Wednesday, September 30

Kampungku Dilanda Musibah

Hujan batu bak peluru

Oleh Roselan Ab Malek
am@hmetro.com.my

JERANTUT: “Belumpun ketakutan saya sekeluarga reda selepas semua bumbung rumah diterbangkan angin kencang, kami sekali lagi ketakutan apabila melihat banyak ketulan ais s ebesar penumbuk orang dewasa menimpa bumbung rumah.

“Ketulan itu bertaburan dalam rumah sebelum cair dan membanjiri kediaman kami,” kata mangsa kejadian ribut disertai hujan batu, malam kelmarin, Siti Noriah Mohd Isa, 50, ketika ditemui di rumahnya di Kampung Kekura, di sini, semalam.

Dalam kejadian bermula kira-kira jam 7.40 malam dan berlarutan selama setengah jam itu, sebanyak 40 rumah di Kampung Pasir Sia, Kampung Kekura, Kampung Selimbar, Kampung Chebung dan Felda Sungai Retang, rosak teruk apabila ditimpa hujan batu selain bumbung tercabut ditiup angin.

Menurut Siti Noriah, walaupun dia mengalami banyak kerugian akibat perabot dan perkakas elektrik rosak, namun bersyukur kerana tiada anggota keluarganya cedera ditimpa ketulan ais itu.

“Ini kejadian pertama berlaku di kampung ini dan ia begitu menakutkan apabila melihat ketulan ais yang besar jatuh dari langit.

“Hanya Tuhan yang tahu betapa takutnya kami sekeluarga ketika ribut itu diikuti hujan batu menimpa kediaman seperti dihujani peluru,” katanya.

Peneroka Felda Sungai Retang, Bakar Dollah, 66, berkata dia dan isteri begitu takut selain terkejut apabila melihat kepingan bumbung zink rumah mereka ditembusi ketulan ais menyebabkannya berlubang-lubang.

Menurutnya, hentaman ketulan ais yang besar selama setengah jam itu menyebabkan dia dan isteri berusaha menyelamatkan barangan yang ada daripada basah tanpa memikirkan keselamatan mereka.

“Keadaan memang menakutkan dan kami agak kalut mendengar bunyi hentaman ketulan ais dan yang kami fikir ketika itu hanya menyelamatkan barang dan apabila hujan berhenti, bahagian dalam rumah basah.

“Apapun, saya bersyukur kerana sepanjang mengalihkan pelbagai barangan, kami berdua tidak ditimpa ketulan ais dan selamat tanpa sebarang kecederaan,” katanya.

Bagi Mariah Mat Taib, 50, dari Kampung Chebung, kejadian hujan batu itu memang menakutkan apatah lagi dia hanya tinggal seorang di rumah ketika kejadian.


Nota Tangan Kanan : Kampung gue dilanda musibah rupanya. siap masuk surat kabo tu. cam ner bleh tak tau ni..

p/s : dee n cik imah sapa ek Bakar bin Dollah tu?

Tuesday, September 29

Syawal 1430

Semua orang dah citer pasal raya kan. ada yang buat by hari. ada yang buat summary terus n macam2 lagi aa. saya cam maleh plak nak citer pasal raya coz raya saya tetiap tahun sama je. langsung tak beraya ke mana2. maleh pun yer. huhu.. saya kan tak reti bercampur ngan jiran2. kera sumbang! huhu..

Citer raya saya tetiap tahun sama je. buat lemang n rendang. kuih raya pakai tunjuk je. sejak kitaorg keje mak langsung maleh nak wat kuih raya. harap kitaorg beli je. kalau kitaorg tak beli tak makan aa kuih raya. sehari sebelum raya wat lemang ngan rendang. tahun ni wat lemang 7 batang. wat rendang daging 2 kilo n rendang ayam 2 ekor. pagi raya pertama dah abeh! tak sempat nak ulang2 makan lemang. :(

Pagi raya pertama bermula dengan rombongan dari blok lepas solat raya. pastu family pesal datang. tengah diorang duk2 family mak cik saya dari jengka plak mai. datang 3 kete. sekali adap je semua licin makanan. huhu.. tapi tak per. tak bazir kan. belum abeh kemas2 pas family makcik balik family along plak mai. adeh! penat nya. tak sempat kemas dah ada org mai lagi. tengahari tu terbongkang tido. penat!

Pastu hari seterusnya jiran2 datang. ada aa kawan2 sekolah adik mai. kawan2 ayah, kawan2 mak, kawan2 saya yang tak disangka datang bleh plak sesat ke rumah. tq aa korang. ingat gak korang kat aku. yang datang maszuha, edon ngan 4 org anak2 nyer, fizah ngan 2 anaknya tapi sorang je masuk coz sorang lagi tido dalam kete.

Saya seperti biasa balik dari kampung membawa pelbagai tanda di badan. bermula dengan luka kat tangan kena buluh sebab belah lemang. pastu luka kena pisau. luka kena insang ikan. tersayat kulit n macam2 lagi. sib baik darah tak masuk dalam makanan. kalau tak ramai aa raja bersiung kat sg retang tu haha.. saya gak seperti biasa bawak balik tanda2 merah kat badan akibat kena serang dengan nyamuk. tak tau naper elegik betoi ngan nyamuk. dah kena tu gatal ngan sakit tak ingat sampai ke ari ni.

Apa lagi citer raya? tak der dah sebab saya langsung tak ke mana. duk melepek je kat umah makan tak ingat2. oleh itu saya telah mengambil inisiatif berpuasa start dari syawal ketiga. selang sehari. syawal ke 3, 5, 7, 9, 10 (arini) n saya hanya tinggal 1 hari je lagi nak lengkapkan puasa ganti dan puasa 6 saya. horey!

Tayar Oh Tayar

Assalamulaikum.. warahmatullahi wabarokatuh.. eh! macam tulih surat plak kan main kasi2 salam plak. yer! saya baru naik dari cuti raya. arini kejenya hanya berkenaan duit je. bayar semua bil2. siapkan claim bulan ni. pastu konon2 nak start keje kena jadik bidan terjun plak esok. bukan jadik bidan ek tapi kena jadik mc iaitu bersamaan pengacara majlis untuk majlis jabatan esok. sepatutnya ira yang kena tapi tetiba anak sakit plak. sajer aa tu. dengki ngan aku. haha.. jangan marah ira. kang cepat tuo!

Nak citer duit lagi ni. duit claim kasi ceramah kat melaka aritu dah masuk. tq aa pada fiza yang susah payah antarkan claim tersebut ke kewangan. dah masuk ari rabu minggu lepas pun. tapi malangnya duit tu tak dapat nak berjoli sebab nak kena ganti tayar kete plak. memang aksi stunt betoi semalam bila kete kecikku itu berpusing kat jalan. alhamdulilah saya selamat dah tak der apa2 kejadian tidak diingini berlaku.

Memang aa tayar belakang dah agak kurang rambutnya. ayah pun dah tegur masa balik raya aritu. tambah plak lagi ngan hujan semalam, jalan licin, tu dia berpusing2 kat jalan. rasa macam naik roller coster wa cakap lu. huhu.. alhamdulilah saya bersyukur sangat tak der apa2 jadik. so arini duk bz nak menukar tayar plak. tengah carik kedai untuk tukar tayar. oklah nak pi 'dating' sat. tata. hak hak hak..

Friday, September 25

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Bak kata cyn raya sebulan. so w/pun arini dah masuk ari ke 6 raya saya nak gak ucap selamat hari raya buat kawan2 semua. selamat hari raya aidilfitri 1430 hijrah. maaflah kalau ada salah silap tersinggung kata, tersalah taip (bak kata ida). sesungguhnya semua itu tidak saya sengajakan. kalau ada yang sengaja tu maaf2 kan lah gak. sesungguhnya saya ni hamba yang lemah. huhu..

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI....!!!!!

Thursday, September 17

Berbuka Ala-Ala Western

Semalam dah janji ngan adik n kawan dia farah nak makan kat chop n steak. tapi last minute farah cancel plak sebab kakak dia nak ambek dia n tak jadik nak suh saya antar dia. bak kata farah,

"tak dapat nak paw akak" sambil salam saya

"tak per aa.. lain kali aa akak belanja ko plak ek" sambil sambut salam farah.

Lepas adik masukkan barang dalam kete saya terus pecut ke serdang. nak makan kat chop n steak kat serdang ajer. nak pi kampung baru jauh tu. kat serdang pun bleh. sama je pun. hehe..

restoren chop n steak kat serdang. kot2 aa korang nak pi plak kan. ni saya kasi add dia

Chop 'n Steak
No. 379, Jalan 18/1,
Taman Sri Serdang,
43400 Serdang,
Selangor.

Sampai2 sana pukul 8.30 mlm lebih kurang. so kedai dah kosong. orang dah abeh bukak puasa kan. kitaorg je baru nak pi makan. masuk2 tertoleh2 cam jakun je. haha.. first time pi yang serdang punya. yang kampung baru selalu aa pegi.

Kitaorg makan mix steak. ada ayam ngan daging with black paper sauce. ada koslow, baked bean n roti. sedap nyum nyum.

Gambar restoran : sini

Kad Raya 'Ori'

Zaman makin canggih kan. semua nak guna internet je termasuklah hantar kad raya. jarang sangat dapat kad raya 'ori' lagi sekarang. semua pakai virtual je. hantar pakai email, sms, facebook, friendster n memacam cara aa lagi.

Tapi 2 hari lepas saya dapat kad raya 'ori'. gembira n terharu betoi rasa. lain betoi feeling dapat kad raya 'ori' ngan kad raya virtual ni kan. saya dapat kad raya dari timb. menteri kementerian kitaorg. saya tau semua org pun dapat. specialnya bukan sebab timb. menteri yang kasi. specialnya sebab dia adalah kad raya 'ori' pertama saya terima tahun ni. huhu..

p/s : cyn bila mau kasi kad raya. selalu kan ko rajin kasi kad raya.. huhu..

Tuesday, September 15

Car Wash

Sabtu aritu pi basuh kete kat car wash kg limau manis. dekat2 raya ni kan harus aa kete nampak kilat2 sket. dah dekat 3 bulan tak basuh kete ni. tapi tak basuh pun nampak bersih tau kete i. hehe.. sampai2 car wash tu ada 1 kete tengah tunggu turn. so tunggu aa sat. sat2 pun dekat sejam gak baru siap. yelah car wash nya kecik. sekali basuh bleh masuk 1 kete je. nasib baik org tak ramai. kalau tak dah cancel dah basuh kete.

Saya nak citer pasal sorang pekerja car wash tu yang tak pandai bawak kete. dia duk bising2 kat bos dia suh masukkan kete dalam car wash sebab dia tak bleh nak drive. tak pasal2 bos dia kena benti wat kete n masukkan kete dalam car wash tu. tak kan nak suh customer drive kot kan. teringat masa ira basuh kete kat DPP aritu car wash dia tinggi. bila dah masuk nak kuarkan kete balik takut plak. so pekerja car wash kena turun kan balik. so kalau dia tak bleh nak drive cam ner kan. korang rasa bleh ke kita buka car wash kalau kita tak pandai drive kete?

Permata Yang Dicari - De Hearty

Hadirnya tanpa kusedari
Menggamit kasih cinta bersemi
Hadir cinta insan padaku ini
Anugerah kurniaan Ilahi

Lembut tutur bicaranya
Menarik hatiku untuk mendekatinya
Kesopanannya memikat di hati
Mendamaikan jiwaku yang resah ini

Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu

Dialah permata yang dicari
Selama ini baru kutemui
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
Apakah dia kan kumiliki
Tidak sekali dinodai nafsu
Akan kubatasi dengan syariat-Mu
Jika dirinya bukan untukku
Redha hatiku dengan ketentuan-Mu

Ya Allah
Engkaulah tempat kubergantung harapanku
Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu

Lagu - Fahmi.:.Lirik - Nurul Uyun Abdul Aziz

sumber : http://liriknasyid.com

Ada Apa Dengan Nama

HALIJAH
HHarum
AAmanah
LLemah-lembut
IIkhlas
JJujur
AAlim
HHarum
Apa ada pada nama?

Monday, September 14

Aneh Ajaib Pelik

Pelik betoi hubungan ni kan. bila jumpa bertentangan mata masing2 diam je macam langsung tak kenal. padahal dah lama giler kenal n jumpa. paling2 pun just senyum dan bercakap seayat 2. tapi bila jumpa di alam maya hebohnya macam ada ramai orang. macam2 citer bleh kuar. agaknya kami memang sesuai menjadi sahabat di alam maya je kot atau mungkin kami kena bawak pc masing2 masa jumpa untuk berborak dengan lebih riuhnya melalui chatting. hehe..

Raya Dah Dekat Weii..!!

Lagi seminggu je lagi dah nak raya. jap je rasa kan. dulu masa memula puasa rasa cam lambat je nak raya. arini dah 24 hari pun puasa. persiapan raya? entah. saya bersiap ala kadar je. selalu persiapan untuk family je sebab org jarang datang umah saya. huhu.. meh kita wat ceklis

baju raya - dah siap 4 pasang baju kurung. mak buat la sapa lagi nak buat. ada sepasang lagi tapi tak tau dah buat ke tak.

kuih raya - dah beli 7 jenis. mak oii.. banyak rupanya teman beli kuih raya. beskut 2 jenis je. lain2 tu kepek2 je yer. buat makan depan tv time2 raya nanti. kata maleh nak pi beraya umah org so duk depan tv je la. huhu..

kasut raya - iskk.. tak der aa teman cam bebudak nak beli kasut raya bagai. pakai je aa selipar jepun tu.. senang.. takyah risau kalau ilang time beraya.

duit raya - adik tuko kan. hosmet dia kan keje bank. tak yah aa teman teruk2 nak beratur kat bank semata2 nak tuko duit.

kemas rumah - kena kemas ke? tak yah kot. umah mak i kemas selalu. haha.. yelah umah tak der budak kecik. nak sepah apanya. paling2 pun nak basuh langsir je ngan lap2 sket2 je. yang ni jumaat ni baru buat coz teman balik kg jumaat ni. mak tak larat nak buat sorang so kena aa tolong.

bunga api & mercun - err.. dah tua2 ni nak main bunga api ngan mercun gak ke? seriusly sepanjang hidup teman tak penah main mercun pun. bunga api je penah. may be sebab adik badikku semer pompuan kot. so ayah tak kasi main mercun. nanti nampak kurang ayu. hahaha..

kereta - dah sebis 17/8 aritu sebab nak pi site kat melaka. so tak yah sebis dah aa raya ni. paling2 pun pam tayar n penuhkan tangki ngan minyak je.

Dah siap aa kira cam tu persiapan raya kan. tinggal tunggu raya je ni. semangat! bak kata ray ngan dina. huhu.. sabtu ni buat lemang ngan rendang. harus tunjuk skill wat rendang yang superb taun ni. tahun lepas (raya haji) punya rendang licin beb! tetiba terliur. tak sabo nak makan lemang ngan rendang. sodap yo lah! yum yum..

Berpantang Maut Sebelum Ajal


Seorang wanita terselamat meskipun keretanya, Proton Iswara Aeroback terbalik dengan keempat-empat tayarnya ke atas dan dihempap pula oleh sebuah kereta Proton Persona dalam kemalangan di Kampung Jabi, Besut, Terengganu, semalam.

Sekali pandang, pasti ramai yang menyangka mangsa yang terlibat dalam kemalangan tersebut cedera parah berikutan keadaan kedua-dua kenderaan berkenaan.

Namun sebenarnya ia melibatkan dua kejadian kemalangan berasingan. Kedua-dua pemandu kereta termasuk pemandu sebuah van roti yang turut terlibat dalam kejadian itu terselamat dan hanya mengalami cedera ringan.


Sumber : Utusan Online.

Nota Tangan Kanan : Kalau dah namanya bukan ajal. kete terbalik then kena hempap kete lain pun tak mati. tapi kalau dah ajal tengah tido pun bleh mati kan :)

Sunday, September 13

Pasport Baru Lebih Murah

BUKIT KAYU HITAM: Kerajaan akan memperkenalkan pasport antarabangsa baru yang lebih murah bermula 1 Oktober ini selepas mengambil kira kes kebanyakan rakyat yang hanya memerlukan dokumen itu untuk satu perjalanan.

Pada masa ini rakyat hanya mempunyai dua pilihan kategori pasport antarabangsa iaitu RM300 untuk 32 muka surat dan RM600 (64 muka surat) yang mana tempoh sah laku untuk kedua-duanya adalah lima tahun.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan memperkenalkan Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) Alternatif berkonsepkan kos lebih rendah dan mampu milik dengan kadar RM100 untuk tempoh sah laku dua tahun.

Menurutnya, PMA Alternatif itu akan menjadi pilihan tambahan kepada kategori pasport antarabangsa sedia ada.

“KDN mendapat maklum balas rakyat bahawa kadar sekarang dirasakan tinggi kepada mereka yang hanya mahu menggunakan pasport untuk satu tujuan khusus (one-off) atau kadar penggunaan tidak kerap.

“Ada banyak kes warga negara hanya memerlukan pasport untuk sekali kegunaan seperti ibu bapa yang ingin menghantar anak melanjutkan pelajaran ke luar negara, mengerjakan umrah atau lawatan sambil belajar ke luar negara,” katanya ketika berucap pada majlis berbuka puasa di Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (ICQ), di sini, petang semalam.

Beliau berkata, kewujudan konsep penerbangan tambang murah juga membolehkan ramai warga negara memilih untuk bercuti ke luar negara dan kos RM300 untuk memiliki PMA membebankan mereka daripada aspek kewangan.

Menurutnya, penggunaan kategori Pasport Berkumpulan pula bukan alternatif terbaik kerana kadangkala boleh menimbulkan kesulitan tertentu dan tidak boleh digunakan dalam semua keadaan.

Sehubungan itu, KDN akan memperkenalkan PMA Alternatif mampu milik dengan kos hanya RM100 untuk tempoh sah laku dua tahun.

“Keputusan ini adalah lanjutan kepada keistimewaan PMA Alternatif yang ditawarkan kepada jemaah haji untuk memenuhi peraturan baru yang diperkenalkan Kerajaan Arab Saudi yang mewajibkan semua jemaah menggunakan pasport antarabangsa.

“Keistimewaan pengeluaran PMA lebih murah dengan tempoh sah laku singkat yang diberi kepada jemaah haji ini diperluaskan kepada seluruh rakyat malaysia.

“Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) akan mengeluarkan PMA Alternatif ini bermula 1 Oktober 2009,” katanya.

Hishamuddin berkata, inisiatif yang diumumkan itu sebahagian daripada strategi dan pendekatan diambil KDN dalam melaksanakan Konsep 1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

Oleh ZAINUDDIN ZAIN - Harian Metro.

Nota Tangan Kanan : Bleh aa gedik2 ke bandung ngan family lepas ni. huhu..

Saturday, September 12

Dairi Ramadhan Ke Dua Puluh Dua, Dua Ribu Sembilan

Cam diari ramadhan rafique plak kan. naper tetiba nak berdairi ramadan plak ni. sebab ni first time tahun ni saya berpuasa di rumah sendiri masa hujung minggu. seperti diketahui 2 minggu awal puasa saya kat kampung. minggu lepas plak saya ada meeting kat hotel. minggu ni je la baru dapat merasa puasa kat umah sendiri. minggu depan? minggu depan dah raya maa.. apa saya buat ek hujung minggu ni?

5.00 pagi
ZZZZZzzzZZ.. saya mana sahur la. so time2 ni saya tido lagi la. huhu..

6.30 pagi
Teng.. teng.. teng.. alarm bunyi. bangun2 solat subuh. siap solat kasi anak2 makan. bukak2 pintu bilik diorang dedua dah tunggu depan pintu. hehe.. pas kasi makan anak2 pi tutup pintu belakang then bukak pintu depan. bukak tv. then tgk sambil baring n ZZZzzZZz..

8.00 pagi
Terjaga dari tido. bangun pi tutup lampu dapur. tutup tv pastu sambung tido balik.

10.00 pagi
Terjaga sebab nak kencing. kejar2 pi toilet. sebelum tu sempat tgk mimi tengah tido sebelah saya. iskk.. org tido dia pun nak tido. kuar toilet dah tak ngantuk plak. ambek hp tepon adik. borak2 dalam 10 minit.

10.30 pagi
On laptop. tengok2 email, facebook, blog n newpaper.

11.30 pagi
Mandi

12.00 tghari
Kuar pi alamanda. orang ramai gilos. hajat nak beli 2 benda je. pencuci muka kat skin food n makanan anak2 kat carefour. sambil2 tu tercapai gak ubat nyamuk, timun, cili besar ngan serbuk kurma. nasib baik kaunter fast lane tak der org. so laju je saya bayar kuar alamanda.

2.00 ptg
Pi karnival jom beli barang raya @ putrajaya. saya sajer je pegi. alang2 dah kuar kan. kalau semata2 nak kuar pi situ memang tak pi la. cam floria aritu. konon2 yer2 nak pegi. tapi sebab just nak pegi ke situ tetiba rasa maleh w/pun sekangkang kera je dari umah. bagus tempat ni. barang2 yang dijual murah. kuih raya dia jual lagi murah dari yang ira jual. betoi! tapi sedap ke tak tu tak tau lah kan. yang penting ira punya kuih sedap! hehe.. tempat dia besar. berbumbung n berekon yer. so kalau bawak anak2 tu selesa aa sket. sejuk je cam dalam soping kompleks. barang2 pun murah2. pakaian ada, kasut ada, perhiasan ada, pinggan mangkuk ada, makanan ringan ada, makanan segera ada. kuih raya tak yah cakap la memang banyak. bleh kata semua barang2 untuk persiapan raya ada aa kat situ. siap jual perabot tu. sapa tak datang lagi bleh aa datang. esok ada lagi sampai pukul 9 malam yer.

3.30 ptg
Sampai umah. pas salin2 baju tepon mak nak tanya resepi wat daging kurma. borak2 ngan mak dalam 15 minit mak 'halau' suh saya masak. hehe.. opss.. santan lupa beli. salinan suar balik sarung tudung tengok cermin alamak cam org giler je. buruk beno rupanya. bantai aa labu. nak pi kedai je pun.

4.00 ptg
Solat zohor. lambatnya solat. pas solat bukak tv n rilek sat sementara tunggu asar. pas asar baru mula masak.

4.45 ptg
Mula memasak. potong2, cincang2, basuh2, tumis2 n done.

6.15 ptg
Pas tutup api kurma daging bukak tv n tengok sambil baring. ngantuk plak rasa. niat dalam ati sambil tepuk2 bantal. kalau tertido mintak terjaga kul 6.45 ptg. pastu ZzZZzz..

6.40 ptg
Terjaga. mata kelip2 tengok tv. mimi ngan jay mintak makan. kasi diorang makan then sambung masak sayur.

7.00 ptg
Tgk shin chan

7.17 ptg
Buka puasa.

8.00 mlm
Solat maghrib. pastu tengok berita sambil chatting ngan ina

8.30 mlm
Pi terawih

9.30 mlm
Balik terawih n terus ngadap laptop tak tau sampai kul baper lah ni..

Tu je lah diari ramadhan saya ari ni. esok punya tak yah citer la. esok punya memang kompem boring sebab saya dah niat nak melepek je kat umah. maleh nak kuar2 dah. bak kata adik kalau kuar nanti duit abeh. huhu..

Berbuka Puasa @ PICC

Jumaat 10/9 kitaorg ramai2 pi buka puasa kat PICC. sajer lah kan memeriahkan berbuka ngan berbuka beramai2. janjinya memula dulu nak pi opismate je. tapi ramai plak yang tak dapat join. ada yang ada kelas n dah janji nak buka tempat lain. tak per la. kita buka pada siapa2 yang nak join plak. selepas dikumpul2 berbuka lah kami 14 org di PICC. yus ngan hubby n 2 anak, cecilia ngan hubby, cyn, aca, zairi, lan, hajar, ila n friend dan saya le.

Meja kitaorg. siap buh puan lagi kat nama saya. hehe..

Banyak makanan kat sini. tapi kitaorg serbu benda2 yang berbakar dulu. kambing bakar, ayam bakar, lembu bakar, sate n sosej. yummy!

Tengah tunggu berbuka. jas tinggal sorang coz yang lain bz mencari makanan. huhu..

Ini makanan saya time buka. ayam bakar, kambing bakar n sosej bakar.

Jemput makan!

Kami yang gembira lepas makan.

Makanan sedap la. banyak plak tu. berbaloi aa ngan harganya RM 49.90 satu kepala. tempat besar n luas. pemandangan cantik. tapi sebab semua pakat kelam kabut nak balik solat terawih so tak dapat nak menikmati makanan dengan rileknya. saya pun langsung tak makan nasik malam tu. kenyang ngan pelbagai bau kot. hehe.. bak kata cyn pada lan yang tanya naper saya tak makan nasik malam tu "dia tetiap ari makan nasik la.." hehe..

Wednesday, September 9

Ada Apa Dengan 9

Bagi orang Islam, no. 9 berkait rapat dengan 99 nama Allah (Asma Al-Husna). Selain itu, no. 9 juga amat bermakna bagi orang Islam kerana bulan Ramadhan merupakan bulan ke-9 dalam kalender Hijrah yang merupakan bulan yang di tunggu-tunggu oleh orang Islam di seluruh dunia untuk menunaikan ibadah puasa. Banyak keistimewaan yg terdapat dlm bulan Ramadhan yg tidak diperolehi di dalam bulan-bulan yg lain seperti bulan di mana Al-Quran diturunkan kpd Nabi Muhammad S.A.W., terdapatnya 1 malam yg dinanti-nantikan iaitu Malam LailatulQadr, hanya di bulan Ramadhan umat Islam berpeluang menunaikan solat sunat Tarawikh dan lain-lain lagi.

Bagi orang China pula, jika no. 8 membawa maksud Kekayaan atau Prosperity, no. 9 membawa maksud panjang umur. Mengikut sejarah dahulu kala lagi, maharaja-maharaja China sering menggunakan no. 9 ini sebagai simbol kekuatan termasuklah dalam segala ukiran dan baju DiRaja di mana terdapat 9 ekor naga terukir di setiap sudut. Malah, Kompleks DiRaja di Beijing's Forbidden City dikatakan telah dibina dengan 9999 buah bilik. menarik!

Walau bagaimanapun, bagi orang Jepun, no. 9 membawa maksud Penderitaan dan tidak bernasib baik. Sebab apa tafsiran mereka begitu? Mungkin sebab Nagasaki telah dibom pada 9 Ogos 1945. No. 9 telah menjadi mimpi ngeri bagi seluruh rakyat Jepun... Lebih dahsyat lagi, orang Jepun akan menjauhi no. 9 ni tidak kiralah dalam memilih no. bilik di hotel ataupun no. wad di hospital. agak menyeramkan.

Bagaimana pula dgn rakyat Malaysia? No. 9 adalah simbol pertolongan dan keselamatan...setuju? Apa tidak nya, jika ada jenayah ke, kebakaran ke, dera ke, no apa yg mereka akan dail? Sudah pasti 999. Selain itu, satu-satunya negeri yg menggunakan no. sebagai nama adalah Negeri Sembilan.


Magik Matematik

Jumlah 2 digit hasil daripada mana-mana 1 no. yg didarabkan dgn 9 pasti akan mendapat angka 9. Cth: 5x9=45, 4+5=9

Hasil darab 9 dgn 2, 3 atau 4 digit no dan kemudiaannya ditambahkan sehingga menjadi 1 digit, pasti jawapannya adalah 9. Cth: 9x157=1413, 1+4+1+3=9

9 September juga merupakan hari yang ke 252 dalam kalender Masihi, 2+5+2=9. Menarik kan?

No. 9 juga sering digunakan sebagai kaedah pemasaran paling berkesan dlm meletakkan harga berdasarkan harga psikologi. Anda pergi la ke mana-mana hypermarket, pasti no. 9 banyak digunakan. Cth: bawang merah RM1.99 sekilogram dan secara automatik pengguna akan melihat yang ada 9 di belakangnya adalah lagi murah. Sungguh berpengaruh no. 9 ni ye.

sumber : PMFEP, UKM

090909 = 19 Ramadhan

Hari ni tarikh nyer menarik iaitu 09hb 09 2009. Arini jugak adalah 19 ramadhan. lagi 11 hari nak rayer! n lagi 8 hari saya nak balik kg bercuti rayer. tak sabo.. tak sabo.. lain2 tak der yang menarik dah arini kecuali banyaknya no. 9 je.

Esok plak 100909. adalah hari yang sangat menarik pada saya sebab esok gaji yey!! bleh soping.. bleh soping huhu.. (sambil jalan lonjak2 badan). nak soping apa ek? pikir2.. tak jadik keje aa arini duk memikir nak soping apa esok. oklah saya nak berpikir ni. tata..

Tuesday, September 8

Window Soping

Tengah ari tadi pi alamanda ngan yus dengan tujuan untuk mengepos surat berisi sebey untuk cik dee punya tesis. huhu.. panjang betoi ayat den. penat baca. hehe.. dah namanya mengepos surat kejap no lah keje nya. 2 minit je dah siap. oleh kerana kejapnya keje yang saya buat tu haruslah menambah acara dengan window soping. apa saya beli?

Tada.. haha.. bak kata ira inilah kasut raya saya. huh! raya pun mau kasut ke? baju dah la. saya bukan budak kecik nak ada kasut raya bagai. ni kasut keje maa.. kalau kasut raya mana bleh pakai lagi. raya baru bleh pakai. ini dari alamanda lagi dah melaram. tak der maknanya kasut raya.

Pastu tu jalan2 MPH tengok2 buku citer. kedai yang wajib masuk kalau pi alamanda. betoi. kejap cam ner pun saya mesti singgah. bukan beli pun. sajer duk rajin belek2. kadang2 tu tersangkut gak 1 2 buku citer or majalah.

Tah apa gilernya saya terbeli plak majalah ujang. lama giler dah tak baca majalah ni. last baca masa study2 dulu kot. tak tau naper tetiba kali ni terbeli plak. mahal dah majalah ni rupanya. dulu zaman2 saya baca dalam 3 hengget regenya. la ni dah RM9.90. memang aa bumper. dulu bumper pun paling mahal RM6.00 je. la ni dah sampai dekat 10 hengget. nampak sangat dah lama tak beli majalah ni ;p

Monday, September 7

500

Wah akhirnya entry saya sampai ke angka 500 arini lepas lebih 2 tahun merepek kat blog ni. cam tak caya je. gigih gak saya kan menulih. dalam maleh2 nak updated sampai gak rupanya ke entry 500. ye saya tau orang lain punya entry dah lama lebih 500. ada yang dalam masa setahun dah lebih 1000 agaknya. tapi untuk orang yang maleh updated cam saya ni 500 entry dalam masa 2 tahun agak membanggakan la.

Dengan jujurnya saya buat blog memula dulu just untuk suka2 n ikut orang. adik ada blog saya pun nak jugak. padahal bukan rajin no nak ngadap pun. pastu bila dah sedikit addicted saya mula 'menghasut' bebudak opis saya buat blog gak. sebab saya abeh 1 opis ada blog. haha.. pastu bila dah masing2 ada blog mula aa pakat2 mencantikkan blog plak. tak buat keje jadiknya duk 'mengexplore' segala mak nenek berkenaan blog ni. dapat 1 benda baru kongsi ramai2. hehe.. syiok betoi time tu.

Sekarang dah lebih 2 tahun saya dah jadik betoi2 addicted ngan blog ni. sehari harus updated blog w/pun 1 ayat. kalau tak ati tak senang. huhu.. teruk betoi kan. site pertama yang saya harus bukak tiap kali online adalah blog saya. harus belek2 n buat kunjungan ke blog kawan2 w/pun diorang semua tak updated. hoho.. wei jalil, iryd, hajar, enal, alya n bob apdet aa blog korang tu. dah bersawang2 dah blog korang tu. cyn terlepas dari semburan saya sebab dia dah rajin apdet blog sekarang. dah addicted jugak ke? hahahaha..

Apa Pandangan Orang..

Malam minggu aritu lepas pulun wat keje dr azim & wife ajak kitaorg minum2 kat luar. kitaorg yang mata dah tak bleh nak bukak ni 'terpaksa' ikut. ngantuk siot dari pukul 8.30 pagi sabtu tu kitaorg buat keje sampai pukul 12.00 tengah malam baru benti. berpinar mata tengok ayat2 kat pc. nak tak nak 'terpaksa' aa ikut gak. dr. drive. kitaorg bertiga jadik bos duk belakang. huhu..

Pi makan kat satu restoren kat satu tempat. mana tempatnya tak perlu aa kasitau sebab saya ada benda tak puas hati nak komplen. kang kalau cakap nama tempatnya bimbang timbul rasa tak puas hati pada pihak2 tertentu plak. huhu.. kitaorg lalu restoren tu memang heppening. so tergerak nak pi situ. lepas order2 tetiba ada dengar org nyanyi. rupanya ada karoke kat restoren tu. tak per aa. layan je la.

Dalam nyanyi tu ada sorang pompuan nyanyi lagu agnes monica tiada lagi logika. tetiba saya tengok 1 makcik tu naik atas stage then menari2. kitaorg dah start rasa tak best dah. lepas abeh lagu agnes monica tu ada sorang pakcik plak nyanyi lagu dangdut. tetiba2 saya tengok ramai yang naik atas stage menari2 macam org mabuk. dah aa meja kitaorg dekat dengan stage. saya sendiri tak senang duduk dah. malu nak pandang stage tu pun. dr. n his wife cepat2 abehkan makan then kitaorg blah.

Bak kata pn bad "saya tak nak bersubahat dengan maksiat!" serius diorang tu sangat melampau pada saya. macam langsung tak reti nak hormat bulan puasa. dah aa stage tu open. orang lalu lalang semua bleh nampak gelagat diorang yang terkinja2 atas stage tu. saya tau tu tarikan yang tuan punya restoren tu buat untuk tarik pelanggan tapi pada2 la. ye memang ramai giler org kat restoren dia. tapi bulan2 puasa ni pada2 la sket. stage tu terlalu open. tak elok bila org pandang orang melayu n islam buat perangai masa bulan puasa. apa agaknya pandangan org bukan islam bila tengok org islam tak reti nak hormat bulan yang penuh kemuliaan ni kan?

Sunday, September 6

Berbuka Di De Palma Hotel

Bilik n bilik air saya dah macam tongkang pecah. hari keje memang tahap cipan maleh nak kemas. harap hujung2 minggu je la. tapi masalahnya bulan puasa dah masuk 3 minggu saya duk tak lekat kat umah je. minggu first n 2nd balik kampung. minggu ni plak ada meeting 'terkejut' so tak lekat kat umah jugak. tinggal minggu depan ni je ada masa free. harap2 tak der benda2 'terkejut' yang datang kacau hujung minggu saya lagi. sebab minggu depan 1 lagi dah cuti raya. kalau minggu depan pun ada benda 'terkejut' lagi nampaknya saya kena postpone la kemas2 lepas raya. huhu.. dasar pemaleh betoi!

Semalam saya buka kat de palma hotel salak tinggi sepang. dah jadik kebiasaan tetiap tahun dr. azim & wife akan ajak saya n bebudak gacos untuk buka puasa sama2 paling kurang sekali. selalu buka puasa ramai2 di atas nama gacos tapi tahun ni atas nama dr azim sendiri. alhamdulilah. tq banyak2 lah dr. moga rezeki dr. bertambah dari tahun ke tahun n dapat banjer kami lagi tahun depan. hehe..

Makanan kat de palma biasa je. padan la dengan harga buffet yang agak berpatutan. tapi paling tak bleh lupa ayam bakar dia. mabeles betoi! rasa cam nak mintak resepi je kat chef dia nak buat sendiri. hehe.. orang siap beratur nak ambek ayam bakar tu. patutnya malam ni saya masih di jemput untuk berbuka sekali lagi kat sana. tapi sebab ada sedikit masalah peribadi dr. lepaskan saya pukul 5 tadi untuk balik umah w/pun keje tak siap. kata jalil saya terlepas makan ayam bakar best malam ni. tapi tak per. semalam dah pulun. arini tak der aa kempunan tak dapat makan.

Friday, September 4

Malaysia Satu



Ku teguh berdiri
tiada lagi ragu atau gentar
Ku terus berani
melangkah maju terus ke hadapan
Satu impian nyawaku pertaruhkan

Genggaman tanganmu
semangatku oh terus membara
janji ku pada mu
harapanmu ingin ku laksanakan

kau adalah ilham
pada mereka yang ingin berjaya
Kau terus berjuang
demi membawa perubahan
satu impian oh berjuta harapan

Genggaman tanganmu
semangatku oh terus membara
janji ku pada mu
harapanmu ingin ku laksanakan

Satu Malaysia
kita inspirasi pada dunia
Nama kan dijulang
kita menjadi kebanggaan
Satu wawasan bersama bergandingan..

Genggaman tanganmu
semangatku oh terus membara
janji ku pada mu
harapanmu ingin ku laksanakan

.: Composer - Audi Mok .:. Lyric - Nur Fatima :.
.: Singing by - Faizal Tahir :.


Thursday, September 3

Wanita Subur!

Ibu berusia 42 tahun hamil anak ke-19

LITTLE ROCK, Arkansas 2 Ogos - Nombor 19 benar-benar memeranjatkan Michelle Duggar. Ibu berusia 42 tahun yang sudah mempunyai 18 orang anak itu menyedari dia langsung tidak kehilangan berat badan, walaupun dia dan suaminya, Jim Bob sedang menjalani penggambaran siri realiti Weight Watchers, selain anak bongsunya yang berusia lapan bulan, Jordyn-Grace masih menyusu.

Sebelum ini, dia mengetahui kehamilannya menerusi perubahan dalam susu badan, justeru mengambil ujian kehamilan.

"Dan selepas melihatnya, saya terkejut apabila mendapati ia positif," kata Duggar semalam.

"Saya hanya melompat kegembiraan sambil berkata 'terima kasih tuhan'.

"Lihatlah, saya berusia 42 tahun, memikirkan hari-hari bersama bayi sebelum ini telah berakhir, namun tuhan telah mengurniakan saya dengan seorang lagi bayi," katanya.

Michelle dan Jim Bob Duggar menetap di Tontitown, Arkansas dan telah disiarkan bersama keluarga mereka di stesen televisyen TLC menerusi rancangan '18 Kids and Counting'.

Pengumuman mengenai kehamilan anak ke-19 itu dibuat ketika anak pertama mereka, Josh, yang berusia 21 tahun turut bakal bergelar bapa.

Berkahwin pada tahun lepas, Josh dan Anna Duggar sedang menanti kelahiran anak pertama mereka, seorang bayi perempuan yang dijangka lahir pada 18 Oktober.

Cucu itu yang bakal diberi nama Mackynzie oleh Josh dan Anna, akan berusia lima bulan lebih tua daripada bakal pakcik atau makciknya itu nanti yang dijangka lahir pada 18 Mac tahun depan.

Menurut Michelle Duggar, kesihatannya berada ditahap yang baik dan kandungannya turut mengalami perubahan yang sama seperti anak-anaknya yang lain termasuk turut mengalami mabuk kehamilan.

"Saya bersyukur diberikan kesihatan yang baik setakat ini dan saya hanya berseronok bermain dengan anak-anak saya setiap hari," katanya.

"Saya tidak sedikitpun menyesal, saya masih mempunyai banyak tenaga," katanya. - AP

Nota Tangan Kanan : amboi banyaknyer anak dia. cuba kita analisis, umur dia 42 tapi anak dah nak masuk 19 orang. yang sulung umur 21 tahun. maksudnya umur 20 dia kawen umur 21 dapat anak sulung. bleh dikatakan setiap tahun dia beranak kan. dia dah kawen 21 tahun. anak nak masuk 19 org. maksudnya dia ada 3 tahun je free. yang lain bz beranak. tah2 dia pun ada beranak setahun 2 orang kan. satu awal tahun pastu satu lagi akhir tahun. ni mesti kes abeh pantang ngandung ni. gagah betoi minah ni kan tetiap tahun beranak.

Rasanya orang2 sekarang jarang nak beranak ramai2 cam ni. selagi bleh rancang ramai yang rancangkan. orang dulu2 memang yer. lagi satu orang dulu2 mana nak jumpa pil perancang. nak rancang secara semulajadi mana pandai. sebab tu la diorang bleh beranak ramai. zaman dah berubah. ibu2 zaman sekarang kebanyakannya kerja. tak macam ibu2 dulu. suri rumah sepenuh masa je. anak2 jaga sendiri. takdernyer nak antar babysitter or nursery. sekarang kalau anak 19 orang n semua nak kena antar nursery abeh aa gaji bayar nursery je. hehe..

Gelagat Anak2

"jay nak tumpang tido kat tangan bleh?"

"jangan kuat2 jay.. adeh.. adeh.. cekik ni.."

"Opss.. sorry2.. tercekik plak ek.. cam ni ok?"

"Cam ni lagi best. selamat malam.."

Tuesday, September 1

Hari ke 11

Bulan2 puasa ni tak tau nak updated apa. rutin harian saya makin sikit.siang pi keje. petang balik masak untuk buka. pas buka pi terawih. balik terawih tengok tv sat. tak pun terus tido. so tak banyak aktiviti. tak der benda sangat nak citer.

Saya tengok rata2 orang buat entry pasal makanan. buka puasa tetiap ari. makan lauk tu, lauk ni n siap ngan gambar lagi. naper saya tak buat? maleh la. tengok gambar2 tu saya dah bleh telan air liur. kang tak pasal2 ilang pahala puasa. cam biasa prinsip saya kalau saya tak suka so saya jugak tak kan buat kat orang. oleh itu saya tak kan tayang apa saya makan masa buka kat orang.

Untuk entry sebelum2 ni pasal kek ngan agar2 marble tu kalau ada yang terliur dan mengurangkan pahala puasa saya mintak maaf. agar2 tu sampai arini saya pun tak dapat rasa lagi. kek tu saya makan separuh je pastu sampai arini terperap je dalam peti ais. memang saya perut melayu. bleh makan nasik je masa buka. lain2 semua tak mau masuk.

Merepek Meraban

Dah 1 september ek. jap je masa berlalu. lagi 4 bulan je tahun ni nak abeh dah. pastu masuk tahun 2010 plak. cam besa umur pun bertambah la. lelagi aa saya yang lahir bulan 1 ni. awal2 lagi dah bertambah umur. hehe.. tak per. umur bertambah tua tapi hati tetap muda huhu.. hidup kena teruskan. tak kan nak meratap plak sebab dah makin tua kan.

Tetiba blank. tak tau nak sambung apa. inilah dia menaip sambil buat keje lain. abeh idea lari. langsung tak nak tunggu saya. hehe.. arini dah 11 hari puasa kan. saya alhamdulilah complete lagi. tapi terawih dah tinggal 3 malam. huhu.. tiga2 hari sebab saya di kampung. biasa la cam saya citer dulu kalau dah kat kampung tu semua maleh. lagi satu kena buat sendiri. kalau kat umah sewa buat jemaah.

Semalam masa pi terawih imam umum malam ni ada imam dari mekah yang akan imamkan kitaorg solat isya' ngan terawih. teringin sangat nak pegi. nak gak rasa solat ngan imam dari mekah. nak pi mekah tah bila2 kan. so dapat rasa solat jemaah imam dari mekah pun ok la.

Stop la. idea dah tak der langsung ni. kang ada idea saya sambung merepek lagi ek.

tata..