Masa sekolah dulu cikgu selalu bertanya apa cita2 kita kan. ada yang jawab nak jadi cikgu, polis, askar, peguam, doktor dan lain-lain. tinggi betul cita2 masa tu. saya pernah bercita-cita untuk menjadi seorang hakim, polis dan cikgu. saya seorang yang sangat suka membaca. selalu pinjam buku di library. buku citer pilihan saya adalah siri penyiasatan. saya rasa tajuknya siri the hardy boys, siri penyiasatan siti salma (nancy drew), buku2 lima sekawan karya Enid Blyton dan karya2 Alfred Hitchcock. semua tu terjemahan di dalam bahasa melayu. saya seronok membaca semua buku2 penyiasatan itu. sebab itu agaknya ianya mendorong saya untuk menjadi polis dan hakim. sekarang pun kalau pegi kedai buku saya still belek2 buku2 penyiasatan jugak. rasa nak beli tapi takut adik kat konter tu pelik plak. kang dia sure dia pikir akak ni masih remaja ke? hehe..
sebab itu masa cikgu tanye saya jawab nak jadik hakim atau polis. cakap kan doa. tapi hari ni saya tak jadik pun polis atau hakim. masa tingkatan 4 saya hanya belajar di aliran sastera. masuk diploma perancangan bandar n ijazah pentadbiran tanah. macam mana saya mahu jadi hakim atau polis? sekarang saya cuma jadi seorang pegawai tadbir. permintaan saya tidak ditunaikan? tidak. permintaan saya ditunaikan. w/pun saya jadi pegawai tadbir tapi saya dilantik oleh negeri2 untuk menyiasat kes-kes kegagalan memohon hakmilik strata. kerja saya sekarang berurusan dengan polis dan mahkamah.
Baru saya sedar bahawa Allah tidak pernah menolak permintaan saya. Saya tau semua orang melalui semua ni. dirasakan doa tidak di makbulkan. saya juga selalu rasa cam tu. tapi saya selalu ingatkan diri bahawa setiap kesalahan ada balasannya. salah satu darinya adalah apa yang kita pinta tidak dimakbulkan. tapi bila kita fikir balik sebenarnya setiap permintaan kita akan dimakbulkan. samada cepat, lambat atau bukan secara terus (tersirat). tak dinafikan ada juga yang memang tidak dimakbulkan. antara sebabnya mungkin apa yang kita minta tidak bersesuaian dengan diri kita atau tidak mampu untuk kita tanggung. oleh itu permintaan tersebut ditolak. tapi janjiNya jika berdoa dengan betul akan dimakbulkan. oleh itu permintaan tersebut akan diberikan juga tetapi di dalam keadaan yang bersesuaian.
No comments:
Post a Comment