Monday, August 30

Roh Rajin

Ngantuknya lah. bahana tengok 1957 : hati malaya semalam. kat program cakap sampai kul 12.00am je. sekali ambek kau sampai 12.30am baru abeh semalam. pastu kocoh2 gosok baju pastu baru tido. kul 1 gak la tido semalam. tak per hati malaya punya pasal kul 1 tido pun sanggup. saya tak tau naper suka giler ngan citer tu. maybe sebab citer sejarah kot. saya kan giler sejarah. bleh target dapat 1A je PMR semata2 sebab sejarah. saya sangat yakin sejarah saya kompem A n yes saya dapat A. sonok mak noks!

Arini dah 20 ramadan. lagi 10 hari raya. tahun ni kalau ikut kalendar kita puasa 30 hari. tapi sekarang selalunya ikut kalendar tu dah betoi dah tu. bukan cam dedulu kadang2 kalendar tak betoi. memang kena melangut depan tv tengok pengumuman hari raya. penah dedulu ayah buah lemang malam raya sebab tetiba pengumuman raya cakap esok raya. kelam kabut buat lemang huhu..

Mentang2 dah gaji duk bz lah buka kat luar. rabu kan gaji. so khamis 26hb buka puasa ngan ina kat johnny alamanda. gigih booking. sib baik dapat :) jumaat plak buka kat the curve. makan ayam penyet. semuanya gara2 pi ikea ngan alya. konon2 nak tengok2. sekali kau banyak plak yang diambek huhu..

Sabtu roh rajin datang. kan saya cakap kalau roh rajin datang saya akan masak. so sabtu aritu masak rendang ayam. yum! makan ngan nasik je. pastu masak sup sawi. makan 3 ketul rendang masa buka. 2 ketul lagi makan masa tengok tv kul 2 pagi. tak yah sahur dah huhu..

Thursday, August 26

Bakal Anak2

Semalam petang antar lan balik umah dia. biasa aa kitaorg kan jiran2 so kalau sapa2 tadek kete boleh main tumpang2 je. bak kata nabi jiran dikira 40 umah kiri dan kanan umah kita. w/pun umah lan tak dikira 40 umah tapi sebab setaman kira jiran2 jugak la. eh panjang plak citer pasal lan ni.

Saya nak citer balik dari umah lan semalam saya nampak seorg pompuan (maybe maid) tengah tolak basikal seorang budak. terdetik dalam ati bebudak sekarang kan main2 semua benda moden2 je. saya dulu tak dernya. kami (ngan anak2 jiran sebaya) main permainan tradisional je. main polis sentri, main masak2, main nyorok2, main buaya, main 'milo', main baling selipar, main congkak (korek tanah bawah umah untuk buat lubang congkak. kalau sekarang takder dah aa sebab umah semua dah turun ke bawah. dah takder umah bawah) n macam2 lagi la.

Permainan dedulu sihat. kompem kuar peluh punya. tak kuar peluh tu maksudnya org tu berpenyakit la tu. kelenjar peluh tak berfungsi huhu.. bebudak sekarang saya tengok dah tak reti nak main semua tu. bebudak pompuan saya perati dah tak main masak2. kalau main pun main pakai cawan ngan pinggan plastik yang permainan tu. tu tak syok. kami dulu main pakai semua benda2 'real'. masak pakai piuk betoi. api pun pakai api betoi. masak la segala daun semua tu. kalau yang kami masak tu memang boleh makan kami makan betoi2. baru real hahaha..

Eh terpesong plak. saya nak citer apa yang terdetik dalam ati masa tengok pompuan tu tolak basikal budak tu. ni betoi2 jauh punya pikir. saya pikir anak saya nanti tak nak kasi main mainan moden tu semua. nak ajar main permainan tradisional cam saya zaman bebudak dulu. baru aa best sket kan. ada la sihat sket. ni main basikal pun org tolak mana nak kuar peluh huhu..

Tapi.. boleh ke? terpikirlah pulak bakal anak2 saya nanti dilahirkan zaman moden. kalau saya ajar main permainan tradisional nanti ngan sapa dia nak main. budak lain mana mak ayah diorg ajar main permainan tradisional. dengan itu kompom aa anak2 tak reti nak main baling selipar ngan polis sentri semua tu kan. kalau adik beradik ramai cam pasukan bola sepak bleh la. kalau 2 3 org je celah mana nak main baling seliparnya hmm..

p/s : Hidup memang 'terpaksa' ikut peredaran zaman kan.

Tuesday, August 24

Saya Demam

Berlanjutan dari entry lepas. betoi2 saya demam. teruk plak tu. sampai tak bleh bangun n muntah dengan teruknya. selalu demam camtu kalau saya stress je. kali ni jenuh duk pikir stress ke saya? rasanya tak. tapi kena gak. pelik2 :).

Lama dah tak demam teruk cam tu. last masa tunggang terbalik wat tesis tahun 2004 dulu. time tu memang giler. buat tesis katanya. memang stress. lelagi dapat penilai yang tak baper nak masuk ngan saya. naper tah tak bleh nak masuk ngan cik tu saya pun tak tau. saya kasi pendapat dia kata salah. suh buh pendapat dia. saya plak rasa salah. abeh cam ner tak stress huhu..

Tu demam paling teruk saya rasa sepanjang saya hidup. sebulan saya batuk. pastu dlm seminggu nak antar tesis tu saya demam tak ingat punya. makan je muntah. ada sekali tu saya makan mee goreng tak sempat abeh lagi dah kuar balik. giler betoi. lastnya saya lembik cam org puasa seminggu. abeh dah tak bleh nak makan. makan je muntah. makan je muntah. teguk air je la seminggu tu.

Naper tak gi klinik? sebab saya duk risau ngan tesis la. ingat mau settlekan tesis semua sampai antar kat penilai baru mau gi klinik. sebab tau dah kalau gi klinik kompem kena tahan kat wad punya lah. serius settle je antar tesis saya gi klinik terus kena tahan kat wad masuk air. dekat seminggu perut kosong. makan asyik kuar balik je memang kena tahan lah jawabnya. kena masuk air 2 botol. iskk.. isk..

Abeh citer demam teruk akibat buat tesis. kali ni syukur saya demam tapi tak batuk. kalau batuk lagi lah sengsara. ahad aritu gi klinik. 3 4 buah klinik gi semua tutup. memang klinik tutup eh ahad? saya baru tau hehe.. so carik klinik 24 hour kat presint 9. doktor check then kasi ubat yang banyak. so makan. tapi tak baik2.

Petang isnin mak call. paksa2 gi hospital. risau kot denggi. tapi ati saya kuat cakap bukan denggi. bleh plak ikut ati sendiri hehe.. so pagi tadi pas punch card pi aa klinik jugak. seperti biasa memang kena ambek darah coz dah demam lebih dari 3 hari. memang nak nasib baik bukan denggi sebab doktor cakap darah clear. tapi dia duk bekal lagi ngan ubat ubatan yang banyak. sampai bila nak kena makan ubat ni. penat dah makan ubat huhu..

Friday, August 20

Main Masak2

hadoi! sakit kepala. tekak rasa nak muntah. perut memulas2. harap2 larat aa puasa sampai buka nanti. betoi aa doktor cakap semalam kalau makan antibiotik ni tanpa makan apa2 akan jadik cam ni. pasni tak nak makan dah aa. makan malam pas buka je. gigih tunggu kul 12 ni. nak balik umah baring..

Dah 10 hari puasa kan. dalam 20 hari lagi raya yey! huhu.. korang dah apply cuti raya? baper lama dapat cuti? saya dah apply 13 hari haha.. giler lama. tak sabo mau cuti ;p

Korang makan apa buka semalam? saya masak ikan siakap sweet sour. tapi kurang garam plak. jadik kurang kick sket. tapi tetap licin huhu.. sayur plak masak lemak nenas ngan ikan masin. first time masak cam tu. jadik aa jugak dari tadek huhu.. gambar? tadek. maleh mau ambek gambar huhu..

Wednesday, August 18

Terawih

Dah 8 hari kita puasa rupanya. jap je kan. tapi terawih kat masjid baru sehari lepas. iskk.. iskk.. awal2 puasa tahun ni tuhan duga ngan arwah makcik sakit. so kami berulang tengok dia kat hospital lepas buka puasa. malam kedua ngan ketiga puasa kami di hospital. malam pertama (malam kedua puasa) datang sendiri. malam kedua bawak mak pulak.

Jumaat malam plak balik kampung pas buka. so tak buat jugak terawih. malam2 di kampung memang tak buat la. duk melepek makan buah je keje. ahad pas buka baru balik putrajaya. sampai dah kul 11.30 malam. terus tido. isnin plak tetiba dapat berita mak cik meninggal. dalam kelam kabut balik jengka.

Oleh kerana idup tak normal seminggu ni semalam balik dari jengka lepas kebumi dah tak larat nak pi solat terawih. pas buka. tengok tv jap pastu terus lena. harap2 lepas ni dapat aa hidup normal balik. malam ni nak pi terawih. harap2 niat kali ni menjadi :)

Dah Nak Raya

Giler maleh mau apdet blog sekarang. lagipun memang tadek citer. lain aa cyn yang sambut anibeseri tetiap bulan tu hehehe.. saya pun bleh gak wish birthday tetiap bulan. jangan kata bulan. hari pun bleh. saya lahir kul 2.45 ptg. so tetiap ari kul 2.45 ptg adalah anibeseri hari lahir saya huhu..

2 minggu lepas pi nilai. beli baju raya la. beli 4 pasang. tak pilih sangat pun. mai rembat je mana yang nampak ok. cam beli ikan kat kedai gayanya. tak tau naper maleh mau pilih beriyer2. may be sebab tak larat mau jalan kot. lagipun saya tengok semua kedai pun jual corak lebih kurang je. ada 2 3 kedai saya masuk ada jumpa corak sama pun. so kita rembat sajer. gambar? tadek. maleh mau ambek gambar. kang dah siap then pakai kalau rajin baru ambek gambar eh :)

Al Fatihah

Semalam mak cik saya (kakak mak saya) dah selamat dikebumikan setelah menderita lebih kurang 5 tahun. mak cik saya meninggal kat PPUM isnin aritu dalam pukul 1.40 ptg dan bawak balik ke jengka petang tu jugak. oleh kerana bulan puasa agak payah nak kebumi waktu malam. so kebumi ari selasa.

Lepas dapat berita dari mak saya bz berfikir. mau balik ke tak sebab ahad malam saya baru sampai putrajaya. lebih sejam pikir akhirnya decide balik jugak. masalah2 lain tolak tepi. lagipun tu lah satu2nya makcik saya. dan saya agak rapat jugak ngan dia. tak kan la saya tak bleh nak beri penghormatan terakhir kat dia kan. Kul 3 pas tepon adik saya balik umah. siap2 semua dalam 3.30 ptg kami gerak terus ke jengka.

Alhamdulilah ramai sedara mara yang datang untuk beri penghormatan terakhir kat makcik saya. abang2 mak saya dedua datang. tapi adik mak yang kat penang tu tak dapat datang. jauh sangat. sepupu2 mak pun ramai yang datang. anak2 dan cucu2 makcik pun alhamdulilah semua ada.

Semoga mak cik saya Aminah bt Ontak dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman. amin.. al fatihah.

Monday, August 16

Menu Puasa

Semua orang citer pasal menu buka puasa kan. semua pun meriah2. saya setakat 5 hari puasa ni tadek aa meriah mana pun. meriah ngan buah je huhu.. namanya musim buah kan. harus lah buah melambak2. nak ngan tak nak makan je.

Tahun ni cam tahun2 lepas maleh mau pi pasar ramadan. bukan maleh sebab jimat ke apa. maleh sebab payah nak parking :). so ingat mau masak je. beli lauk ngan sayur then masak. kalau tak sedap pun tak bleh nak komplen sebab sendiri masak kan huhu.. kalau beli tak sedap laju je nak komplen kan :)

Masak sendiri haruslah yang senang2 je. takder aa nak yang susah2. masak goreng2 ngan rebus2 je. nak gulai2 roh belum mari. kang dah mari jangan kata gulai. rendang pun saya rajin nak buat huhu..

Kampung Buah

Saya balik kampung lagi. kerap betoi balik kampung. yelah tadek buat apa kan. baik la balik. lagipun mau buka puasa kat kampung. sepatutnya balik sabtu pagi. cam biasa. tapi sebab mak sibuk sangat nak balik pas buka puasa jumaat tu so gigih gak la balik memalam hari. saya cukup tak suka drive malam2 sebab gelap. kata rabun malam. rasalah saya drive 60km/j je huhuhu..

Nasib baik la tak ujan. kalau ujan mau 40km/j je saya drive. giler gelap la malam hari kan. sampai sakit kepala saya sebab paksa mata tengok jalan sebab saya memang tak baper nak nampak kalau drive memalam. dengan silau lampu kete lain lagi. giler betoi la. pasni serik dah aa nak balik memalam.

Kat kampung meriah ngan buah. adik bawak balik durian kampung dari raub. giler sedap! ada langsat jugak. rambutan dah merah kat pokok. manggis pepel kat pokok. haevan betoi la ;p. nasib baik puasa je. kalau tak mau balik kampung tak makan nasik. makan buah je hari2 huhu..

cempedak berbondong2 kat pokok. tengok je pun dah terliur. pasni kenyang makan cempedak goreng plak la. yum!

Friday, August 13

Kelam Kabut

2 hari ni idup agak kelam kabut gara2 makcik masuk spital. petang rabu dapat msg dari sepupu cakap makcik tenat kat PPUM. so lepas buka puasa rabu tu kelam kabut pi PPUM. dengan tak tau jalan n bantai je lepas 1 jam setengah akhirnya sampai jugak. tgk mak cik terlantar kat spital. peru dia kembung penuh air katanya.

Dalam borak2 ngan menantu mak cik sorang2 sepupu datang lawat mak cik. semua terkejut dengar dia dah tenat. akhirnya ramai giler kat wad makcik. dalam sedih2 tu sonok gak sebab jumpa ramai sepupu2 sampai nurse suh jangan lama2 n ramai2 kat katil mak cik. lepas sorang sepupu dari terengganu sampai kami semua berbondong2 balik. sampai umah kul 1. gitu gini kul 2 tido.

Semalam khamis kul 8 dah bertolak pi melaka. ada rakaman percakapan saksi. nasib baik gi naik kete opis. tak dapat bayangkan gi melaka drive sendiri dalam keadaan mengantuk. tengah buat kije kat melaka mak tepon cakap mau datang jenguk makcik kat PPUM. lepas siap keje kat melaka terus balik opis ambek kete then terus balik umah. siap2 terus kuar pi ambek kat mak pekeliling.

Mak sampai kul 5. bulan2 puasa ni jangan harap la tak jem kan. perjalanan setengah jam jadik 2 jam. giler betoi. sakit kaki main gear ngan break. lepas buka puasa kami terus gerak pi PPUM sebab mak mau lawat kakaknya. sampai hospital saya dah pening2 sebab ngantuk giler. yelah malam sebelumnya dah tido kul 2. pastu tak sempat tido dah kuar pi ambek mak. pastu tersangkut 2 jam dalam jem. kepala sangat weng!

Kul 11 gerak balik. sampai dah 11.45 pm. gosok baju. solat terus tido. kul 5 mak kejut sahur. ingatkan ikan puyu yang sedap tu gigih bangun sambil tutup mata n makan. makan laju2 n terus tido balik. kul 6.45am bangun dengan mata tertutup. peliknya saya sampai opis kul 7.29 am. sempat tido setengah jam. sekarang kepala dah ok sket. tak sabo nak kul 12 tengahari. mau balik umah tido. oh! katilku ;p

Wednesday, August 11

Ramadan Datang Lagi

Akhirnya ramadan datang jugak. jap je rasa kan. rasa baru je pas ramadan lepas. ni dia dah datang semula. semoga kita akan bertemu dengan ramadan2 akan datang insyallah.

Internet bengong2 3 4 hari ni. arini baru dapat apdet blog. dah bleh apdet ni takder plak citer nak diceritakan. just nak ucapkan selamat berpuasa untuk semua. semoga kita mendapat keberkatan dalam bulan yang mulia ni. jangan lupa terawih. alhamdulilah dah lengkap terawih pertama semalam. harap2 berterusan hingga akhir ramadan.

Thursday, August 5

Ganggu Hidung

Pelik dengan diri sendiri. kalau dah kenyang bau makanan pun bleh buat saya muntah. sebab tu kalau dah kenyang saya akan elak lalu dekat makanan. kalau tak kang mesti uwek.. tapi setakat ni tak penah lagi muntah betoi2. sebab maleh mau layan. kalau layan memang akan kuar balik aa apa yang saya makan.

Ni akan sebelah lagi kuih apa tah nama dia. cyn tau la sebab saya beli ngan dia tadi. tak muat perut dah nak makan. berbau2 je kat hidung ni. tahan tekak je mau muntah ni. kalau tak sure uwek ;pnak buang cam sayang tapi rasanya memang akan ke bakul sampah jap lagi tu. mengganggu hidung sungguh la..

Tuesday, August 3

Si Kejam Chucky

Mesti ramai penah tengok citer child play ni kan. saya mula tengok masa study2 kat johor dulu. takut tapi nak jugak tengok hehe.. citer pasal anak patung yang kejam giler. ada banyak siri tapi yang paling ngeri yang first ngan second. serius takut giler masa memula tengok citer ni. kejam nak mampus si chucky ni. suka2 bunuh2 org semua.

First time pas tengok citer ni takut nya sampai tengok patung2 semua ingat kat si chucky ni. ingat semua patung idup dan mengerikan macam si chucky ni. giler betoi. tapi takut2 pun ada siri baru kuar still nak jugak tengok. makin banyak siri makin kejam si chucky ni tapi makin lama makin tak takut dah sebab dah lali tengok si chucky ni selamba bunuh2 org. tetiba rasa mau carik vcd ni. nak tengok lagi kekejaman si chucky ni huhu..

Buah-Buahan Tempatan

Sekarang kat pahang musim buah. eh kat pahang ke? may be kot. sebab kalau balik kampung saya just lalu kampung2 kat temerloh baru sampai kampung saya. so saya tau temerloh ngan jantut je lah musim buah. sebab sepanjang jalan banyak la gerai2 tepi jalan jual buah2 tempatan macam manggis, durian, langsat, duku, rambutan dan kadang2 ada pisang jugak huhu..

Rumah mak pun ada macam2 pokok buah. tapi yang buah kelapa je hoho.. itu berbuah sepanjang zaman katanya. rambutan ada lebih 10 pokok. org lain punya dah melambai2 dalam keadaan merah dan kuning. pokok rambutan mak saya masih melambai2 malas dengan warna hijau lagi. tak pasti samada putik or dah membesar tapi belum kuning or merah. maleh nak belek huhu..

Yang pelik rambutan org dah merah. rambutan kami hijau lagi. selalu sebelum puasa dia dah mula kuning. aritu saya intai dari tingkap dapur hijau je lagi. bayang2 kuning pun tadek lagi. agaknya dia mau masak time raya kot. oklah jugak. senang. kang raya tak yah idang biskut2 semua. takder maknanya. tak makan pun. so raya ni kita hidang rambutan je. senang. fresh pun fresh hahaha..

Pokok durian ada aa 4 5 batang. tapi sepanjang saya hidup hanya pernah berputik. tak sampai beso penumbuk dia dah gugur ke bumi hahaha.. tak tau naper liat sangat mau berbuah pokok durian mak saya tu. macam2 petua dah guna. tahun lepas makcik saya suh ikat tempurung kelapa kat batang pokok durian tu. ajaibnya tahun ni ada sebijik buah dia. ayah siap balut sebab sayang hahaha.. tak tau aa sampai bila hayatnya buah durian tunggal tu ;p

Buah langsat pun ada gak. dapat aa merasa makan buahnya. tapi tadek aa banyak. bak kata mak saya makan buah berebut dengan tupai. tak per aa. dah rezeki dia kan. berebut pun berebut la. kalau tak dapat makan kat pokok beli je. bukan susah sangat hoho..

Tapi w/pun umah saya tadek pokok manggis ngan pokok mata kucing tapi dapat gak makan dengan bermaharajalela sebab pokok jiran pokokku jua hahhaha.. yelah dah duduk sekampung kan. banyak2 pun bukan termakan. so kita kira kongsi2 la. ko makan aku punya. aku makan korang punya. cam tahun ni, rambutan jiran2 semua dah merah. tapi rambutan mak saya hijau lagi. sekarang makan aa rambutan diorang. kang rambutan diorg dah abeh rambutan mak saya plak merah so diorang plak makan rambutan kitaorg. gitulah hidup sekampung :)

Monday, August 2

Balik Kampung Lagi

Baru siap makan. sedap! huhu.. tetiba rasa mau tulis blog. hujung minggu yang baru lepas saya balik kampung lagi. sebab? mak suh balik. oleh kerana tak nak derhaka saya balik la lagi w/pun minggu lepas saya dah balik. aktiviti balik kampung adalah main2 ngan ain huhu..

Sabtu saya sampai ain dah siap2 mau lawat atuk dia kat jengka. so tak dapat aa ajak dia datang umah. dia pi ngan abah ngan mak dia je naik motor. adik2 saya plak pi kenduri kawen kawan masing2. mak ngan ayah pun pi kenduri kawen jugak. saya? duk umah terbongkang tido. ngantuk sebab malam jumaat tu saya tengok the game plan. kul 1 baru masuk tido huhu.. best gak citer tu. so gigih tengok gak sampai abeh w/pun dia sambung pas nightline :)

Pastu sorang2 balik umah. mak ayah balik. pastu adik2 balik. adik2 balik semua duk citer yang selisih ngan abah ain tengah jalan. aiks tak jadik pegi jengka ke? pastu tetiba adik cakap mak ain sakit. so kelam kabut lah kitaorg pi tengok. rupanya sakit kepala. teruk gak. tak lama pastu abah ngan ain sampai. abah cakap dalam perjalanan tetiba mak ain sakit kepala yang amat sangat. so tahan kete org then terus patah balik ke rumah. tak sempat sampai jengka. isk.. iskk.. nasib baik tak jatuh dari motor kan.

Sedar tak sedar lebih kurang seminggu lagi nak puasa kan. ada yang tak abeh ganti puasa lagi ke? sila habiskan dengan segera. kang tak pasal2 ngan bayar ngan beras plak kang huhu.. pas puasa raya. eh baju raya belum beli ni. minggu ni la nak pi belek2 baju raya kat nilai 3. mak suh beli sepasang sorang je. mana bleh.. saya nak beli 5 pasang huhu..