Thursday, February 19

Serabut Dengar Orang Bebel

Tadi tetiba teringat yang replacement untuk saya bekerja pada hari taipusam aritu belum dibuat. so naik atas untuk isi borang ganti cuti. selesai submit saya turun bawah. tetiba ada caller masuk. mau cakap dengan pegawai yang dah takder kat sini. pelik gak. tak kan aa caller tu tak tau yang pegawai tu dah takder kat sini. tetiba dia mention nama satu apartment. oo.. kes pegawai lama n saya sambung kejenya. patut aa dia tepon saya.

Caller ni memang penah call saya sebelum ni. dia penah call masa saya tido pun. marah betoi saya time tu. pastu pandai plak mintak maaf cakap ganggu waktu rehat. tapi cakap still tak benti2. tadi pun dia call lagi. 2 kali plak tu. memula call opis tak sampai 5 minit call hp plak. adeh! ni yang maleh kasi no hp kat orang ni. macam2 ngadu. nasib baik fail tu dah antar. bleh aa cover diri sket. dah aa semalam otak jem ngan pengadu kat melaka tu tak abeh lagi. dia bebel2 marahkan gov. macam2. sakit otak saya. arini ada plak lagi orang bebel2. so memang patut aa saya cuti esok. so selamat bercuti untuk saya. yey!

Sekali Ini Saja - Glenn Fredly

bersamamu kulewati
lebih dari seribu malam
bersamamu yang kumau
namun kenyataannya tak sejalan
tuhan bila masih ku diberi kesempatan
izinkan aku untuk mencintanya
namun bila waktuku telah habis dengannya
biar cinta hidup sekali ni saja

tak sanggup bila harus jujur
hidup tanpa hembusan nafasnya

tuhan bila waktu dapat kuputar kembali
sekali lagi untuk mencintanya
namun bila waktuku telah habis dengannya
biarkan cinta ini, biarkan cinta ini
hidup untuk sekali ini saja

P/s : siapa yang pasan, ini lagu tema drama bersiri indonesia isteri untuk suamiku

Ziarah Keluarga Angkat

Semalam pas abeh menyiasat kat klemak sajer aa menghalakan kete ke masjid tanah. konon2 nak pi melawat mak angkat kat kg sri tanjung. dulu masa study saya pernah duk ngan diorang ni buat RTD masjid tanah. dah lama beno tak datang ke rumah mak angkat saya ni. dekat 5 tahun dah. sesat2 gak aa nak mencari umahnya. dekat 5 kali buat u-turn. sampai dah give up n rasa nak balik je. setelah bersesat larat akhir saya sampai ke rumah mak angkat saya ni.

Kampung sri tanjung ni adalah salah satu homestay kat alor gajah ni. rumah diorang semua cantik2. rumah2 tradisi orang2 melaka. berbumbung tinggi. cik hajar pueh menjamu mata tengok rumah2 kat kampung sri tanjung ni. masa saya berhomestay di kampung ni dulu kampung ni tengah menang kampung tercantik kat malaysia. banyak banner2 tergantung kat pintu gerbang kampung ni. kampung ni tak der aa besar sangat. kampung pinggir pekan kata orang.

Ni aa umah mak angkat saya. cantik kan. sangat tradisi all. berdebar2 gak masa sampai umah ni. satunya takut salah umah (tapi rasa dah betoi dah). duanya takut diorang dah tak kenal ngan saya. dari jauh dah nampak mak saya berjalan ke pintu utama. lepas beri salam n nampak saya riuh mulutnya cakap "orang jauh mimpi.. datang umah kita" hehe.. perli lah tu. mentang2 a saya dah lama tak datang. pastu dia peluk saya cam tak nak lepas tu. katanya ingat saya dah lupa pada diorang. sedih plak rasa.

Dan2 tu terus dia suh cucu dia call ibu budak tu kat opis cakap saya datang. exited betoi mak saya tu. pastu bermula aa sesi penceritaan. mak saya ni kalau dapat bercerita tak bleh benti. macam2 dia citer. orang tu dah meninggal, orang tu dah kawen, orang tu dah turun pangkat. semua dia citer ngan saya. saya layan kan je lah. dalam kul 5.30 cam tu kakak ngan abang angkat saya balik. lagi sekali kena perli cakap orang jauh mimpi.

Lepas berborak bagai nak rak dalam 6.30 cam tu saya bertolak aa balik. kak ani ngan abg man suh saya tido umah diorang. alahai tak dapat aa. saya keje. alhamdulilah satu family tu sihat walafiat. insyallah ada masa nanti saya lawat aa diorang lagi.

p/s:
Saya suh mak carikan jodoh
mak tanya kalau inspektor polis masuk minang nak terima ke? (abg man keje polis)
kata saya : ada ke?
semua pakat gelak hehe..

Kek Birthday

Semalam saya takder kat opis. pegi menyiasat ke melaka. dan semalam gak diorang wat birthday party kat opis. iskk.. rugi saya tak der. nasib baik ada yang baik ati simpankan kek untuk saya yang tak der kat opis semalam.

Ni aa kek birthday semalam. macam biasa kek coklat. w/pun saya ni tak makan sangat kek coklat (eh bukan semua kek saya tak suka ke?) dapat rasa kek pun oklah kan. bukan nak makan sangat sebenarnya. sajer gatai2. Happy Birthday To Me.. w/pun dah dekat sebulan berlalu.

Monday, February 16

TQVM

Rupanya ada gak orang baca blog mengarut saya ni. first time saya dapat 6 reader dalam satu masa ni. sapa aa orang2 tu ek. terima kasih aa sebab sudi baca blog mengarut saya ni. kalau ada yang konfius dan tak baper paham tu buat2 aa paham je. huhu..

Tetiba rasa nak check kat nuffnang saper aa reader saya ni. huh! ada yang datang dari US, brazil n vanezuela tu. paham ke diorang bahasa melayu? apa pun TQ aa sebab sudi singgah. muahhhhhh kat korang. huhu..

Hutang Wajib Dibayar Yer Kawan2..Huk Huk..

Syiok..!! *sengih *sengih n *sengih lagi.. hutang sudah abeh bayar.. sebenarnya saya dah abeh bayar bulan 12 tahun lepas lagi tapi tiap kali nak bukak website mara dok tak bleh je.. tengah updated apa tah.. arini tetiba rasa nak bukak. then bleh plak. sajer aa jaja dalam blog ni. tak der niat apa2 tau. huhu..

Tag Lagi

Tag Oleh Elcy

RuLes & ReGuLaTioNs.:.

1. Do not copy the answers.
2. The tag questions must be 100% same.
3. Tag people after doing the tag.
4. No tagging back..:.

Eija is tagging these people:
#1 Dee
#2 Cyn
#3 Jalil
#4 Iryd
#5 Cik Amani
#6 Bob
#7 Garam
#8 Otai
#9 Ijam
#10 Hajar


How do you know 1?
~♥ Adik saya.. apa plak tak kenalnya..

What would you do if you never met 2?
~♥ Bertambah bahagia. haha..

What would you do if 3 & 4 dated you?
~♥ Suh banjer makan, tengok wayang, beli baju, beli jeans, beli peti ais, beli mesin basuh.. haha..

Would 5 & 6 make a good couple?
~♥ No..!! hihi..

Do you think 7 is attractive?
~♥ May be

Do you know anything about 8's family?
~♥ Hmmm... Dok Tau..

Tell me something about 9.
~♥ Kawan yang baik

What language does 2 speak?
~♥ Melayu, ngan kekadang cakap sabah ngan family dia

Who is 3 going out with?
~♥ Entah.. ngan cik jururawat kot. huhu..

How old is 4?
~♥ 26

Who is 6's favourite singer?
~♥ Tak tau.. yang tau dia suka lagu hindustan..:)

Would you date 7?
~♥ May be

Is 10 single?
~♥ Nope! dia dah kawen

What is 9's last name?
~♥ Bahari nama bapaknyer..

Would you consider being in a relationship with 1?
~♥ Memang dah ada relation pun

Which school does 2 go to?
~♥ Sekolah menengah ....

What do you like about 3?
~♥ Tak suka pun.. hehe..

Nak Tag orang yang sama cam tag di bawah. terima kasih..

First Letter Tag

Macam biasa kena tag ngan elcy. pueh pikir. dari ari jumaat aritu lagi. siap mintak tolong bebudak opis lagi. hehe.. kira halal lah ek.. otak saya ni semenjak 2 menjak ni jam nak pikir benda complicated2 ni..

Rules:

It's harder than it looks! Copy to your own note, erase my answers, enter yours, and tag 10 people. Use the first letter of your name to answer each of the following questions. They have to be real...nothing made up! If the person before you had the same first initial, you must use different answers. You cannot use any word twice and you can't use your name for the boy/girl name question.

1. What is your name?: Halijah

2. A four letter word: Hali

3. A boy's name: Hazrul

4. A girl's name: Halina

5. An occupation: Help PO

6. A color: Hijau

7. Something you wear: Handbag

8. A food: Halwa betik

9. Something found in the bathroom: Handyplast

10. A place: Hutan

11. A reason for being late: Hmm.. (tiru elcy hehe..)

12. Something you shout: Hoi!!

13. A movie title: Histeria

14. Something you drink: Honeydew

15. A musical group: Hujan

16. A street name: Hmm.. (tak terpikir..)

17. A type of car: Honda Jazz

19. A verb: Hantar

Nak buat otak cyn, dee n jalil plak jam cam otak saya. selamat mencuba yer kawan2. haha..

Thursday, February 12

Siri Bercakap2 Dengan Robot

Semalam eh semalam ke? tah la.. ilang ingatan sat bila masanya. saya ngan cyn borak2 pasal insuran. citer2 pasal ada tunggakan kat insuran cyn yang tak terbayar. tak der duit dalam akuan aa maksudnya tu kan. maknanya paham2 je lah ek. saya ngan cyn ambek insuran yang sama n dengan orang yang sama. tapi sebab dia kaya sket dia bayar banyak sket dari saya. haha.. cyn citer dia tetiap tahun dapat penyata insuran. tapi naper saya tak dapat ek? insuran alamat mana pun tak ingat dah. hehe.. nak kena bukak polisi balik ni baca.

Sat tadi try aa bukak website insuran tu. ayak! tak membantu langsung. tah apa2 tah diorang tulis dalam tu. lain kali wat aa website yang membantu orang2 yang perlukan bantuan macam saya ni. saya just nak check if saya pun ada tunggakan cam cyn. sebab cyn cakap tunggakan kena pi bayar kat opis insuran tu. dia tak kan potong dari bank cam selalu dah. kang jadik apa2 kat saya sebab ada tunggakan yang saya tak pasan tu tak pasal2 tak bleh claim plak kan. salahkan saya jugak. padahal diorang buat web site yang langsung tak membantu.

Pastu ambek aa no. phone kat dalam website tu. cam biasa aa operator yang jawab. tekan 1, tekan 2, tekan itu, tekan ini macam2 aa nak kena tekan. last sekali tekan 0 untuk bercakap dengan operator bertugas. hampeh! dekat 10 minit saya dengar lagu insuran tu langsung tak der yang angkat. mana pegi semua orang? ke memang tak der orang keje? saya duk ingat2 kot2 arini cuti ke tapi tak plak. lalu gi mana nih?

Tuesday, February 10

Mau Beli Laptop Pink..

Sejak 2 3 menjak ni giler menengok laptop kaler2 ni. memang aa hajat nak beli laptop pun tapi sebelum ni tak penah plak rasa nak beli yang kaler2. tetiba tengok kat blog linda onn aritu dia kasi adiah kat kakak dia laptop pink terus rasa nak beli laptop kaler2. ingat nak beli laptop kaler pink aa. mesti jalil jeles pas ni. haha.. ko ada kamera je kaler pink. aku ada laptop tau kaler pink. huhu..

Ahad aritu lepas balik dari kenduri cik liana kat pantai dalam terus pecut ke shah alam. hp saya buat hal lagi. tah la. dah 2 kali buat hal ni. nasib baik aa dalam warantty. kalau dah abeh warranty dia dah lama saya campak je dalam sungai klang tu n beli je hp baru. saya kan tak suka masalah2 ni. semua masalah nak settlekan dengan cara paling senang di dunia je. huhu..

lepas antar hp sajer survey2 laptop. tapi sambil2 lalu je sebab ina dah beli barang yang agak berat. dia beli pasu untuk adiah birthday mak dia. sian plak saya nak suh dia mengusung benda alah tu ke sana ke mari. dalam perjalanan balik tetiba ternampak satu laptop kaler merah. sangat cantik! saya kan memang tengah giler ngan laptop kaler2 ni. asyik hitam je kan. tak mencabar minda betoi la kaler2 itam ni. huhu.. lupa diri punya olang.

Laptop yang saya tengok tu lebih kurang kaler cam ni ni.. terus terbenti kat situ. yang amoi tu promote baik punya. nasib baik ina ada. kalau dah mesti saya dah beli semalam. ina suh saya check dulu spec kat internet. sebab dell kita bleh beli online je. siap delivery lagi.

Nasib baik tak beli semalam. dengan spec yang lebih kurang sama kalau online saya akan untung dalam RM400. ada kaler macam2 lagi. hijau dengan kuning tu pun cantik kan. ayohh.. sudah kelabu mata lah. ingat mau tengok2 kat low yat plak lah. bila mau pegi ni? cik dee meh aa mai kl. kita bersuka sukaan di low yat plak. kata mau beli hp baru. huhu..

Wednesday, February 4

Orang Tu Kan..

Rehat kul 1 tadi ada aa orang tu kan dia call kita. dah lama dia tak call kita. katanya dia ilangkan no. phone kita. ooo.. no tepon org lain simpan. no tepon kita awak buang ek. tak per2 nanti satu ari kita balas dendam kat awak. ingat tu. huhu.. dia ni kalau call kita mesti tanya bila nak ada citer dia dalam blog comey kita ni. tiap kali call mesti tanya soalan yang sama. so arini kita letak lah citer pasal awak ek. cam ner? pueh ati? tapi kita yang tak pueh hati ni. kita nak letak gambar orang tu tak kasi. katanya malu org tengok. 'keep as personal" katanya. haha.. lagi orang tak kasi lagi aa kita nak letak ni.

Dia ni orang nyer pemalu. ye ke? berlakun je kot. haha.. saya suka ngusik dia. tadi tetiba dia antar gambar kat kita. dia mimpi bulan gerhana kot semalam. sebab tu tetiba antar gambar terbaru dia kat kita. rugi kita tercakap nak letak kat blog tadi. kalau tak memang kita letak. tapi oleh kerana kitaorg ada perjanjian kalau kita tak letak gambar dia, dia nak kasi kita something so kita tak jadik aa letak. kata orang tu jangan mintak duit je. so kita tak mintak aa duit. tapi kita akan mintak benda lain. kita belum abeh pikir lagi tau. nanti kita dah pikir nak mintak apa kita cakap ek. tungguu..

Peace My Pren..!! oleh kerana nak gak letak gambar n tak bleh letak gambar orang tu so kita jaja lah gambar sendiri. ok kan? ok laaa.. huhu..

Mati Tak Makan

Balik dari menghantar borang keluar untuk pi meeting kat melaka isnin nanti (ayoo..putrajaya cuti thaipusam, saya kena pi keje plak) teringat yang saya tak makan lagi. tetiba je rasa lapo. masuk2 je terus cakap,

"La.. aku tak makan lagi tengahari ni, mati plak kang" kata saya sambil berlawak.

tetiba adie anak buah saya bersuara "nak mati kat umah tau, jangan mati kat opis ni"

"a'ah ek, kang berantu plak opis ni kan" jawab saya sambil gelak2.

moralnya adie takut ngan antu. hehehe..

Birthday Di Bulan Hijrah

Rupanya sedar tak sedar arini dah 8 safar 1430 hijrah. safar bulan kedua hijrah tau. mula muharam n akhir dengan zulhijjah. naper tetiba citer pasal bulan safar ni? dalam bulan safar ni saya akan sambut satu lagi hari jadi. dalam bulan islam saya lahir 21 safar. sama ngan tahun masehi saya lahir 21hb gak iaitu 21 jan. agaknya 21 tu no. bertuah saya kot. huhu..tahun ni 21 safar adalah 17 februari 2009. ada beberapa hari lagi je lagi. mak cakap 21 safar tahun ni umur saya cukup 31 tahun. sudah tua maa..

Oleh kerana 1 muharam (tahun baru islam), 1 jan (tahun baru masehi) ngan 21 jan (birthday saya) aritu saya tak berazam apa2 cam orang lain so saya nak letakkan azam saya sempena 21 safar nanti. sebenarnya saya ni tak penah berazam apa2 pun. ikut je apa yang ditakdirkan. boleh gitu. haha.. pasrah lah konon. tak der aa. ada aa berazam. tapi niat dalam hati je. tak der aa nak war2 kan. kali ni sempena birthday ke 30 (tahun masehi) n 31 (tahun hijrah) buat aa kelainan sket kan. ni antara azam2 yang entah boleh capai ke tak. harap2 capai lah ek.

1. Saya nak jadik yang baik2 je tahun ni. carik keje yang lagi baik, jadik anak yang baik, kawan yang baik, kakak yang baik, dapat jodoh yang baik n semua baik la. dan paling penting baik pada diri sendiri, lebihkan diri sendiri dari orang lain. huhu.. ni cam dah pentingkan diri sendiri plak. harap jugak dapat buat semua perkara2 baik lain seperti solat di awal waktu, bayar zakat pendapatan n zakat simpanan (mak dah bising2.. tak larat nak dengar), buat korban raya haji tahun ni, nak belajo ngaji kasi lancar dan pandai lagi.

2. Saya gak berazam nak beli kete tahun ni. eh tahun ni ke? bukan tahun depan? lebih kurang aa tu. mak kata beli kete yang biasa2 je. setakat senang nak pi keje balik keje n balik kg je. tak payah aa nak riak2. cukup sekadar keperluan. so untuk menjadi anak yang baik pada ibu bapa saya kena ikut cakap mak beli kete sekadar keperluan n kemampuan sajer. tak der aa kete2 besar all..huhu..

3. Saya jugak berazam habis habisan untuk menyimpan uwang tahun ni. sonok tengok uwang makin bertambah2 dalam bank itu. kena kumpul sekali ganda dari yang ada tahun ini coz uwang yang ada sekarang akan digunakan untuk down payment kete pada tahun hadapan. berazam nak bayar kete bulan2 ciput. huhu..

4. Saya berazam nak beli laptop tahun ni. nak beli kaler pink. huhu.. masa birthday (21 jan) saya mintak kat semua orang, semua tak moh kasik. so saya berazam nak beli sendiri. kena kumpul duit banyak2 cam ni. kalau dah beli laptop perlu lah ada broadband nya kan. abeh aa saya idup di dunia maya je pas ni. huhu..

5. Paling penting saya berazam mau kawen tahun ni. sapa2 mau kawen ngan saya? beratur ek.. isi borang dulu. syarat tak banyak n senang je. kena jaga solat, ada keje tetap, baik, cerdik n terima saya n family saya seadanya. ada yang berminat? email crisda79@yahoo.com. huhu..

Mencanak2

Setelah sekian lama tak timbang berat badan rupanya berat badan saya makin naik. ayo2.. dalam masa 2 hari je bleh naik sampai 200gram. macam mana ni all. takut aa gemuk. haa.. tu lah. dulu nak gemuk sangat. sekarang dah gemuk nak kurus plak. tak tau bersyukur betoi kan saya ni. patut aa bila saya jumpa orang yang dah lama saya jumpa semua cakap saya makin gemuk. memang saya gemuk rupanya. kena diet ni. jangan kasi naik sampai 50kg. takut betoi tengok no. 50 tu. lepas ni kena makan buah je hari2. masalahnya boleh ke? sarap pagi tadi je dah makan 2 keping roti canai. ni baru kul 10.30 pagi dah lapo balik. cam ner mau diet ni..

I Love U Om

Semalam pi melaka. macam biasa aa pegi menyiasat. tak abeh2 menyiasat kan. abeh dah kejenya menyiasat. tak kan nak membajak sawah plak kan. huhu.. ni sebenarnya bukan nak citer pasal menyiasat. ni nak citer pasal satu film indonesia kat kirana yang saya ngan cyn tengok semalam. tajuk dia i love u om. ramai saya rasa yang dah penah tengok citer ni. citer pasal budak umur 12 tahun jatuh cinta ngan seorang pak cik. tapi bukan aa pak cik umur 50 tahun. umur dalam 30an kot. pak cik aa pada budak umur 12 tahun kan. pada saya memang aa sebaya je. haha.. (sedar umur dah tua)

Bukan aa nak jadik pengkritik film tapi saya nak citer pasal perasaan budak tu. yang bestnya pakcik tu ngaku ngan emak budak tu dia memang jatuh cinta ngan budak tu. yang pak cik tu saya caya la. masalahnya yang budak tu. betul ke dia bebetoi jatuh cinta ngan pak cik tu? or dia just sayang macam sayang anak pada ayahnya? yelahkan budak tu tak der ayah. pakcik tu sangat rapat ngan dia. so lahir lah 'rasa' yang saya sendiri tak reti nak tafsir. konfius betoi.

Kata cyn memang budak2 baru nak naik cam budak tu akan mengalami perasaan cam tu. saya bersetuju dengan kenyataan cam tu w/pun saya tak penah alaminya. may be pakcik2 zaman saya dulu tak menarik kot. sebab tu saya tak jatuh cinta ngan diorang. haha.. saya tengok masa saya sekolah rendah dulu ramai kawan2 saya cam tu. so may be betoi lah kan cinta budak tu. bezanya kes kawan2 saya tu orang yang dicintai tak tau. diorang je syiok sendiri. dan yang ni orang yang dicintai tahu n pun punya perasaan yang sama.

Tak dinafikan perasaan tu kita tak bleh nak jangka kan. satu lagi yang saya terpikir kalau betoi lah budak tu jatuh cinta kan, macam mana budak tu handle diri bila orang yang dicintai tak balas cinta dia. sebab dalam citer tu pak cik tu mati accident. kesian plak saya tengok dia meraung2 masa pakcik tu mati. macam real je. pandai betoi budak tu berlakun. saya pun hampir terpedaya. haha.. dia marahkan pakcik tu sebab takut nak mencintai dia. ayo2 dah macam orang dewasa betoi la. yelah kan. kita yang dewasa ni pun rasa cam nak mati bila putus cinta. macam mana dengan budak umur 12 tahun? mari kita pikirkan ramai2..

Buang Baju

Sebelum balik kampung aritu saya belek2 baju2 pasang saya yang ada dalam almari. banyaknya baju kurung saya. macam nak patah dah besi penyangkut tu saya tengok. nak kena buang separuh ni. tapi sayangnya lah. sebab baju2 tu semua bleh pakai lagi. sambil belek2 saya termenung duk tengok baju2 tu. rupanya ada baju masa diploma dulu saya masih pakai sampai sekarang. wah nampaknya badan saya tak der aa baik banyak kan. ke mak memang buat kat saya baju besar2. huhu.. jangan cepat perasan yer. baju memang aa muat tapi kainnya dah ketat. lagi2 tang punggung. tak sedar2 ke dah gemuk. huhu..

So sebelum tambah lagi baju baru baik saya buangkan baju2 yang dah lama2 tu. eh saya abeh dip bila ek? tahun 2000.. mak oii! dah dekat 10 tahun masih pakai lagi baju tu? agaknya saya basuh pakai breeze color kot. sebab tu kaler dia nampak menarik je. tak pudar2 haha.. pegang yang ni sayang.. pegang yang tu sayang.. alamak nak buang baju mana ni? tak bleh.. tak bleh kali ni kena kuatkan hati. carik mana baju2 yang saya guna time dip semua keluarkan. akhirnya saya keluarkan 7 pasang baju. bungkus2 terus masuk dalam paper bag. tak moh tengok dah. kang duk belek2 tetiba dia masuk balik dalam almari kang. haha..

Aritu kat kampung mak tanya

"baju apa banyak2 dalam bag ni?"

"baju tu tak bleh pakai dah kainnya, ketat!" jawab saya.

"kalau rajin bukak aku jahitkan, aku maleh nak bukakkan" sambung mak plak.

"tak der nak bukak2nya. nak buang je tu, dah lama baju2 tu, dari lepas diploma dulu pun ada" jawab saya semula.

Ayooo.. mak ada hati nak besarkan baju2 tu plak. kang kalau saya bukak mak plak pegi besarkan alamat dia masuk balik aa dalam almari saya. tak moh aa. pejam mata masukkan bawah almari. dah tak nampak. haha..

Kucing Makan Batu

Lama dah all tak updated blog. bukan maleh tapi bz sesangat. tak lekat kat opis ni. bz menyiasat. haha.. jangan musykil2.. bukan siasat orang mati kena bunuh pun. sempena cuti hari wilayah aritu saya balik aa kampung. dah lebih sebulan tak balik. cuti raya cina aritu tak balik kg. mak plak datang sini. pi menziarah pak cik saya yang baru baik sakitnya.

Macam biasa bila dah balik kampung tu mesti aa jumpa cik ain ni. dan macam biasa cik ain akan menunjukkan perkara2 pelik bila saya melayan nya. ahad aritu saya nampak cik ain main2 ngan anak buahnya kat depan umah dia. saya panggil dia datang umah saya. dia pun datang aa dengan terkedek2nya. sekarang dah pandai cakap 'tak yah'. mintak apa2 semua tak yah. kelakar aa cik ain ni. sekarang jugak dah tak takut ngan 'miau'. abeh 'miau' tu dilanyak2nya. yang si miau diam menderita je. haha..

Kali ni cik ain telah menunjukkan skillnya memberi miau makan batu..

Memula cik ain kutip batu2 dan letakkan atas kertas untuk kasi miau makan. sebab sebelum tu cik ain bagi miau makan kerepok atas kertas tu dia makan. so cik ain assume miau nak makan batu jugak atas kertas tu.

Cik ain tengah memaksa miau makan batu2 yang cik ain kutip. makan2.. katanya.

Hmm.. agaknya miau tak nak makan dalam kertas dah kot. so cik ain masukkan batu2 tu dalam gayung.

Sekali lagi cik ain memaksa miau makan batu yang telah diletakkan dalam gayung. tapi miau tetap tak nak makan.

Muka berlagak sebab berjaya berlaku kijam terhadap miau.. haha..