Thursday, January 28

Cute

gambar kredit to elyn blog

Sejak tengok gambar minah ni kat blog elyn saya duk berangan2 mau potong rambut cam minah ni. cute kan. ye saya tak cantek cam minah ni n rambut saya pun tak curl cam dia tapi saya suka rambut dia. agak2 kalau saya potong rambut cam minah ni saya bleh jadik cute cam dia tak? ;p

Friday, January 22

Cik Mimi Mickey Mouse

Sejak tinggal sorang ni mimi tiap2 malam tido ngan saya. dulu masa ada osmet kadang2 je dia tido ngan saya. sekarang ni sian plak kalau nak suh dia tido luar. mimi memang tiap2 malam tido awal. so awal2 lagi dia dah terbongkang atas katil saya. dulu2 masa ada osmet dia dah bongkang pun saya angkat letak kat luar kalau tak nak tido ngan dia. sekarang ni tak sampai ati plak.

Tido ngan mimi ni yang tak larat nyer dia suka kejut saya tido. pantang saya gerak dia mula lah bunyi. kadang2 tu kul 3.30 am sibuk mintak makan. haru betoi la. mula la ringan je kaki nak tendang dia jatuh katil. hehehe.. pagi2 kul 6 saya tak bergerak pun dia dah mula bunyi. kejut solat subuh. hahaha.. muslimah betoi. kadang2 tu dia bunyi dan2 je org terus azan subuh.

Pagi tadi bangun mimi dah melangut kat muka saya. maleh nak layan. jam saya bunyi dia pun sibuk bunyi. lastnya bangun gak. terus saya bising2..

"mimi ni bising je. dah aa suara tak sedap. mimi tau tak? suara mimi macam mickey mouse!"

Pastu saya gelak2 giler sorang2. mimi pandang je muka saya. mungkin kompius sebab tuan dia giler gelak sorang2 masa bangun tido. hahaha..

Cop

Terima kasih pada semua yang wish my birthday semalam. bleh katakan semua ucapan saya dapat melalui fb. senang sket kan. tak yah buang duit nak sms bagai. apa pun salurannya saya sangat berterima kasih pada semua yang wish. orang yang memula wish adalah my luvely friend alya. dia dah wish in advance masa birthday dia 17hb aritu. tq so much alya. pastu 20hb dia call saya plak sebab ingatkan birthday saya 20hb. tq many2 lah ;p. 2 hari sebelum birthday saya dapat wish dari ijam kawan dee dari friendster. katanya dia bukak email then ada notification terus je wish. padahal lambat lagi birthdaynya. anyway tq ijam.

Sebagai penghargaan saya sebut nama sorang2 yang wish birthday saya semalam kat blog ni eh.

shamsul a.k.a sam - member planner utm
cik zu - opismate
farah najla - bestfriend dee
hisam - member lads utm
kak ina tisha - opismate
hanns - 'adikku' ;p
dee - my luvely lil sis
elcy - member planner utm
maz - member QS utm
kek gee - senior smkt
hada - member QS utm
aida - bestfriend cik imah
apoi sefamily - member planner utm
yati - bestfriend cik imah
suzi - member sksr, smkt & smpp
lan - my dear opismate
zairi - my dear opismate
mona - member lads
wan - opismate
adie - my luvely opismate
monie - my luvely bestfriend
cik imah - my luvely lil sis
kak ita - senior utm
hairul - my luvely opismate
ct hajar - opismate
jas - daddy to be ;p
nuar - my luvely ex opismate
ku azia - member planner utm
yatt - member planner utm
hajar misnan - ex 'gacosmate'
jila - member planner utm
apis - my luvely bestfriend
aida - opismate
aisyah mukhtar - friend cik imah
ina - my luvely bestfriend
pn mahila - opismate
timoat - opismate
aida kecik - my luvely ex opismate
rahman - member planner utm
sue - apa hubungan kita eh? member sechatting bleh ;p
heda - junior planner utm
zam - my bestfriend
awie - member lads utm
kak reen - member lads utm
cyn - my luvely bestfriend, luvely ex osmet n luvely opismate :))
cik syikin - ex opismate
yuni - member lads utm
fiza - member stress sama2 hahaha..
lily - member planner utm
aziah - member planner utm
aini - ex opismate
nora - ex 'gacosmate'
hajar - my luvely opismate
masni - member planner utm
jalil - ex 'gacosmate'
siti - member planner utm
waie - bestfriend cik imah
hana - member QS utm
lyn - member planner utm
rozila - member planner utm
cik don & mr frankie - terpaksa wish sebab permohonan maaf. hahaha..
wawa - member planner utm
bob - my luvely bestfriend (lads)
ju - my luvely bestfriend (lads)

and last sekali orang yang wish kat ai arini cik wawa azura kita. kalau ada yang tertinggal nama mintak maaf banyak2. mak terharu nokkss.. ;p

tq so much my dear!

:: apdet 11.03 am ::

TQ so much jugak kat seksyen strata yang kasi kad birthday kat ai semalam. sorry terlupa plak nak letak tadi. ucapan2 yang bernas ditulis kat situ. anyway terima kasih kerana sentiasa mendoakan ai cepat2 kawen. hahaha.. amin.. masin mulut uolss ;p

Thursday, January 21

Cenyum

it's my birthday..!!





~:: HAPPY BIRTHDAY TO ME ::~





Wednesday, January 20

Cerita 5S

Random I

Lelaki 1 : dah aa seksyen ni semua laki tak der pompuan. ada ke pakai kaler pink..

ai : (dengan nada agak tinggi) abeh aku ni pun laki la..

Lelaki 1, 2, 3 & 4 : hahahaha..


Mentang2 la aku sorang je pompuan kat sini. korang buli2 aku eh. sepak kang nak? huhu..



Random II


Tengok semua org tengah bz sisih2 kertas2 kat tempat masing2

ai : bilalah aku nak sisih tempat aku ni..

Lelaki 1 : buat ramai2 la best.

ai : esoklah.. korang sisih korang punya dulu arini. esok kang korang semua tolong aku sisih aku punya plak. hahaha..

Calculator

Jalan2 lawat blog kawan2 jumpa ini di blog arianna. then mula la gatai tangan guna lain2 aplikasi dalam tu. first ai try my ideal weight. jeng jeng..

Ideal weight ai between 48 - 53kg uoll.. jauh lagi nak cecah yang paling tinggi tu. so bleh aa makan banyak2 pasni kan hahaha..

Then try plak body mass index (BMI) kat situ. hasilnya..

Normal! whahahaha.. ye pasni jangan kontrol2 makan halijah. anda masih normal. huhu.. takut sangat gemuk ;p

Tuesday, January 19

Cincin & Lupa

Jari manis kiri tempat pakai cincin ni gatai tak ingat la. sampai kena tanggal2 cincin sebab nak garu. ada makna ke tu? hehe.. iskk.. tak baik caya benda2 cam tu kan. kang jatuh syirik plak :) bab tanggal2 cincin ni yang ai tak suka ni. ai takut cincin ai ilang. ai ni memang cepat lupa kaedahnya. kecuali letak kat tempat yang biasa letak. selalu i tanggal cincin masa mandi ai lupa nak pakai balik. kadang2 sampai 2 hari ai lupa. duk belek2 jari baru pasan cincin tadek. sib baik la tak penah jatuh dalam lubang jamban lagi. hehe..

Ai memang gitu. bukan cincin je. semua benda pun cam tu. lupanya cam org tua. ai kalau nak bawak barang tu harus letak siap2 dalam handbag masa tengah ingat. kalau tak alamat lupa lah jawabnya. kalau tak letak dalam handbag pun harus letak dekat handbag sebab tiap2 ari pun memang ai angkut handbag ke mana2.

Bukan handbag je la. apa2 yang ai patut bawak la. kalau ai outstation ai tau ai kena bawak beg baju kan. so semua barang nak bawak kena buh tepi2 beg baju tu. kalau tak memang alamat tinggal. ai penah nak bawak laptop pi outstation tapi tak letak kat tepi beg baju punya pasal tinggal uoll. rasa nak nangis je sebab lupa bawak sebab masa tu ai tengah addicted giler2 men games kat fb. huhu.. abeh pokok2 ai mati. :p

Tak tau aa naper penyakit lupa ai ni makin teruk. maybe sebab ai dah makin tua kot. hehe.. ai sekarang apa2 je yang ai nak ingat ai memang letak reminder kat hp. senang. kadang2 5 minit sebelum tu ingat. dah 5 minit je terus lupa. so nak senang ai reminder je semua benda dalam hp. yang peliknya kalau reminder ai bunyi ai tau plak apa yang patut ai buat. tak yah nak tgk2 hp bagai apa yang ai tulih sebagai reminder tu. tak paham betoi ngan diri sendiri.

Sunday, January 17

Control

Tetiba rasa berdebar2 plak nak sambut birthday sendiri. hehe.. lagi 3 hari my birthday. saya dah beli dah adiah untuk diri sendiri. wah sonoknya. tak sabar nak dapat adiah. hehe.. debar2 sebab nak dapat adiah kot. eeeee.. tak sabo..

Selalunya tiap2 kali birthday saya akan buat sesuatu yang lain untuk ingat tiap2 tahun punya birthday. kalau dah tak der benda sangat nak buat saya akan potong rambut masa birthday saya macam tahun lepas. saya memang potong rambut setahun sekali je. sekarang dah setahun rambut saya dah panjang balik. khamis ni cukup aa setahun saya tak potong rambut.

Tahun ni nak potong ke tak? sayang plak. saya suka rambut panjang tapi tak bleh nak simpan panjang coz akan terkeluar dari tudung plak nanti. saya memang tak sanggul or ikat ekor kuda or buat apa2 kat rambut saya kalau dalam tudung coz saya sangat sayang ngan rambut saya. kang dia rosak. hehe..

Tahun ni dah ada benda yang saya buat untuk ingat birthday saya. so saya ingat saya tak potong kot rambut saya masa birthday tahun ni. may be potong lambat sket la kot. tunggu terkeluar dari tudung baru saya potong.

Ada siapa nak sambut birthday ngan saya tak? banjer makan kek ke? hehe.. oh! saya lupa. saya dah jumpa kawan baik satu kelas ngan saya masa darjah 1 dulu yang birthday dia sama ngan birthday saya. jumpa dalam facebook. tapi dia tak accept saya lagi. harap2 dia akan accept saya sebelum birthday kitaorg. dulu masa sekolah2 kitaorg selalu wish antara 1 sama lain masa birthday kitaorg. dulu masa kecik2 mana nak ada kasi2 adiah. just wish je. itu pun dah buat kami sonok. :)

Sebenarnya ada 2 org yang sama birthday ngan saya masa sekolah dulu. sorang lagi lelaki. lama dah tak jumpa dia pun. mana duk pun tak tau. tapi sebab dia lelaki saya tak der aa wish birthday kat dia. saya dulu mana kawan ngan lelaki. kawan2 masa sekolah semua pompuan je. so saya tak penah pun wish birthday mamat tu. kalau terjumpa teringin gak nak wish birthday dia tahun ni. hehe.. tetiba kan ;p



p/s : Happy Birthday to hot mama 2 b, my luvely friend ALYA. ramai sangat yang wish dalam facebook ko. so aku wish kat sini la. special sket. tq for in advance birthday wishes tu. aku pun doakan ko selamat dan bahagia sentiasa. jadik isteri n mama yang baik untuk lil girl 2 be. hehe..

Saturday, January 16

Cik Wawa Tunang

Siang tadi pi majlis tunang wawa kat banting. wawa ni kawan sekolah ina. saya kenal pun sebab ina kenalkan. sebab kenal adalah dia mau ikut kitaorg bercuti di bali 2 tahun lepas. saya ni susah sket nak masuk ngan org yang baru kenal ni. tapi bila ina beriyer2 cakap kawan dia mau ikut so ikutkan je la. lagipun pi bercuti 2 org je tak best plak kan. kami sama2 survey kat MATTA fair untuk cari tempat percutian yang kitaorg nak pi. tapi malang sungguh wawa tak dapat pi bali tu sebab otot kaki dia putus masa men badminton lebih kurang sebulan sebelum kitaorg bertolak ke bali. memang bukan rezeki dia nak bercuti ngan kitorg.

Lepas tak jadik pi bali tu kebetulan saya ngan ina nak ikut dia pi kursus kawen kat UM. malang gak jadik ina plak tak bleh ikut coz mak dia accident sehari sebelum kursus kawen tu diadakan. nak tak nak saya terpaksa aa ikut sorang. oleh kerana saya selalu sangat bersama wawa ni, lepas2 tu kitaorg mula rapat. bercerita apa je. selalu kami chatting kat YM je. wawa ni doktor haiwan. dia la selalu kasi khidmat nasihat pada saya untuk cik mimi. hehe..

Wawa ngan anak sedara dia. cantik wawa pakai pink. i like!

Sorry aa gambar tak cantek. maklum ambek gambar pakai hp murah. huhu.. anyway selamat bertunang my preng. semoga kekal hingga ke jinjang pelamin. amin..





p/s : sebagaimana ko selalu doakan aku wa.. cam tu jugak aku selalu doakan ko. semoga ko bahagia selamanya ngan kemal. amin sekali lagi. ;p

Friday, January 15

Cili Padi

Apa maknanya bila orang yang sebelum ni tak penah pandang kita tiba2 muncul then mula nak berbaik ngan kita? mula tanya soalan pelik2 yang agak peribadi untuk diberitahu kepada org yang kita kurang kenal. tanya direct plak tu. tetiba saya rasa sangat pelik. tak baik kan saya. orang tu tanya elok2 tapi saya rasa dia pelik plak kan.

Tak der aa. pelik gak. sebelum ni jangan kata nak tanya seoalan peribadi borak2 ngan saya pun nak tak nak je. lagi lah nak tanya2 soalan peribadi cam tu. tetiba tanya soalan2 yang agak pelik pada mata saya. untuk jalan selamat saya berikan jawapan selamat jugak. terpulang lah pada dia nak tafsir cam ner. then tiba2 cam sentap terus logout (saya berbicara online dengannya). aih! sebab bila plak pandai sentap2 ngan ai ni. hehehe..

Lepas 5 minit tetiba terasa bersalah plak. eh apa plak kan. saya tak marah dia pun. saya cakap baik2 ngan dia. siap buh simbol senyum lagi. mungkin jawapan saya tak memenuhi piawaian jawapan yang dia nak kot. tak per la. saya suka pilih jawapan selamat untuk selamatkan keadaan. bagaimana tafsiran orang, terpulang. saya langsung tak marah jika tafsirannya bukan seperti maksud yang ingin saya sampaikan.

Conteng2 Jari Sendiri

Malam semalam bosan plak. duk melepek2 kat depan tv sampai tertido2 sebab tadek citer menarik nak tgk. sedar2 dah kul 9.00 malam. giler lah. bangun sebab mimi bising2 kat telinga saya. bangun kasi dia makan w/pun dia makan ciput je pastu mengadap tv balik. picit2 remote carik citer menarik. terlekat kat zee sebab tgk chori chori chupke chupke. sebab dah banyak kali tgk just layan gitu2 je. ternampak plak inai mula aa conteng2 jari sendiri.

Tadaaaa.. pakai kat kuku je tapi dua2 belah tangan saya buh. memula buh tangan kiri. pastu baru tangan kanan. kang pakai semua nampak cam pengantin plak kan. hehehe..saya memang suka pakai inai ni. mak kata org pompuan pakai inai sunat. dapat pahala. kalau kat kampung tiba time rajin gigih tumbuk inai sendiri sebab mau pakai. hehe..

Hasilnya. posing ala2 artis tutup2 muka gitu. hehe..

Thursday, January 14

Cerita Pindah

Pagi tadi datang patisen kat tempat lama dah dicabut. ye kami kena susun balik kedudukan unit kami sebab ada org baru mau masuk ke tempat kami duk sekarang. untuk memuatkan 2 org lagi kami terpaksa susun kedudukan kami semula. dulu kami bermaharajalela duk kat tempat ni. sekarang dah tak bleh sebab separuh akan ada org lain guna nanti.

Lepas sarapan pagi tadi kami ramai2 mula kemas tempat masing2. saya kena pindah tempat. view depan n belakang sudah lain. kali ni duk diapit 2 org jejaka yang tak baper nak ensem ni. hahaha.. dah namanya saya sorang pegawai pompuan kat sini kan. duk mana pun still diapit2. huhu.. tapi dulu saya duk ujung. so tak der aa diapit. sekarang terpaksa lah bersesak dan diapit ngan 2 jejaka tak baper nak ensem ni.

Sebab saya tau saya susah nak terima perubahan mendadak so saya susun workstation saya sebijik cam kat tempat lama. sekarang yang beza just kedudukan tong sampah, jalan kuar ngan view depan belakang je. lain sama sebijik cam tempat lama. so w/pun dah dekat 5 jam saya kat tempat baru still rasa sama cam duk tempat lama gak. hehe.. cuma kadang2 mata terganggu dengan view kat depan sebab view lain. dulu view saya workstation hairul dan nampak jam kat dinding. sekarang view saya kalau pandang depan adalah penjuru dinding dan pc adie. hehe..

Workstation saya yang sama sebijik dengan workstation lama. jangan tengok semak2 tu sebab saya memang penyemak orgnya. hahaha.. tapi semak2 pun saya tau mana saya simpan dokumen2 saya tau. tak der aa kelam kabut carik kalau bos mintak. huhu..

Tengah baca blog D kat website era. best gak sekali2 pindah randah kan. lelagi ada org tolong pindah kan. saya jadik mandur je. huhu..

Cik Mimi

Tengah ai men games kat fb tetiba ternampak cik mimi panjat sliding door nak tangkap cicak. gigih betoi sampai ke atas dia panjat. pastu dah tak reti nak turun. tergedik2 kat atas tu. ai tgk kan je. maleh nak tolong. lastnya ai tgk dia terjun je dari atas tu. sib baik tak patah kaki. huhu..

Wednesday, January 13

Cakap Bebel2

Serabut betoi kepala. macam2 bunyi dengar dari serata ceruk umah ni. ada bunyi tv. ada bunyi games, ada bunyi mp3. mimi pun duk bising2 kat depan idung saya ni sampai nak menaip pun susah. sepatutnya saya tutup je lah kan. tapi kang tutup sunyi aa plak. so biar je aa masing2 memekak. kang jap lagi rasa makin serabut saya off semua then tido. huhu.. eh lupa plak nak citer. saya cuti ye arini. jangan cakap saya ponteng keje then balik umah ngulo plak.

Apa citer arini? tadek. bukan arini je tadek. semalam2 kelmarin2 pun tadek citer. hidup sama je dari dulu sampai sekarang. eh! tipu lah dulu kan. kira dulu tu dalam 2 3 minggu ni la. beza sekarang saya tinggal sorang. pun still sama coz sebelum ni pun saya memang selalu ditinggal-tinggalkan. huhu..

Minggu depan birthday saya. tetiba rasa sonok plak nak sambut birthday. padahal umur makin meningkat ni. amalan masih kurang. secara fitrahnya mati haruslah makin dekat kan. iskk.. tetiba takut plak duk citer mati2 ni. oklah kita tak yah citer benda2 takut. kita citer benda2 sonok je. tapi apa yang sonok eh?

Ginilah kalau tadek idea tapi gatai mau apdet. makin maleh menulih pun ada. tapi still sayang bangat sama blog ni. rasa tak best idup kalau tak apdet blog. w/pun 2 3 hari 1 entry saya still nak apdet w/pun apdet tah apa2 je.

Minggu depan mau balik kampung. adik cakap bos dia merangkap kawan saya mau datang ziarah kat umah. datang la. saya pun lama tak borak ngan dia. last borak masa sama2 ikut team building kat pangsun aritu. lepas2 tu ada aa dia call n sms sekali sekala. orang kije pusaka kan. bz bicara sana sini. hehehe..

Tetiba rasa boring plak duk umah. kalau kije boring bleh gak borak2 ngan opismate. ni duk sorang2 kat umah ni nak borak ngan sapa. borak ngan mimi cam itik ngan ayam je. saya cakap. dia bunyi. tapi dia tak paham saya n saya pun tak paham dia. susah betoi ;p

Merenung Awan

Monday, January 11

Campur Tolak

Bersiaran langsung dari straits meridien hotel melaka. konon2 balik jumpa KUP tadi mau tido. si yus siap cakap sian sebab penat drive bagai. mata pun layu je dengar citer KUP tadi. nak bangun je dia sambung citer. nak bangun je dia sambung citer. akhirnya panjang gak citer tuan KUP kita tadi. sampai hotel dibantai jumpa ngan internet tak der maknanya lah nak tido. segar je mata sampai la. tapi perut plak bunyi2. kacau betoi la. ingat maleh nak kuar. tapi kang tak makan mati plak kan. huhu.. dah aa makan sarapan je tadi. tengahari makan bun je seketui. giler diet tak diet ai kan. kurus la ai lepas ni cam tiang bendera balik.

Eh tapi semalam ai timbang naik sekilo. eh tapi rasanya timbang tu salah. tak kan la ai naik kot. malam mana ada ai makan pun sekarang ni. duk togok air gas je. eh air gas kan banyak gula. patut la berat ai naik jugak. tak bleh minum dah pas ni. ai minum semug sehari coz ai rasa badan ai kurang gula. yelah kan. ai mana minum air manis2 sekarang ni. kalau duk opis air masak tu lah ai teguk tiap2 hari. kecuali kalau makan luar. tapi ai mana nak makan2 kat luar ni. kalau makan tengahari kat opis ai prefer tapau then makan jemaah ngan bebudak opis. bleh gosip2. huhu..

Apa mau citer ni sebenarnya ni. entah la. dah merepek2 citer pasal berat bagai ni. tau aa dah gemuk kan. hahaha.. gelak je org kalau dengar saya cakap saya gemuk. yelah. saya dulu kurus keding je tau. bila dah naik even 5 kilo pun riuhnya macam naik puluh2 kilo ni. padahal normal je pun. BMI pun still normal. dulu masa kurus keding BMI tak normal tak der plak nak bising2. biasalah manusia tak moh bersyukur. huhu..

Oklah dah azan. dari ai merepek lebih mengarut dan karut lagi baik ai bawak2 solat. ada gak paedahnya. lepas tu bawak2 berdoa panjang2 sket untuk capai apa yang ai nak kan. ngan sapa lagi nak mintak kalau tak ngan Allah kan. lepas tu baru bleh mamam. tapi en lapo dah tak der ni. kena makan ke tak eh? kompius betoi aa ngan diri sendiri. hehehe..

Sunday, January 10

Cyn Wedding

Ahad 10 jan 2010 majlis persandingan cyn ngan haleem. saya datang ngan lan, hajar n zairi. sampai awal so lepas makan lepak2 dulu. dalam 1.30 pengantin sampai. masih lepak2 dah abeh org tepung tawar n hari mendung kitaorg kelam kabut bergambar ngan pengantin then terus balik. huhu..

Pengantin atas pelamin. cik aca jadik pengapit. tak lama dah tu cik aca.
pasni mesti cik aca menyusul. hehehe..

Lebarnya senyum pengantin kita. gembira eh. haruslah kan huhu..

Potong kek. kata nak suapkan aku cyn. huk.. huk.. aku tunggu je ;p

Serius ko berseri lebih dari majlis semalam cyn. apa pak andam tu kasi jampi kat ko? ;p

Akhir sekali keluarga taskforce strata. tu pun ramai yang dah balik. ira ngan hubby balik awal. padil pun balik awal. pn cc plak sibuk makan. tinggal lah kitaorg je. anyway selamat pengantin baru lah dari saya untuk korang. moga kekal bahagia hinggaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.. ke syurga. huhu.. panjang doa aku tuk ko cyn. jangan lupa doa untuk aku plak eh. hehehe..

Saturday, January 9

Cyn Nikah

Pagi tadi lebih kurang pukul 10 pagi dengan sekali lafaz je sahlah my osmet jadik seorang isteri kepada en haleem izman. majlis dijalankan kat umah haleem kat kajang. tetamu2 terdiri dari saudara mara kedua2 pihak ngan sahabat handai. family cyn dari sabah pun datang gak. cyn diwalikan oleh abangnya.

Gembira setelah jadik isteri.

Gambar2 nikah tak der sebab saya duk jauh dari tok kadi. nak bangun berdiri segan plak. so dapat dengar je lafaznya. record pun tak. dengan sekali lafaz sahlah haleem ngan cyn jadik suami isteri. pas baca doa semua haleem solat sunat pastu baru acara serah mas kawen ngan sarung cincin dijalankan.

Haleem sarung cincin kat cyn

Cyn plak sarung cincin kat haleem

Batal air semayang. cium tangan suami.

Ciuman seorang suami.


Semoga cyn ngan haleem kekal bahagia hingga ke syurga. selamat pengantin baru my pren :))

Monday, January 4

Cerita Tahun Baru

Hari ni hari ke 4 dalam tahun 2010. ada apa2 yang menarik berlaku selama 4 hari ni? saya macam biasa je. tahun baru ke tahun lama ke cam tu jugak. tahun ni saya sambut tahun baru kat umah sewa ngan adik. tunggu sampai kul 12.00 tengah malam then bercountdown dengan ally iskandar kat tv3 hehe.. pastu tido.

Esoknya pagi2 dalam 6.30 pagi kami mulakan hari pertama tahun 2010 dengan balik kampung. seperti biasa jalan lengang giler. maklum malam tu org bz sambut tahun baru. harus lepas kul 12.00 tengah malam baru tido kan. tak pun kalau yang sambut kat luar harus lepas kul 12.00 tengah malam baru gerak nak balik umah. so pepagi cam tu mana nak ada org. jalan pun lengang je. kagum tengok jalan yang biasanya jem langsung tak jem. huhu..

Sampai kampung dalam kul 9.40 pagi. mak ngan adik tengah siap2 mau ziarah mak cik kat jengka. saya sibuk siap2 gak sebab nak ikut. hehe.. kuar kete saya masuk plak kete adik then kitaorg gerak ke jengka. borak2 then makan2 n main2 ngan kucing jari 6 pastu dalam kul 2 ptg balik umah semula. kucing jari 6 dah besar. tapi manja. bulu lembut je. nak je saya ajak balik kawan ngan mimi. tapi sepupu saya tak kasi. huhu..

Keje kitaorg 3 beradik sepanjang 3 hari kat umah adalah makan. lepas makan, makan lagi, pastu makan lagi. dapur tu tak penah padam api pun. duk asyik nyala je sebab memasak tak abeh2. lepas org ni masak orang ni plak masak. pastu org ni plak. abeh bila api nak padam nyer. saya duk cakap ngan mak "abeh bawang lada mak kalau kitaorg balik" huhu.. begitulah ceritanya kalau kitaorg balik kampung. saya dari tak makan malam ni kalau kat kampung kul 10 malam pun still bleh makan lagi. giler kan. gemuk aa pasni. huhu..