Wednesday, February 24

Tak Bersyukur

Payah jugak kan bila kita dah terbiasa dengan sesuatu tu pastu tetiba nak ubah balik. dulu masa memula gumuk err.. memula ke? yelah masa memula semua org duk tegur saya makin berisi la. masa tu takut tak ingat2. pastu tambah plak ngan statment kakak ngan adik dah sama besar makin la takut dengar huhu.. ye adik saya dulu sangat besar ye kawan2. tapi sekarang sudah sama besar ngan saya. giler kurus. dah jadik terbalik. saya makin berisi (takut giler mau sebut perkataan gemuk hahaha..) dia plak kurus.

Saya tanya wat cam ner kasi kurus dia cakap tak makan malam. oleh itu bila semua org pun cakap saya makin berisi saya juga kena diet stail dia. dah lama pun saya amalkan benda ni. tapi kalau balik kampung tak kira siang malam pagi petang bantai makan. camno tu. hahaha.. so sekarang sebab dah selalu tak makan malam memang selera mau makan langsung tadek. paksa la cam ner pun. memang tak mau masuk. rasa lapo pun tadek.

Satu lagi kelemahan saya kalau tak lapo tak bleh makan. kalau makan kemungkinan makanan tak abeh ataupun saya makan then muntahkan balik. masalah betoi kan. masih tak paham dengan diri sendiri. so sekarang ni rasa cam nak makan malam plak. kalau lalu2 kat kedai2 makanan tetiba rasa nak beli itu ini. tapi duk pikir bila lah masanya saya nak makan. siang breakfast ngan lunch dah tentu2 kat opis. malam plak tak makan. ari minggu kalau tak der aktiviti saya balik kg. kalau ada aktiviti dah tentu2 saya makan kat luar. balik kg plak dah tentu2lah mak masak kan. so kalau beli mesti buruk je kat fridge.

Tetiba rasa diri sendiri tak pandai bersyukur plak. dulu memula mau ilangkan rasa nak makan malam yer2 tahan perut tak nak makan malam. ni bila dah reti tak makan malam duk gatai plak nak makan malam. tapikan yang bestnya saya jimat. tak yah beli makanan malam. tetiba rasa duit macam berkepuk je sebab tak makan malam hahahaha.. ;p

Tuesday, February 23

Lawak Diri Sendiri

Tetiba rasa kelakar dengan diri sendiri. arini sebenarnya saya decide mau bayar sewa umah. saya bayar sewa akhir bulan eh. baik tak tuan umah saya. pakai konsep duduk dulu baru bayar. bukan cam kfc bayar dulu baru duduk eh.. apa kaitan hehehe. oleh kerana tak ingat duit ada kat bank mana so saya check dedua bank saya. naper 2 eh? hmm.. sebab gaji saya masuk CIMB tapi mau bayar bil2 semua pakai maybank. huhu.. gigih tiap2 bulan transfer separuh gaji masuk maybank.

Dari mula masuk keje kul 7.40am tadi saya mula bukak CIMB online. bukak2 pastu bz2 tinggal. bila bukak balik dia dah tertutup. pastu bukak balik. pastu bz semula. bila bukak tutup sekali lagi. ada aa dekat 5 6 kali gak jadik cam tu. tetiba ni masa nak bukak balik sekali lagi saya dah tergelak sorang2. tetiba terpikir sian CIMB online tu kan. saya cam memainkan dia plak. bukak2 pastu tinggai. pastu dia majuk then tertutup sendiri. mesti dia kecik ati kan huhuhu..

Bengong pikir cam tu. ada ke website bleh majuk bagai? kot kalau majuk pun tak bleh nak bukak je aa kot. tetiba offline ke under construction ke. giler under construction bagaikan hahaha.. kalau dia majuk tak bleh bukak abeh aa saya. tak kan nak berpanas tengah2 ari rembang ni pi konter plak. eeee.. tak nak la. kang balik opis melekit2. terus mood mau keje sudah ilang. hahaha.. alasan terbaek! oklah saya dah siap check duit. banyak gak duit saya lagi eh. huhu.. ter'riak' plak. jaga2 lah ko. bulan 2 belum abeh ni. gaji bulan depan 25hb yer. huh! uwaaaaaaaaaa..

Monday, February 22

Kisah Ngeri Mimi

Citer sudah basi. tapi nak apdet gak. ekceli saya maleh mau blog kan citer ni. tapi dah tadek citer ni kan bantai je la. janji apdet ye tak. saya ni kalau tak blogkan citer tak der org tau citer saya agaknya. semua pun maleh mau citer ngan org. orang mana la sangat kan. saya mana ada kawan (baca : kawan pompuan) dah sekarang. kongsi2 citer ni ngan kawan pompuan gak best. ngan kawan laki mana syok. laki kan tak pandai gosip2 hahaha..

Citer pasal mimi. aritu cuti raya cina saya bawak dia balik kg. ye la duk umah sewa tu sapa plak nak kasi dia makan kan. kang saya balik 5 hari bukak pintu tgk2 dia kering dalam umah sapa susah. mak saya kata tak baik seksa binatang huhu..bising gak dia dalam kete. org first time nek kete kan. hehe.. tapi jap je dia bunyi. pastu dia duk rapat2 dengan cage then diam je sampai aa kampung. sampai kampung memula lepaskan dia. pastu kelam kabut dia lari n kelam kabut plak saya kejar so saya kurung dia dulu. bila dah agak2 cool down baru saya lepas dia.

Ptg tu saya ngan adik2 n ayah pi poya2 kat bandar jantut. tinggal aa mimi kat umah ngan mak saya. rupanya ptg tu la mula cerita ngerinya. org baru jumpa tempat baru kan. semua tempat pun nak jelajah. jelajah punya jelajah mimi sudah termakan racun tikus la. mak saya memang letak racun tikus merata2 kat umah tu. katanya banyak tikus. tu la ada kucing tak kasi dia duk dalam umah. dah tikus menari2 dalam umah ;p

Malam tu dia dah menggelupur dah. makan tak nak. minum tak nak. badan menggeletar. kaki belakang kebas kot. dah tak bleh nak jalan. air liur meleleh. sibuk menghempas2 badan dia. panas kot. saya dah risau giler. duk terpikir 1 je. kalau mimi tadek sapa mau teman saya kat umah sewa pasni. uwaaaa.. sedey! terus call wawa (my dr haiwan) tak angkat plak. pastu sms je. pun tak balas. saya dah bising2 cakap kat mak ngan ayah cam ner mau selamatkan mimi. kata ayah kalau org termakan racun kasi minum air kelapa. saya terus cakap kita carik air kelapa.

Malam2 buta (masa tu dekat kul 10pm) pi plak menyuluh bawah pokok kelapa carik buahnya, kupas then ambek airnya. nasib baik duk kampung. kalo kat bandar mana plak nak carik kelapa kan. iskk.. isk.. tapi kelapa tua je la. mana plak nak mengait kelapa muda memalam tu kan. maunya jatuh atas kepala kang huhu.. kasi mimi minum. memula tu cam ok. saya kasi dia minum pakai sudu. masuk 2 sudu je. pastu dia sudah cakar n gigit tangan ayah saya terus terlepas. berdarah2 tangan.

Tak lama pastu wawa call saya balik. dia cakap kena kasi mimi banyak minum air. kasi racun tu kuar dari buangan dia. cam ner mau kasi kalau dia sudah gigit n cakar. ayah saya dah tak berani mau pegang dah. saya sorang2 mana bleh nak buat. kata wawa balut dia ngan kain then cekak tengkuk dia. paksa dia minum gak. bertungkus lumus gak la balut dia. dah aa susah nak tangkap. duk bawah katil la. duk celah kolah la. abeh semua benda tunggang terbalik sebab nak tangkap dia.

Saya memang tawakal je. lantak aa nak gigit ke apa ke. masa kasi dia minum kali kedua tu 7 gigitan dia kasi saya. dalam giler dia gigit. tangan berdarah tak ingat2. meleleh2 darah kuar kat tangan saya. dah tak rasa sakit dah sebab memang pikir nak selamat kan mimi je dalam kepala saya. lantak aa nak jadik apa pun. wawa kata jangan curah air tu takut masuk dalam hidung. saya dah maleh nak pikir. memang saya curah je air kelapa tu dalam mulut dia. 2 kali saya buat. mintak maaf aa mimi. saya buat semata2 nak selamat kan mimi je huhu..

Pastu cam dah give up. saya kata dalam hati mungkin mimi nak mati kat kg kot. tak henti2 salahkan diri sendiri. kalau saya tak bawak mimi balik kg sure benda cam tu tak jadik. lastnya saya terus masuk tido. adik duk tegur2 pun saya buat tak tau je. nak nangis pun maleh. lantak aa nak jadik apa pun. saya dah try. tapi kalau dia mati gak saya redha je la.

Yang peliknya tido lena. huhu.. penat kot. siang tu drive dari putrajaya ke kampung. ptg kuar poya2 plak. malam duk bergusti ngan mimi nak kasi dia minum air. mana tak penat. kul 5.30am saya terjaga. terus teringat kat mimi. kuar balik nampak mak tengah bagi salam (mak saya solat) terus terkeluar dari mulut saya "mimi dah mati ke mak?" hehehe.. kata mak dia bangun pun memula ingat kat mimi gak. try carik tapi tak jumpa katanya. dalam hati saya cakap mimi dah mati.

Saya pi buang air then online sampai kul 6.30am. tetiba teringat. malam tadi masa saya lepaskan dia dari balutan tu dia lari bawah almari. terus kocoh2 intai bawah almari. saya nampak mimi! alhamdulilah. dia nampak cam dah ok. saya hulur air. tak der respon. saya ulur makanan dia. pun tadek respon. tapi dia dah nampak ok sket w/pun badan still mengeletar. saya terus online balik. ayah saya bangun pun duk tanya mana mimi. semua org kat umah tu care ngan mimi. terharu rasa. hehe..

Dalam kul 7.30am saya try tarik dia kuar. memula dia tak nak. saya buat slow2. sebab saya tau dia fobia lagi takut kena paksa cam malam tadi. saya tarik dia kuar sket2. alhamdulilah dia mau. saya dukung n peluk dia. dia diam je. panas badan dia. dia pandang je muka saya masa saya dukung dia tu. waaaa.. nak nangis je rasa. saya terus masukkan dia dalam cage. dia terus duduk n diam.

Saya try ambek ikan secubit... dia makan!!! waahhhh.. saya dah menjerit2 kat tepi cage tu sebab dia dah nak makan. then saya kasi air plak. dia tak nak. saya buang air lama tu then tukar baru n try kasi kat dia.. dia minum!!! uwaaaaaaaaaaa... rasa nak nangis je. banyak dia minum. lepas2 tu dia dah mula makan wiskes dia. tapi sket. tapi try suap plak satu2. alhamdulilah dia makan. makan dalam 10 ketul dia minum. makan lagi 10 ketul dia minum lagi. saya gembira tak ingat2. rasa nak menjerit je. sonok!!

Wawa msg duk tanya mimi cam ner. wawa pun sama risau cam saya. so saya kasi aa detail kat wawa. wawa cakap badan dia panas coz tindakbalas racun tu. oo eh.. ingatkan dia demam terkejut ;p wawa suh jugak kasi dia minum air kelapa muda. saya cakap kat ayah. dan2 tu dia pi kait kelapa muda. hehehe.. sayang kucing lebey nampak ;p tapi saya tak sampai ati nak paksa dia minum dah. so saya basahkan tengkuk dia je ngan air kelapa muda tu. wawa kata kasi turun suhu badan dia.

Sepagi gak la saya duk berteleku depan cage mimi tu. duk tgk dia. try suap makan bagai. tapi dia baring je. mak saya kata dia penat kena paksa malam tadi. hehe.. dah tengahari saya try kuarkan dia. dia mula jalan2 dalam umah. saya ikut je dia. langsung tak jadik keje duk bz menengok kan si mimi. haahaha..

Lepas mimi dah makin cool down tuan dia plak sakit. bisa giler gigitan mimi. saya kena 2 cakaran ngan 7 gigitan gigi taring dia tau. masa tu baru rasa sakit. sampai masa mandi nak gosok buih sabun kat badan pun rasa nak menjerit2 je. sakit gilo. tapi alhamdulilah lepas gi klinik saya dah ok. tapi kat tempat gigitan tu rasa gatal2 la. kalau picit2 ada aa rasa sakit sket2 lagi. tapi dah ok. dont worry huhu.. mimi plak? huh! lebih pada sihat dah sekarang ni. yang saya perasan dia makin kuat makan sekarang ni. pantang buh je makanan dalam pinggan dia sure abeh. tindakbalas racun tikus kah? hahahaha..

Mimi tido lena sebelah saya lepas sembuh dari sakit kat kg ;p

Sunday, February 21

Jam Tadek Bateri

Malam tadi balik karnival dah kul 11.30 pm. duk mengadap internet sedo2 dah kul 12.30am. bangun pi mandi solat then melekat lagi kat depan laptop. sedo2 dah kul 2pm. dalam hati duk cakap tak per, esok cuti. hehe.. dalam 2.30am merangkak2 pi katil sebab dah mengantuk sangat hehe.. sebelum tido tepuk bantal agar esok jaga solat subuh. selalunya kalau tido lewat akan kantoi solat subuh.

Alhamdulilah solat subuh terjaga pagi tadi w/pun agak subuh gajah ;p terjaga kul 7am. tak per. still bleh solat coz syuruk kul 7.20am cam tu. pastu kepala pening2 lalat. so tido balik. sedar2 tgk jam dinding kul 8.15am. aiks. cepat plak jaga. oleh kerana awal lagi sambung tido balik. sedar lagi tgk jam aiks! naper 8.15 jugak. ayoo.. jam mak mati nok. terus kocoh2 tgk jam kat hp rupanya dah 10.40am hahaha.. terus bangun. kang sambung tido lagi kang maunya sampai ptg plak kang. so moralnya jangan caya ngan jam dinding anda huhuhu..

Dairi 20 Feb

Bangun pagi seperti biasa 6.30 pg. dah set kat kepala lepas subuh tak moh tido. so on laptop then mula berfb. menuai, beri ikan makan. lawat kebun n aqua kawan2. chatting. baca paper. tgk siong. huh! saya sudah giler menengok siong sekarang ni. best gak citer tu kan. selalu lupa je mau tgk kat tv. sudahnya tgk je online kat website tv9. untung ada online kan. kalau dulu terlepas citer tak der maknanya la nak tgk balik. eh termenyimpang citer lain plak huhuhu..

Online punya online sedar2 dah kul 9 pagi. gilo tak gilo kan. kelam kabut basuh baju coz ptg nya nak kuar. basuh baju sambil online. siap basuh n sidai baju dalam 11.00am. tetiba rasa ngantuk. tutup laptop then tido terbongkang sampai kul 1.30pm. pastu bangun mandi sebab janji kul 2pm nak pi umah hairul ada birthday party iman. happy birthday iman :) iman dah setahun. oh lupa.. arini gak birthday mica. mica jugak dah setahun. happy birthday mica.. isnin ni 22hb birthday amir plak. happy birthday pertama amir :) semoga anak2 aunty ni menjadi anak2 yang mengembirakan daddy dan mummy masing2 selamanya :)

Adiah birthday untuk iman

Bawak perut kosong ke umah hairul sebab memang plan nak makan banyak2 kat sana. hehe.. teruk betoi kan. sedap masakannya. ada ayam merah ngan kari kambing. paling best cuppies nya. serius sedap. nurul tempah dari mana eh? :) lepak jap kat sana sambil tgk iman yang makin keletah. dalam 3.15pm mintak diri coz masih ada jemputan yang nak dipenuhi. kali ni mau lawat qisya lagi. eh! bukan baru lawat ke? hehehe.. saya temankan hajar lawat dia coz hajar pasni dah susah nak lawat qisya sebab akan pindah ke rembau.

Kebetulan masa sampai nenek n mak cik2 jas ada kat umah diorg. memula cam segan nak masuk. ada dalam 5 minit terperap dalam kete sebab cam segan mau masuk. tapi bila pikirkan saya agak kamceng ngan makcik2 jas tu saya buat muka tak malu masuk aa gak. dah sampaikan. tak kan nak balik plak kot ;p masa beri salam dari jauh dah dengar makcik2 jas duk bising2 cakap saya datang. wah terasa glamer cheq kejap ;p

Berborak2 ngan mummy qisya dalam setengah jam cam tu en jalil sampai. soalan pertama "ko sesat ke?" hahaha.. ngaku plak tu. apa la. dah banyak kali datang pun sesat gak. bila qisya dah merengek2 mau susu kitaorg decide mau balik sebab tak nak ganggu qisya menyusu. masa salam mak cik jas diorg tanya dah ada osmet belum? saya jawab saya mau carik osmet lelaki. diorg gelak tak ingat2 sambil mengaminkan hahahaha.. sabar2 saya tau ramai tak sabo nak tgk saya kawen ;p

Entah cam ner dan gilernya saya n en. jalil telah decide utk berpoya2 mau tgk wayang ptg tu. so kitaorg telah berbondong2 ke galaxy ampang untuk tgk wayang. naper ke galaxy ampang? sebab gigih mau jugak tgk adnan sempit. malangnya sampai sana adnan sempit tayangan kul 9 mlm. jam kat tangan baru kul 6.30pm. giler ke nak menunggu sampai kul 9pm. so beli tiket untuk esok tayangan kul 3.30pm. kita tgk esok je lah eh.

kelisa pink!

Balik sampai umah tetiba rasa mau pi karnival wow putrajaya. kali ni pi ngan hajar je. minah tu buang tebiat kot. hahaha.. tetiba rajin plak kuar malam2 mau tgk konsert. dapat tengok aizat nyanyi. suka2 ;p layan dalam 5 lagu kitaorg gerak balik. dalam perjalanan balik terlekat plak kat pameran kete. pinar2 mata tgk kelisa kaler pink. awat la cantek sangat. saya pantang sket tgk kete kaler pink ni. terus blink2 mata hehe.. abeh tgk pameran kete terus balik. penat kaki den berjalan. lama dah tak berjalan cam tu. balik konon2 mau mandi solat then tido. tapi ni dah menaip plak. agak2 bila mau mandi ni eh ;p

Friday, February 19

Men Nyorok2 Sama Mimi

Banyak nak citer pasal mimi sebenarnya. tapi mood menulih belum mari la. so kita pertontonkan aksi mimi di rumah mak saya masa saya main nyorok2 ngan dia aritu sebelum peristiwa menyedihkan jadik kat dia. apa peristiwa tu? nanti la saya rajin saya apdet eh. kita layan gambar ni dulu..

mimi : Aiseh! dia nampak plak..

mimi : Nyorok2..

Saya : Hah! buat apa tu?!!..
mimi : terkejut mimi..

mimi : Alaa.. mimi duduk2 je.. tu pun nak marah

Saya Setuju..!!

Dari My Facebook;

Tara said:

''There's no point getting upset about something you have no control over. Instead, lighten up and try to see the funny side of life - in general, things are not nearly as bad as they seem.''


Friday, February 12

Terhiris

Dalam kepala teringat2 jari terhiris kertas tadi. adoi.. ngeri dan ngilu betoi rasanya. tak nak pikir.. tak nak pikir. ngilunyerrrrrrrrrrrr.. syuhhh2 pi jauh2 ingatan tu. saya memang selalu terhiris jari dengan kertas.. adoi.. menyebutnya dah ngilu. camner mau tulih ni. lepas kena mesti terus teringat2 kat kepala dan janji dengan diri sendiri kena hati2 ngan kertas lepas ni. tapi kena jugak. sakit niiiiiiiiii.. iskk..

Sib baik ada minyak gamat. so sapu then gosok2. tapi pedih tok sah citer la. dah ada balik tanda kat ibu jari huk huk.. dulu masa masa ira still ada kat sini dia banyak kali menyaksikan kejadian ngeri tu. tapi tak tau aa dia ingat ke tak. sebab yang ngerinya saya je. bagi dia mesti benda ciput je. setakat kena hiris ngan kertas kan hehe.. bukan over tau. tapi memang saya selalu sangat kena kertas. kalau saya jerit tu dia tau aa saya punya jari terhiris ngan kertas. memula dulu dia care jugak. pas2 tu dia dah tak heran dah. hahaha..

Gambar? tak yah la. tak ngeri pun kalau korang tgk huhu..

Tuesday, February 9

Lawat Baby Qisya

Tengahari tadi kami (saya, hajar, zairi n lan 1 kete, kama, cyn ngan azri 1 kete lagi) telah berbondong2 ke columbia asia puchong melawat mummy alya. bertambah sorang lagi 'anak buahku' hehehe.. tapi anak buah yang ni teruja lebih sket. tak tau naper. semalam dalam kul 12++ jas tepon. dia cakap alya dah bersalin. saya punyalah excitednya sampai langsung tak tanya berat baby ke apa semua. agaknya kalau jas tak cakap alya bersalin bedah n lahir kul 9.37 pagi tu saya pun tak tau sebab langsung blank tak tau nak tanya apa sebab teruja huhuhu..

Nasib baik saya dah tau awal2 yang baby dia girl ngan bersalin kat columbia asia puchong. kalau tak jadik keje plak nak tepon jas balik tanya semua benda2 tu hehe.. saya just ingat nak tanya jas bilik no. baper je sebab excited nak melawat hehe.. dan2 tu terus tulih kat wall fb.

Baby qisya. ayoo.. sangat cute.. rasa mau geget2 je dagu dia. rambut sket punya lebat.

Dalam dukungan aunty kama. sorry aa kama muka ko tak nampak plak. hehe..

Dalam dukungan aunty cyn. cyn ambek berkat. esok2 dia plak la tu. kata tengah practice hahaha.. azri duk bz baca paper. ko pun tak lama dah azri. kena mula practice dari sekarang. huhuhu..

Uncle lan teruja sebab dapat dukung baby qisya.


Akhir sekali of coz kena ada dalam dukungan mak long nyer.. serius saya tak penah dukung baby kecik cam ni. umur dia baru 2 hari tu. dah berani saya dukung. memang memula takut nak pegang n tak tau nak pegang. masa cyn nak kasi menjerit2 gak sebab takut. selepas diberi semangat oleh mummy n daddy qisya saya paksa diri gak dukung qisya. wah sungguh seronok dapat dukung baby. tetiba rasa mau ada anak sendiri plak huhu..

Saturday, February 6

Lawatan Sambil Belajar

Pagi tadi dalam kul 8.30 am dengan tidak disangka2 kitaorg (saya, dee, jalil ngan kawan jalil, fakri kot nama dia) telah merayap2 ke kl untuk mencari taman rama2. buat apa kat sana? tgk rama2 la. buat apa lagi. rasa macam buat lawatan sekolah plak. dah aa dalam tu ramai foreigner je. org tempatan tak sampai 10 org pun termasuk kitaorg. biasa aa kitaorg jakun lebih. hahaha.. kita layan gambar..

Me and jalil kat pintu masuk butterfly park KL.

Tak baper banyak rama2 kat situ. masalahnya bunga pun tak banyak. kalau saya jadik rama2 pun cam tak best je nak duk situ ;p

Ni antara rama2 yang cantek. susah nak jumpa rama2 kat area bawah. banyak yang terbang tinggi2. lagak cam ramai2 tengah berusaha nak koyakkan jaring untuk bebas je huhuhu..

Rama2 ni cantek. ingat dia buat apa la. tetiba dee cakap "dia tengah mengawan la.." ooo.. cam tu eh rama2 tengah menawan. manaku tau ;p

Cubaan menangkap rama2. tapi tak berjaya coz rama2 kat situ liar sangat huhu..

Jenis2 rama2 kat malaysia.

Saya dan adikku dee.

Cantek gak tempat ni. ada banyak ikan oren tu. apa nama tah. tenang je rasa bila tengok dia berenang.

Ok itu sajalah lawatan kitaorg ke taman rama2. lepas ni kita pi terjah taman burung plak. pastu ingat nak buat lawatan pi muzium ngan zoo negara plak. giler lawatan sekolah betoi hehe.. tapi betoi. sepanjang idupku ini tak penah pi zoo negara tau. zoo jb je penah pi. ada sapa2 volunteer mau bawak saya jalan2 pi zoo ngan muzium tak? hehehe..

Friday, February 5

Hati = Heart

Bermula dengan luahan hati yang menyatakan rasa bersalah dia kerana keluar dengan tunang org akhirnya melarat2 kepada cerita di sebalik hati saya sendiri. saya sendiri tak sangka yang dia pendengar dan pemberi respon yang baik. TQ my pren. dan jugak tak sangka yang saya boleh berani bercerita tentang hati sendiri pada dia. ye saya rasa sangat lega sekarang sebab sudah luahkan segalanya pada dia. rasa beban kat hati dah kurang. pertolongan dia tak kan saya lupa sampai bila2. terima kasih sebab sanggup mendoakan kebahagiaan saya di dalam doanya.

Seriusly susah org nak teka perasaan saya. sebab saya pandai sembunyikan perasaan sendiri. masa mula2 kenal kata dia tak sangka yang saya sebenarnya berperasaan. hahaha.. saya jugak manusia kawan. harus ada perasaan. cuma saya pandai sembunyikan perasaan saya sendiri. saya tak suka org tengok saya bermasalah. mungkin sebab saya tak suka org care dengan saya lebih2 kot. pelik kan. selalunya org suka kalau ada org care lebih2 pada kita tapi saya tak. saya rasa tak selesa bila org care lebih2 ngan saya. berdikari betoi saya kan sampai cerita hati sendiri langsung tak pernah saya kongsi dengan sesiapa. tapi itulah saya.

Makan Steambot

Semalam sempena birthday saya gak saya dah janji ngan budak2 opis mau banjer diorg makan. tapi tak janji nak makan kat mana. oleh kerana saya sangat teringin nak makan steambot so saya angkut semua budak2 opis pi makan kat johnny's alamanda semalam. huhu.. rupanya masing2 tak penah makan kat situ. dengan lagak giler kuasa saya telah mengoder semua makanan semalam huhu..

Tengok tu steambotnya. mengelegak! penuh giler. pastu semua pakat makan gelojoh semacam akhir jadik aa..

Cam mamat ni. padan muko ko lan. makan main masuk je dalam mulut. tak nampak menggelegak tu. kompem aa panas. merah2 muka tahan panas. huhuhu..


Hajar kata perut dia ketat sebab makan banyak sangat.

Gambar tuan punya blog haruslah ada kan. seperti biasa sebab tuan punya blog ambek gambar sendiri so ada sekeping je la gambar dia.

Di akhir cerita kita hidangkan pinggan2 dan mangkuk2 kosong yang rasanya semua org tau apa maksudnya. huhuhu.. eh lupa plak. kami sebenarnya 6 org. tapi anak buahku adie tak dapat join sebab pi klinik. dah paksa2 datang pun still tak dapat nak datang. tak per aa adie. lain kali aku banjer ko plak eh. :) hairul plak balik umah kot. sedar2 dah ilang huhuhu.. tak sempat nak ajak secara officiallly ;p

p/s : Kita tunggu hajar plak banjer pasni eh ;p

Thursday, February 4

Birthday With Strata

Lama betoi ai tak apdet blog kan. angin maleh datang. gitulah jadiknya. arini paksa diri gak apdet. kang takut lagi lama lagi maleh kang. oleh kerana lama tak apdet blog banyak aa citer tertinggal. kita mula dengan citer birthday ai la eh. strata buat majlis birthday ai 26/1 aritu. sambut sekali ngan hairul ngan abg awie. hairul punya birthday 22/1. abg awie tak sure plak baper hb. tapi bulan 1 gak la. tq strata untuk majlis tu. korang layan gambar je lah eh. tapi siapa yang ikut fb ai dah tengok gambar2 ni.

Kek kami. kek lemon cheese. sodap! tapi ai tak makan banyak. yelah.. ai mana suka sangat makan kek2 ni :)

Bedaygirl gembira sebab dapat tiup lilin ;p

Fuhhhhh.. tiup lilin. gambar ni cam gambar sabotaj kan. nampak gambar ai je. gambar abg awie ngan hairul blur plak. bukan salah ai eh. gambar2 ni cik hajar yang ambek kan. huhuhu..


Sesi potong kek. jemput2 makan. jangan malu2. tambah nasik huhu.. selain kek kami gak dijamu ngan bihun sup dan sate warisan yang sangat sedap. terima kasih strata n happy birthday to me!