Tuesday, November 30

Minum Susu Anlene

Oleh kerana nak sangat minum susu saya telah membeli sekotak susu anlene perasa coklat kat pasaraya. naper beli anlene pun tak tau. saya bantai je hehehe.. memula tengok barisan susu kat rak pasaraya tu nampak aa memacam susu. tapi anlene plak yang menarik minat saya. so saya beli la bersama tisu sebab plan awal pi pasaraya nak beli tisu je pun huhu..

Ada 4 kotak comel susu anlene perisa coklat dalam ni. saya pikir kalau tak abeh kita bantai sajer kasi kat ain. minah tu semua pun minum. kopi 3 in 1 tongkat ali ayah saya pun dia bantai jugak hehehe..

Cute kan. suprisely rasa dia sama cam rasa susu sekolah zaman bebudak dulu. betoi. kalau korang tak caya korang pi aa rasa. 3 je saya sempat abehkan. sorok sangat dari ain aa ni. dah terlupa nak abehkan huhu.. tak per balik minggu ni saya abehkan. khasiat? entah. korang pi la kaji kat kotak dia bila beli nanti eh :). saya minum sebab teringin nak minum susu je huhu..

Balik Kampung

2 hari raya haji aritu saya 1 family kecuali adik bongsu balik kampung. dah lama tak balik kampung. ayah pun duk ajak lama dah. so dengan plan terkejut2 kami akhirnya berangkat jugak balik ke kampung. balik lepas zohor. benti kat genting sempah solat asar pastu baru teruskan perjalanan. lalu ikut genting. giler menakutkan. patut la selalu accident kat area tu. jalan curam giler naik ngan turun.

Lalu ikut jalan lama tembus ke tanjung malim. sampai tanjung malim dah malam. so decide bermalam umah pak tua saya kat behrang. esoknya baru teruskan perjalanan. banyak tempat singgah plak tu. raya ketiga bertolak ke tapah. mak mau jumpa sepupu dia ngan mak sedara dia kat situ. borak sikit lebih kurang kami pi teluk intan plak. pi kampung sg tukang sidin. ni kampung mak saya. opah dah takder. yang tinggal just pak ngah saya (abg mak saya). dia duk sorang sebab isteri dia pun dah meninggal.

Sebelum gi tukang sidin kami jalan2 kat langkap. mak cakap langkap dah membangun sekarang. ayah citer dulu dia gi langkap naik basikal je. ayah sibuk nak carik parang kat langkap. so berpusing aa kami kat sana carik kedai parang. lepas tanya2 org jumpa aa kedai parang beli 5 kot parang. lain2 jenis la. ayah kata murah giler nak banding beli kat pahang. oo eh.. saya mana penah beli parang huhu.. lepas makan baru gi umah pak ngah saya. borak lebih kurang pastu zohor kami gerak plak ke parit 10 timur sg panjang. ni kampung ayah saya. tok pun semua dah tadek. yang tinggal makcik2 saya je kat umah tu.

Kami bermalam kat sana. sepanjang jalan nak gi kampung ayah saya nampak padi. terus excited lompat2 hahaha.. over. sampai kampung terus duk dekat2 ngan padi. frust sebab kalau balik kampung je mesti padi hijau. tak penah masak pun huhu.. gambar2 padi yang menghijau. saujana mata memandang.

Padi belakang umah makcik saya. diorg punya ni :)

Cam lalang plak kala dekat2 hehehe..

Saujana kan :)

Indah ciptaan tuhan :)

Esoknya kul 8.30 lepas ambek pisang setandan kami pulang ke pangkal jalan. eh tapi singgah bangi sat umah adik. borak2 sambil makan buah pastu baru balik. dalam 7.30 malam kami sampai umah. mimi menyambut kami hehhe..

Thursday, November 25

Blackberry

Sekarang majoriti org pakai blackberry kan. sampai bebudak study kat unibersiti pun pakai blackberry. ko ado? hehe.. saya takde dan tak penah terpikir pun mau pakai. saya kan low maintainance. semua pun pakai benda murah2 je. dedulu masa nak beli hp adik suh beli yang ada 3G. sampai arini hampeh guna pun tak penah (yang betoi tak reti) hahaha.. so apa gunanya hp ada 3G tapi tak guna kan. harga 3G tu dah tambah RM300. kalau tadek 3G hp saya bleh bernilai rm200 je. jimat duit. rm200 pakai 2 tahun berbaloi lah kan hehe..

Naper tak pakai blackberry? tak teknologi lah dia ni huhu.. takper aa tak teknologi kat hp. lagipun teknologi bukan kat hp je. banyak lagi teknologi lain kan. sebab utama saya tak pakai blackberry adalah sebab dia agak besar. saya suka hp kecik2 je. lagi kecik lagi bagus. ala.. untuk jawab call ngan msg sekali sekala je kan. apa yang harap sangat nak besar2. lagi kecik lagi bagus. senang mau perosok dalam jeans kalau jalan2 :)

Orang cakap pakai blackberry senang mau access internet. itu tak bleh dinafikan. tapi bagi saya untuk internet saya prefer guna laptop untuk surf. besar pun besar. takder aa terkenyit2 mata kalau online 5 jam kan huhu.. lagipun kalau bleh online 24/7 kang tak jadik keje plak. saya penat nak addicted2 ni hehe..

Apa pun alasannya rasanya setakat ni blackberry belum tangkap wa punya hati la. tak tau aa masa akan datang kan. mungkin 'terpaksa' pakai ke kan atau mungkin masa tu duit limpah ruah ke kan. tak tau nak beli apa ke mungkin time tu saya pakai aa kot. benda2 camni ikut kemampuan. kalau mampu dan jadik keperluan mesti pakai. kalau kalau takder keperluan sangat cam saya kalau pakai pun time dah obselit nanti baru saya pakai kot hehe..

Wednesday, November 24

Susu

Tengok orang minum susu saya teringin nak minum susu. rindu zaman2 minum susu dulu. sekarang ni bau susu pun bleh buat saya nak muntah. abeh camner mau minum. terbalik dengan dulu. dulu kalau tak minum susu+milo bleh lembik. saya dulu masa puasa sahur wajib bangun. tak yah makan nasik pun takper. yang penting minum susu+milo. wajib! kalau tak nanti melepek lah sepanjang hari sampai nak angkat kepala pun tak larat. bangun2 sahur je mak dah siapkan susu+milo dalam gelas. tinggal nak minum je. camtu gak sebelum gi sekolah. tiap2 hari wajib minum susu. bestnya minum susu dedulu. sekarang awat dia tak mau masuk eh? pelik2.

Mungkin dah jemu kot. dari kecik umur sehari duk asyik hari2 togok susu je. dah beso jemu kot. sebab tu tak nak dah. dedulu (eh sekarang pun hahaha..) saya kurus sangat. so bila pi check up nurse akan kasi 1 tin susu tepung khas untuk saya. mesti dan wajib minum untuk konon2nya gemukkan sket saya ni. tapi nan ado. tapi susu tu lah saya togok sampai darjah 6. tapi susu manis pun saya tibai jugak. lagi2 ada ayah yang terer buat teh tarik cam kedai mamak tu. abeh saya togok semua. adik2 tak minum susu plak tu. susu kat umah memang khas untuk saya ngan ayah je.

Oleh sebab tiap kali gi klinik nurse kasi susu so banyak aa tin susu kat umah mak saya. senang. buat kuih raya tak yah carik bekas lagi. buh dalam dalam bekas susu tu hehhe.. ada lagi 3 4 tin kot kat umah tu. tapi dah karat2. nanti kalau balik saya nak pi telek aa tin tu. susu jenama apa aa saya minum dedulu kan. main minum je. kalau nurse tu kasi racun pun saya minum agaknya hehe..

Masa darjah 6 org dah berat 40 kilo saya baru 21kg hahaha.. kelakar plak. cam berat bebudak darjah 1 je. tu baru darjah 6 belum lepas degree lagi. lepas degree berat saya tak sampai pun 40kg. iskk.. iskk.. tapi saya suka. senang nak berlari. badan ringan je. apa2 aktiviti semua bleh join. tapi suh baling tukul beli tak bleh la. kang bukan tukul tu yang melayang. saya yang melayang nanti hahaha..

Awal tahun aritu masa kat instun timbang berat alamak! dah dekat 55kg. takutnya. awat la berat sangat ni. patut lah orang jumpa saya semua duk cakap saya gemuk. tapi takper la. pasrah je lah. tapi lepas demam sebulan dia turun balik jadik berat ideal. alhamdulilah. rasa cam tak bleh nak naik balik je ni. sebab tu yang teringin sangat nak minum susu ni. nak beli dalam paket tu cam banyak aa plak. kang tak abeh sapa plak mau mengabehkan nya. sapa murah hati mau kasi saya 2 sudu susu tepung kat saya? nak minum susu ni huhu..

Sebab Tak Apdet

Puh.. puh... penuh abuk dah ni. ok dah clear hehe.. lama kan tak apdet. payah nak apdet sebab internet kat opis bengong2 sket. jap2 kang boleh. jap2 kang sampai 2 hari dia tak ok. w/pun banyak citer nak kongsi tapi sebab internet bengong2 terus tadek mood mau apdet.

Naper tak apdet kat umah? ok saya nak citer satu benda. lebih 2 bulan saya susah nak tido. yer sangat susah. terkebil2 je mata bila malam. kadang2 tu langsung tak bleh nak tido. sakit ni mula masa saya demam sampai sebulan aritu. pastu berlanjutan lah sampai lebih 2 bulan. gigih betoi saya menahan kan. maleh jumpa doktor punya pasal.

Eh nak citer apa tadi. dah terpanjang plak citer pasal tak tido malam. alhamdulilah seminggu 2 ni penyakit tu dah ilang dan makin baik. oleh itu saya giler tido sekarang. malam paling lewat kul 10 dah lena. kalau tak tu kul 9 saya dah mula baring. memula bleh tido aritu bangun tido pagi rasa nak nangis je. akhirnya saya bleh gak tido. so sebab tu saya maleh mau bukak internet malam2 sekarang. sebab saya giler tido. sangat seronok sebab dah boleh tido. harap2 penyakit tak bleh tido tu tak datang dah :)

Saturday, November 13

Cuti2 Kat Kampung

Dah 2 hari kat umah. saya cuti seminggu untuk raya ni. giler lah. cam cuti raya puasa plak. bila lagi mau cuti. cuti pun banyak lagi. selagi bleh cuti kita cuti hehe.. tapi 2 hari duk umah cam dah boring je ni. tadi siang gi jantut. sebenarnya tadek tujuan pun. sajer gatai gi. lepas subuh dah siap2 nak kuar. giler awai. sampai sana kedai pun belum bukak. pasar je dah bukak.

Lepas sarapan nasik lemak kami bertiga (mak n ayah) jalan2 kat pasar. semua lorong lalu. tak tau nak beli apa kan. kita redah. ni namanya window soping kat pasar tani huhu.. lama gak kat sana. lebih sejam. mak kata nak carik kuih bangkit. tapi tadek plak org jual. ramai yang jual biskut ngan kerepek2 je.

Pastu petang mak ajak buat kuih gunting. mak cakap buat pakai mesin je senang. dia gi umah cu pinjam mesin gelek tu. bila dah uli tepung semua, nak guna mesin tu jem plak. alamak tepung dah uli. kita buat jelah cara manual. gelek2 ngan gelas nipis2 then gunting halus2. gigih betoi saya menggelek ngan menggunting akhirnya tepat kul 4 siap! siap 1 kuih raya hehehe..

Friday, November 12

Berkelana ke Melaka Seorang Diri

10hb aritu berkelana ke melaka. tak sangka sampai jugak saya ke melaka berpandukan signboard je. alhamdulilah sama masa dengan dalam google map. kira tak sesat aa tu kan :). bertolak pepagi kul 8.30. bajet mesti sampai paling lewat kul 1 ptg. kalau ikut google map 4 jam 3 minit dah sampai. takut kot2 tersesat ke kan so kita kira kul 1 sampai. alhamdulilah kul 12.30 saya dah nampak zoo melaka hehehe.. ilang rasa risau kat ati. yelah.. tah mana2 lah saya sesat kot. nasib baik sampai jugak.

Oleh kerana dah kul 12.30 tghari laju je kete terus pi jusco. kalau gi pun time tu alang2 sangat. lagi setengah jam nak rehat kan. alang2 gi lepas rehat je lah. kata dah gaji kan. haruslah berjalan2 di tempat yang boleh sopink. kuar dari jusco kul 1.45 ptg. saya dapat sepasang sandal, sebijik mug ngan hanger hehe.. hajat ati nak carik handbeg. ada yang cantek tapi keraskan ati dulu. tunggu duit claim kang baru beli. eh tapi duit claim mau tinted kete. hmm.. tunggu claim2 lain lah. tu pun kalo ada.

Kul 2.15 ptg saya dah sampai depan PTGM. buat keje kasi siap semua, susun2, fotostat2 kasi kat EO terus nak pi makan ngan nuar. haa.. nuar dah keje kat strata la ni. fiza tarik. sib baik bos dia kasi. sekarang kalau pi strata PTGM senang nak jumpa nuar. tak yah nak pi pendaftaran lagi :) sebelum makan EO ajak gi jumpa pengarah. katanya pengarah nak sangat jumpa saya. wah tetiba rasa saya plak pengarah ;p. jumpa cakap lebih kurang kami turun. pengarah baru melaka cute lah hahaha.. baik plak tu. bleh aa jumpa banyak kali pasni ;p

Dah pukul 3 masa gi makan ngan nuar tu. kami makan kat RnR kat tepi masjid. banyak makanan dah abeh. maklum dah kul 3. so kami makan kue tiaw goreng kerang. memang banyak kerang. setiap suapan kadang2 masuk 2 ekor kerang hehe.. seperti biasa makan harus disulami dengan sesi ngumpat2 sket, puji2 sket, keji2 sket hehe.. kul 4 lebih gak kami balik. saya tinggal nuar tepi pagar then terus pi alor gajah.

Nak pi umah kak ita. kawan zaman2 sekolah dulu. last jumpa lebih 10 tahun lepas kot. TQ fb sebab temukan kitaorg balik hehe.. tapi kalau tak sebab fb pun bleh je nak carik. bukan tak tau umah dia pun. dasar pemaleh hehe.. lepas tepon then dia kasi direction pi umah dia. sib baik saya dah biasa lalu kat jalan nak pi umah dia tu. dengan jayanya dapat jumpa taman umah dia. dia ambek then bawak ke rumah dia. jumpa anak2 dia, husband dia. then saya tumpang solat. pastu cam biasa sesi borak2 sampailah ke pukul 7.30 malam.

Kak ita ajak saya tido umah dia tapi saya dah cakap kat mak angkat saya mau tido umah dia. tak sedap plak nak kansel. kang jadik anak derhaka plak. dah aa datang menjenguk jarang sekali huhu.. cam biasa org rabun ayam cam saya malam2 terus sesat. padahal baru je datang sri tanjung aritu. simpang depan mata pun tak nampak. 4 5 kali lalu tempat yang sama baru jumpa pintu gerbang sri tanjung.

Sampai umah kete tadek. kasi salam senyap je. saya agak mesti tadek kat umah. so tunggu kat luar jap. dalam 10 minit mak angkat balik dari surau. terus masuk then borak2. dalam setengah jam kak ngan abg balik dari sopink. sambung borak sambil makan malam. kul 10 saya mandi then terus tido. esok balik. huarghhh.. penat seh!

Thursday, November 4

Random

1. Ira jatuh lagi. astagfirullah.. ingatkan dah sihat. rupanya sakit lagi. jauh plak tu jatuh. kat langkawi. ada meeting kat sana. cyn cakap jatuh kat cafe. sib baik jatuh kat cafe. kalau jatuh sorang2 kat bilik.. nauzubillah.. mintak dijauhkan. opismate dia siap cakap dia penah jatuh masa kat opis. sakit apa ko ni ira. risau aku dengar. sat gi nak msg cyn tanya perkembangan. harap2 ira cepat sihat.

2. Dah masuk minggu ketiga kat kuantan saya still sesat lagi. adoi.. penat aa sesat2 ni. tadi tengahari konon2 pi ECM. pegi wah A+. beberapa minit sampai. balik.. sesat setengah jam iskk.. iskk.. sampai 2 3 kali lalu tempat yang sama. setakat ni jalan pi ngan balik keje je tak penah fail lagi. pegi tempat lain salah 1 pegi or balik mesti sesat. masih tak baper familiar ngan kuantan.

3. Cam tak caya je. tadi gi pos barang. oleh kerana pos opis tu kosong n tinggal saya sorang so saya buat keje giler. keje mendaftar diri sebagai pemilih. tak pasal2 dah daftar. eh daftar tak semestinya mengundi yer adik2 ;p. umur 31 daftar mungkin umur 41 baru ngundi kot hehehe.. tu kalau panjang umur la. kalau tak, takder aa merasa nak mengundi :)

Bukit Gambang Resort City

Semalam gatai ikut diorg pi survey kat bukit gambang resort city. memula sajer2 ofer diri tetiba kena ikut haha.. sonok ni. tak penah masuk sana. laagipun duk cakap ngan niza saya pi kali ni nanti hari betoi2 dia tah2 tak bleh nak gi :). diorg nak buat 18/12 nanti. tah kat mana saya time tu tak tau la. kalau sempat gi family day tu pun ok gak :) kalau masuk as visitor biasa kena bayar la. ni masuk as client semua pree. memula ada sesi tanya2. diorg lah tanya. saya dengar je. pastu di akhiri dengan sesi lawatan wohoo..

diberi visitor pass untuk masuk pree ke water park. sebenarnya kami nak tengok kolam tempat hari keluarga tu di buat nanti. so kena aa masuk dalam water park tu. gambar tempat nak buat family day tu tadek plak. lupa kot nak ambek :)

Gigih diorg berjalan tengah2 paneh tu nak pi melawat pool tempat nak buat family day tu. pool dia hujung sekali. privacy la. senang sket. nak bising2 pun takper sebab kita duk hujung sekali.

Abeh lawatan kat water park kami gi lawat bilik plak. ada 2 jenis bilik kat sini. 1 single room n 1 lagi apartment 2 bilik. bilik agak mahal la. kalau ikut rate gomen dengan gred saya ni memang tak lepas. tu harga biasa. dah diskaun gomen rate pun tak capai jugak. kalau nak jugak duk kongsi ramai2 bleh la. bilik2 dia pun cantek. berbaloi aa ngan harag yang agak mahal. gambar bilik lupa mau ambek. lepas abeh tengok2 bilik kami pun bertolak pulang ke opis balik :)

Monday, November 1

Poning

Dah masuk bulan 11 wei.. jap je rasa. lagi 2 bulan lebih kurang tahun ni akan berakhir. baru je lagi rasa sambut new year. ni dah nak sambut new year balik dah. pastu bagi saya yang lahir bulan 1 ni makin dekat umur nak bertambah. alamak kena pikir nak adiah apa untuk diri masa birthday tahun depan ni. ada 2 bulan lebih lagi nak pikir. so abaikan dulu ;p

Citer pasal sambut new year mesti lah berkait ngan azam kan. saya tadek azam hehe.. betoi la. apa plak main2. tak main aa azam2 ni. kalau nak letakkan target dia depan dan cuba untuk capainya hehe.. tu petikan kata2 dato KP saya. tak sangka plak saya bleh pegang kata2 tu. paling tak sangka saya bleh dengar saya dia cakap. selalu kalau meeting saya leboh* ke mana2 dah hahaha..

Lagi 15 hari lebih kurang raya haji. tengah pikir nak cuti bila ni. raya kalau ikut kalendar ari rabu plak. tengah2 minggu. nak cuti seminggu cam lama sangat plak. ingat nak cuti ari raya je. pastu sambung khamis jumaat. tapi cam derhaka plak balik malam raya. tapi kalau cuti selasa cam bengong plak sebab isnin je sehari keje. alang2 baik cuti je terus. poning2. agak2 kalau cuti seminggu derhaka tak? ;p