Thursday, October 27

Random III

1. Giler mengantuk ari ni. adakah sebab bangun awal ambek nadia pagi tadi? tu pun nyaris2 tak bangun. sib baik si nadia call. kalau tak menunggu la jawabnya minah tu kat terminal. saya tido mati semalam. oo maybe sebab sejuk kot. hujan lebat. malam tadi macam tak nak tido je. baring kul 11 lepas CSI mata kebil2 je tak mau tido. masa tengok tv bukan main menguap lagi macam nak koyak mulut ;p.

2. Pagi tadi sampai opis sebelum 7.30 pagi. lepas punch in terus beli nasik lemak. masa gosok gigi pagi tadi perut dah bunyi2 huhu.. malam tadi makan fries je. bukak pintu bilik nampak kotak atas meja. yes! dah dapat charger laptop. bleh la ber'maya' semula malam2 pasni.

3. 5 hari kat umah kejenya ngulit mimi je. w/pun 5 hari kat umah semalam je hujan tapi hari agak mendung. sekali2 je terik tapi tetap sejuk. dah macam kat aussie dah gayanya ;p. eh! lupa nak kasi mimi makan ubat. harap2 dia tak mengawan 2 minggu ni.

4. Sekarang tengah addicted ngan brick games. rasanya semua org kenal mainan ni. dedulu fames amos. sekarang dah banyak games bleh main kat internet kat hp nampaknya macam dah dipinggirkan. aritu ain beli. dia tinggalkan umah so saya main. saya gak ajar ayah ngan mak main. so sekarang semua dah giler nak main. pantang games tu ditinggalkan ada je yang rajin menyambung :) nampaknya kena beli satu gak ni letak kat umah sewa. boring2 bleh main ;p

5. Mak saya dah beli motor! sonok dia. pasni panjanglah langkah :)



Tuesday, October 18

Random II

1. Setelah berkurun lama (eh memang lama tau tapi tak la sampai setahun ;p) baru arini saya dapat makan kfc. yum yum.. tapi kurang kick sebab takder spicy punya. sekarang tengah promo tom yam rupanya. nampak sangat dah lama tak masuk kfc. nampaknya kena makan kfc sekali lagi bila spicy dah kembali nanti huhuhu..

2. Arini gak genap setahun saya keje kat kuantan. kejap je masa berlalu. sapa beranak 18/10 tahun lepas anak dia mesti dah setahun kan. mesti dah pandai jalan kan :). eh tetiba citer pasal anak org plak. setahun kat kuantan sama je cam ari memula saya sampai dulu. still sesat kalau nak gi megamall hahaha.. tapi gi ECM lulus A+ dah ;p

3. Minggu depan saya cuti 3 hari. ok sebenarnya ambek cuti sehari je. isnin 24hb pahang memang cuti. tuanku punya birthday. rabu plak semenanjung cuti deepavali. so selasa yang terapit kita ambek la cuti. cuti banyak2 tu bila lagi nak abehkan ye tak? hehehe.. so dengan rasmi nyer minggu ni balik kg 5 hari wohooo..! dah macam cuti raya gayanyer ;p

4. Ada org baru kat unit angkat saya ni. masuk minggu lepas lagi tapi baru pagi tadi dia tegur saya. eh! sapa bos ni ;p. oklah budak baru tu hasil pertukaran antara SO kat sini. maksudnya yang sini gi sana then direplace (eh ada ke perkataan ni?) dengan org sana. cam tu la. zero pasal strata tapi rajin belajo. bagusss!

5. Charger laptop saya rosak. dah lebih seminggu. hailo! payah betoi mau online sekarang. nak kena online kat opis je. nak beli konon2 nak tunggu claim masuk. tadi lepas masuk kfc masuk kedai pc. adik tu cakap charger dell kena beli online kalau nak yang original. dia ada jual yang second je rm99. hoh! baik beli ori baru rm119. ni tadi dah beli. tapi kompem minggu depan baru dapat. waaaa.. 5 ari kat kg nanti mati kutu la tak bleh online..

6.

ok tu je. bai!



Friday, October 14

Siti

9 ORANG "SITI" YANG PERLU DIJADIKAN CONTOH OLEH WANITA MUSLIMAH KITA HARI INI

1) Siti Khadijah
- Beliau merupakan isteri Rasulullah s.a.w yg melahirkan anak2 Rasulullah, setia dan menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh org2 kafir dan musyrik, menghantarkan makanan kpd Baginda ketika Baginda beribadat di Gua Hira'.

2) Siti Fatimah
- Anak Rasulullah yg tinggi budi pekertinya. Sangat kasih dan setia kpd suaminya Ali karamallahu wajhah walaupun Ali miskin. Tidur berkongsikan 1 bantal dan kdg2 berbantalkan lengan Ali. Rasulullah pernah b'kata aku takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali maafkan kamu.

3) Siti Aishah
- Beliau isteri Rasulullah yg paling romantik. Sanggup berkongsi bekas makanan dan minuman dgn Rasulullah. Di mana Nabi s.a.w minum di situ beliau akan minum menggunakan bekas yg sama.

4) Siti Hajar
- Isteri Nabi Ibrahim yg patuh kpd suami dan suruhan Allah. Sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan. Berjuang mencari air utk anaknya Nabi Ismail (Pengorbanan seorg ibu mithali).

5) Siti Mariam
- Wanita suci yg mmg pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai maruah yg tinggi sehingga rahimnya dipilih oh Allah s.w.t utk mengandungkan Nabi Isa.

6) Siti Asiah
- Isteri Firaun yg tinggi imannya dan tidak gentar dgn ujian yg dihadapinya drpd Firaun Laknatullah.

7) Siti Aminah
- Wanita mulia yg menjadi ibu kandung Rasullullah. Mendidik baginda menjadi insan mulia.

8) Siti Muti'ah
- Isteri yg patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya kerana setianya kpd suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat utk dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati, berhias dgn cantik utk tatapan suaminya sahaja.

9 ) Siti Zubaidah
- Wanita kaya dermawan yg menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid. Sanggup membelanjakan semua hartanya utk membina terusan utk kegunaan org ramai hanya niat kerana Allah s.w.t.

Source :FB

Thursday, October 13

Jangan Pernah




Kenapa ALLAH Temukan Kita Dengan Orang Yang Salah

Memang sakit bila cinta yg kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yg bernama kekasih apatah lagi kita dibuang begitu saja. tapi itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang.

1. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.

2. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.

3. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

4. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK & KHAS UNTUK DIRI KITA.

5. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan.

6. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

7. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.

8. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

9. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.

Wahai sahabat yg kecewa menderita dan sengsara kerana cinta fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya. Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA..


PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA.


~ALLAH knows BESt!~




source : fb

Wednesday, October 5

Peti Ais Comel

Sejak saya masuk ke rumah sewa kat kuantan ni umah sewa tu dah lengkap (lengkap = ada peti ais+TV+mesin basuh) kecuali mesin basuh. oleh kerana saya maleh nak pegang sabun basuh saya beli mesin basuh sendiri. tapi jadikkan barang rumah gak la. sharing is caring :). ada mesin basuh umah sewa lama tapi macam maleh nak angkut huhu..

Ni dah nak setahun duduk kuantan tetiba tuan peti ais mau angkut peti ais dia. so ari sabtu minggu lepas tuan punya peti ais dah angkut peti ais dia. bila saya balik umah sewa (saya balik kg minggu lepas) bersepah2 la barang2 yang sebelum ni letaknya dalam peti ais kat atas meja. yelah dah takder tempat nak letak kan. peti ais sudah diambil balik tuannya. sian saya tengok telur ayam tergolek2 kat luar. lama sikit kompem buruk.

Saya ni tak kisah sangat kalau takat nak minum air sejuk sebab saya tak minum air sejuk2 ni. tapi duk pikir kalau takder peti ais payah nak simpan sayur lauk semua kalau tetiba teringin nak masak. so isnin tu time rehat terus berkejar ke kedai letrik mencarik peti ais comel.

Tadaaa.. jumpa. bincang sikit lebih kurang tetiba peti ais tu dah ada kat umah saya hehehe.. tengok peti ais saya ni sama besar ngan kerusi sebelah dia tu je. comel kan peti ais saya tu. tapi saya lupa nak ambek gambar dalamnya. nantilah kalau bebila saya ingat saya ambek gambar n tayang kat sini ek. dalamnya sama je macam peti ais yang gabak2 tu. ada freezer, ada 2 tingkat tempat barang2 n tempat sayur. kat pintu ada tempat telur n 2 rak tempat letak botol2. sama je sebijik. nantilah saya ambek gambar show off kat korang. ramai tak caya peti ais ni comel. opismate saya bleh cakap saya tipu lagi. tapi bila dah tengok semua buat muka kagum hahaha..

Housemate saya semua pun buat muka kagum jugak sebab masing2 tak penah tengok peti ais yang comel camni. memula ingat nak beli mini bar je tapi mini bar tu tak sejuk sangat pastu kecik sangat plak tu. untuk guna sorang leh la. kalau nak kongsi2 macam tak sesuai. so bila tuan kedai perkenalkan dengan so comel ni saya terus jatuh ati huhu..

Yelah2 sejak2 kena idup secara nomad ni maleh nak beli barang besar2 dah. beli yang comel2 cukup. janji muat dalam kete kalau nak pindah kang. tak yah teruk2 nak sewa lori. aritu lepas beli saya angkut sendiri je ngan kete saya. peti ais ni ringan je. saya pun bleh angkat sorang. tapi mengah gak la. kalau pompuan better angkat berdua la. tapi kalau gigih bleh je kalau nak angkat sorang huhu.. aunty kedai tu cakap peti ais tu dalam kancil pun muat kalau nak angkut. wah sangat praktikal. saya jugak jumpa mesin basuh comel kat kedai tu. ye sangat comel. auto lagi. sapa2 yang nak senang pindah bleh la beli. bleh angkut pakai kancil jugak sebab kecik. tapi kena rajin sket la basuh baju. mungkin kena basuh 2 hari sekali kot sebab muatan dia pun kecik hehehe..




Tuesday, October 4

Pelik & Makanan Pahang II

Tadi pagi gi site kat sebelah ECM. ada isu sket. kena aa turun padang 'tengok2 kawasan' ;p. kawasan elite. bangunan komersil. baru ada beberapa kedai yang dibuka. masa pusing2 tengok kawasan jumpa 1 kedai yang lain dari yang lain. tak pasan plak nama kedainya apa. tapi barang2 dalam kedai tu unik. Antara yang sempat saya snap adalah lampu ni. ikut mata kasar lampu dia dia susun2 kayu2 buruk je. tapi org kreatif buat kan. bila dah jadik terus nampak sangat cantek n unik. saya suka :)

Ni pulak ukiran kayu orang main golf. yang ni pun cute. dah letak banyak2 berderet2 camni lagi nampak unik. tinggi jugak 'orang main golf' ni. kalau beli satu letak depan umah agak2 aci tak? hehehe..

Yang ni masa saya tengok saya gelak. lagi2 yang sebelah dia tu. tu saya selalu jumpa dalam2 sungai je. kayu2 hanyut tu. bila ambek bersihkan tetiba jadik eksklusif n mahal. yang lubang2 tu harganya RM380.00 tau. kena mula kumpul kayu hanyut camni. bleh jadik kaya kalau jual hehehe..

Balik dari site singgah MPK. settle lebih kurang kami gi makan mee calong. ni pun makanan org pahang gak ni. sebelum ni saya tak penah jumpa n makan pun. rasa? saya ni peminat sup. apa2 yang bersup semua tekak saya kata sedap je. tapi diorg cakap mee calong kat berserah lagi sedap. kena rasa ni. bila plak la nak ke berserah nya ni :) ada yang nak teman saya?


Monday, October 3

Makanan Pahang

18 Okt nanti genap setahun saya bermastautin di kuantan. saya ni nama je besar kat pahang tapi sebelum ni gi kuantan pun sesat. lagipun pernah gi 2 kali je kot kuantan sebelum ni. sekali masa isi borang yayasan pahang n sekali lagi masa buat assignment. pergi jabatan apa tah ngan cik ju untuk carik maklumat. so mana lah tak sesat larat.

Dah duk kuantan ni tengok ikan patin dah jemu hehe.. jemu je. tapi kalau dah hidang makan tetap makan hehehe.. pastu macam2 makanan saya jumpa kat sini lagi2 bulan raya aritu. antaranya laksa pahang. tak sure naper saya makan laksa pahang ni sebab sebelum ni 5 tahun saya duk johor saya langsung tak pernah try laksa johor. sedap? bleh la. tekak saya still sedap kat laksa penang lagi hehe..

Maybe sebab dia pekat sangat kot. so rasa lekat2 kat tekak. ikut portal MD pekan laksa pahang pakai ikan tenggiri. pastu buh jintan2 semua. ada kerisik. haaa.. dah macam buat rendang tok plak dah bahan2nya. beza rendang tok pakai daging. laksa pahang pakai ikan tenggiri. nak resepi? klik sini.


Ni plak puding raja. yang ni wallahhh! sedap terbaik la. ni makanan diraja pahang. kat pekan memang popular la. masalahnya kat kuantan je saya jumpa puding raja ni. kat jerantut tak pernah jumpa pun. sebenarnya masa memula datang kuantan dulu saya dah 'terpikat' dengan puding raja ni. padahal tengok gambar je. ye dia nampak sangat sedap w/pun tengok gambar je. pastu mula lah bising kat bebudak ni. rupanya niza pandai buat. tapi sampai arini tak buat2 huhuhu..

Yang gambar kat atas tu saya makan masa jamuan meraikan lawatan PTG t'ganu ke PTGP. sedap terbaik. sebelum2 ni penah gak makan sesudu2 camtu. first time makan masa bulan puasa aritu. rupanya ramai yang jual puding raja ni kat bazar ramadan. tapi mahal. semangkuk macam kat atas tu RM5. tapi sedap tak kisah lah. beli je. nak resepi gak ke. ok ambek kat sini. nanti dah buat jangan lupa kasi saya semangkuk ye ;p


*gambar laksa pahang dari portal MD Pekan

Lilypie Next Birthday Ticker