Monday, June 27

Teaser

JB 24-26 Jun 2011




Wednesday, June 22

Buahan Tempatan

Balik dari kenduri hajar saya ngan adik singgah di pasar malam benta. bukan nak carik makanan pun. nak cari buah2 je. buat kudap2 kata org.

Ini buah salak. ada yang tak kenal? yer hosmate saya org penang hanya kenal buah salak jeruk. bila saya tunjuk buah salak fresh ni dia teruja betoi hahaha.. siap tanya rupa pokok salak rupa mana hehe.. korang kenal? tak kenal sila google yer hehe..

Ini isinya. sedap! manis! lemak! berkrim dan dijamin disukai ramai. mau2? sila carik di pasar2 malam berdekatan. carik yang masih bertangkai dan besar2 baru syiok!

Ini plak nangka madu. ini kalau tak kenal jangan ngaku org mesia ok huhu.. dah lama ngidam. nasib baik gi lipis. lalu bentong banyak org jual nangka madu ni. beli 3 polistren. 2 setengah polistren saya makan. setengah polistren je adik makan. tak per. dia duk dekat ngan bentong. senang mau beli bila2. nak2? carik kat bentong or kat mana2 lah. dah ramai pun org jual nangka madu ni. yang ini pun sedap! manis! tapi potong sebab isi nipis. kalau tebal lagi masyukkkk.. huhu..


Tuesday, June 21

Opis Baru

Dah pindah ke opis baru sepenuhnya rabu minggu lepas. unit saya la. ada je lagi unit lain yang jumaat lepas baru pindah. tapi minggu ni semua dah pindah opis baru. tinggal nak kemas n susun barang je. bagi yang banyak barang banyak la masa yang diperlukan untuk susun balik. biasalah tu adat org berpindah.

Seperti biasa macam perpindahan opis sebelum ni suhu opis amat sejuk yer. apa ke kuat sangat ekon kat sini ni. lagi2 dulu masa kat opis lama ekon duk asyik rosak. so dah terbiasa dengan kepanasan. duk opis pun bleh berpoloh2 huhu.. duk opis baru suhu terasa berada di kutub selatan yer adik2. harus ada bulu beruang kutub kalau macam ni caranya. sejuk melampau sampai biru2 jari. tapi selalunya sementara je. nanti dah immune tak tutup aurat pun tak sejuk dah huhu..

Buat sementara kita kena pakai stoking polka dot ni untuk menggantikan bulu beruang kutub yang belum jumpa lagi hahaha.. balik kampung karang nak carik balik sarung tangan mak arab saya. kena pakai sarung tangan sementara ni untuk mengelakkan saya bertukar jadik beruang beku. oklah nak sambung berhibernasi tata.. ;p




Monday, June 20

Pengantin Hajar

Sabtu lepas gigih ke lipis untuk datang ke kenduri hajar. saya gigih datang sebab mak dia beriyer2 jemput masa saya datang umah dia sebelum ni. tak sedap plak kalau tak mai kan. org dah iyer2 ajak. pagi kul 8.30 saya bertolak naik bas. gigih kan siap naik bas lagi. naper tak drive? sebab balik bleh tumpang adik nek kete dia. dia kena kursus kat kuantan arini. so jimat duit minyak huhu..

Sampai Raub pukul 12.30. gitu gini sampai umah hajar dah 2.30 ptg. hoho.. giler lambat. org dah takder masa kami sampai. family lelaki pun dah balik. tinggal kami dengan 2 3 kerat sedara mara hajar je. pas tengok bilik pengantin kami makan2. pastu bergambar2 n balik. nasib baik saya mai. hajar cakap mak dia asyik tanya saya mai ke tak. mak mertua lan (staf kat opis) pun tanya bila saya nak mai kata hajar. tak sempat jumpa mak mertua lan sebab saya sampai lambat. org semua dah balik huhu..

Untuk hajar n husband selamat pengantin baru. oleh kerana aku gigih datang kenduri ko, ko kena gigih gak datang kenduri aku nanti hahaha.. semoga bahagia hingga ke syurga sahabat! ;p

Wednesday, June 15

Mama Papa

Hujung minggu lepas penuh hehe.. sabtu pagi je free. tu pun bangun dah lewat. sib baik pikir nak masak. kalau tak harus lambat lagi bangun ;p. pukul 1 ptg niza ambek kami gerak ke sebuah resort di jalan ke kemaman nu. ada meeting kat sana. cam biasa gaduh lagi huhu.. kami sebagai pemerhati dengar je. cakap sepatah 2 je :) kul 5 gerak balik ke kuantan terus ke opis ambek broadband yang tinggal kat opis. singgah jap kat opis lama n terus ke terminal makmur ambek nora.

Gerak ke ECM. niza mau sebey galaxy tab n saya mau carik kamera. tapi lepas sebey2 dedua tak beli pun huhu.. niza mau tunggu galaxy tab II n saya nyaris terbeli tapi sebab kedai tu banyak songeh terus cancel. padan muka tak dapat customer. so decide mau makan di johnny's. lepas solat maghrib terus kami bertiga lenggang2 kangkung ke johnny's. nak gi johnny's lalu depan mama chop papa grill terus tersinggah sana. tak jadik gi johnny's huhu..

Lama tak makan sini. last makan masa zaman2 muda masa duk kl dulu. bayangkan duk putrajaya dah 5 tahun. so baper lama tak masuk kedai ni huhu.. kali ni makan lamb chop. sedap! nak lagi! huhu.. oklah lain kali kita mai kita makan sini je lah eh. sedap wok ;p



p/s : akak suka hazama menang AF9! (tetiba.. ;p)



Thursday, June 9

Pindah

Baru je pindah ke kuantan bulan 10 aritu. belum sampai setahun dah kena pindah opis plak. nasib baik la barang2 kat sini tak baper nak banyak lagi. kalau tak mau patah pinggang duk asyik pindah randah. PTGP tengah dalam proses pindah ke opis baru. opis yang sejuk cam kat kutub utara tu. kata opis baru kan. harus lah semua nya baik2 je hehe..

Kami dah start packing sekarang. saya packing barang sendiri je. naib baik tak banyak. 1 kotak je. lain2 kena label perabot ngan pc. tu senang. tampal2 je. 16hb ni dah kena operasi sepenuhnya kat opis baru. w/pun opis baru 5 kangkang kera je dari opis lama tapi dah namanya pindah kan. penat tetap penat. sekarang packing. kang dah sampai opis baru nak kena susun plak balik. nasib baik tak pikul sendiri kotak2 tu. kalau tak mau seminggu PTGP tutup. masing2 mc sakit pinggang hahaha..




Friday, June 3

Rejab

Arini dah 1 rejab. lagi 2 bulan insyallah kita akan tempuh ramadhan. bulan puasa lah tu kan. jap je rasa. pastu raya yey! eh ;p. sapa2 yang belum ganti puasa tu (terutama kaum pompuan) ringan2 kan la untuk ganti. lagi 2 bulan dah nak puasa balik dah ni. kang tak pasal2 kena bayar fidyah plak. alhamdulilah saya puasa arini sempena kedatangan rejab. gigih puasa semalam sebab nak puasa arini. esok tak bleh nak puasa coz ada jemputan. tak elok plak tak gi bila org dah ajak beriyer2 kan :).

Meh kita kongsi sikit kelebihan berpuasa di bulan rejab ni. moga dapat iktibar dan menaikkan semangat kawan2 untuk sama2 berpuasa.

Sabda Nabi s.a.w. : Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat.

* Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga tertinggi (Firdaus).

* Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.

* Puasa tiga hari pada bulan Rejab dijadikan parit yang panjang, yang menghalangkan dia ke neraka (panjangnya setahun perjalanan).

* Puasa empat hari pada bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah Dajal di hari kiamat.

* Puasa lima hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur.

* Puasa enam hari pada bulan Rejab, keluar kubur bercahaya muka.

* Puasa tujuh hari pada bulan Rejab, ditutup daripada tujuh pintu neraka.

* Puasa lapan hari pada bulan Rejab, dibuka baginya lapan pintu syurga.

* Puasa sembilan hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu, MENGUCAP DUA KALIMAH SHAHADAH tidak ditolak dia masuk syurga.

* Puasa 10 hari pada bulan Rejab Allah jadikan baginya hamparan perhentian di Titi Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu di hari kiamat.

* Puasa 16 belas hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.

* Puasa 19 belas hari pada bulan Rejab, dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim a.s dan Nabi Allah Adam a.s.

* Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggi daripada umurnya (pembaharuan umur).

Sekian terima kasih ;p