Wednesday, November 26

Maaf Saya Bz Menyiasat Dan Tak Sempat Nak Memblog..

Rindunya nak menulis kat sini korang..!!

bz no aku 2 minggu ni..

mula isnin 24hb aku kena pi MPK

selasa 25hb ada 3 percakapan saksi

rabu 26hb pagi kena pi PTG antar ip, petang ada meeting bengkel

khamis 27hb ada meeting pekeliling ngan PTG negeri, aku kena present uwaa...

jumaat 28hb ada meeting SKT..

sabtu 29hb may be balik kg tgk mak

ahad 30hb kena bertolak pi jb ada bengkel sampai selasa 2hb

rabu 3hb kena pi MPK lagi

khamis 4hb ada percakapan saksi lagi.

jumaat 5hb baru free..

bila masa aku nak menulis kat sini ni..

isk.. iskk.. sila lah kesian kat saya yer korang..

Tapi pastu tu balas dendam.. cuti raya seminggu..yahoo..!! (sambil jalan lonjak2) :p

Friday, November 21

Kena Tag Lagi

Kena lagi. Pn. elcy ni suka no mengetag saya. maleh nak buat sebenarnya. maleh nak mencari gambar2 kete tu. tapi pn. elcy punya pasal saya buat aa gak.

Here are the rules:-
1. The title of your entry must be "My 7 Dream Cars". ( T_T )
2. Add a link to the person who tagged you.
3. List your 7 dream cars [preferably with pics of those cars]. ( T_T )
4. Tag at least 7 other bloggers.

So, here's the list of my dream cars :-

1. Honda Jazz

2. Perodua Myvi

3. Honda CRV

4. Mitshubishi Storm

5. Hyundai Accent

6. Suzuki Swift

7. Hummer
Huhu..dapat ka tu.. saya sangat suka lah ngan gambar myvi tu. kalau aa dapat myvi cam tu. err..ada ke jual yang sebijik cam tu kat kedai? hehe..

nak tag

1. cyn
2. dee
3. cik amani

kalau rajin buat aa ek..:)

Qaseh


Wan baru antar gambar anak dia si qaseh. tembam nya.. kata wan anak dia ikut muka dia. tak der mana nyer lah. "anak ko mata bulat. ko kan mata sepet" sambung saya. cute kan si qaseh ni. bila lah nak jumpa agaknya. harap2 dapat jumpa masa pi jb nanti.

Thursday, November 20

Menyerang Semula

Dah seminggu batuk saya ni tak baik2. ubat dah abeh sebotol dah. kena pi klinik gak nampaknya. kata cyn saya kena makan antibiotik baru bleh baik. so semalam pas maghrib saya pi aa klinik hanita. jumpa ngan doktor apa tah nama dia. doktor baru rasanya sebab sebelum ni tak penah nampak pun. senyum je bila cakap. baik betul. cam biasa dia tanya,

dr : apa kabar? (sambil senyum ceria)
saya : baik (sambil balas senyum), emm..saya batuk (senyum lagi)

Sambil belek kad laporan saya yang ada atas meja katanya "last bulan ogos aritu pun batuk jugak kan" saya angguk kepala.

"ok pusing belakang" katanya sambil ambek stateskop (betul ke ejaan ni?) "sorry ye" katanya sambil suruh saya tarik nafas.

Sambil senyum dia tanya "ada asma ye?"

"Dulu kecik2 memang ada, tapi sekarang cam dah tak der" jawab saya. "sebab sekarang kalau saya lari ke apa ke tak der aa tercungap2 pun. setahu saya asma tak bleh hilang kan doktor? " saya tanya.

"Asma ni akan hilang dengan sendirinya dalam masa 8 - 10 tahun. tapi kadang2 dia akan datang balik selalunya bila mengandung or kita stress" terang doktor tu panjang lebar juga sambil senyum.

"Orang yang ada asma ni biasanya kahak dia pekat. so orang yang ada asma ni tak bleh makan ubat selesema sebab ubat selesema akan memekatkan kahak" terangnya lagi.

"Ooo..patutnya kalau saya batuk saya rasa kahak saya pekat" kata saya. "that y la.." jawab doktor sambil senyum.

"Oklah saya bagi ubat batuk, antibiotik, ubat mencairkan kahak ngan ubat demam yer" doktor kasi deskripsi kat saya.

"Ubat demam?" tanya saya. "Saya demam ke doktor?"

Doktor tu check suhu badan saya kat telinga. sambil geleng dia cakap "awak tak demam tapi ubat demam tu just in case kalau awak demam nanti" terangnya.

Lepas ambek ubat saya pun balik. sampai umah makan sup pastu makan ubat. setengah jam mata dah tak bleh bukak so tido. good night!

Monday, November 17

Namanya Takder Keje Kan..

Dah lama tak updated. semangat untuk updated tak der aa. saya batuk ni. tak der mood nak wat keje. jangan kata wat keje. nak bercakap pun maleh. suara ala2 ella dah ni. cakap sket batuk, cakap sket batuk. so jangan cakap lagi baik. batuk ni mengingatkan saya bahawa saya dah tua. dah tak larat nak berembun memalam lagi. tak paham? ala..tak yah paham la. tak penting pun..

Saya tak tau naper saya masukkan gambar ni. konon2 artistik la. sebenarnya tak sengaja ambek gambar ni. tapi bila dah bukak cantik plak. so sajer aa tampal kat sini. namanya tak der keje kan.

Friday, November 14

Akim Yang Mengkagumkan

Via sms "Ko dapat baper upsr?"

"Skit je. 4A 1B. Yg B 2 sains". via sms by Akim

Terkagum saya bila dapat msg tu. hebat gak mamat ni. tak penah plak saya tengok dia study beriyer2. yang saya tau dia sangat selalu ke sana sini mewakili sekolah dalam sukan bola sepaknya. sampai wakil daerah tu. so hari2 nyer sangat padat dengan latihan bola sepak. tiba2 bleh dapat keputusan yang cemerlang. kagum gue.

Terus saya msg adik2.

dee via sms kata "Pergh..Sgt hebat! tahap aku tu.."

"Ye? Cane nak ucap tahniah kat dia ni? Dia guna no ari tu kan?" kim via sms.

Bukan saya sorang je kagum tau. kitaorg semua kagum. apa pun tahniah aa kat akim. kata mak dia tak nak sekolah asrama plak. "mak antar pi sekolah asrama aku balik.." ayo mamat ni. ngada2 betoi!
Ramai2 ucapkan tahniah untuk Akim..!! bravo.. bravo..

Gambar cilok dari blog dee.

Tuesday, November 11

Dapat Cita2 Baru

Seorang anak buah kat opis tiba2 mintak kebenaran untuk copy artikel kat blog saya untuk simpanannya. pastu dia tanya,

anak buah : artikel tu akak tulis sendiri ke?
mak buah : artikel yang mana?
anak buah : tak ingat, just baca sekali lalu je aritu?
mak buah : artikel dalam blog tu banyak, ada yang akak buat sendiri n ada yang copy je.

Oleh itu kitaorg sama2 mencari artikel yang dimaksudkan. rupanya artikel yang dimaksudkan adalah artikel bulan 10 ari tu. artikel 1 tajuknya menolak yang terbaik n artikel 2 adalah bila rasaku ini rasamu. kedua2 citer tu memang saya tulis sendiri. hasil gabungan idea sendiri, pengalaman sendiri dan kawan2 n pembacaan.

anak buah : akak tulis sendiri ke artikel tu?
mak buah : yup, tulis sendiri
anak buah : terer aa akak, bleh tulis artikel cam tu.
mak buah : (bangga kejap) ala..citer2 tu kan akak dah citer kat ko
anak buah : memang la, saya nak simpan lah artikel ni
mak buah : nak simpan kat mana?
anak buah : simpan dalam diari, buat peringatan pada diri sendiri. bagus tu, saya dah promote kat adik saya dah.

huhu..bangga den kojap. ada gak yang menghargai tulisan saya yang merapu2 tu rupanya. oleh itu cita2 nak jadik penulis boleh diteruskan lah cam ni.

Tengah2 check keputusan exam aritu cyn datang. katanya nak pinjam manual KTN. tiba2 je terjenguk kat belakang saya.

saya : semua gagal..semua gagal.. macam mana nak jadik PTD ni
cyn : (sambil gelak2) ko tak dilahirkan untuk jadik PTD aa kak ija.
saya : tu aa pasal. aku rasa aku dilahirkan untuk jadik penulis lah.

Hahahaha..sakit perut kitaorg gelak. dah dapat cita2 baru ni bleh aa mula menulis. may be boleh mulakan dengan 1 ayat sehari lah kot. err.. 1 ayat satu hari? bila novel saya ni nak siap ek? sabo je lah. hehe..

Monday, November 10

Istidraj

Apa tu Istidraj?

Ianya adalah pemberian nikmat Allah kepada manusia yang mana pemberian itu tidak diredhaiNya. Inilah yang dinamakan istidraj.

Rasullulah s. a. w. bersabda "Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat (durhaka),ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT."(Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi)

Tetapi, manusia yang durhaka dan sering berbuat maksiat yang terkeliru dengan pemikirannya merasakan bahawa nikmat yang telah datang kepadanya adalah kerana Allah berserta dan kasih dengan perbuatan maksiat mereka. Masih ada juga orang ragu-ragu, kerana kalau kita hendak dapat kebahagian di dunia dan akhirat kita mesti ikut jejak langkah Rasullulah saw dan berpegang teguh pada agama Islam.

Tetapi bagaimana dengan ada orang yang sembahyang 5 waktu sehari semalam, bangun tengah malam bertahajjud, puasa bukan di bulan Ramadhan sahaja, bahkan Isnin, Khamis dan puasa sunat yang lain. Tapi, hidup mereka biasa sahaja. Ada yang susah juga. Kenapa? Dan bagaimana pula orang yang seumur hidup tak sembahyang, puasa pun tak pernah, rumahnya tersergam indah, kereta mewah menjalar, duit banyak, dia boleh hidup kaya dan mewah. Bila kita tanya, apa kamu tak takut mati? Katanya, alah, orang lain pun mati juga, kalau masuk neraka, ramai-ramai. Tak kisahlah! Sombongnya mereka, takburnya mereka.

Rasullulah s. a. w. naik ke langit bertemu Allah pun tak sombong, Nabi Sulaiman, sebesar-besar pangkatnya sehinggakan semua makhluk di muka bumi tunduk di bawah perintahnya pun tak sombong! Secantik-cantik Nabi Yusof dan semerdu suara Nabi Daud, mereka tak sombong. Bila sampai masa dan ketikanya, mereka tunduk dan sujud menyembah Allah.

Manusia istidraj - Manusia yang lupa daratan. Walaupun berbuat maksiat, dia merasa Allah menyayanginya. Mereka memandang hina kepada orang yang beramal. "Dia tu siang malam ke masjid, basikal pun tak mampu beli, sedangkan aku ke kelab malam pun dengan kereta mewah. Tak payah beribadat pun, rezeki datang mencurah-curah. Kalau dia tu sikit ibadat tentu boleh kaya macam aku, katanya sombong." Sebenarnya, kadang-kadang Allah memberikan nikmat yang banyak dengan tujuan untuk menghancurkannya.

Rasullulah s. a. w bersabda: "Apabila Allah menghendaki untuk membinasakan semut, Allah terbangkan semua itu dengan dua sayapnya" (Kitab Nasaibul'Ibad)

Anai-anai, jika tidak bersayap, maka dia akan duduk diam di bawah batu atau merayap di celah-celah daun, tetapi jika Allah hendak membinasakannya, Allah berikan dia sayap. Lalu, bila sudah bersayap, anai-anai pun menjadi kelkatu. Kelkatu, bila mendapat nikmat(sayap), dia akan cuba melawan api. Begitu juga manusia, bila mendapat nikmat, cuba hendak melawan Allah swt.

Buktinya, Firaun. Nikmatnya tak terkira, tidak pernah sakit, bersin pun tidak pernah kerana Allah berikannya nikmat kesihatan. Orang lain selalu sakit, tapi Firaun tidak, orang lain mati, namun dia masih belum mati-mati juga, sampai rasa angkuh dan besar diri lantas mengaku dirinya tuhan. Tapi dengan nikmat itulah Allah binasakan dia.

Namrud, yang cuba membakar Nabi Ibrahim. Betapa besar pangkat Namrud? Dia begitu sombong dengan Allah, akhirnya menemui ajalnya hanya disebabkan seekor nyamuk masuk ke dalam lubang hidungnya.

Tidak ada manusia hari ini sekaya Qarun. Anak kunci gudang hartanya sahaja kena dibawa oleh 40 ekor unta. Akhirnya dia ditenggelamkan bersama-sama hartanya sekali akibat terlalu takbur. Jadi kalau kita kaya, jangan sangka Allah sayang, Qarun lagi kaya, akhirnya binasa juga.

Jadi, jika kita kaji dan fikir betul-betul, maka terjawablah segala keraguan yang mengganggu fikiran kita. Mengapa orang kafir kaya, dan orang yang berbuat maksiat hidup senang /mewah. Pemberian yang diberikan oleh Allah pada mereka bukanlah yang diredhaiNya. Rupa-rupanya ianya adalah bertujuan untuk menghancurkannya. Untuk apa hidup ini tanpa keredhaanNya?

Tetapi jangan pula ada orang kaya beribadat, masuk masjid dengan kereta mewah kita katakan itu istidraj. Orang naik pangkat, istidraj. Orang-orang besar, istidraj. Jangan! Orang yang mengunakan nikmatnya untuk kebajikan untuk mengabdi kepada Allah bukan istidraj. Dan jangan pula kita tidak mahu kekayaan. Kalau hendak selamat, hidup kita mesti ada pegangan. Bukan kaya yang kita cari, juga bukan miskin yang kita cari.

Tujuan hidup kita adalah mencari keredaan Allah. Bagaimana cara untuk menentukan nikmat yang diredhai Allah? Seseorang itu dapat menyedari hakikat yang sebenarnya tentang nikmat yang diterimanya itu ialah apabila dia bersyukur nikmatnya. Dia akan mengunakan pemberian ke jalan kebaikan dan sentiasa redha dan ikhlas mengabdikan diri kepada Allah. Maka segala limpah kurnia yang diperolehi itu adalah nikmat pemberian yang diredhai Allah. Bila tujuan hidup kita untuk mencari keredhaan Allah, niscaya selamatlah kita di dunia dan akhirat.

sumber : artikel virtualfriends

Friday, November 7

Part IV - Team Building Pangsun

Hari terakhir! sudah mau berakhir penderitaan ni. huhu.. biasa aa kan. kena dera memang aa penderitaan. tapi bila ingat balik dia jadik kenangan paling manis dalam hidup tau. kita jarang dapat peluang lagi nak buat semua ni lepas ni. caya lah. Hari last ni cam biasa mula dengan senaman pagi. lepas sarapan aktiviti paling tough dalam kursus ni bermula. nama aktiviti ni aktiviti pipe tower. memang mencabar mental dan fizikal.

Kitaorg kena sambung pipe2 tu untuk jadikkan tower JKPTG. trainer sediakan 20 batang pipe ngan sambungan serta 2 gulung tali rafia. pipe kena tegakkan dan hanya dipegang dengan tali untuk tegakkan. en. yusof cakap tower paling tinggi penah naik 19 batang. nampak cam senang je memula. tapi bila dah buat rasa nak pengsan je.

Memula kita dengar penerangan dari trainer dulu cam ner nak buat benda ni. lepas telinga disumbat dengan penerangan, kesusahan dan motivasi kitaorg pun mula aa buat. Kitaorg sepakat lantik khai sebagai project manager tower kitaorg ni.


kami diberi 3 kali percubaan. cubaan paling tinggi antara 3 tu akan dikira. pagi tu masa pegang ok lagi. bila matahari dah atas kepala memang rasa terbakar. lelagi saya yang kena pegang tali betoi2 kena tang matahari naik. wah! retung dah ni.

Mak nak balik..!! panas nyer menyucuk2 muka. sib baik aa midi nak tolong sambung pegang. kalau tak sure rentung aa jawabnya. sebagai balasan saya carikkan daun pisang untuk dia tutup kepala. lindung dari panas. hehe..

2 orang paling penting dalam pembinaan tower. grif ngan zura. diorang yang masukkan satu2 pipe tu dengan arahan khai.


Dua kali percubaan tumbang. dapat naik 16 batang je. susahnya nak buat benda alah ni. cabaran paling besar adalah panas. kalau buat dalam aircond bleh naik 20 batang kot. haha..biasa aa bila dah panas2 ni. masing2 menjerit2 je. panaskan.

Untuk kali terakhirnya kitaorg bincang dulu sama2 cam ner nak buat. khai the project manager tengah kasi taklimat untuk menegakkan tower kali ke 3. masing2 tak larat dah sebenarnya. bak kata cik yusof ingatkan semua dah give up. rupanya bila khai tanya nak buat lagi ke tak semua dengan semangatnya jawab nak..!! huh! bergegar stadium tu.


Setelah bersungguh2 dan diberi motivasi oleh en. yusof yang bejanji akan kasi RM200.00 kalau kitaorg dapat naikkan 20 batang. tegak gak la. cantik kan tower kitaorg. tegak je. tu tak der org kacau. en yusof ngan en rosdi tengok je. dia cakap akan kacau kalau kitaorg dapat naikkan 18 batang.

Bila dah naik 18 batang en. yusof panas punggung. dia pi kacau kitaorg (en. yusof baju biru). menjerit2 suh tarik. biasa aa psikologi. suara khai plak dah tak dengar. tenggelam ngan suara en yusof. akhirnya tower jkptg runtuh dengan 18 batang. oklah kan. kira kategori elite aa tu. en yusof cakap yang naik 17 & 18 batang ada 7 group je. so kitaorg jadik yang ke 8. bangga aa gak.

Paling berharga adalah semangat kerjasama antara kitaorg yang membolehkan tower tu naik sampai 18 batang. memula memang rasa yang ado je. susah nak naikkan benda alah ni. tapi atas semangat berpasukan yang tinggi kitaorg bleh buat. tak sangka! balik tu semua sun burn..uwaaa.. dah tak cantik..hehe..

Lepas berpenat2 dan berpeluh2 aktiviti terakhir adalah penyampaian hadiah, cenderamata ngan sijil kat dalam dewan. nikmatnya duk dalam dewan. sejuk je. ada aircorn. huhu.. majlis dimulakan dengan ucapan dari wakil tetiap kumpulan. pastu ucapan urusetia jkptg n wakil trainer. pastu kasi sijil n cenderamata kat semua peserta.

Saya dapat sijil dari imteq solution n mug dari nur lembah pangsun eco resort. TQ en. yusof!

Cam biasa sesi bertukar2 cenderamata antara imteq ngan jkptg. cenderamata diberi oleh midi sebab dia penghulu kitaorg sepanjang kursus.


Sesi bergambar gambaran bermula. semoga kita jumpa lagi ek all. kenangan kat pangsun ni adalah antara kenangan manis dalam hidup saya. TQ so much pada En. yusof n team imteq. kursus ni memang membina dan sangat berfaedah kepada kitaorg. TQVM imteq!

Part III - Team Building Pangsun

Hari ketiga juga bermula dengan senaman pagi. tapi hari ni lambat sket mula coz semalam dah berpenat-penatan. alah lambat setengah jam je pun. badan dah mula sakit2 ni. pas sarapan kitaorg mula dengan aktiviti dalam dewan yang pertama. diberi beberapa keping kertas kena cantum jadik segiempat sama. huhu..saya bab2 pikir ni memang agak lembab. pastu kitaorg diberi 11 batang paku n tanah liat. cucukkan 1 batang paku pada tanah liat n selebihnya kena letak atas paku yang tercacak tu. cam ner nak letak? pikir2. hehe..semua ni uji kemahiran berpikir kita. pikir secara kritis dan kreatif. yang penting kitaorg dapat selesaikan dengan baik.

Pastu kitaorg main permainan traffic jam. permainan ni uji kemahiran membuat keputusan kita. Seorang ketua kena susun anak buah dia supaya anak buah belah kiri pi kanan dan anak buah belah kanan pi kiri. silap susun je sure jam. sebab ada 1 petak kosong je untuk anak2 buah bergerak. so kita kena aa bekerjasama. pagi ari ketiga ni aktiviti banyak kena pikir je. tak der yang guna tenaga sangat.

Pas minum pagi. kitaorg nak buat satu lagi aktiviti outdoor yang mencabar iaitu abselling. abselling ni ada 3 jenis. lupa aa korang namanya. yang penting kitaorg buat cara australian. selalu org buat abselling kat bangunan tapi kitaorg kena buat kat lereng bukit. sangat mencabar ok. tapi syoik! hehe..

Bila tiba tang saya turun bukit tu ujan mula turun. kelam kabut saya turun. bebudak bomba kat bawah tu dah menjerit2 suh saya cepat coz ujan dah turun. gabra akak tau. hehe..

Abeh aktiviti abselling kitaorg makan tengahari. petang tu kitaorg mula buat aktiviti dinasour egg. diberi 4 utas tali n sebijik bola tenis. masukkan bola tenis dalam mangkuk guna tali tu je. tak bleh pegang. cam senang kan. tapi kalau tutup mata korang rasa senang ke?

memula kita test dulu bukak mata. susah ok. korang bayangkan lah kalau tutup mata.

4 orang pegang tali. lagi 3 orang kena kasi arahan. salah arahan tak masuk lah bola tu dalam mangkuk.

Bola tenis tu liar betoi lah. asyik jatuh je. ponek otak den ni dengar arahan. dapat ke masuk? yang ado. haha..

Petang tu dalam kul 5.00pm ada compass marching. yang ni serius penat. berlari2 kat dalam pangsun tu macam org giler carik petunjuk. naik bukit turun bukit. ada 20 petunjuk tak silap saya. badan makin sakit jadiknya. petunjuk tu kena carik pakai kompas. kena tengok arah ikut petunjuk yang diberikan.

En. Azmi tengah kasi penerangan cam ner nak guna kompas. belajar all. kang tak pasal2 tak nampak arah kang. jangan tak caya kitaorg dapat no. 2 tau. ada gak group yang tak dapat abehkan sebab tak jumpa arah. salah tengok kot. cuba tengok betoi2. hehe.. belagak2..

Malam tu ada BBQ. so kitaorg punya makan malam dipanjangkan untuk membolehkan kami menikmati BBQ tu. malam tu ada persembahan kumpulan. majlis dibuat ala2 AF aa kononnya. cik yusop jadik AC Yusof. ada juri2 profesional lagi. en. rosdi jadik hattan, feuziah jadik ning baizura n mimi jadik kak ogy. haha.. syoik2. tukang komen yer2 ni jadik juri profesional.


Kumpulan satu dengan tarian etnik. tak sure sabah or s'wak. ala..tarian ketuk2 buluh tu. menari sambil menyanyi. pastu diorang buat poco2. meriah ni. abeh semua org diorang ajak join sekali menari.

Kumpulan dua plak berlakon dan menari. real ni berlakun nya. cam yo2 jerk. tapi best aa.. berlakon suasana nak sambut raya. tah mana diorang curik kawah tu tah la. haha..


Pastu menari lagu hari raya gak. betoi2 suasana raya ni.

Kumpulan 3 plak..eh kumpulan saya aa tu. kitaorg berlakon gak. berlakon pasal bicara pusaka tapi lawak punya la. barang2 yang direbutkan adalah rantai lori tu ngan pendayung sampan. kelakar giler aa. ira plak buat pelat perak. riuh dewan ni. dah macam fauziah nawi plak saya rasa si ira tu.


Ni aksi 2 orang isteri dan anak2nya berebut reta pusaka lakinya yang seciput tu. memang kelakar. saya pun rasa nak ketawa dah.

Akhir sekali kumpulan 4. diorang buat dikir barat. beriyer2 ni si zul mengetuk tong air untuk jadikkan muzik. kreatif aa korang ni. masuk plak bunyinya dengan lagu tu. hehe..


Pemarkahan guna 50% juri profesional n 50% juri awam. markah diberitahu esok sebab malam tu tak sempat nak kira. akhir sekali ucapan dari pengetua AF en. nazri ms. en. nazri ms ucap tahniah kat peserta sebab sporting n kreatif. terima kasih en. nazri ms..!! hehe..

bersambung..

Part II - Team Building Pangsun

Bangun awal coz pagi tu ada senaman pagi. macam2 gaya senaman kiatorg buat. berpeluh gak dibuatnya. pas sarapan kitaorg masuk dewan untuk teruskan aktiviti. pagi ni kitaorg buat pembentukan kumpulan. kami diberi kain dan alatan melukis dan menulis untuk buat bendera kumpulan yang ada logo n nama kumpulan. kami gak disuruh buat sorakan kumpulan.

Tengah duk melukis logo untuk kumpulan. sempat lagi bergambar tu. kitaorg buat gambar bateri infiniti volt untuk logo bendera n nama A-Flat untuk nama kumpulan. sorakan plak kami guna go! go! go! agogo..!! hehe..

Kitaorg tengah present kat semua orang tentang group kitaorg. yang paling kelakar masa buat sorakan kumpulan. go! go! go! agogo..!!. tengok aa bendera group kitaorg. cantik tak? hehe..

Pas semua group dah present kitaorg diberi amanah untuk dijaga sepanjang kursus. 2 bijik belon berisi air dan 2 bijik telur selain bendera yang dibuat tadi. kena bawak. ilang kena tolak markah tau.

Dalam 10.30 cam tu rehat untuk minum pagi. pastu kena sedia untuk aktiviti flaying fox. kali ni kitaorg diselia oleh squad penyelamat abang2 bomba. takutnya nak tergantung2 atas tasik pangsun tu. kalau jatuh maunya mati. tinggi tu. lepas diberi penerangan n cara2 pakai err..apa nama benda tu ek. lupa plak so kitaorg pun start aa menggelunsur sambil bergayutan di atas seutas tali. tali tu kuat tau. bleh tampung ratus2 kilogram. so jangan risau aa. tali tu tak kan putus.

Tengah berdebar2 ni menunggu turn untuk bergantung. takutnyer.. seumur hidup tak penah plak saya bergayut tinggi cam tu. harap2 nyer tak jadik apa2.


Yey! akhirnya berjaya. syiok oo bergayut cam tu. dapat tengok pemandangan kat bawah. cantik!

Abeh aktiviti flaying faox rehat untuk makan tengahari ngan solat. aktiviti petang just dalam dewan. namanya kasut cinderela. cam ner tu? kitaorg diberi 12 bijik telur, 6 keping kertas keras, 2 utas tali, 21 keping paper n masking tape. kitaorg disuruh buat kasut guna bahan2 tu. kira cam berjalan atas telur la. adeh! konfem aa pecahkan. cam ner ni korang?

Semangat ni konon2 try buat. Oleh kerana saya paling ringan dalam kumpulan tu saya aa kena jadik tuan puterinyer. kira2 cam buat kasut untuk saya aa ni.

Dengan tunjuk ajar dari trainer kitaorg dapat gak buat. kalau ikut idea kitaorg je konfem aa pecahnya. pikir secara logik. mana bleh jalan atas telurkan. huhu..

Bila dah pakai kasut beriyer2 aa diorang tak kasi saya berjalan. padahal saya sangat konpiden nak berjalan ngan kasut baru saya tu. akhirnya saya diangkat ngan kerusi2 untuk di bawa ke tempat perlumbaan. rasa cam pengantin plak kena tandu. huhu..Ok A-Flat. kita bergambar dulu.

Dengan konpidennya saya berjalan. gambar nampak kaki je. maybe sebab saya jalan laju sangat kot. so tak dapat gambar muka. alhamdulilah 12 bijik telur tu selamat. tak pecah sebijik pun. syiok! syiok!

Dalam 4.30pm rehat untuk minum petang plak. petang tu plak kena buat water rafting. nak kena berbasah-basahan ni yang maleh ni.

memula kitaorg kena buat rakit. cara ikatannya kena betul. kang tak pasal2 rakit lerai kan tengah tasik. tak ke haru.

Pas buat rakit kena aa pakai jaket keselamatan bagai. namanya nak masuk dalam air kan. kalau tak kang tak pasal2 tenggelam je dalam air tu. riuh ni masing2 nak pakai jaket keselamatan.




Pastu abang bomba ajar kitaorg cara2 menyelamatkan diri n orang lain dalam air. memula team laki buat. pastu baru team pompuan.

Abeh aktiviti menyelamat kitaorg semua angkat rakit ikut team untuk mula berlumba. saya duk depan. cuak aa gak. dah aa ketar2 sejuk. kitaorg dibekalkan dengan 2 pendayung je. lagi 5 org kena kayuh pakai tangan. nampak cam senang kan. tapi penat ooo.. sampai seberang kena ambek bola. pastu sorang je kena duk atas rakit pegang bola. yang lain kena tarik rakit ke seberang balik.

ok semua sedia..!!

Mula..!! kayuh..!!

Huhu..penat.. penat..tulun..!!

Ni masing2 dah ponek tak hengat dah ni. tak larat dah nak menarik rakit tu. akhirnya kitaorg dapat no 1 kat belakang. haha.. tak penting aa nombor tu. yang penting semangat kerjasama berpasukan tu. betoi tak?

Abeh aktiviti petang tu dah dekat kul 7.00pm. memang rasa nak pengsan dah ni. malam tu ada aktiviti lagi. aktiviti night walk. adoi..nak balik..!!

Malam tu pas makan malam kitaorg bermula dengan taklimat dari abang bomba. macam2 citer menyeramkan disumbat dalam telinga ni. maklum aa nak masuk hutan memalam buta ni. citer tak seram pun jadik citer seram. seram tu satu hal lah. masuk utan ni tang pacat tu lagi seram sebenarnya. punya aa sembur insert repealand (betoi ke eja ni?) takutnyer kena gigit pacat. takut menjerit je. saya ni kan suka menjerit2. huhu..

Aktiviti kitaorg malam tu mula dengan memanjat bukit. bukit ke? tinggi bukan main lagi. dah aa curam. dekat 90 darjah dah saya rasa. bertahan dengan seutas tali je. licin pun yer sebab ari duk asyik ujan je. pastu mula la dengan aktiviti yang agak menakutkan. berjalan dalam utan sorang2. ada aa dekat 15 minit rasanya. kena ikut tali rafis yang halus. kalau putus abeh la. tinggal aa sorang2 dalam hutan tu. nak nasib baik malam tu 17 syawal. so bulan agak terang.

Abeh tu baru kitaorg jalan beramai2. masuk hutan. panjat bukit. masuk anak sungai. turun bukit yang curam. paling tak tahan nyamuk la. abeh muka2 saya ni kena gigit nyamuk. ponek nyo lah. penat petang berakit tak abeh lagi. tambah plak dengan penat berjalan malam ni. dekat kul 1.00am baru abeh. mata dah terbayang katil je dah. balik pas mandi terus terbongkang..

Bersambung..