Thursday, February 28

Dah Tua

HARI NI BIRTHDAY SAYA MENGIKUT TAHUN HIJRAH

21 SAFAR 1399

SO

SELAMAT HARI LAHIR KEPADA DIRI SENDIRI

Nota Tangan Kanan : Bz..Bz..Bz!!! nak benti keje bleh tak? hehe..

Wednesday, February 27

Citer Kosong Kedai Kopi

Dah lama rasanya tak menulih panjang2 kat sini. kering idea kot saya ni. bukan la. sebenarnya saya kelam kabut sejak 2 menjak ni. kejar cuti ngan keje. isnin aritu dapat lagi satu IP. sib baik SO saya bleh harap. carik maklumat ni saya tak offer pun dia nak buat. senang sket keje saya. minggu depan start rabu saya cuti. agak panjang. sampai bila tak sure lagi. ikut keperluan. orang cakap saya cuti sebab pilihanraya. tapi sebenarnya tak. kebetulan je saya cuti terkena time pilihanraya. kalau tak pilihanraya pun saya memang kena cuti time tu.

citer pasal pilihanraya. saya tak ngundi gak tahun ni. tak daftar. hehe.. bila lah saya nak jadik warga yang baik ni. masuk kali ni dah 3 kali patutnya saya ngundi. tapi sampai la jangan kata ngundi daftar pun tidak. sure depan umah saya giler2 diorang pasang poster. maklum aa umah saya kat jalan utama nak pi pusat pengundian. sampai nak lalu pun susah. yang bestnya w/pun saya tak ngundi tapi time pilihanraya yang 2 kali sebelum ni n termasuk akan datang ni saya ada kat umah. kalau bleh ngundi senang2 saya bleh ngundi. tempat ngundi 2 minit je jalan kaki dari umah saya. belum sampai seru kot nak ngundi. hehe..

tak kisahlah apa pun. saya sokong je kerajaan mana yang bleh kasi kemajuan dan keamanan pada negara ni. kalau pembangkang rasa dia bleh buat lebih baik tak salah kita sokong pembangkang kan. parti kerajaan tu jangan cakap la. dah terlalu banyak kemajuan yang negara capai sejak diorang memerintah. saya bukan sokong kerajaan mahupun yang lain. tapi kita boleh pikir sendiri kan. sanggup ke kita pertaruhkan kemajuan dan keamanan yang kita kecapi sekarang untuk beri mandat pada barisan lain memerintah. kalau boleh alhamdulilah. memang itu yang kita semua harap2 kan. macam mana kalau diorang tak bleh buat? so pikir2kan lah sendiri ek sebelum membuang undi.

Nota Tangan Kanan : Undi Parti ye..bukan calon..:)

Tuesday, February 26

Oyen dan Kasut Mak Long

Mak long : Oyen mak long beli kasut baru
Oyen : nak tengok..nak tengok..

Oyen : waa..cantik la mak long

Oyen : oyen nak la kasut ni
Mak long : eh mana bleh..mak long punya..
Oyen : tak kira..tak kira..nak gak..

Oyen : mak long tanggal..oyen nak kasut ni..
Mak long : tak bleh..oyen mana padan kasut ni..

Oyen : tak nak kasi tak per la..ambek la balik..oyen majuk..!!

Monday, February 25

Malaysian Airlines Travel Fair

Tarikh : 23 Feb 2008
Tempat : KL Convention Centre
Dah lama bercadang nak pi bercuti. tetiba ada plak MATF. saya ngan 2 org rakan pergi dengan semangat nyer untuk cari pakej bercuti. banyaknyer booth. penat berjalan. salah seorang teman bertanya,

teman A : kita ni serius ke?

Teman B : serius la. kalau tak aku tak datang sini

Teman A : ok serius tau. jangan kang tak jadik plak.

setelah penat berjalan kami akhirnyer dapat satu pakej percutian. sonok2. kat mana tu?

cerita ini akan bersambung apabila kitaorg balik dari bercuti nanti. tungguuuu...

Thursday, February 21

Mengimbas zaman muda2


Tarikh : 8/2/2008 - cuti raya cina
Masa : dalam kul 10.00 pagi
Tempat : Sekolah Menengah Padang Piol (sekolah wa dulu)

Alang2 namanya berjalan2 saya singgah kat sekolah lama dulu. saya sekolah kat situ tingkatan 4 & 5. banyak jugak perubahan sebab ada 2 3 bangunan sekolah baru. yang lama masih sama. tapi ada yang tak dijadikan kelas lagi. mungkin kelas di bangunan baru. kelas saya tingkatan 4 masih menjadi tempat belajar. kelas tingkatan 5 dah jadi library rasanya. teringat zaman2 sekolah dulu. sonok2. rasa cam nak balik belajar je. jadik cikgu ke. tak der tokoh langsung..hik..hik..







Taraa..gambar bersama anugerah sekolah harapan negara

Monday, February 18

Falsampah pening2 lalat

"Dalam hidup kita mesti berani ambek risiko. tinggi or rendah. tapi nak ambek risiko kena bijak. contohnya nak terjun sungai. kenalah tau sungai tu dalam ke cetek. jangan aa terjun tempat dalam tu. carik tempat cetek. tak pun pakai la pancing kalau nak tangkap ikan..huhu.."

Aktiviti Cuti Lepas Cuti - Hari Sukan Sekolahku

Hari Ahad 17/2/08 aritu hari sukan kat sekolah rendah. syok gak tengok bebudak ni berlari. lama tak tengok sukan sekolah. tumpang menjerit aa gak. umah saya depan padang sekolah rendah. so apa2 jadik kat padang tu semua bleh nampak dari umah je. cam besa ada perbarisan. tapi perbarisan rumah sukan je. siap ada silat2 tu yang syiok tu. hebat gak bebudak ni. nampak real. gambar silat nyer tak ambek plak. ambek gambar diorang berbaris je. saya tak tau umah apa yang menang coz dah tak larat nak berpanas. tapi tengok gaya cam umah merah. coz nampak asyik umah merah je menang berlari.







Nota Tangan Kanan : saya dah tinggalkan sekolah ini 17 tahun lepas.

Aktiviti Cuti Lepas Cuti - Projek Bapakku







tak reti nak citer. paham2 sendiri je lah ek. syok aa kenderaan tu. abeh bukit, paya semua dia bleh lalu. tak risau bleh rosak pun. rasa cam nak beli je. hehe..

Aktiviti Cuti Lepas Cuti - Menembak Di Hospital

Khamis minggu lepas saya teman mak pi hospital. sejuk giler lah pulak hospital tu aritu. so untuk memanaskan badan yang tak der keje ni saya pun pi lah menembak sana sini. kebetulan plak mak di tempatkan kat wad kanak2. kalerful betoi. saya pun berlari2 ke sana sini menembak. syok gak. daripada duk je melepek dalam kesejukan baik saya buat keje tak berfaedah. hehe..







HASILNYER..
wad kanak2 dalam laut..CERIA!

Wednesday, February 13

Bertukar..!! (baca cara ultraman tiga)

masing2 pahamkan diri sendiri ok..selamat menjamu mata!!

Monday, February 11

Whoa..!!

Saya jumpa dia ari khamis ari tu. dia sampai umah, saya tak der. saya kuar pi soping2 ngan adik. sampai umah je dari jauh saya dah nampak dia. rindunyer saya ngan dia. nampaknya dia sihat2 je. sihat2 pun still kena check gak. lagipun time untuk dia jumpa 'doktor' dah dekat. sejak bersama saya dia memang saya bawak jumpa 'doktor' berkala. selalunya 3 bulan sekali.

Ari ni saya bawak dia pegi opis lepas sebulan dia tak pegi. seronok!

dia menyorok belakang motor ayah saya, malu lah tu.. hehek..

Wednesday, February 6

Sorang2

~dah separuh makan baru ingat nak ambek gambar~

Semalam balik dari opis saya pergi jusco seri kembangan. pergi sorang2 je. memula ajak ira pastu tak jadik, ajak plak ina, dia ada class plak. so akhirnya saya pegi aa sorang2. pi untuk carik barang sket. abeh soping2 saya rasa lapar plak. memula rasa nak makan makanan feberet (kenny rogers) tapi masa tu dah naik atas plak. akhirnyer saya masuk secret recipe.

Pi makan kat secret recipe ni dah jadik habit saya sejak 4 5 bulan ni. bila gaji je sure saya pegi situ makan. selalu ina yang teman. tapi kali ni saya pi sorang2. first time makan kat situ sorang2. kalau kat tempat feberet saya tu dah biasa sangat makan sorang2.

Makan sorang2. pelik gak sebab dah lama tak makan sorang2. dulu masa keje kat s.alam n kl makan sorang2 saya dah biasa sgt. makan sorang2 ni bos saya masa kat s.alam dulu ajar. katanya sampai bila nak harap kat orang. kalau rasa nak makan pi je makan. tak kisah la sorang ke. lelagi katanya dia dulu sebelum ada syarikat sendiri keje marketing. sure kuar buat marketing sorang2. semua benda buat sorang2 so makan pun sorang2 la. lepas2 tu saya jadik berani makan sorang2. dulu masa kat kl saya dah biasa makan sorang2. peduli aa org nak pandang apa pun. kita makan n kita bayar tau.

Tuesday, February 5

MAMPU KE KITA?

mampu ke nak jadik shah ruk khan dalam kal ho na ho yang sanggup menyerahkan kekasih hati kepada kawan baik sedangkan dia amat menyintai serta dicintai gadis itu.

mampu ke nak jadik kasyah yang sangat setia kepada ayunya dalam lagenda budak setan sehingga tidak sanggup jatuh cinta dengan orang lain dan ayu amnesia serta telah diceraikan suami namun dia masih mahu mengahwininya.

mampu ke nak jadik lara yang sangat tabah dalam puteri lindungan bulan dalam menghadapi hidup sehingga suami tidak mempercayainya apabila dia mengandung anak sendiri serta mengahwini perempuan lain dengan izinnya sendiri.

mampu ke nak jadik assyida yang sangat tabah dalam assyida yang sanggup menyerahkan tunang tercinta kepada adik tersayang serta memelihara anak2 saudara setelah adik tersayang tersebut meninggal dunia.

mampu ke nak jadik harry stamper dalam armageddon yang sanggup berkorban untuk menyelamatkan bumi dari terlanggar asteriod.

mampu ke nak jadik shrek dalam shrek yang masih mahu mengekalkan kehidupan asalnyer di paya serta hutan w/pun sudah bergelar menantu seorang raja.

MAMPU KE KITA?

Memanggil

Macam2 panggilan ada dalam family kan. yang tua dipanggil pak long, mak long, mak ngah, mak cik n pak cik. yang muda selalunya dipanggil nama or adik. dalam family saya status dipanggil mengikut pangkat. bukannya umur. seorang kakak sepupu yang agak muda dipanggil kakak oleh adik2 ipar yang lebih tua darinya.

Satu tradisi yang unik di dalam family saya ialah anak yang sulung akan memanggil anak no. 2 dengan panggilan adik. dari pak tua saya kepada pak ngah saya sehingga lah kepada kami anak2 sedaranya. saya sendiri memanggil adik no. 2 saya adik tetapi memanggil adik yang bongsu dengan nama sahaja. pelik gak memula dulu tapi bila dengar pak tua memanggil angah (adik no. 2nya) adik saya tak rasa pelik dah. biarlah org nak cakap apa pun.

Dalam hubungan kejiranan di kawasan rumah saya panggilan akan dibuat mengikut panggilan anak2 kepada ibu bapa. saya memanggil bapa saya ayah. oleh itu semua anak2 jiran memanggil bapa saya ayah. yang beza hanya ibu saya. semua anak2 jiran memanggil mak saya mak long. ini kerana mak saya wanita paling tua dia kawasan itu. begitu juga saya memanggil pak cik2 di kawasan kejiranan saya. jika anak2 memanggil bapanya abah saya juga turut memanggil mereka abah dan jika anak2 memanggil bapa mereka walid saya juga memanggil mereka walid.

Mak saya selalu menegur saya memanggil isteri kepada jiran sebelah kanan rumah saya dengan panggilan mak cik. kata mak dia terlalu muda untuk dipanggil mak cik (pak cik sebelah rumah berkahwin semula dengan wanita yang agak muda iaitu pertengahan 30an selepas kematian isterinya). mak suh saya memanggilnya kakak sahaja. oleh kerana krisis itu (saya susah nak alihkan panggilan mak cik kepada kakak) saya langsung tak pernah memanggil mak cik oppss..kakak itu. jika mahu bercakap hanya straight to the point.

Tak kisahlah panggil apa2 pun janji panggilan tu adalah panggilan yang elok dan sesuai dengan status seseorang. kalau tua panggil lah kakak or mak cik or nenek. kalau muda bolehlah panggil nama je. kalau tak tau nama panggil lah adik. jangan aa panggil org hoi je. sungguh tidak sopan.