Wednesday, April 30

Monday, April 28

Kuasa Magic

Pagi tadi saya pergi ke s.alam. ada percakapan saksi. macam2 saya jumpa dalam perjalanan pergi dan pulang. lepas tu saya mula lah bayangkan yang bukan2. syok kan kalau kita ada kuasa magic. macam masa pegi tadi dekat bulatan nak pegi seksyen 13(saya tak tau apa nama bulatan itu)ada teksi tersekat dekat depan satu lori yang agak besar. entah macam mana bleh jadik macam tu. akhirnya dedua tersekat kat dalam bulatan tu. antara 2 tu sapa yang jalan akan boleh menyebabkan pergeseran yang teruk kedua2 nya. lori besar tu rasa saya tak der masalah sangat. yang jadik masalahnya teksi tu. abeh lah melayang duit dia.

kalau lah saya jadik superman..hehe..mula lah mengarut ni. bleh saya tolong teksi tu. saya angkat n letak dia jauh sket dari lori besar tu supaya dia bleh jalan n bulatan itu tidak jem. orang belakang dah hon plak tu. sian kat penumpang dalam teksi tu. nampaknya macam pak arab tadi. dia pulak turun tengokkan keadaan teksi tu. pemandu tu tak bleh kuar. pintu depan tak bleh bukak sebab tersekat depan lori.

masa balik pulak, masih kat bulatan yang sama. saya tak pasti kenapa kereta tiara belakang saya kasi hon yang panjang pada saya. may be sebab saya terkeluar dari jalan saya kot. tapi tayar kete saya masih atas garisan putih. bukan keluar separuh pun. nak kata dia terlalu dekat ngan saya tak jugak n dia tak laju pun kalau rasa nak terlanggar saya. masa dia hon saya siap cakap lagi "apa ko ingat aku takut sangat ngan ko" hehe.. yang buat saya tak puas hati dia duk sebelah saya n cakap apa tah sambil angkat2 tangan. saya maleh nak layan. perempuan giler memang cam tu..huhu..

masa tu saya terbayang kalau lah saya ada kuasa magic saya nak buat..

masa dia hon panjang tu saya nak break emergency, biar dia langgar kete saya. pastu saya kuar kete n gelak2 kan dia. tak lama tu ada 2 helikopter datang ambek saya n kete saya. biarkan dia terkulat2 kat situ ngan kete rosaknya tu hehe.. syiok betoi kalau ada kuasa magic kan. bleh suka2 kenakan orang. lagi2 perempuan giler cam minah tiara tu tadi. ingatlah perempuan giler setiap perbuatan ada pembalasan. ko jangan marah kalau orang buat ko cam ko buat kat aku tadi. hehe..

Thursday, April 24

$!@#$%^&*

bz



bz



bz


full stop.

Thursday, April 17

Anak Ibu Yang Garang



Ni salah seekor anak ibu. dia tengah tidur masa saya snap gambar dia. dia tidur bawah kotak atas stor kat umah saya. rupanya dia tak tido lena. tiba2 dia marah saya. siap bunyi2 lagi. eleh..ingat orang takut sangat aa ngan dia tu. meh la dekat kalau berani..hihi..

Leka

Penat2..dah banyak kali benda ni jadik kat saya. kekadang tu kalau ingat kelakar pun ada. saya selalu drive sorang2 sebab saya suka consentrate. benda ni selalu jadik kalau saya berteman. pantang saya adalah berborak bila drive. lelagi kalau lalu jalan yang saya biasa. mula lah saya terus je. semua simpang dah tak pasan. punya aa syiok borak.

pernah jadik masa saya mahu pergi ke rumah ex-bos di setiawangsa. punya lah syoik berborak ngan 'kelindan' saya sesat larat sampai depan IJN. terpaksa pusing balik. nasib baik familiar ngan jalan2 tu. kalau tak memang tak tau aa cam mana.

rupanya penyakit ni bukan datang masa tengah syiok berborak je. tadi pun jadik. padahal tadi saya drive sorang2. syiok sangat makan. maklumlah dah kul 1. lapo lah katakan. itulah jadiknya. dari simpang masuk putrajaya saya terus je. sedar2 dah sampai depan umah. patutnya saya masuk simpang untuk ke opis. dah terpaksa pusing untuk pegi opis balik. moralnya jangan buat keje lain masa tengah drive. nanti sesat larat. huhu..

Wednesday, April 16

Mari bersukan

Sudah agak lama saya meninggalkan blog ni. heh! ada sarang labah2 dah ni. saya bz la awak awak dan awak. banyak sangat keje. tak cukup ngan bz ada plak terselit kursus ngan meeting2. keje plak tu tak lekat kat opis. pi site la. mahkamah la. PTGS la. mana nak sempat jenguk blog.

Dalam bz2 ni sempat gak saya join budak2 ni bersukan. dalam 2 minggu ni gak dah 2 kali saya join diorang main squash. syiok gak. bleh kuarkan peluh. w/pun tak reti main, kita pakat2 bantai jelah. janji bola tu melantun kat dinding sudah. main suka2 orang cakap.



Monday, April 7

Bakal Ibu

Dah jadik blog kucing pulak. semua citer2 pasal kucing je ni. kucing kat atas tu namanya.. tah la.. tak der nama kot. dia kucing yang menumpang di kejiranan saya di kampung. ibunya sangat glamer di kawasan kejiranan saya. kitaorg memanggil ibunya itu ibu atau hitam. ibu sangat selalu mengandung. mungkin juga kerana ibu antara kucing betina paling glamer kat situ. nak kata cantik ibu cuma berwarna hitam.

apabila anak ibu mengandung (kucing di atas) saya tidak boleh memanggil ibu lagi kepada ibunya. ibu kena dipanggil nenek pula selepas ini kerana ibu bakal mendapat cucu. ini adalah anak ibu yang pertama hidup sehingga besar. kebanyakkan anak2 ibu sebelum ini semuanya mati ketika kecil. maklumlah anak2 gelandangan. tak cukup makan. akhirnya mati.

sekarang pun ibu beranak kecil. anak2 nya kurus. rasanya kalau dipegang hanya ada tulang dan kulit sahaja. kesian saya melihatnya. tapi anak2nya takutkan orang. bagaimana mahu diberi makan.

anak ibu di atas mengandung. saya tak tau mata saya silap atau memang nyata. saya nampak anak ibu tu makin cute pulak. may be seri ibu mengandung kot. hehe.. 2 3 minggu lepas saya balik kampung anak ibu sudah bersalin. wah ibu sudah menjadi nenek. tapi saya tidak nampak lagi anak ibu. mesti cute cam ibu jugak. dan ibu muda ini juga berkawan baik dengan seekor ayam!

Si Comot Penakut

Ada seekor kucing rajin datang bertandang ke rumah saya. oleh kerana bulunya berwarna kelabu + itam + oren kami panggil dia comot. si comot sangat takut kepada saya. apabila saya sergah lintang pukang dia cabut lari. comot selalu masuk ke dalam rumah saya melalui tingkap dapur yang pecah jika kesemua pintu ditutup. dulu saya tidak berapa kisah dia masuk ke rumah saya. tetapi sejak ada oyen dia seperti dengki dengan oyen. pantang nampak dia mesti mahu bergaduh dengan oyen. oleh itu saya tidak suka dia masuk ke rumah saya. jika hanya saya ada di rumah memang dia tak dapat masuk ke rumah.

comot sangat manja dengan aunti (kawan serumah saya). jika aunti ada di rumah dia akan tido di bilik aunti. aunti sayangkan nyer. jika bersama aunti dia tidak takut dengan saya. dia sungguh berlagak dengan saya jika aunti ada di rumah. kadang2 tu geram jugak.

suatu hari saya nampak dia mahu masuk ke rumah saya melalui tingkap dapur. saya nampak dia sudah mahu sampai ke bawah. oleh kerana dengki saya cepat2 sergah dia. kelam kabut dia naik semula. sampai di atas dia keluarkan kepalanya manakala ekornya masih di dalam. kelakar gak tengok. lama juga dia kat situ. saya ingat dia tersangkut kat situ. rupanya dia sengaja berlama2 kat situ carik masa sesuai untuk masuk semula ke rumah saya. hai lah comot!

Lagi Lagi Oyen

Penat saya melayan kucing seko ni. kadang2 rasa cam nak kurung je dalam cage. tak duduk diam. manjanya bukan main. tapi dengan comot dia takut. hehe..sonok usik dia 2 ekor. oyen sangat suka kacau saya solat. kat bawah ni antara gelagat dia kacau saya.
main2 sorok2 dalam telekung
hai mak long..oyen kat sini
syok aa duk sini
mak long doakan oyen sekali tau..

malam sabtu aritu saya sajer letak dia atas riba. mata dah layu. ngantuk lah konon. biasanya kalau saya lepas dia terus cabut. tapi malam tu saya lepas je dia terus melepek. tido!

jangan kacau..oyen ngantuk ni..

kelakar lah..kaki oyen ada 4 kaki yang semuanya kat depan.

pandangan dari atas..hak hak hak..;P

Wednesday, April 2

Naik dan Turun

Balik dari kursus. berat badan naik 1 kg lagi.

huh! sungguh menakutkan.

kena diet ni.

hari pertama diet
tengahari - chiken wing 3 ketul & fries sepinggan
malam - makan 3 bijik buah mangga & aiskrim 1 mug

hari kedua
tengahari - gulai tempoyak ikan patin + terung & 2 ketul ikan patin goreng & nasik 3 pinggan huhu..
malam - makan 2 bijik buah mangga & aiskrim 1 mug

adakah makanan2 itu dinamakan diet?

alah tak yah diet la. dia nak naik biarkan. selagi selera baik makan. kang dah tak bleh makan menyesal. betoi tak?

semalam saya timbang berat. turun 2 kg. senyum*

moralnya ;
jangan makan makanan berat malam2