Friday, June 13

Tukaq Keje

En. Padil
Kenang-kenangan dari unit penguatkuasaan
Chezee..!

Good luck untuk anak buah saya kat opis En. Mohd Fadzil bin Azmi kerana dapat keje lain kat melaka. keje le baik2. semoga kerja di sana lebih cemerlang, gemilang dan terbilang!

Kungfu Panda

Ari Rabu ari tu (11/6/08) pi tengok kungfu panda ngan adik. tayangan kul 10 malam kat alamanda. syiok betoi tengok citer ni. sapa nak ajak saya pi tengok lagi bleh aa. saya nak tengok sekali lagi. gelak2 giler tengok. org kat belakang saya duk asyik gelak2 je. sampai terganggu konsentrasi saya menonton. tapi saya rasa citer dia patutnya dipanjangkan sket lagi. macam kejap sangat je 1 jam 40 minit tu. apa pun citer dia memang best la. 5 bintang untuk kungfu panda!

Wednesday, June 11

Tak Naik Pun

Pagi tadi kul 6.30 ambek anak sedara kat terminal bas putrajaya. minyak dah merah. first time ni nak isi minyak sejak minyak naik harga ni. teruja plak rasa. isi RM20. huh! laju je duit ringgit naik. kelakar plak tengok. jap je dah masuk RM20 dalam tangki. masuk kete tengok meter. hehe..pun kelakar gak. tak naik pun meter nyer. tak per, tahan 2 minggu minyak tu. cam ner saya buat? jangan aa jalan2 naik kete. pi keje je naik kete. nak jalan2 tumpang orang. kalau tak jangan jalan. duk je melepek kat umah. huhu..

Monday, June 9

Menangislah Sepuasnya..

Saya tau putus hubungan itu sangat sakit. sebab saya juga pernah merasakannya sedikit masa dulu. tapi saya tak nak C rasa sakit macam saya pernah rasa dulu. C kena kuatkan diri, kuatkan hati untuk harungi semua ni. jangan buat benda2 bodoh. bukan salah C semua ni jadik. jangan salahkan diri sendiri. semua ni salah dia.

Tapi saya tak boleh kasi kekuatan tu pada C. C sendiri kena kuat untuk harungi semua ini. saya hanya mampu memberi semangat pada C. C kata dia sayangkan C. kalau betul dia sayangkan C dia tak kan buat C macam ni. dia tak kan tinggalkan C. dia tak kan sanggup cakap jangan rosakkkan hubungan barunya. cukup lah menyalahkan diri sendiri. C tak salah.

C bukan hidup untuk dia sahaja. C kena terus hidup untuk family C n untuk kitaorg kawan2 C yang selalu support C. dia tak pernah bawa kekuatan C ke mana-mana. kekuatan hati C ada di dalam hati C. tak hilang ke mana-mana. C sendiri yang tak mahu keluarkan kekuatan itu. C sembunyikannya.

semua benda yang jadi di dunia ni akan ada balasannya. dan dia akan terima balasannya pada suatu masa nanti kerana mengalirkan air mata C. dia kena bayar balik air mata C yang C keluarkan untuk dia selama ni. dia kena bertanggungjawab atas apa yang dah jadik pada C. lagi2 dia bina kebahagian atas air mata C. benda ni melibatkan hati. hati C sendiri. lagi senang mengubahkan hati sendiri dari mengubah hati org. C kena paham tu. marah n salah kan lah dia. ubahlah hati C tu. jangan salahkan diri sendiri lagi.

tabahkan hati C. saya selalu doakan C tenang dan kuat dalam dugaan ini. C kata C tak kuat. C tak boleh nak hadapi semua ni. No! C kuat. kalau C tak kuat tuhan tak duga C seteruk ni. tuhan tau kemampuan C sebab tu dia uji C. C hanya perlu pandai kawal perasaan ini. menangis lah C. menangislah sepuas hati jika itu dapat menghilangkan rasa sakit tu. kitaorg semua sayangkan C..

Thursday, June 5

Pagi Yang Mendung

Gambar berita harian

Harga minyak naik lagi!

Semalam pergi berpoya2 ngan nora kat GSC alamanda. lalu aa jalan nak pi stesen minyak. mak oii..ramai giler org. sampai kat simpang alamanda tu orang beratur nak beli minyak. nora tanyer "tak nak isi minyak ke?" tak der keje plak saya nak menunggu sampai 1 2 kilometer semata2 nak mengejar beli minyak ngan harga murah tu. isi penuh pun esok2 pun kena isi lagi gak. kalau esok2 tak yah isi nak gak saya berebut sama malam tadi.

Personally saya takder lah rasa apa2 bila harga minyak naik. tah la. bagi saya naik ke tak saya still gi keje naik kenderaan berpetrol. nak tak nak kena beli gak. berjimat? saya tak suka susahkan diri. kalau ada jalan yang senang buat apa susahkan dirikan. lagipun saya agak minyak akan naik RM 3.00. tah naper rasa cam tu. may be tengok Pak Lah yang terdesak sangat sekarang kot. hehe.. tiba2 naik rm 2.70, kira oklah tu. kurang 30 sen dari jangkaan saya.

Ni dengar kat berita radio era katanya elektrik pulak nak buat tarif baru. tengahari ni nak umum katanya. bila semua benda naik ni (w/pun saya tak rasa apa2) rasa sian plak kat orang yang kurang mampu. lagi2 anak yang ramai plak. mungkin bleh dianggap dugaan hidup kot dan berjimat cermat mungkin salah satu jalan terbaik. saya nampak muka semua org mendung masa dalam perjalanan ke opis pagi ni. huh! nasib baik tak Pagi Yang Gelap lepas tu sure Hujan la..hehe..

Wednesday, June 4

Permintaan Yang Ditunaikan

Masa sekolah dulu cikgu selalu bertanya apa cita2 kita kan. ada yang jawab nak jadi cikgu, polis, askar, peguam, doktor dan lain-lain. tinggi betul cita2 masa tu. saya pernah bercita-cita untuk menjadi seorang hakim, polis dan cikgu. saya seorang yang sangat suka membaca. selalu pinjam buku di library. buku citer pilihan saya adalah siri penyiasatan. saya rasa tajuknya siri the hardy boys, siri penyiasatan siti salma (nancy drew), buku2 lima sekawan karya Enid Blyton dan karya2 Alfred Hitchcock. semua tu terjemahan di dalam bahasa melayu. saya seronok membaca semua buku2 penyiasatan itu. sebab itu agaknya ianya mendorong saya untuk menjadi polis dan hakim. sekarang pun kalau pegi kedai buku saya still belek2 buku2 penyiasatan jugak. rasa nak beli tapi takut adik kat konter tu pelik plak. kang dia sure dia pikir akak ni masih remaja ke? hehe..

sebab itu masa cikgu tanye saya jawab nak jadik hakim atau polis. cakap kan doa. tapi hari ni saya tak jadik pun polis atau hakim. masa tingkatan 4 saya hanya belajar di aliran sastera. masuk diploma perancangan bandar n ijazah pentadbiran tanah. macam mana saya mahu jadi hakim atau polis? sekarang saya cuma jadi seorang pegawai tadbir. permintaan saya tidak ditunaikan? tidak. permintaan saya ditunaikan. w/pun saya jadi pegawai tadbir tapi saya dilantik oleh negeri2 untuk menyiasat kes-kes kegagalan memohon hakmilik strata. kerja saya sekarang berurusan dengan polis dan mahkamah.

Baru saya sedar bahawa Allah tidak pernah menolak permintaan saya. Saya tau semua orang melalui semua ni. dirasakan doa tidak di makbulkan. saya juga selalu rasa cam tu. tapi saya selalu ingatkan diri bahawa setiap kesalahan ada balasannya. salah satu darinya adalah apa yang kita pinta tidak dimakbulkan. tapi bila kita fikir balik sebenarnya setiap permintaan kita akan dimakbulkan. samada cepat, lambat atau bukan secara terus (tersirat). tak dinafikan ada juga yang memang tidak dimakbulkan. antara sebabnya mungkin apa yang kita minta tidak bersesuaian dengan diri kita atau tidak mampu untuk kita tanggung. oleh itu permintaan tersebut ditolak. tapi janjiNya jika berdoa dengan betul akan dimakbulkan. oleh itu permintaan tersebut akan diberikan juga tetapi di dalam keadaan yang bersesuaian.

Tuesday, June 3

Tukar tayar kete

Semalam jumpa my ex-bos ngan 2 org anak buah my ex-bos. dia ajak pi kat kete dia coz nak kasi something. rupanya nak kasi servinier dari peru. TQ dr. tengah tunggu dia simpan barang n borak2 tetiba nora nampak tayar belakang kete my ex-bos tak der angin. mendap terus.

so bermulalah aktiviti menukar tayar kete yang di lakukan oleh dr. n jalil. berpeluh2 kedua2 nyer menukar tayar. saya ngan nora tengok je. ambek pengalaman. ooo..macam tu caranya. lepas ni kalau tayar pancit tau la nak tukar. huh! tau tu satu citer la. nak membukak tayarnyer tu larat ke? dr. n jalil bersungguh2 buat pun tayar tu susah nak tanggal. lepas ni bak kata nora kalau tayar pancit call je lah mekanik. biar je dia yang buatkan. yang penting ongkosnyer ada.

Monday, June 2

Jom Heboh..Heboh..

Tarikh : 1 Jun 2008
Tempat : Kompleks Sukan Negara Bukit Jalil
Aktiviti : Jom heboh TV3

Decide last minute. cyn yang ajak. ada org ajak saya pegi la. nak pegi sorang2 maleh lah. katanya nak borong makanan2 berharga RM10. kebetulan plak pagi tu tengok pagi@jom heboh. cam syok je. terus kitaorg rasa nak pegi. siap sarapan je terus siap2. kul 10 dah sampai bukit jalil. ikut lebuhraya kl-putrajaya. sangat dekat rupanya kalau ikut tu. ikut puchong jauh. lagipun masing2 tak tau nak ikut jalan tu.

ramai gak orang w/pun masih pagi. dapat parking kat dalam w/pun agak jauh. abeh semua booth kitaorg masuk. nampak aa beberapa artis dan personaliti. pagi lagi kan. tak ramai artis. kalau petang sure ramai. ada nampak nurul syuhada, ruhil syafinaz, kartini, AG, pie, wahid, ilya, hamdan, mazidul akmal sidek n fazreen spa Q.

panas gak kat bukit jalil. berpeluh2 gak la. penat tapi sonok tengok org ramai2. lepas pusing semua booth balik baru singgah kat booth mana nak borong. masing2 borong junk food. rambang mata. tengok beg cantik je sambar. tah bila nak makan tah la. banyak sgt. kul 12.20 kitaorg dah sampai umah. layan tv sat. pastu masing2 tido tak ingat dunia. huhu..