Friday, July 31

Amir Zaquan Datang Melawat

Amir ngan anti hajar

Amir ngan anti alya

Amir ngan anti ira

Amir ngan ayahnyer..

Amir ngan saya? hehe.. seperti biasa saya tak kan dukung budak. takut lah. kecik sangat. kang jatuh plak anak orang. saya ni mana reti sangat dukung budak. anak sendiri nanti cam ner? anak sendiri terpaksa la. nak tak nak kena gak dukung. hehe..

Entry ke 460

Semalam main2 ngan jay n mimi atas katil sebelum tido. jay agak gatal sekarang ni. maklum aa dah jadik anak remaja. suka nak kacau2 si mimi si anak dara tu. pantang mimi bersenang2 dia suka nak gigit2 mimi. gatai no.. hehe.. semalam memula saya tengok jay gigit2 mimi. saya gelak2 then tgk tv sat. bila saya masuk bilik balik saya tengok mimi tengah jilat2 muka jay. selalu bila mimi jilat muka jay saya akan cakap,

"mimi sayang jay.. sayang jay sayanggg..sayang jay.."

Kalau saya cakap cam tu mimi mesti pandang muka saya. agaknya dia mengiyerkan kata2 saya yang dia memang sayangkan jay. tapi semalam mimi bukan jilat muka jay je.. dia jilat badan, kaki, telinga semua lah. abeh badan jay dia bersihkan. lama plak tu. saya peratikan je. then tetiba saya cakap,

"baiknya mimi, mimi akan jadik ibu yang baik.. tapi.. mimi tak bleh jadik ibu.."

Tetiba saya rasa bersalah. nafikan hak mimi untuk jadik ibu. saya kan kasi mimi makan pil perancang. so dia tak bleh mengandung n beranak. ubat tu kena makan 15 hari sekali dan hari ni mimi patut makan sebab dah sampai hari ke 15. agak2 kejam ke saya nafikan hak mimi untuk jadik ibu?

Thursday, July 30

Mangsa Fesyen

Wednesday, July 29

Naik Harga

Balik tadi dapat surat dari astro. ingatkan bil cam biasa. sib baik saya tak buang je. selalu bil astro saya tak bukak pun. dapat je terus buang. kalau tak buang pun duk melepek je kat atas meja. memang jarang2 sangat saya bukak. dapat gaji je terus bayar. tak der plak nak tengok2 bil. hehe.. tetiba rasa cam membazir plak astro antar bil kat saya. hehe.. ini aa teknologi. bayar pakai maybank2u mana pakai bil ye tak. hehe..

Bukak2 tengok ianya adalah surat. surat untuk beritahu pakej harga sukan baru. mak oii naik lebih RM10.

Tengok tu. harga asal pakej astro saya RM 59.90 naik jadik RM 71.95. naik RM12.05. iskk.. isk.. tapi bila dah kita hidup bergantung pada benda2 cam tu nak tak nak kena aa bayar kan. itu le susah hidup bergantung ngan org ni. huhu.. nak tak nak kena gak ikut cara dia. kang potong dah tak bleh nak tgk sukan plak. cam tau2 je gaji saya naik. time2 ni aa dia nak naikkan harga. hehe..

p/s : Ayah baru je langgan pakej mustika. dari RM 54.95 tambah mustika jadik RM 67.90. ni tambah kenaikan pakej sukan baru jadik RM 79++. bising aa org tua tu. hehe..

Gaya Orang Berlagak

Arini cuti. pi tapisan keselamatan. cam biasa kalau keje gomen wajib pergi tapis menapis tu. dalam 2.30 ptg dah siap. terus saya ngan ira pecut pi alamanda. cam biasa aa awal2 bulan harus berlagak banyak duit. haha.. apa lagi soping aa. pi parkson. banyak betoi sale sekarang ni kan. tak tau mana satu betoi mana satu salah. layan kan ajer la. esok ada Jcard day kat jusco equine plak. abeh aa duit cam ni. huhu.. sib baik tak arini. kalau tak abeh aa. dah aa cuti arini. harus berebut2 kat jusco equine kalau Jcard day tu arini. saya tak soping pun. ira je soping baju dia ngan anak dia. 5 helai tau dia beli. huhu..

Oleh kerana cakap berapi2 dalam proses tapisan tadi harus aa haus kan. so nak kena aa minum plak. oleh kerana tengah berlagak banyak duit makan pun harus aa kat tempat mahal. huhu.. giler berlagak. kang akhir bulan makan goreng pisang ngan air masak je. hahaha.. so decide makan kat secret recipe. oleh kerana agak kenyang makan aa benda ringan2 je. ringan pun rasa penuh perut ni.

Ira makan karipap gergasi ni ngan air coklat float kot. minum tak agak2. haha.. sebab besar sangat karipap tu ira tak makan abeh pun. lupa plak nak snap makanan yang tak abeh tadi. hehe..

Saya plak makan shepard pai ngan mocca ice blanded. seperti biasa saya letak apa je depan mata kompen abeh. mana aa tak gemuk cam ni. hehe.. Sekian citer orang2 berlagak banyak duit di awal bulan. nanti awal bulan depan kita berlagak lagi ek. haha..

Tuesday, July 28

Cool!!

Two street artists paid tribute to award-winning director Yasmin Ahmad by painting a mural of her and a crying boy along the banks of the Klang River by the Pasar Seni LRT station in Kuala Lumpur on Sunday. Graffiti artists Jeng and Kioue drew the mural although they did not know Yasmin personally. — CHAN TAK KONG / The Star

Artikel lengkap kat sini.

Al-Fatihah..

Musim Buah

Balik kampung macam biasa musim2 buah ni memacam buah aa ada kat kampung tu. untung betoi duk kat kampung kan. bleh kata semua pokok buah ada. kalau tak der kat umah sendiri pokok jiran2 sebelah ada. pokok2 buah jiran sebelah pun pokok2 kitaorg gak. hehe.. tapi betoi aa. cam tu aa kalau dah berjiran kat kampung. ala.. lagi pun pokoknya banyak. setakat makan sorang berdua tu tak der nya abeh lah. tak yah aa nak kedekut2 sangat.

kalau yang tak kenal ni buah mata kucing. pokok ni tumbuh sendiri kat belakang umah jiran belah kiri saya. pokoknya besar giler. buah pun banyak. tapi sebab dah banyak sangat tak termakan pun. isinya nipis sangat. makan pun tak rasa apa. so kita sedekah je aa kat burung ngan tupai. sekali2 gatai2 mulut nak makan ambek aa sebijik 2.

Ini plak manggis. pun kat umah jiran belah kiri gak. pokok dia betoi2 kat sempadan umah saya. sebelah pokok nya masuk dalam kawasan umah saya. hehe.. so kitaorg pun menjoli aa makan buah manggis dengan gembiranya. tak der aa. bukan curi. dia dah cakap kalau nak makan ambek je.

Ini plak buah rambutan. yang ni kat umah saya. jangan tak percaya pokoknya tumbuh sendiri je ni. tak der maknanya tanam2 pun. buahnya banyak giler. dahan cam nak patah dah.

Itu yang saya sempat snap la. ada gak buah langsat. jangan kata nak snap rasa pun saya tak sempat. huhu.. buah ujung2 dah pun. saya balik sebelum ni dah masak dah pun sebenarnya. kali ni tinggal ujung2 je. lagipun sebelum ni dah rasa. so takder aa ralat sangat. kalau ada yang tak kenal pokok langsat kang balik kampung lagi saya snap ek. hehe.. umah saya gak ada pokok rambai. buahnya ya ampun. banyak giler. berjurai2. nampak buah je dari daun. tapi belum masak. hijau lagi. lupa plak nak snap. insyallah saya balik minggu depan bleh aa rasa kot. jangan tak caya pokok rambai ni pun tumbuh sendiri. subur betoi tanah kat kampung kan. campak aa apa2 semua idup.

Buah durian? yang ni tadek. pokok ada aa 2 3 pokok. bunga bukan main. tapi buah haram mau lekat bak kata org perak. tak tau apa peel nya. langsung tak mau lekat buahnya. tapi kat umah jiran saya ada 3 ke 4 pokok. bangak2 semua n buah tak agak2. so dapat aa kitaorg merasa makan durian baru turun. serius meriah kalau musim buah. makan buah bawah pokok je. kalau dah petik bawak naik umah kompem buang aa jawabnya. giler berlagak kan. huhu..

Lemon Rosmary Chicken

Nak review pasal ayam panggang lemon rosmary yang saya makan sabtu aritu. adik tempah kat sini. siapa2 nak order bleh aa order kat website tu. murah pun murah. ayam seko baru RM18.00. rasa dia? sedap! tapi bagi saya agak tawar sket. saya ni kuat masin. so bila ayam tu agak kurang masin so ada sikit komplen la. kat situ gak ada jual baked potato. baked potato dia terbaik wok! sodap. yang bestnya mak saya pun suka. bukan senang mak saya nak suka makanan yang kitaorg suka makan tau. banyak no komplen nya. tau dia aa pandai masak. huhu.. malam tu bila ayam dah sejuk siap bakar balik sebelum diabehkan sehingga ke tulang terakhir. huhu.. nanti aa bila kita dah ada oben kita buat sendiri ek mak.

Ini aa Lemon rosmary chicken tu. dah tinggal separuh baru ingat nak ambek gambar. huhu..

Ini plak cop perniagaan nya. sapa2 nak tempah bleh call je. kalau malu org dengar suara bleh sms je. kompem akan dilayan.

Friday, July 24

Just Joking

Dapat dari blog elcy

Ten Top Trivia Tips about Halijah!

  1. If a snake is born with two heads, the heads will fight over who gets halijah.
  2. When provoked, halijah will swivel the tip of her abdomen and shoot a jet of boiling chemicals at her attacker.
  3. Halijah is actually a fruit, not a vegetable.
  4. The pupil of an octopus's eye is shaped like halijah.
  5. Halijah is often used in place of milk in food photography, because milk goes soggy more quickly than halijah.
  6. Marie Antoinette never said 'let them eat cake' - this is a mistranslation of 'let them eat halijah'.
  7. Halijah is 1500 years older than the pyramids!
  8. In the Spanish edition of Cluedo, halijah is the victim.
  9. Ancient Greeks believed earthquakes were caused by halijah fighting underground.
  10. Halijah is the only king without a moustache on the standard pack of cards.
I am interested in - do tell me about

Korang try aa plak. tgk apa jadik. hehe..

Tabung Haji

Semalam pi tabung haji. dah lama nak bukak buka buku tabung haji. baru semalam hajat dikabulkan. itu pun sebab ira beriyer2 ajak gak. padahal dia teman je. tapi dia plak excited. ala.. masukkan sikit je dulu. ingat nak transfer duit dalam ASB saya tu semua dalam tabung haji. senang sket nak bayar zakat. tabung haji ni tolak siap2 zakat sebelum kasi kat kita. kalau bank lain kena kuar duit sendiri bayar zakat. baik aa dia bayarkan terus kan. tak der aa gigil tangan nak pi bayar sendiri. huhu.. so sekarang saya dah ada buku tabung haji. bleh aa pi haji pas ni ;p

Thursday, July 23

PC Fair In KLCC

Semalam citer pasal MATTA fair. arini nak citer pasal PC fair plak. suka sangat pegi fair2 cam tu. hehe..sajer aa. ni just untuk info korang gak. pc fair terdekat adalah minggu depan iaitu 31 julai - 2 ogos 2009 kat KL convention centre KLCC. sapa2 yang berhajat nak beli peralatan komputer or beli komputer bleh aa pi. banyak pilihan n agak murah la jugak. yelah namanya fair kan. kalau mahal cam kat kedai better aa beli kat kedai je. tak yah nak susah2kan diri menyesakkan diri kat dalam tempat yang padat cam tu.

Saya dah pi awal tahun aritu. pi ngan family hairul. dia bawak baby dia. moralnya jangan bawak anak kecik ke pc fair coz stroller baby tak bleh bawak masuk dalam. nak tak nak kena dukung baby ye kawan2 kalau nak masuk dalam. dengan itu kegembiraan ke pc fair adalah sekejap coz penat dukung baby. lelagi kalau baby meragam. oleh itu kalau mahu ke pc fair pi je sorang2 atau jangan bawak baby. pi sebey sket2 then blei n balik terus. eh.. ni citer pasal baby ke citer pc fair ni? huhu..

Wednesday, July 22

Beli Kemudian Blah

Tengahari tadi pi makan kat rasa alamanda ngan ira. niat di hati memang nak soping arini sebab tu pi alamanda. yup memang gaji esok tapi saya tak suka soping esok coz ramai giler orang. memang tiap2 bulan pun saya soping sehari sebelum gaji. lebih lengang sebab kompem orang tunggu gaji keesokkan harinya baru nak soping2 kan. nak buat cara saya ni kena spend duit sket la. kalau pokai tak bleh gak nak buat. hehe..

Sebenarnya tak soping apa pun. just beli barang2 keperluan harian. semua pakat2 dah abeh. sabun basuh abeh. ubat gigi abeh. sabun mandi abeh. beli gak sikit2 barang kering untuk keperluan dapur. pastu beli ikan 2 ekor. cukup aa. 1 makan malam ni. 1 lagi makan esok. pastu sabtu ni nak balik kampung. so tak yah makan hujung minggu. saya soping jap je. tak yah bawak list pun. lalu setiap lorong. apa terlintas ambek then campak dalam troli. ambek campak, ambek campak. siap! bayar pastu terus balik. sebab tu saya suka soping sorang. banyak mulut banyak komen. hehe..

Malaysian Association of Tour and Travel Agents (MATTA) Fair

Berjalan2 di blog2 kawan2 terjumpa citer pasal MATTA fair kat jb minggu lepas. saya penah pi MATTA fair kat jb tahun lepas. buat di tempat yang sama the zon regency, stulang. masa tu kitaorg on the way ke batam. pi site visit. sementara tunggu my bos sampai kitaorg ambek kesempatan jalan2 dalam MATTA fair tu. sebab saya dah selalu pi MATTA fair kat kl so saya rasa MATTA fair kat jb ni tak baper meriah. tempat dia pun agak kecik. orang plak tak baper ramai cam kat kl punya. kalau kat kl selagi bleh tinggi nak tinggi lagi signboard nya sebab kalau letak rendah korang just akan nampak kepala orang je. signboard ilang. huhu..

baru terjumpa gambar ni.. gambar kat MATTA fair kat jb tahun lepas.

Yang saya tau MATTA fair kat kl dah lepas iaitu 13-15 mac 2009 aritu. saya tak pegi pun time tu. sebab apa ek dah lupa. tapi upcoming ni ada 1 lagi MATTA fair yang akan diorang buat kat kl iaitu pada 4 - 6 sept 2009 kat PWTC. dalam bulan puasa tu. insyallah kalau larat kali ni nak pegi la. nak pi sebey tempat2 melancong yang menarik. hati ni tertarik2 je nak pi capetown. tak tau naper. tapi nak pi sorang tak syok plak. aritu ajak ina dia ajak pi lepas dia pi umrah thn depan plak. lambat lagi aa nampaknya. tak pun may be bleh merancang 1 lagi percutian keluarga kot kan. tak sabo nak pegi MATTA fair.. huhu..

Mimpi Yang Kacau

Dalam seminggu dua ni tido saya selalu tak baper nak lena. senang kata tidur cam tak tido la. sebab saya selalu sangat mimpi benda pelik2 n mengarut2. abeh semua citer yang saya baca kat surat khabar siangnya masuk dalam mimpi saya malamnya. sampaikan wartawan hiburan pun saya mimpi. tapi mimpinya mengarut la. tetiba dia jadik kawan saya plak. hehe..

Akibatnya bangun pagi saya rasa mengantuk sangat. saya penah baca kalau kita selalu mimpi otak kita sangat aktif. aktif betoi kan otak saya ni. padahal tak der apa pun saya pikir. tadi dalam kete citer ngan cyn. dia bleh cakap saya tak basuh kaki sebelum tido. ah tak der maknanya. lebih pada kaki saya basuh. kadang2 kalau panas sangat saya siap siram air kat badan lagi. hehe.. tapi mimpi gak. malam tadi siap doa jangan saya mimpi mengarut2 lagi. mengantuk nanti kalau bangun tapi mimpi gak. cam ner nak buat ek?

Monday, July 20

Bila Saya Mahu Mengorat

Wah tajuk tak agak2 kan. nak ngorat sapa aa agaknya tu. but memang saya nak mengorat ni. serius! tapi nak ngorat sapa ek? tu aa yang jadik masalahnya. ada calon tak? hehe.. aritu tanya ina cam ner nak ngorat orang? ina bleh jawab tah plak. adeh cam ner ni. dah aa tak tau nak ngorat sapa. nak ngorat cam ner pun tak tau.

Kata ustazah norbahiyah pompuan ni kena mengorat gak. jangan duk harap laki je nak ngorat. lelagi pompuan agak dominan sekarang ni. sedangkan siti khadijah pun pinang nabi muhammad. tu siap pinang tu. tak yah nak ngorat2. so kita pompuan2 sekarang pun bleh pinang or ngorat lelaki tau. yang penting lelaki yang nak ngorat tu harus lah baik tak kira aa budi bahasa ke, agamanya ke, keturunannya ke. cam lelaki pilih pompuan aa gak. ko nak ke laki ko nanti jahat? hehe..

Bulu Mata Glamer


p/s : Mana satu pilihan korang? huhu..

sumber : kosmo online

Sunday, July 19

Bravo Malaysia

Saya tak pandai nak review pasal bola sepak ni. n tak tengok pun sebenarnya perlawanan man u lawan malaysia malam semalam. tapi bila dengar malaysia kalah 2 - 3 ngan man u terdetik gak aa rasa bangga kat ati. hebat aa tu kan w/pun kalah. ingat senang ke nak jaringkan 2 gol tu. tahniah untuk amri yahyah yang jaringkan 2 gol tu. malam esok ada perlawanan lagi. harap2 malaysia dapat kekalkan prestasi baik tu. jangan aa sampai dapat 6 - 0 cam tahun 2001. kalah tak per janji kasi saingan terbaik. bravo malaysia!

p/s : baru perasan amri yahyah ni cute orgnya. huhu..

image dari gugel

Ke Majlis Kawen Adik Yanie

Semalam pi majlis kenduri kahwen adik yanie siti adirah ngan pasangannya kasyfullah kat MAEPS serdang. nama pasangan dia pelik sket sebab tu ingat. hehe.. pi kul dalam kul 12.00 tghari ngan lan n hajar. kitaorg tak der aa kenal pun siti adirah ni. tapi bila yanie kakaknya sungguh2 suh datang tak best aa plak tak datang kan. lagipun dekat je ngan umah. yanie ni 1 opis ngan saya.

Sampai dalam 12.30 tengahari. lepas salam2 terus tuju tempat makanan. masing2 lapo giler. hajar siap sampai nak muntah tahan lapo punya pasal. masing2 simpan perut semata2 nak makan kat majlis tu. masa tengah ceduk2 lauk yanie tegur. lauk dia superb! sedap giler. bukan sebab kitaorg lapo yer. tapi memang sedap. jangan kata nasik n lauk, air nyer pun sedap! licin sehingga menjilat jari. eh tipu ni. saya makan pakai sudu n garfu aritu. hehe.. tapi serius sedap.

Pelamin yang simple n nice. tema kaler biru yer. oleh sebab tak tanya apa warna temanya so saya bantai pakai oren. bleh? hahaha.. kelakar plak rasa sebab majoriti pakai biru tetiba saya pakai oren. menyerlah plak tu. huhu..

Saya berbaju oren yang senang hati pas makan nasik kenduri yang sangat sedap.

Pak pong.. pak pong.. pengantin datang. sorry aa korang. gambar tak baper jelas. maklum sajer pakai kamera hp. gigih tunggu gak pengantin w/pun makan dah lama abeh. lagipun tak sedap gak nak balik awal tanpa tengok pengantin. tunggu dalam 1/2 jam pengantin pun sampai. sib baik ema, jun, aieda ngan nurul datang gak memeriahkan meja kitaorg. oklah selamat pengantin baru aa untuk siti adirah & kasyfullah. moga bahagia hingga ke syurga.

Thursday, July 16

Kagum Dengan Diri Sendiri

Semalam balik tengok atas meja dapat kertas dari pejabat pos. katanya ada bungkusan. dalam hati duk terpikir. sapa plak aa yang rajin nak antar parcel kat saya ni? nak kata birthday dah lepas lama dah. nak masuk birthday baru dah pun. nak kata beli barang2 online tak der. lama dah tak beli barang online. dulu masa rajin selalu aa berulang ke pos laju tu. la ni mana der dah. pueh aa pikir sapa yang antar. last2 masukkan je dalam handbag. esok pi je aa tengok apa yang saya dapat.

Bangun pagi tadi tak teringat langsung pun pasal parcel tu. duk leka kat opis. korek2 handbag nak ambek hp terpegang kertas tu. huh! baru nak teringat. tengok jam dah kul 12.00 tghari. pi je aa. selalu pos opis kan tak tutup time rehat. 12.30 cam tu dah capai wallet hp bunyi plak. adik mintak emailkan borang plak. dah aa takder yang softcopy. gigih duk taip balik. pastu antar kat dia.

Kul 12.45 gak baru gerak. dengan kepala mamai2 coz ngantuk saya dengan kopidennya halakan kete kat pos laju bandar baru bangi. sampai2 je terus terbreak mengejut. kuarkan balik kertas serahan tu. baca semula. ini bukan pos laju. adeh! mana plak nak ambek ni. pastu teringat ada kaunter serahan mel kat dalam sket. so tuju aa tempat tu. kakak tu cakap bukan kat situ plak. but kat pejabat pos bandar baru bangi. mana plak nak carik pejabat pos tu. saya bab2 bangi ni bukan lagi fail dah kosong pun markahnya. huhu.. kakak tu siap kasi direction lagi. TQ aa kat kakak pej serahan mel tu.

kakak pos : ini kena ambek kat pejabat pos bangi ni.
saya : kat mana ek?
kakak pos : dekat tapak pasar malam tu. yang dekat dengan maybank tu. masuk kat area kilang hitachi.
saya : ~kerut dahi
kakak pos : maybank tau?
saya : tak
kakak pos : penah pi pasar malam?
saya : tak
kakak pos : takper la. try je lah ek.
saya : tq kak

Wah! saya betoi2 lost ni. benda yang paling saya benci adalah sesat. memula decide maleh nak pi ambek dah. tak pun tunggu ira esok. dia terer sket bab2 bangi ni. saya teruskan perjalanan ikut direction kakak pos tu. lagipun arah tu memang arah jalan saya nak balik opis pun. tawakal je. jumpa alhamdulilah. tak jumpa balik je. ajaib betoi saya jumpa pejabat pos tu. suka2. then ambek aa barang tu. barang tu adalah parcel dari readers digest. ada 1 buku ngan 1 mangkuk. tak paham plak saya naper dia kasi saya mangkuk. tapi org dah kasikan. ambek je lah.

Wednesday, July 15

Meneman Dengan Rela

Arini penuh ngan meeting yang tak baper rupa meeting pagi dan petang. hehe.. tapi ada input ye w/pun tak serupa meeting. gosip2 gak. input kena kasi kuar yer kawan2. kang bos tanya sapa nak jawab? ni dah dekat kul 6.00 ptg saya tak balik lagi. tak buat apa pun sebenarnya. just tak elok saya balik sekarang sedangkan ira tengah wat laporan untuk unit kitaorg. w/pun tak baper menyumbang lebih elok saya ada kat opis temankan dia ye tak? baiknyer saya kan ;p

Malam ni ina kata nak mai umah. nak kasi ubat yang wawa kirim untuk cik mimi. semalam kan diorang tak jadik datang. so malam ni ina datang sorang. wawa cam besa malam rabu pi dating. huhu.. ubat tu untuk merancang keluarga. cik mimi tu kan kucing betina. harus la merancang. kang beranak tak sudah2 susah saya. sapa nak bertanggungjawab? nak mandulkan sian plak ngan dia. wawa tu rela hati je nak bedah2 cik mimi tu (wawa seorang vet). saya sian tu tak jugak. tapi nanti dia tak bersosial plak. duk umah je. tak best aa. huhu.. kucing pun harus bersosial tau. baru aa rwak! huhu..

Nak intai ira sat. dah siap belum dia wat laporan tu. kalau dah siap bleh aa saya balik. hoho.. dia dah pi solat pun. so dah siap aa tu. bleh aa balik dah. yey! saya balik dulu kawan2. tata..

Tuesday, July 14

Idea Merajuk

Memula bukak pc tadi hati berbunga2. dalam kepala banyak je nak citer. nak citer tu, nak citer ni. so mesti saya bleh buat banyak entry malam ni. tapi pas bukak pc wawa antar sms. cakap tak jadik nak mai umah malam ni. ingat nak makan kat luar ngan wawa n ina tadi. tapi tak per aa. pas bangun tido yang mamai2 tu saya pun rasa maleh gak nak kuar. masa sms wawa masuk dalam hati duk kata 'cancel!". hehe.. memang betoi pun. so after say ok to her saya gigih masak. lapo giler ni. tengahari tadi tak makan. masak simple2 je. janji bleh makan. oleh kerana tak jadik kuar gak saya jadik basuh kain. memang nak basuh malam ni coz bakul saya dah penuh. tapi bila wawa n ina ajak kuar kena aa cancel n bawak ke hari esok. ni tak jadik saya basuh gak la. sambil masak gigih gak basuh kain.

Sementara sayur atas dapur n kain dibasuh oleh mesin saya on plak iron. kena gosok baju maa.. esok keje. tak kan nak pakai baju tak gosok. malu la. kang orang cakap saya pemalas plak. orang ada anak deret2 sempat gosok baju. saya ni duk sorang2 pun maleh. huhu.. pas gosok baju solat maghrib plak. siap solat baru makan. tu pun dah 8.30 malam. lewatnya makan. tak bleh amalkan selalu ni. gemuk nanti. haha.. pas makan tengok tv sat. kasi nasik turun katanya.

Pas makan sidai baju plak. siap sidai baju ni baru nak sentuh pc balik. 10 minit kelu dan kaku depan pc. nak taip apa ni? mana idea2 yang banyak tadi? agaknya diorang majuk kot. lama sangat tunggu saya buat keje so diorang balik dulu. adoyai! abeh saya nak updated apa ni? eh2 entry ni je dah 3 perenggan. oklah ni kira updated aa gak kan. itulah sajer kawan2 entry merapu sayer menjadik suri rumah beberapa jam. hui! ni baru duk sorang. kalau dah kawen n ada anak deret2 mampu ke nak updated blog bersenang2 cam ni?

Monday, July 13

Saya Berjaya!

Yey! saya dah pandai bukak pulasan. huhu.. jangan gelak! serius saya memang tak pandai bukak pulasan. selama ni kalau makan pulasan mesti ada org tolong bukak kan. sebab tu saya tak penah makan pulasan lebih pada 2 bijik sebelum ni coz segan ngan tukang tolong bukak kan. tapi arini je saya dah makan 6 bijik! hehe... sedap..

Naper saya tak pandai bukak pulasan? sebab selama ni saya ingatkan kulit pulasan tu keras. tengok je aa duri2 dia tu. bukan lembut cam rambutan. keras semacam je. so saya ingat kulit pulasan keras aa. kang abeh jari jemari saya yang halus ni rosak. huhu.. betoi! saya memang pikir cam tu selama ni.

Abeh naper arini saya bleh bukak plak? sebab arini saya puasa. ira ada bawak banyak pulasan kat opis. so saya tak bleh nak makan kat opis tadi coz puasa. aritu lagi bila dia cakap nak balik kampung saya yang beria2 suh bawak balik pulasan. ira suh saya tapau makan masa bukak puasa. kira hikmah jugak la saya puasa arini. kalau tak sampai bebila saya takut nak bukak pulasan. ni dah duk umah sorang2 sapa nak tolong bukak kan. saya dah terpikir nak pakai pisau je tadi. but wait! apa kata saya try pulas. then bleh! suka2.. dan sekarang w/pun baru makan 6 bijik perut saya rasa nak meletup sebab tadi bukak puasa dah makan 2 mangkuk besar bubur nasik. tulunn..

Tak Suka Orang Sayang

Saya tak suka la nak sayang2 orang. sayang sket2 cukup. saya pun nak orang sayang saya sket2 je. tak yah nak lebih2 sebab saya takut nanti kalau orang tu dah tak sayang saya, saya sedey. ngan saya senang je. just perlu take care benda2 yang penting je. bagi saya tu adalah petunjuk kasih sayang. so ngan saya pun saya harap orang buat saya cam tu je. tak yah nak tunjukkan sayang yang berlebih2. nak take care lebih2. saya takut saya rimas n sampai satu tahap saya dah tak sayang ngan orang tu lagi sebab rimas ngan dia.

Saya suka benda2 simple n senang. tak menyusahkan diri sendiri n orang lain. apa yang saya buat saya nak orang2 sekeliling saya buat. apa yang saya tak suka so jangan buat sebab saya pun tak kan buat kat orang. cam citer sayang tadi. bagi saya sayang tu tak perlu nak lebih2. setiap jam kena call, kena msg, kena ucap i love u. wowowo.. rimas mak noks. sekali2 cukup aa. bagi saya kalau cam tu dah melebih2. cukup aa antara kita tau yang org tu sayang ngan kita. tak perlu nak tunjuk2 sangat. lelagi tunjuk2 kat org. ko ingat ko sorang ada orang sayang? huhu.. cukup la kita sama2 selesa bersama. tu dah cukup bagi saya. simple kan saya? hehe..

Yummy..!!

Dah lama teringin nak makan ayam panggang yang dimasak sendiri cam kat ataih ni. huuu.. sedapnyer. bila aa hasrat ni akan tercapai. banyak budjet kalau nak buat ayam panggang terbongkang cam tu. yelah kalau beli ayam je memang aa murah. tapi saya nak kena beli oben tau. umah saya mana der oben. huhu.. kumpul duit nak beli oben ni. nak masak ayam panggang cam robert rainford kat dalam afc tu. dapat oben cam chef robert dalam licence to grill tu peh! nikmat. hari2 saya masak grill je. sehat tu. haha.. tetiap ari duk tengok mamat tu masak benda2 yang dipanggang makin menjadi2 plak rasa nak try buat sendiri. ni yang jadik makin semangat nak beli oben ni.

p/s : image dari gugel

Sunday, July 12

Tukar Layout

Akhirnya selepas berpinar mata membaca coding2 serta baca pelbagai tutorial untuk cantikkan blog so saya dapat aa menukar layout blog saya ni. cantik tu tak la. but lain sket aa dari dulu. susunan still pakai 3 kolum. kolum2 kat sidebar tu saya dah buh kotak. nampak tersusun sket. background plak saya tukar gambar lain. bagi yang biasa ngan facebook saya, gambar ni gambar yang sama dengan gambar profile saya kat facebook. saya just edit sket buh add blog saya kat bawah tu.

Header pun saya tuko. maleh nak carik gambar lain so saya bantai je gambar yang jumpa kat dalam my picture kat laptop ni. edit sket lebih kurang. done! since laptop ni agak baru tak banyak sangat gambar. tapi kalau pc opis memang berlambak2 gambar. tapi nak updated layout blog kat opis cam tak baik plak kan. banyak keje nak buat. kang 1 hari tak buat keje duk menggodek blog je plak. anyway ni pun ok aa kot. kang bebila jemu saya tuko aa lagi.

p/s : Untuk yang selalu & rajin datang ke blog saya tq very2 much sebab sudi baca repekan2 saya kat sini. i Love u lah! huhu..

Gelagat Anak2 Tido

Tengah gigih mencantikkan blog. boring aa tengok layout tu je. so sempena hari jadi blog comel saya yang kedua 3 julai aritu saya ubah aa sket2 layout blog ni. ala.. sket je pun ubahnya. kasi nampak kelainan sket. asyik sama je. saya yang menengoknya tetiap arini bosan plak. huhu..

Bangun sat nak solat zohor tengok anak2 tu sedap n nyenyak betoi tido. seko kat atas katil. seko lagi kat bawah katil. mimi memang tak suka tido kat bawah. tak tau naper. sejuk kot. tapi dia tido atas katil tak cerewet. tak yah bukak kan kipas pun dia bleh tido. kadang2 tingkap tutup pun dia gigih tido atas katil. huhu.. tahan betoi. panas tu. kalau abang dulu memula tido atas katil. bila tutup kipas je dia terus turun bawah. panas!

Ni aa cik mimi. nyenyak betoi tido. saya duk kiss2 n tepuk2 perut dia pun dia senyap je. paling2 pun telinga je gerak. haha..

Ni plak cik jay. tido bawah katil. padahal saya tak penah plak marah dia kalau tido atas katil. kalau kat bilik antie dia bleh plak tido atas katil. terbengkok je. dia ni suka bawak diri kalau ngan saya. dia tau kot saya sayang cik mimi lebih. haha.. mana der. saya sayang dedua tau. kalau nak kasi makan mesti panggil yang seko lagi. saya kan adil. hehehe..

Mengalah

Macam biasa kalau malam cuti saya tido agak lewat. maklum aa esok cuti. so bleh aa bangun lewat kalau ngantuk esoknya. kalau tak pun bebila kalau ngantuk bleh tido suka2 hati. kalau time keje takde aa nak suka2 ati tido. pastu tido kat opis bukan selesa pun kan. so seperti biasa semalam saya duk depan tv ngan pintu bilik terbukak. tah apa2 citer semua duk bantai tengok. dalam kul 1 teringat tingkap bilik tak tutup lagi. so bangun untuk tutup tingkap kat dalam bilik.

Tengok2 cik mimi dah tido atas katil saya. duk tengah2 katil plak tu. huhu.. saya nak tido mana..

Maleh nak kacau cik mimi tido. akhirnya saya mengalah la. saya tido kat atas sofa je semalam. sedey. huk.. huk.. tu sebab arini cuti. kalau tak cuti saya dah angkat dia tido luar dah. saya tak suka orang or kucing or sewaktu dengannya kacau saya tido kalau esoknya keje sebab rasa tak pueh tido. lagi aa tido impit2 ngan cik mimi. kang tertindih ekor manjerit plak. haha..

Thursday, July 9

Andai Dapat Ku Undur Masa by AXL's

Ada orang kasi. so dengar je la. sedey tak der. dah lepas tempoh berpantang katanya. hehe..

Dalam usikku merajuk seketika
Laluku pergi meninggalkan dirimu
Tanpa ku duga
Lilin menjadi bara
Gurauanku jadi dilema prasangka

Kau menyangka aku pergi kerna dia
Yang tak pernah wujud dalam alam cinta
Belum sempat ku jernihkan suasana
Engkau pula yang hilang
Entah ke mana

Puas sudah ku mencari
Ku tinggalkan pesan
Ku kirimkan berita
Agar dapatku temui dirimu
Umpama sebutir permata yang sirna

Andai dapat
Ku undurkan putaran dunia
Inginku ubah semula kata
Dan tingkahlakuku yang salah
Agar kita dapat seiring
Di mercu asmara

Tak ingin lagi
Dan tak mahu lagi berpisah
Bukan dengan kerelaan hati
Penyesalan yang tiada kesudahan
Ku tersepit dalam jerat sendiri

ENJOY!

Wednesday, July 8

Jom Main Masak2

Arini kita main masak2 nak? selalu tgk org je buat citer masak2 kat dalam blog kan. arini saya aa plak nak buat. kali ni saya nak citer pasal masak lemak rebung. feberet saya ni. rebung ni saya beli masa kat cameron aritu. beli 4 ketul. ira ambek 3. saya satu je. tu pun duk ulang 2 kali masak. banyak seh!. so mari2 saya kasi resepi sket.

1. dah tentu2 rebung aa kan. kalau buh jantung pisang tak der aa namanya masak lemak rebung. huhu..
2. 4 bijik cili api. nak pedas buh aa banyak sket ye puan2..
3. 2 ulas bawang merah
4. sejemput ikan bilis
5. suku bijik santan kelapa. tak bleh makan lemak banyak2 kang gumuk!
6. secubit serbuk kunyit. kasi kaler sket. nak buh sirap pun bleh. kang merah aa gulai korang. huhu..
6. garam dan perasa. kang tak der rasa plak masakan korang.

Cara2 memasak nya paling senang di dunia lah. memula tumbuk cili api. dah lumat tumbuk plak ikan bilis ngan bawang merah. pastu bahan2 tumbukan tu campak je dalam piuk. buh santan dalam piuk tu. pastu campak plak rebung. buh kunyit. dah mengelegak buh plak garam ngan perasa. siap!

Tada.. mempersembahkan..

Rasa dia.. huh! terbaek wok.. haha.. cam mak masak.. kagum plak ngan diri sendiri.. huhu..

Farewel & Birthday Party

Petang tadi ada meeting seksyen. biasa aa kalau ada meeting seksyen mesti ada acara potong2 kek. sambut birthday la. tapi sebelum acara potong2 kek ada majlis farewel untuk cik timot ngan pn kama. dedua dah naik pangkat n telah tukar ke tempat lain. pn kama tukar seksyen je. still dalam jabatan yang sama. cik timot plak dah kuar dari jabatan. tapi still dalam satu kementerian.

All the best diucapkan untuk dedua adik saya ni. moga lebih sukses di tempat baru. tanda mata diberikan oleh my bos pada dua orang ni. pasni kena panggil puan aa kat korang. huhu..

Pastu baru buat acara potong2 kek. kali ni sambut birthday untuk 3 orang iaitu pn. kama, pn jun ngan en. lan. tapi en lan tak der. dia cuti2 mesia. so pn kama ngan pn jun je la yang potong kek kali ni. rasa kek? seperti biasa no komen coz saya tak suka makan kek!

Last Words From Michael's Daughter Paris @ the Staples Center

She said this.

"I just want to say... ever since I was born, Daddy has been the best father you can ever imagine. And I just wanted to say I love him. So much!"

p/s : sedey maa..!

Monday, July 6

Baju Raya

Korang dah beli baju raya? saya dah borong 7 pasang. haha.. ketawa jahat. tapi 1 untuk adik n 1 lagi untuk mak. so tinggal 5 pasang. tu pun adik cakap dia nak songlap sepasang lagi. tinggal 4 aa kot. kena beli lagi aa nampaknya ni. haha.. cepat nya saya belikan. bukan apa. saya ni nak kena tempah. tempah pada mak je. dia dah warning katanya ramai nak antar baju raya kat dia. kang lambat2 tak sempat siap plak baju saya. so saya beli aa cepat2.

Saya beli baju2 pasang ni kat nilai. pi ngan adik. pi tak sampai 2 jam pun. kata adik kena balik cepat. kang beli lagi banyak. hehe.. sebenarnya bukan aa niat nak pakai raya semua baju2 tu. saya beli untuk pakai pegi keje sebenarnya. dah banyak baju2 lama saya buang. so kena ganti aa balik ngan baju2 baru. so buat aa sekali untuk baju raya. kang kalau dah tak der baju raya kita sarung je aa baju yang banyak2 tu. hehe.. pandai tak saya.

Kasut Cute

Paksa diri untuk apdet ni.. maleh betoi nak updated sekarang ni. tak tau aa naper. bukan apdet blog je maleh. nak tgk email pun maleh. buat keje lagi aa. hahaha.. kita nak citer apa ek. ok pas belek2 dalam koleksi gambar2 dalam hp terjumpa gambar kasut cute ni.

Ada sapa2 berani pakai? cantik apa kasut ni. cute! saya suka. tapi bila pikir kalau beli nak pakai pi mana la plak. siap ada reben2 ngan bunga cute kat depan. tinggi gak. ada dalam 3 inci rasanya. saya jumpa kasut ni kat nichi alamanda. sajer suka2 sarung. cantik plak. klik! saya ambek gambar. hehe..

Feeling2 CT

Namanya pi cameron highlands kan. harus aa beli stoberi. dah ada stoberi harus aa cicah coklat. nak feeling2 ct nurhaliza aa katakan. hehe.. tapi memang sedap pun. saya suka makan stoberi cicah coklat. mana dapat coklat? hehe.. coklat banyak kat umah ni. stok2 bawak balik dari langkawi aritu la. banyak lagi kat umah ni. so tak yah bazir. kita guna apa yang ada je. kitaorg agak advance la. cicah stoberi pakai coklat toblarone. huhu..syedap!!

Friday, July 3

HaPPy 2nd AnNiVeRSaRy
mY bLoG..!!

Sejuk!

Balik sudah dari bertapa di tempat sejuk tu. apa saya buat? no no no.. bukan bercuti yer.. tapi pergi berjumpa dengan kawan2 sekufu. hehe.. tak moh aa citer pasal tu kan. ni nak citer pasal aktiviti menyelam dan terminum air. namanya pergi ke tempat tinggi harus aa pergi makan stoberi ngan minum teh yang nikmat tu.


Sampai2 je pickup lan ngan zairi terus ke ladang stoberi n kedai jual kaktus. serbey2 sambil ambek2 gambar then terus ke ladang teh cameron velley. nak jadik citer hujan plak. tapi best gak. minum teh panas sambil memerhatikan ladang teh yang saujana mana memandang. sambil2 kita selit2kan aa ngan aktiviti bergosip2. haha.. bila ujan dah renyai2 gagah turun ke ladang teh. nak gak ambek feel hollywood katanya. haha..


Aktiviti memetik stoberi kat ladang stoberi yang terletak di depan hotel je. harganya 1/2 kilo RM20 hengget. petik je aa banyak mana pun coz kalau lebih bayar je. dah namanya petik sendiri kan harus aa carik buah2 yang cantik, segar, merah n besar! sangat seronok mengutip buah di ladang stoberi tu. w/pun agak tidak berbaloi 1/2 kilo untuk rm20 tapi pengalaman menyeronokkan. bukan selalu dapat peluang jadik peladang anggur kan.

Sambil2 petik sambil2 masuk mulut gak. hehe.. antie tu cakap makan sebijik 2 tak per. tak der maknanya sebijik 2.. sorang 3 bijik makan. besar2 plak tu. hehe..

Abeh aktiviti petik stoberi macam biasa aktiviti memborong sayur2 n ubi-ubian. saya tak borong. lan ngan ira yang borong giler2. siap beli ubi keledek ngan jagung lagi. penuh tangan pegang plastik. ira beli bunga lagi. saya dapat sekuntum! gambar time soping tadek coz masing2 tangan penuh. tak bleh nak petik kamera. haha..

Wednesday, July 1

Bertapa

Away untuk pergi bertapa di sebuah kawasan tinggi yang sejuk.

jaga diri yer kawan2..