Friday, August 26

Berbuka di Johnny's

Semalam kira malam terakhir la saya buka puasa kat kuantan untuk tahun ni sebab malam ni dah nak balik kg. cuti raya sudah bermula yey! tapi tahun2 depan tak tau la plak. mungkin masih di kuantan jugak kot hehe.. so semalam ambek peluang buka sama2 housemate kat luar lagi. kali ni johnny's restaurant pilihan saya. pepagi dah sms housemate2 n bila diorg cakap ok je saya terus book tempat.

Terlupa betoi nak ambek gambar. padahal kamera ada je dalam handbag. aritu masa buka kat padang tak bawak kamera gigih ambek gambar pakai hp. semalam bawak kamera lupa la plak nak snap2 gambar. haih! dah tue2 ni semua nak lupa. tapi bebulan puasa ni memang tak ingat lain dah selain makan. lelagi makanan dah depan mata huhu..

Kami sampai johnny's pukul 6.30 petang. order2 then kuar jalan2 kat luar. pastu punya leka membelek kain baju sampai org dah azan baru kitaorg kocoh2 semula ke restaurant. duduk je. makan, makan n makan lagi huhu.. tiga2 senyap je ngadap makan. tu yang sampai lupa mau snap2 gambar.

Tepat pukul 8 siap. bayar n gi solat. mak ai kena beratur panjang nak ambek air sembahyang. giler hebat dah akhir2 puasa ni semua pun maleh mau masak. pakat2 makan luar je. lepas tu soping n soping lagi huhu.. kul 10.30 baru reti nak balik umah. tersoping jugak beberapa helai baju iskk.. tu la jangan jalan2 kat tempat soping. ada je nak beli kang huhu..


gambar from johnny's website

Wednesday, August 24

Berbuka Di Padang

Sepanjang minggu ni kitaorg serumah kena beli makanan kat luar. samada makan terus kat luar or beli then bawak balik buka kat umah sebab sink umah tersumbat. so tak bleh masak. ari isnin beli makanan kat bazar indera mahkota. tapi gi ngan nadia je sebab sue buka kat luar. so semalam kami bertiga dapat buka sama. kali ni idea nadia pi bazar tepi masjid n buka kat padang MPK.

So dalam 6.30 ptg kami gerak ke bazar. pusing punya pusing tak tau nak makan apa. dah 7.10 malam baru berlari2 beli makanan. masa saya tengah bayar nasik dah azan. alamak! terus nadia sua air dia suh buka dulu. pastu kami carik tempat atas padang MPK bentang paper then makan. best gak duk makan ramai2 kat padang tu. dah macam berkelah pun yer. macam kenduri kawen pun yer. tapi giler ramai la org.

Saya tak sempat nak ambek gambar sebelum kejadian sebab kocoh2 buka puasa. gambar kat atas ni gambar selepas kejadian. ramai manusia penuh padang tu. masing2 terbongkok2 makan makanan masing2. ada aritu member saya gi masa tu Tuanku Puan Pahang n family pun ada buka sekali kat situ. mesti masa tu lagi meriah. sekali sekala buat kelainan berbuka camtu pun best jugak kan. jom buka reramai kat padang MPK!



Thursday, August 18

Cuti Semalam

Semalam pahang cuti.
aktiviti semalam? pi soping lorr..
hari bermula awal.
subuh pun awal semalam.
pas subuh ngadap fb sampai pukul 9 pagi.
pastu tetiba teringat tak tido lagi.
padahal bukan ngantuk pun.
tapi letak2 kepala sampai pukul 11 gak lena huhu..
bangun ngadap laptop balik.
kul 11.10 nadia my osmet ketuk pintu.
sebab ingat saya belum bangun.
so siap2 then terus ke car wash nak basuh kete.
kete dah macam apa tah tak berbasuh.
pas basuh kete terus ke ECM.
mau ke parkson soping.
giler ramai manusia dalam tu.
alhamdulilah senang pulak dapat parking.
depan pintu masuk soping mall plak tu.
bagus betoi huhu..
3.30 petang kuar dari ECM dengan beberapa rembatan n terus ke terminal kuantan.
ambik sorang lagi osmet.
pastu jalan2 kat bazar depan terminal.
dapat gak beberapa rembatan.
pukul 5 gerak ke tg lumpur.
ingat mau berbuka luar sama2 osmet tapi semua kedai punuh.
so decide balik buka kat umah dulu then baru gi semula.
lepas maghrib (dekat puku 8 gak la) kami gerak ke tg lumpur semula.
malam tu kami buka kat ana bakar petai. yum2..
kami makan tomyam, kailan, sotong tepung n pari bakar.
gambar tadek. sila bayangkan sendiri huhu..
perut ketat.
balik tengok CSI.
kul 11 malam ZZZzzzz...


Thursday, August 11

Random

Takder citer. tapi nak gak apdet blog hehe.. bukan apa. nak citer pasal puasa tak best la. semua blog pun citer pasal puasa. yelah dah bulan puasa kan. apa lagi nak citer. so untuk kelainan saya maleh nak citer pasal puasa ni sangat sebab blog lain semua dah citer pasal puasa huhu.. nasib baik bleh apdet. tadi pepagi nak apdet blogger prob plak. gitulah. berkobar2 nak apdet ada je masalah. so jangan salahkan saya kalau tak apdet ek huhu..

Lama tak citer pasal si mimi ni. yelah dia dah tak duduk dengan saya. kalau balik kg baru jumpa. so tak banyak la citer pasal dia cam dedulu. ni mimi tido atas katil saya. sejak2 saya tak duk sama ngan dia ni dia dah tak nak tido ngan saya. tido ngan ayah saya je dia ni. bukak pintu bilik ayah sendiri pun dah pandai. bukan pulas tombol la. ayah saya rapatkan pintu je. then nanti dia nak tido dia tolak je pintu tu. pastu apa lagi bergumpal2 la ngan ayah atas atil sama2 huhu..

Citer lain. saya kan dah masuk opis baru. dah dapat parking sendiri. dulu kat opis lama menumpang. so nak dapat parking sendiri susah aa sket. ni dah opis sendiri senang aa sket bermaharajalela huhu.. sonok2. tak yah nak rebut2 dah. datang lewat pun ada parking dekat menanti huhu.. semalam baru rasmi. tapi yang tak best dekat no dengan parking bos2. ni kalau ilang nampak sangat dek bos hahaha.. moralnya jangan ngulo kang bos tau ;p



Monday, August 8

Marg Helgenberger

Jumaat lepas ke MPT. ada keje sket. tengah2 membuat rakaman orang yang di rakam dipanggil bos. so kami tinggal 2 org. nampak paper ambek then baca. kat halaman belakang nampak berita kat bawah ni.

Pesal semua org nak tinggalkan CSI ni. oh mungkin sudah jemu barangkali. dah 9 musim berlakon benda yang sama. bila baca berita kat dalam pun cakap dr ray langston akan takder musim depan. akan ganti dengan org baru. doktor jugak. namanya lupa plak. aritu kat CSI NY stella (Melina Kanakaredes) keluar. ganti dengan jo danville (sela ward). sib baik si jo ni cantek. muka penuh sifat keibuan sungguh. suka saya tengok. sapa plak ganti si catherine ni nanti. harap2 org tu best gak la cam dia. takper la. siapa berlakon pun CSI tetap di hati huhu..


Tuesday, August 2

Puasa n Anak Kucing

Salam ramadhan. alhamdulilah dah masuk hari kedua puasa arini. dah selamat penuh sehari puasa semalam n dah sempurna 2 malam terawih. harap2 tak hangat2 taik ayam la huhu.. hai uolls.. lama kan tak apdet blog. seminggu 1 entry je keluar sekarang. memang maleh nak apdet blog sekarang. lagi2 tgk org lain pun ala2 hilang password je semua so lagi la mood mau apdet blog tak datang huhu..

Tahun ni puasa kat kuantan rupanya saya. tak kisah la puasa kat mana2 kan. janji puasa. nampak gayanya raya pun kat kuantan la nampaknya. harap2 dapat makan puding raja taun ni. puding raja tu makan tradisi org pekan. first time tgk macam teringin nak makan. niza kata dia pandai buat. nanti raya bleh aa suh dia buat. bleh rasa. korang nak tgk rupa royal puding ni google ek. saya maleh nak tempek gambo makanan bebulan pose ni. kang terliur ;p.

Pagi tadi hosmate mintak tolong saya ambek dia kat terminal bas. dia baru balik dari kampung. dalam mamai2 kul 4.30 pagi saya keluar umah nampak satu kotak antara kete kat dalam pagar umah kitaorg. terdetik dalam ati apa ke plak dalam kotak tu. balik terawih malam tadi tak nampak plak kotak tu. mula la ati cakap bukan2. paling best bleh rasa ada org letak bom hahaha.. bahana tengok CSI semalam la. oh! tetiba sedih bila sebut CSI.. jesse cordoza dah mati uwaaaa.. sian walter dah tadek kawan mau main basket ball huuuuuu.. eh tak paham ke? lain kali tgk CSI ek huhu..

Berbalik pada kotak tu. tapi berani plak nak jenguk kat dalam kotak tu. jeng jeng jeng.. tau apa ada dalam kotak tu. 2 EKOR ANAK KUCING!!. sapa lah yang dajal sangat ni. pi buang anak kucing kat dalam pagar umah org. dalam pagar ok bukan tepi gate. jahatnya lah org tu. 2 kemungkinan je naper org tu kompiden buang anak kucing tu dalam pagar umah kitaorg. satu dia tau kitaorg bela kucing. then mesti kitaorg suka kucing kan. suka ati.. dua pagar umah kitaorg terbukak. org lain semua tutup pagar.

Tapi tak baik la. anak kucing tu jalan pun tak betoi lagi. baru 2 minggu camtu kot umurnya. macam mana dia nak makan. tak cerai susu pun lagi agaknya tu. perikemanusiaan aa sket kot yer pun nak buang anak kucing. kasi dia cerai susu dulu. tak sian kat anak sian kat ibu kucing tu. buatnya kitaorg tak pasan kitaorg terlanggar ke kan. saya tak marah dia buang kat depan umah saya. tapi marah cara diorg buang. lain aa kalau buang kucing beso. bodoh punya org. eh! tak baik cakap org bodoh. kurang cerdik punya org!! ;p