Tuesday, October 30

blur + risau + susah hati = tak de perasaan

dah 2 hari saya cuba telefon dia tapi dia tak angkat. risau plak saya. mana dia pergi? or may be telefon dia rosak kot. siapa saya patut tanyerkan kabo dia ek? may be bleh call orang yang rapat ngan dia. oklah saya nak try. daa..~

Friday, October 26

Arahan

susah kan kalau cakap ngan orang yang tak dengar arahan ni..
plak tu saya ni bukan la orang yang pandai sangat beri arahan..
cakap sekali tu paham2 je lah
bukan budak kecik lagi nak cakap banyak2 kali
nak cakap b***h kang sekolah nyer bertingkat2
saya tak suka kasi arahan
walaupun pada orang yang patut saya kasi arahan
sebab pada saya semua dah besar
dah tau apa benda yang patut dibuat
tapi kalau dah 2 or 3 kali still cam tu jugak
terpaksalah saya kasi arahan
memberi arahan berkali2 bagi saya memalukan
nampak macam b***h sangat
tak paham2 bahasa orang cakap
yang kalau tak paham tu tanyer tak per
ini buat bodoh je
bodoh sombong, dah tak tau tu lain kali tanyer
tapi kalau dah buat pekak jugak memang nak kena sembur
orang2 cam ni tak bleh kasi muka sangat
kang naik kepala
pikir diri sendiri je
keadaan dan orang sekeliling langsung tak pikir
kalau kena marah tu orang2 cam tu tak per
langsung saya tak kisah
lantak korang lah nak tunggang terbalik
bukan masalah saya
tapi masalahnyer yang ditanya dan kena marah saya
saya bukanlah orang yang very particular
saya sangat bertolak ansur
tapi bila orang lain dah mula bercakap
saya rasa saya cam tak buat kerja
padahal arahan telah diberi
tapi tidak dilaksanakan

Tuesday, October 23

Citer Rayer

tak der yang menarik pun raya tahun ni. sama je cam tahun2 lepas punya sambutan.

tahun ni saya beraya 4 buah umah je. umah edon, umah akim, 2 buah lagi umah mak cik2 saya.

maleh betoi nak jalan.

pi umah edon jumpa abu bakar. first time jumpa sejak dia lahir tahun lepas.

tembamnya dia. kepala plak besar. otak beso kata uminya. hehe..

berat betoi bila dukung. edon kata berat dia 10kg.

sama berat ngan beras. hehe.. edon gelak je.

pi umah akim buat syarat je.

jenguk2 janah. makan kepek ubi ngan pisang

nora hidang kuih raya sekali plastik2. air plak air kosong je..

sempoi aa nora. hehe..

pi umah makcik cam biasa la. diam je. mak ayah je borak. tak baik campur org tua borak. huhu..

pelik sket. makin banyak org main bunga api.

bukan kerajaan dah haramkan ke?

tetiap tahun rasa cam makin banyak dan bertambah jenis plak bunga api nyer.

pelik2

ni nak bangga sket la. tahun ni saya masak rendang ayam sendiri.

potong bawang lada sendiri. perah santan sendiri. potong ayam sendiri. pendek kata semua sendiri la.

huh! sib baik jadik. sedap plak tu. huhu..

tahun ni langsung tak buat kuih raya. rekod ni.

yang bestnyer semua beli semua abeh. huhu..

sedap agaknya kuih beli ni kot.

malam raya tak der letrik. kelam kabut pagi raya buat semua keje.

akhirnya saya tak sempat pakai baju raya orang dah datang beraya.

bantai je lah labu.

masih dalam mood bercuti.

maleh nak buat keje.

bos plak takder. pi PD ada seminar.

so kita raya di opis aa plak. hehe..

tu je kot citer raya

Thursday, October 11

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1428


kad raya 2007


dari cyn


dari bob


dari dr azim

Kad raya dari kawan2 dan bos..TQ banyak2 la you all..saya tak balas pun.. anyway kepada semua muslimin dan muslimat di seluruh dunia saya ucapkan sELaMaT MeNYaMBuT HaRi RaYa aIDiLFiTRi, mAaF zAhiR dAN bATiN.

p/s: kalau pandu kereta, pandu hati2, kalau naik kenderaan awam suh pemandu tu hati2 pandu. ingat mengingati sesama kita. saya nak balik kampung dah ni. kita jumpa lagi lepas raya. wasalam..

BANGGA BETOI AKU..



Impian jadi realiti apabila Soyuz 15-S bawa angkasawan pertama negara dilancar malam tadi. Impian Malaysia untuk meneroka angkasa lepas yang dicetuskan sejak 2003, menjadi realiti apabila kapal angkasa Soyuz 15-S yang membawa angkasawan pertama negara, Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha, selamat dilancarkan dari Baikonur Cosmodrome di sini, malam tadi. Pelancaran roket Soyuz TMA-11 yang membawa kapal angkasa itu ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) tepat jam 7.21 malam (9.21 malam waktu Malaysia), mencatat satu lagi kegemilangan dalam lipatan sejarah negara di peringkat antarabangsa. angkasawan negara bersama 2 rakan dari Amerika dan Rusia itu akan berada di ISS selama 10 hari mengadakan tiga uji kaji membabitkan tiga komponen penting iaitu sel di angkasa, mikrob di angkasa serta pengkristalan protein sebelum pulang ke bumi pada 21 Oktober ini.

Monday, October 8

soping2 rayer..

Nak raya kan. mestilah kena soping2. saya soping kat mana? sabtu lepas saya pegi jusco taman equine. semangat ni nak soping2. sampai sana tak sampai setengah jam tetiba blackout. gulap gulita jusco tu. semua org teraba2. 3 minit pastu letrik ada semula. tu pun lampu sebaris je. samar2 je la. semua org terus je soping2 semula. saya pun sempat capai sehelai baju. tetiba tengah soping2 bunyi plak siren kebakaran. pintu utama jusco tertutup dengan sendirinya. semua org dah cuak2. terbakar ke jusco ni. ramai yang lari ke arah pintu kecemasan. saya tunggu gak pengumuman cakap jusco terbakar. tak der plak. so dengan selambanya saya pi bayar pastu apa lagi cabut la. ilang mood nak soping2. ingat nak carik sehelai dua baju lagi. tapi tak per la. Allah tak kasi saya belanja banyak2 lah tu.

jam baru pukul 2.30 petang masa kuar dari jusco taman equine. so saya terus tuju ke alamanda aa plak. nak pi jauh takut nanti tak sempat nak balik plak. saya nak bukak pose kat umah. nak masak. maleh nak beli kat luar. bukan sedap pun. bentuk ngan warna je cantik. masak sendiri kalau tak sedap tak bleh nak marah2. hehe.. saya pi alamanda beli barang2 dapur. pastu beli kek lapis 3 ketul. bleh buat kuih raya. kul 5 balik umah masak n buka pose.

hari ahad plak saya jalan2 pi jalan TAR. sebenarnya sabtu tu ira dan pegi. dia cakap ramai giler org. rasa maleh plak nak pegi. tapi pikir mak saya suh belikan tudung. so kena aa pegi gak. saya parking kat LRT titiwangsa. naik tren pi masjid jamek. tak der aa ramai sangat org. macam normal hari biasa je. ala.. area tu kalau tak sesak tak namanya masjid jamek. jalan tu sesak sebab banyak kete je. org tak der aa ramai no. jalan penuh ngan kete. heran gak naper penguatkuasa bandaraya kasi kete lalu kat area tu kalau dah tau tempat tu sesak. pastu bising ngan bunyi wisel diorang. tak paham betoi. sempat cilok kuih raya 2 bekas. kain pasang 2 pasang ngan tudung. pastu dalam kul 12.30 saya dah blah. barang2 tu berat. tak larat nak jalan lama2.

balik tu singgah plak warta bangi. huhu.. akhirnyer saya sampai ke warta seorang diri. sib baik tak sesat. jalan2 tengok orang. ingat nak carikkan mak saya tudung. lagipun hari still awal. dapat tudung saya blah. sampai umah kul 2. sempat tidur dulu sebelum masak untuk berbuka. itulah aktiviti soping2 raya saya. tak syok sangat coz jalan sorang2. taahun ni saya sorang je coz adik2 saya jauh. kalau ngan diorang ni maunya buka pose kat kl semalam. sebab sorang2 rebat je apa yang patut pastu blah la.

Friday, October 5

iNa..HaPpY BiRtHDaY..!!


Kepada sahabat baik saya cik Siti Zalina. saya dengan rasa sukacita nyer mengucapkan selamat hari lahir. semoga di panjangkan umur, murah rezeki dan cepat2 kawen!

Thursday, October 4

Tak der keje punya orang









ni sebenarnya petang semalam punya keje. konon2 nak letak animation aa kat blog ni. jadik gak kan. so anggap la saya budak baru belajo. anyway ok apa. bukan susah pun. copy paste je. TQ cyn..


make me smile..



















Ceria depan opis..^_^

hari ini agak senggang sedikit. bleh la saya menulis di sini. tapi nak tulis apa ek? saya nak cerita berkenaan radio no. 1 malaysia iaitu radio ERA. permulaan hari saya selalu ceria kerana Era. tetiap pagi celoteh Ac, Hani dan Kiran mesti menceriakan hari saya. pagi2 lagi saya sudah tersenyum dan ketawa dengan celoteh diorang. saya akan dengar era on the way ke office tetiap hari. dengan perjalanan yang lancar dan celoteh diorang saya ceria sampai ke office. so saya sangat marah kalau ada yang spoil kan mood saya pagi2. selalunya sikap pemandu dan penunggang motor yang tak reti nak hormat orang kat jalanraya. nak kata tak pandai drive or bawak motor tak der pulak saya nampak L or P tertampal kat kenderaan diorang. tapi sikap diorang selalu buat saya kurang ceria ke office.

Tuesday, October 2

Monday, October 1

Cemburu ke?

apa maksudnya cemburu? haha.. orang kata cemburu tandanya sayang.

betoi ke? marah nampak. sayang kat saya lah tu.

bahagianya ada orang sayang kat saya.

pesannya ;

jangan layan org lain lebih2
jangan cakap sayang n rindu ngan org lain
jangan citer pasal lelaki lain

itu namanya dia cemburukan saya.

tu baru gurau2 tu. kalau betoi2 mau pengsan agaknya dia kalau tau.

haha.. sonoknyer..

Aku kena tipu..!

Nak jugak menulih kat sini. saya nak citer pasal malam semalam. ptg semalam saya call apis cam biasa. borak2 sket punya lama. siap ulas2 rancangan kat tv lagi. pastu dah nak buka pose. dia mintak saya call balik sebab dia punya kredit dah abeh. so malam tadi pas solat terawih saya call dia balik. lama tepon tu bunyi tak angkat2. dan2 saya nak letak je ada org angkat. tapi sore pompuan. terkejut beruk saya. tak pernah pompuan angkat tepon tu. paling2 tak berangkat je. rupa2 nya mak dia la. memula rasa cam nak letak je. takut aa. mak dia cam garang jer. siap tanyer lagi ni sapa. dari mana. rupanya2 apis dah tido. hampeh betoi aa mamat tu. sedap aa serang dia. "ha! tak terawih" dia gelak2 je. alasan yang sama aa. "aku penat aa ija, semalam aku cat umah". tak abeh2 penatnyer. bangun kul 12 tengahari penat lagi ke. dan malam tadi terbongkar rahsia yang dia anak sulung sebenarnyer. mati2 saya ingat dia ada abang ngan kakak. hampeh aa dia ni. pastu bleh gelak2 kan saya. tu pun sebab dengar mak dia kejutkan dia panggil dia along. kalau tak mati2 saya kena tipu. nak kena karate mamat ni.

Aksi Kucing di Hilton



Ni namanya orang tak der keje carik keje..huhu.. apa pendapat anda? oklah sekian adanyer. nak pi buat keje..Adios~