu santapan yang lazat yang namanya bubur asyura.

Banyak kelebihannya 10 Muharam ni. antaranya berpuasa sunat. Rasulullah bersabda;

"Berpuasa sunat pada 10 Muharram akan menghapuskan dosa setahun sebelumnya".
Riwayat Muslim.

Beberapa perkara sunat yang kita boleh buat pada 10 Muharam ni antaranya ;

1. Melapangkan masa / belanja anak isteri
fadhilat - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.

2. Memuliakan fakir miskin
fadhilat - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti

3. Menahan marah
fadhilat - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang ridha

4. Menunjukkan orang sesat
fadhilat - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya

5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim
fadhilat - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang di sapunya.

6. Bersedekah
fadhilat - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.

7. Memelihara kehormatan diri
fadhilat - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.

8. Mandi Sunat
fadhilat - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu lafaz niat : sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala.

9. Bercelak
fadhilat - tidak akan sakit mata pada tahun itu

10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali
fadhilat - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah diakhirat nanti

11. Sembahyang sunat empat rakaat
fadhilat - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. lafaz niat : sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala. Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali.

12. Membaca "has biallahhu wa nik mal wa kila nikmal maula wa nikmannasiru"
fadhilat - Tidak mati pada tahun ini

13. Menjamu orang berbuka puasa
fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.

14. Puasa sunat
fadhilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

Saya adalah salah seorang dari 1.23 juta pencarum aktif KWSP yang kekal dengan caruman 11%

1.23 juta pencarum KWSP pilih 11 peratus

Oleh Mohd Anwar Patho Rohman
wananwar@bharian.com.my

KUALA LUMPUR: Hanya kira-kira 1.23 juta atau 22 peratus daripada 5.64 juta pencarum aktif Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memilih untuk terus kekal dengan kadar potongan caruman 11 peratus daripada pendapatan mereka, sehingga 31 Disember lalu. Sebaliknya, kira-kira 4.41 juta pencarum KWSP yang aktif memilih untuk mengurangkan kadar caruman mereka sebanyak tiga peratus secara sukarela walaupun sebelum ini ada pihak membantah keputusan kerajaan ini kerana menganggap akan menjejaskan pencarum.

Pengurus Kanan Perhubungan Awam KWSP, Nik Affendi Jaafar, berkata Selangor, Kuala Lumpur dan Johor mencatatkan jumlah pencarum yang paling ramai memohon untuk terus kekal dengan kadar caruman sebanyak 11 peratus. "Kira-kira 56 peratus permohonan itu datangnya dari Selangor membabitkan 343,213 pencarum atau 28 peratus dan 14 peratus masing-masing dari Kuala Lumpur (168,105 pencarum) dan Johor (176,658 pencarum)," katanya kepada Berita Harian, semalam. Pada 4 November lalu, kerajaan mengumumkan pekerja yang mencarum dengan KWSP diberi pilihan mengurangkan kadar caruman daripada 11 peratus kepada lapan peratus secara sukarela.

Pengurangan tiga mata peratusan itu dibuat sebagai langkah sementara, iaitu mulai Januari 2009 hingga akhir 2010. Ia langkah mengurangkan beban pekerja dengan menambah pendapatan boleh guna mereka bagi mengimbangi paras harga barang dan perkhidmatan yang semakin meningkat berikutan ketidaktentuan ekonomi global. Berikutan itu, pencarum yang mahu mengekalkan kadar caruman sebanyak 11 peratus perlu mengisi borang KWSP 17A, manakala pencarum yang tidak mengisi borang itu secara automatik dianggap bersetuju mengurangkan kadar caruman sebanyak tiga peratus. Sementara itu, Nik Affendi berkata, KWSP sudah dan sedang memproses permohonan pencarum terbabit serta menjangkakan lebih ramai ahlinya akan memohon untuk kekal pada kadar potongan yang diamalkan sebelum ini, tahun ini.

Sumber : www.bharian.com.my

Tuesday, January 6

Rupa2 nya Jalan Masuk Ke Kampungku Telah Banjir..

8,000 penduduk Tembeling terputus hubungan

JERANTUT 5 Jan. - Kira-kira 8,000 penduduk dari lima kampung di Hulu Tembeling masih terputus hubungan berikutan air Sungai Tembeling yang deras dan membahayakan pengangkutan bot penambang akibat hujan lebat kelmarin.

Lima perkampungan tersebut iaitu Kampung Pagi, Kampung Kuala Sat, Kampung Bantai, Kampung Gusai dan Kampung Mat Daling hanya boleh dihubungi dengan menggunakan bot penambang.

Tinjauan Utusan Malaysia di sini mendapati, banjir mulai surut hari ini namun arus deras di Sungai Tembeling, Sungai Pahang dan Sungai Jelai masih membahayakan pengangkutan bot penambang.

Banjir yang menenggelami Kampung Paya Garok dan Kampung Orang Asli Paya Lintah masih belum surut menyebabkan seramai 250 orang penduduk termasuk 50 keluarga Orang Asli masih terkandas untuk berurusan ke bandar Jerantut.

Seorang penduduk Kampung Paya Garok, Mohd. Zaini Hom, 42, berkata, keadaan jalan masuk ke kampungnya masih ditenggelami air sedalam hampir semeter menyebabkan penduduk sukar untuk ke bandar Jerantut.

"Hanya kenderaan berat boleh melalui jalan itu namun ada penduduk menggunakan motosikal meredah air untuk pergi bekerja di kilang berdekatan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Rakannya, Mohd. Ali Mat Noor, 50, pula berkata, dia terpaksa meredah banjir untuk menghantar anaknya ke sekolah bagi memulakan sesi persekolahan hari ini.

Sementara itu, pengusaha bot ke Taman Negara Kuala Tahan, Abdullah Salleh, 52, berkata, pihaknya terpaksa menghentikan operasi ke Hulu Tembeling berikutan arus deras di Sungai Tembeling.

"Kita tidak mahu mengambil risiko menjalankan operasi kerana arus Sungai Tembeling dan ombak di jeram berbatu yang dikhuatiri membahayakan penumpang," katanya.

Dia berkata, pihaknya sentiasa menurut arahan pihak berkuasa setiap kali musim banjir dan akan memulakan operasi bot penambang apabila keadaan pulih sepenuhnya.

Dalam pada itu, di Kuala Lipis, seramai 114 orang mangsa banjir daripada 36 keluarga di Hulu Jelai yang ditempatkan pusat pemindahan di Kuala Medang, Kuala Serau, Tanjong Gahai dan Bertang dibenarkan pulang ke rumah masing-masing hari ini.

Penghulu Mukim Hulu Jelai, Mohd. Razaki Abdul Razak berkata, mangsa dibenar pulang untuk membersihkan rumah masing-masing dan mempercepatkan urusan persekolahan anak-anak.

"Cuma 41 orang daripada sembilan keluarga masih di pusat pemindahan Bukit Betong kerana kawasan rumah mereka masih ditenggelami air," katanya.

Mohd. Razaki memberitahu, walaupun air Sungai Jelai beransur surut, pihak berkuasa masih memantau keadaan kerana cuaca tidak menentu dan banjir dikhuatiri berulang apabila hujan di sebelah hulu sungai.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Jelai, Datuk Wan Rosdy Wan Ismail berkata, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah mengagihkan bantuan makanan kepada mangsa di pusat-pusat pemindahan.

"Kita sedang menimbang bantuan peralatan sekolah anak-anak jika berlaku kerosakan dan ditenggelami air semasa mereka berpindah," katanya.

sumber : www.utusan.com.my

Monday, January 5

Kak Leha Yang Sempoi

Tadi pagi pegi bank. pi masuk duit katanya. cam banyak sangat duit kan. ada aa sket. rezeki tuhan. hehe.. macam biasa awal2 tahun ni ASB kalau nak simpan memang ramai giler org. semua pakat nak updated buku tengok bonus ngan dividen dapat baper. maklum aa setengah bulan ASB tutup. dalam sibuk2 updated buku tu ada gak yang datang nak kuar duit ngan masuk duit cam saya ni.

Sampai bank pukul 9.50 pagi. dapat no. 3064. no. sekarang 3014. mak oii.. lagi 50 orang kena tunggu ni. kaunter ASB cam biasa bukak 2 je. pukul baper aa diorang ni datang bank agaknya. saya datang lewat 20 minit je dah ada 50 orang kat bank. oleh kerana no. saya lambat lagi saya pi kuar duit dulu. pastu pi cimb kat belakang masukkan duit. balik bank balik baru lepas 3 orang. adoi. dah lambat dah saya rasa saya jalan tadi. baru lepas 3 org je.

Hajat hati nak balik je. dah aa tak dapat nak duduk. org penuh sampai ada yang berdiri tepi2 pintu. baru bercadang2 nak balik tetiba ada sorang akak tegur. macam2 aa dia tanya. keje mana? org mana? duduk mana? tanya nama bagai. so berborak aa saya ngan akak ni, nama akak ni kak leha. org batupahat. keja kat KDN. siap cakap lagi dia datang tumpang drive pengarah dia. iskk..iskk.. macam2 dia citer. citer anak dia nak kawen aa, citer pasal menantu dia la, citer pasal dia memuda dulu la, citer dia interview keje dedulu aa, cietr dia menipu masa interview hehe.., citer keje anak n menantu dia, citer pasal suami dia la. macam2 la. pendek kata dalam sejam tu abeh semua citer kak leha ni saya tau. hehe.. saya ni kalau org dah nak citer mula aa mengorek. abeh semua saya tanya.

Dalam duk melayan kak leha ni tengok2 jam dah kul 11.00 pagi. baru 3/4 je org lepas. dah sejam ni nunggu. kak leha punya no. 3068. lambat sket pada saya. nak duk memang tak dapat aa. sengal kaki ngan pinggang berdiri. kalau tak sebab kak leha memang dah lama saya balik. tak larat aa nak tunggu. dalam 11.10 ada org bangun. so kak leha duduk. sian dia berdiri lama. macam2 kitaorg borak sambil bergelak ketawa untuk ilangkan boring. dalam kul 11.20 cam tu giliran saya sampai. lepas semua urusan siap saya salam2 ngan kak leha. katanya "selamat berkenalan, semoga jumpa lagi cik pegawai.." haha.. kak leha ni memang sempoi. yang paling best dia teka umur saya 23 or 24 tahun, mudanya aku..huhu..

Beli Kambing 8..!!

Satu hari beberapa hari sebelum hari raya haji tahun lepas. berborak2 ngan adik berkenaan ibadah korban. bercerita bila lah kitaorg nak buat korban. susah jugak nak berkorban lembu sebab kena kongsi 7 org. nak buat 7 bahagian tak mampu aa plak.

"kalau cam tu korban aa kambing je, kambing seekor sorang je, tak yah kongsi2" cadang adik

"a'ah ek, kalau kambing seko baper ek? tanya saya.

"entah, aritu mak ada beli kambing dalam RM 200++ katanya"

"RM200 je?, ye ke?"

"mak cakap cam tu, ye aa kot" jawab adik.

"murahnya.." kata saya. "kalau cam tu beli 8 pun bleh" sambung saya lagi.

"hah! 8? dari beli kambing 8 ekor baik beli lembu je.." kata adik

"a'ah ek, betoi gak" kata saya sambil gelak2.

buta matematik betoi la. hehe..

Friday, January 2

Little People, Big World

Malam tadi tak tau nak tengok citer apa lepas tengok duyung kat kirana. mula lah jari tu gatai je memicit2 button astro tu. sampai kat hallmark channel ada citer Oprah Winfrey Show. sajer aa benti sat tengok. dia tengah citer pasal satu realiti show iaitu little people, big world. Kisah realiti satu family kerdil menjalani hidup seharian. macam mana penerimaan orang luar terhadap orang2 kerdil ni. dan seperti biasa diorang selalu diejek dan diketawakan. oprah jemput diorang ke studio untuk interview.

Kedua2 ibu dan bapa diorang ni kerdil. suka dengar diorang kasi pendapat. lancar je. may be sebab dah selalu sangat muncul di TV. si bapa bercerita yang memula diorang tak nak jadikkan family diorang ni tontotan umum. tapi tah macam mana dari permulaan 1 episod akhirnya sampai arini dah 3 tahun hidup diorang di tonton. diorang kadang2 langsung tak ingat dan perasan yang dalam umah diornag ada banyak kamera. pernah satu ketika diorang tau anak diorang merungut pasal diorang bila di tayang kat TV!

Diorang ada 4 orang anak. 3 lelaki dan sorang pompuan. dari 4 orang anak tu seorang kerdil. Si ibu ada kasitau yang sebagai org kerdil dia tak bleh melahirkan anak secara normal. cuba korang bayangkan tetiap kali dia bersalin dia akan dibedah. tu dah tau tu dia memang kena bedah kalau bersalin masih mau lagi mengandung. ini org kita lagi disekat2 kalau nak mengandung. pelik betoi kan.

Dan yang paling best 1 dari 3 kelahiran tu dia dapat anak kembar! ajaib betoi kuasa tuhan kan. org kerdil cam si ibu bleh melahirkan anak kembar 2. yang lagi best 2 orang kembar tu seorang dilahirkan normal dan sorang kerdil!. jarak kelahiran diorang adalah 2 minit. gambar kat atas ni adalah gambar kembar tu. umur diorang dah 15 tahun. jarak ketinggian diorang sekarang adalah 1 kaki. si kerdil sekarang sama tinggi dengan adik bongsunya yang berumur 10 tahun. saya salute aa kat si normal yang sangat paham keadaan kembarnya dan selalu membantu kembarnya. dia selalu dukung si kerdil. rasa nak nangis tengok. w/pun keadaan fizikal diorang berlainan tapi naluri tetap sama sebab diorang pernah berkongsi rahim satu ketika dulu. agung betoi kuasa tuhan kan.

Thursday, January 1

Selamat Menyambut Hari Tue


Happy birthday to U
Happy birthday to U
Happy birthday to Bob
Happy birthday to U

Hari ni 1 Jan 2009 hari jadi bob ke 27 tahun. tue sudah ko bob. semoga ko panjang umur dalam keimanan, murah rezeki yang halal dan cepat2 kawen dengan jodoh yang baik. terima aa kek kecik aku tu ek. huhu..

p/s : Lagi 20 hari saya akan tinggalkan angka 2. gue jugak sudah mau tue..